Sunday 12 February 2017

Trip ke Singapore - USS (Part 1)

Trip ke Universal Studio Singapore (USS) sebenarnya dah lama plan nak ke sane cuma sebab ktrg semua busy dengan kerja masing2 so asik tertangguh je sebab nak cari timing yg semua free tu agak susah. Mengikut kata2 org lain, jangan pergi hari sabtu ahad sebab akan beratur panjang utk naik setiap rides. Jadi ktrg pon sepakat pilih hari thaipusam utk ke sana. Thaipussam ni hanye selected negeri je yg dapat cuti. Macam Johor cuti tapi yg pentingye Singapore tak cuti time Thaipussam tu. Alang2 Thaipussam jatuh hari khamis, ktorg gagahkan diri utk ambil cuti hari jumaat walaupun diperli boss.

Hari thaipusam disambut bagi menghormati dewa Hindu (Dewa Murugan/ Subramaniam). Dirayakan pada bulan kesepuluh dalam kalendar Tamil. Tujuannya utk menunaikan nazar/ menebus dosa/ memohon utk menebus dosa2 yg lalu (Google et al., 2017).

Ok, dah habis cerita pasal Thaipusam kite cerita mengenai Universal Studio pulak. Buat masa sekarang, Universal Studio hanya ada di 4 lokasi je iaitu Hollywood, Orlando, Japan & Singapore. Akan datang, akan ada 2 lagi iaitu Beijing (tahun 2019) & Moscow (tahun 2022). Based on pengalaman ktrg sebelum ni, kalau pergi Universal Studio Japan (USJ) tak berapa nak feel sangat sebab ada rides yg tak boleh naik utk yg bertudung (dikhuatiri tercabut n membahayakan penumpang lain) & kat sana guna bahasa dorg. Jadi memang tak faham kalau game or ride yg melibatkan character tu bercakap2. Tapi, bagi peminat tegar Harry Potter bolehlah ke USJ utk merasai pengalaman. Bolek klik link ni utk baca post ktrg pasal Universal Studio Japan Trip ke USJ atau klik Read More kat bawah ni utk teruskan pasal USS.

Berbalik pada tajuk utama, disebabkan ktorg ada 5 org, utk lebih menjimatkan kos & dapat masa flexible so ktrg pilih utk drive ke JB, tidur sana then naik bus ke USS. Drive dari KL ke JB amek masa dalam 3 jam and Alhamdulillah ok je jalan tak jem. Ktrg bertolak hari rabu malam lepas kerja. Ktrg pilih utk menginap di Tune Hotel Danga Bay. Book hotel dekat website tune hotel, http://www.tunehotels.com. Sebab waktu tu tengah ada promotion utk CNY so ktrg dapat harga sebilik yg RM 64.78/night (with aircond, towel & toiletries). Boleh jugak kalau nak book melalui website Agoda, https://www.agoda.com. Compare dulu tengok mana lagi murah.

Dari tune hotel ke USS, ktrg ambil pakej dari Oddsy Enterprise, http://www.oddsytravel.com/. Harga tiket + bus (return) = RM 215 (as at Feb 2017). Ktrg book awal2 through whatsapp, kene bayar deposit dulu lepastu nanti kat JB baru bayar baki payment. Office dia ada dalam perkarangan Tune hotel sebab tu ktrg decide nak tidur kat Tune Hotel je. Kalau ikut yg diterangkan mase ktrg nak book tu, bas akan gerak dari Tune hotel pukul 7.30 am, sampai kat USS dalam pukul 9.30 am. Untuk balik, bas bertolak pukul 7.30 pm dari USS. Ni apa yg diterangkanlah mase ktrg survey nak beli dgn drg ke tak. So sebab timing tu nampak macam sesuai so ktrg decide beli pakej dengan company tu.

Sebab ktrg gerak dari KL dah malam, so sampai kat Tune Hotel pun dah tengah malam. Tak boleh nak buat baki payment kat company tu malam tu sebab drg dah tutup. Kene buat payment pagi2 esok before naik bus pukul 7.30 am. Office drg bukak dalam pukul 7am macam tu so kene selesaikan sebelum naik bus. Sampai2 je kat Tune Hotel, ktrg terus je check in bilik. Parking pun ade je kosong lagi time tengah2 malam tu. Bilik die ok lah, padan dengan harge yg dibayar tu. Ruangan muat2 je tapi cukuplah ade ruang utk solat. TV, aircond, kipas, shower air panas, safety box and hairdryer pun ade. Bende2 yg takde macam fridge, kettle, meja dengan wardrobe. Tapi ade la drg sediakan tempat sangkut baju.

Katil queen, bersih

Safety box

Air cond di situ

TV pun ade

Toilet

Sinki

Hair Dryer
Mase ktrg check in tu, receptionist bagi 1 beg yg berisi 2 helai towel, 2 ketul sabun, 2 botol shampoo berserta dengan remote TV and aircond. Sebab sebenarnye ade je bilik yg jenis sangat2 basic, means yg orang akan amik atas sebab nak tidur je. So jenis yg tu tak boleh bukak tv, tak boleh on aircond and takde towel. Sebab tu Tune Hotel tak sediekan barang2 ni dalam setiap bilik. Drg akan provide dalam bag utk sesiapa yg pilih nak bilik ade aircond, tv, towel sume tu. Lepastu utk memastikan guest check out pada waktu yg ditetapkan iaitu sebelum pukul 11am, drg siap pasang timer lagi kat dalam bilik. Kalau kite check out lambat, die akan automatically off semue electricity dalam bilik.

Brang2 dalam bag
Timer dalam bilik

Jadinya, bajet trip utk ke USS ni:
Hotel 2 bilik: RM 129.56 (sorg : RM30)
Duit minyak + tol dari kl-jb (return): RM 183 (sorg: RM 36.60)
Tiket + bas ke USS: RM 215
Duit belanja: 15 sgd = RM 47.25. *ikut korg nak bwk berapa, haritu nilai tukaran RM 3.15=1 sgd.
TOTAL: RM 328.85.

*utk pengalaman ktrg main2 kat dalam USS tu akan di update dalam Trip ke Singapore-USS (Part 2)

2 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. Hi Admin & Kawan-kawan. :) mari join 💡"Singapore (SG) Tour 1-Day Trip" from JB serendah RM109 dengan sis / 🔎🚩Backpacker Trip Jelajah SG dari serendah 🔥RM90-RM60 sahaja...

    Juga ada promosi; 🔖PAKEJ USS Trip dari JB @ 🔶Tiket Masuk Singapore (USS-SEA Aquarium-SKYLUGE-Lebih dari 30 JENIS!) All at %% Discount Price! Nak 🔥PRIVATE TRIP-Tour Singapore (car/alza/starex)? 🚘 Pun ada.. Silakan tanya...

    Bole WHATSAPP ke ✔+6012-7760219 (JESS) - Agent SG & JB, Love Travel *Contact: ✔+6012-7760219

    *Silakan lawat☺ >> FB.COM/LOVETRAVEL86

    ReplyDelete