Saturday 27 January 2018

Trip ke Koh Samui, Thailand (Part 1)

Untuk percutian awal tahun 2018 ni, kitorang telah pilih Koh Samui, Thailand sebagai destinasi bersantai. Seperti biasa AirAsia menjadi pilihan sebagai mode pengangkutan ke sana. Tapi kitorang tak direct flight ke Koh Samui. Kitorang ke Surat Thani memandangkan kos lebih rendah. Dari Surat Thani, kitorang ambil bas dan ferry untuk sampai ke Koh Samui.

Day 1
Flight pukul 11 pagi. Kitorang bertolak dari rumah pukul 8.30pagi. Singgah breakfast kat tengah jalan. Dalam pukul 10 pagi sampai KLIA2. Flight delay 25minit. So dalam pukul 11.25am baru bertolak ke Surat Thani. Perjalanan ambil masa dalam 1jam35minit. Tiba di Surat Thani Airport dalam pukul 12 tengahari. Proses imigrasion ok tak terlalu lama kena tunggu sebab semua kaunter buka. Sebelum beli tiket ferry kitorang pergi toilet dulu sebab next journey will take about 1.5hour. Toilet kat sini ok dan bersih, dan yang penting ada paip tapi xbasah macam kat Malaysia.

Kitorang beli tiket bus+ferry+van to hotel dari Seatran booth yang berharga 550 baht. Rasanya ni memang harga standard sbb baca kat blog org lain pon sama. Kalau beli tiket bus + ferry sahaja harganya 450 baht. Kitorang beli under Phantip Travel and servis dorang ok. Dari koh samui dorg ada jugak sediakan transport ke phuket etc. Boleh rancang siap2 perjalanan korg dgn tgk website dorg, klik sini Phantip. Ok, nnt bila keluar je dari pintu ketibaan tu, belok kanan dan jalan straight sampai nampak booth yang tulis "Seatran". Nanti dorang akan bagi tiket bas, tiket ferry, tiket van transfer dan pelekat "khas" pada kita. Pelekat tu kita kena pakai supaya dorang senang nak panggil untuk kita naik bas dan van kat Koh Samui nanti. Dalam pukul 1pm dorang panggil untuk naik bas. Kitorang ingat lepas naik je terus bertolak. Rupanya dorang tunggu lagi satu flight yang baru sampai, nak bagi bas penuh sikit. Kesudahannya bertolak pukul 1.45pm ke jetty.

Dalam bas tu sementara tunggu orang lain naik, ada agent dari syarikat Phantip yang pakai uniform biru akan tanya plan kita kat Koh Samui. Dia akan tawarkan pakej dorang. Macam kitorang dia offer pakej 5 hours private van tour yang berharga 2000 baht. Ada juga aktiviti lain yg dorg offer macam snorkeling, kayak, etc tp sbb tujuan utama datang sini nak duduk hotel so xamek. Kitorang taknak ambil pakej ni sebab nak sewa kereta sendiri kat Koh Samui nanti. Sewa kereta 1 hari lagi untung sebab kitorang dapat 1300 baht. 

Kitorang hanya beli tiket untuk balik ke Surat Thani je. Harga van transfer + ferry + bus to Surat Thani town = 450 baht. Kitorang ambil sekali bas transfer from Hotel kat Surat Thani to airport 100 bath. So total untuk balik 550 baht. Senang tak payah fikir pasal balik dah. Dorang akan bagi resit dan tiket ferry untuk balik, so kita kena simpan baik-baik. Nombor handphone agent tu pun dia bagi, so ade pape kita boleh just whatsapp dia. Untuk nombor thailand kena tambah +66 kat depan ye. Kalau tak, tak dapatlah nak whatsapp orang tu.

Perjalanan ke jetty ambil masa dalam 1jam30minit. Dalam pukul 3.15pm bas sampai ke jetty. Then ferry bergerak dalam pukul 3.35pm. Ferry ni ada 3 tingkat. Bawah sekali untuk kereta, level 2 ada ruang bertutup aircond, level 3 open tapi ada bumbung. Kat level 2 ada kedai kecik jual makanan segera, air, snek. Air panas pun ade. Kitorang dah prepare awal2 bawak maggi cup dan coffee 3in1 dari Malaysia, so atas ni just tuang air panas dan makan. Memang best makan dan minum air kopi ni sambil menikmati pemandangan laut. Kalau nak pergi toilet lepas tu jangan risau sebab toilet kat atas ferry ni bersih dan ada paip.


Level 3

Maggi cup. 
Pukul 5.10pm kitorang selamat sampai ke Donsak Pier, Koh Samui. Keluar dari ferry kitorang jalan ikut arus. Then ada orang panggil2 naik van sebab nampak pelekat yang kitorang pakai tu. Orang lain yang tak pakai pelekat dorang tak panggil. Kitorang naik van berlima dengan empat lagi orang putih. Hotel kitorang kat area Lamai beach, orang putih tu kat area Chaweng. Ingatkan orang van tu nak hantar kitorang dulu, rupanya dia hantar yang area Chaweng dulu. So macam kitorang pusing hampir satu pulau lah before sampai ke hotel kitorang. Ikutkan kalau dari Donsak Pier ni ke Lamai 30 minit. Tapi ni dah jadi sejam. Dalam pukul 6.25pm kitorang sampai ke Royal Beach Boutique Resort. Hotel ni kitorang dah booking dan bayar awal2 kat agoda.com. Sampai2 je dorang mintak passport, dan kita duduk dulu. Sementara tunggu dorang proses apa yang patut, kitorang disajikan dengan air sejuk dan home made coconut ice cream.

Welcome drink. 
Lepastu terus tanya sekali pasal sewa kereta. Paling murah 1300baht perday (24 hours) untuk kereta Nissan Almera. Kitorang ambik kereta tu je pukul 8malam ni sampai 8malam keesokan harinya. Mula2 kitorang aim nak sewa kereta kat kedai tepi jalan yg dekat dengan hotel ni. Harga lagi cheaper 800baht. Tapi time sampai hotel, kereta yg kitorang aim xde. Dah ada mat saleh yg bawak kot. 

Lepastu dorang bawak kitorang sampai depan bilik. Hospitality dorang memang bagus. Kitorang tempah bilik family 5orang. Dalam tu ada 2 bilik, satu toilet dan satu balkoni yang menghadap laut. Cuma waktu malam xnampk view sbb kat tepi laut tu xde lampu. Kalau tengok kat laman web agoda dia tunjuk master bedroom memang nampak view laut, tapi second bedroom nampak jiran. Untuk unit yang kitorang dapat ni yang paling hujung, jadi dua2 bilik pun nampak sea view dan sangat privacy.

2nd bedroom.


View.

Master bedroom.

View.



Sabun dan conditioner shampoo disediakan. Kalau nak toothbrush and sewing kit boleh request kat dorang.

Plug 2 pin Malaysia muat. Kalau yang 3 pin tu kena bawak universal adapter.
Lepas dah rehat semua, dalam pukul 8pm kitorang pergi ke lobby hotel untuk ambil kereta. Senang je proses sewa kereta, just kena isi form yang disediakan, dorang akan check defect kat kereta tu dan tunjuk kat kita, bayar then baru kita boleh bawak kereta tu. Minyak pon kitorang tambah dalam 10 liter. Tu pon macam dah terbanyak. Untuk dinner kitorang pergi ke Melayu Samui Seafood Restaurant yang terletak hanya 5minit drive dari hotel. Landmark untuk kedai ni adalah Masjid Nurul Ihsan. Nampak khubah masjid warna hijau, straight je then nampak signboard tulis nama kedai ni. Bawah ni antara menu yang ada. Tapi kitorang recommend korang order kerabu seafood dia sebab memang fresh. Bekalan dorang dapat setiap hari. Kedai ni dibuka dari pukul 10pagi hingga 10malam. Masakan sedap, tapi makanan ambil masa sikit untuk di prepare.










Kitorang makan lima orang, order ikan bawal 3 rasa, kerabu seafood, sotong tempura, tomyam, nasi 5, air panas 5, total dalam 1200 baht. Dah keyang, balik tidur. Kalau korg xorder air, dia akan default bagi teh o kosong. Aktiviti hari kedua akan dipost nanti. 


4 comments:

  1. hai..nk tanya..ada flight dari KLIA2 ke surat thani ke? sbb last saya naik Sept 2016 lps tu airasia tak terbang sana dah..ni plan nak ke sana lg.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai. Sy pun baru tahu yang AirAsia dah suspend flight dari KLIA2 ke Surat Thani. Last dorang terbang sana sampai the end of February 2018. Masa ktrg pergi ni bulan January 2018.

      Delete
  2. sekarang ada buat promo free seat lagi, p surat thani by AA for Big Member only RM42. dia sent kat email.

    ReplyDelete
    Replies
    1. aah. baru tengok balik flight AA ke Surat Thani ada balik. Thanks for the info :)

      Delete