Saturday 10 August 2019

Trip ke Siem Reap, Cambodia (Part 2)

2nd day
Pukul 5.00 pagi kitorang dah bangun untuk bersiap-siap ke the must place to visit di Kemboja iaitu Angkor Wat. Janji dengan orang hotel semalam pukul 6.30 pagi bertolak ke Angkor Wat. Kitorang tak pilih nak tengok sunrise, cukup sekadar dapat jejak kaki ke Angkor Wat dan temple kelilingnya. Breakfast pihak hotel dah sediakan dalam breakfast box pukul 6.00 pagi. So kitorang bawa bekal yang pihak hotel sediakan. Dari hotel perjalanan mengambil masa dalam setengah jam ke Angkor Wat menaiki tuk-tuk. Untuk pengetahuan korang, Angkor Wat ni terletak berdekatan je dengan Siem Reap Airport. Boleh je kalau korang nak one day trip ke Angkor Wat terus dari Airport. Tapi kena prepare awal-awal dan cukupkan stamina sebab Angkor Wat ni sangat luas. So memerlukan tenaga untuk berjalan.

Mula-mula kitorang kena beli tiket masuk dulu yang berharga 37USD. Masa kitorg nak beli tiket ni, tempat tiket kosong tak ada orang. Mungkin ramai datang lebih awal untuk tengok sunrise. Masa nak beli tiket ni, kita kena pergi beli sendiri, tak boleh hantar wakil sebab kat tiket tu akan diletak gambar kita masing-masing. So masa tengok kamera nak tangkap gambar tu buatlah muka elok-elok sikit. Lepas dah dapat tiket kena naik balik tuk-tuk untuk ke 1st temple iaitu Angkor Wat. Untuk pengetahuan korang, jarak antara tempat beli tiket dengan Angkor Wat ni bukan dekat boleh jalan kaki macam tu je, memang memerlukan kenderaan untuk pergi dari satu temple ke temple yang lain. Paling kurang pun naik basikal kalau stamina korang kuat. Korang boleh tengok google map untuk lihat gambaran betapa luasnya kawasan-kawasan temple ni dan jarak antara each temple ni.

Ni lah orang yang bawa tuk-tuk kitorg. Nama dia "Barang"
Before kitorg masuk ke 1st temple iaitu Angkor Wat, kitorg isi perut dulu dengan breakfast yang hotel dah sediakan. Kitorg makan dua pancake dengan fruits. Air bawa air botol mineral. Dah habis makan kitorg memulakan perjalanan ke Angkor Wat. Untuk pengetahuan korang, setiap kali nak masuk ke temple-temple ni korang kena tunjuk tiket korang kat orang yang jaga tempat tu. So pastikan simpan tiket baik-baik. Dan setiap kali kita tunjuk tiket orang tu akan tanya "where are you from?" then akan tanya nak tour guide tak. Tapi kitorg tak ambillah tour guide sebab kena bayar. Kalau korang berminat dengan history korang bolehlah ambil tour guide ni.


Atas ni gambar dalam Angkor Wat. Memang besar dan penat berjalan. Kitorg nak cari spot untuk ambil gambar reflection of Angkor Wat dalam tasik macam yang ramai orang ambil. Punyalah gigih berjalan sampai ke hujung Angkor Wat ni nak cari tasik untuk gambar. Last-last penghujung tak jumpa tasik. Yang dapat gambar macam bawah ni.

Bahagian belakang Angkor Wat
Then kitorg tanya orang yang jaga tempat ni, macam mana nak dapat gambar macam ni (tunjuk gambar Angkor Wat dengan reflection dalam tasik) dalam template yang kitorg dapat. Orang tu bagitau pergi kat tempat yang mula-mula kita masuk. Pelik jugaklah sebab masa kitorg masuk tak perasan pulak ada tasik. Kitorg pun jalanlah semula ke tempat yang mula-mula kitorg masuk. Akhirnya dapat juga ambil gambar macam yang kitorg nak.


Actually tasik ni bukanlah terletak at the center of the Angkor Wat position. Dia terletak at the both side position dari pintu masuk. Kiranya ada dua 'tasik'. Atas ni gambar kitorg tangkap dari 'tasik' sebelah kanan. Gambar bawah ni pula dari 'tasik' sebelah kiri. Siapa yang pandai ambil gambar tu dapatlah gambar dari sudut yang cantik.


And lagi satu 'tasik' dia bukanlah macam tasik yang kita fikirkan. Tasik dia sebenarnya macam gambar kat bawah ni.

Tak berapa nak tasik. Tapi apa-apa pun ni lebih bergantung kepada korang punya skill dalam mengambil gambar supaya dapat menghasilkan gambar yang awesome macam gambar bawah ni.

Related image
(Sumber:Google)
Kitorang jalan dalam Angkor Wat ni je pun dah nak 2 jam. Then balik semula ke tuk-tuk. Tercari-cari juga kitorg mana tuk-tuk kitorg sebab semua tuk-tuk park kat kawasan yang sama dan nampak sama. Nasib orang tuk-tuk tu nampak kitorg and lambai-lambai kat kitorg.

Next kitorg pergi ke Banyon Temple. Apa yang special tentang temple ni sebab terdapat ukiran muka di setiap batu yang menghadap kesetiap penjuru. Dari jauh mungkin tak berapa nampak.




Kena masuk dan naik temple ni baru boleh nampak ukiran muka-muka ni dengan lebih dekat. Korang boleh google untuk tahu lebih lanjut tentang history Banyon temple ni.




Next, sebelah temple ni ada lagi satu temple tapi tak tahu nama. Boleh jalan kaki je, tak perlu naik tuk-tuk. Tapi kitorg tengok dari luar je, tak naik sampai dalam.

Sebelah temple tu pulak ada lagi satu Elephant temple namanya. Sama juga kitorg tengok dari luar je sebab dah penat jalan. Air mineral kitorg pula dah habis. So memang dahaga. Orang tuk-tuk pula cakap dia tunggu kat kawasan parking lepas Elephant temple ni. Jauh jugaklah kena jalan.

Alhamdulillah sampai je kat tuk-tuk orang tu bagi air mineral kat kitorang sorang satu. Sejuk pula tu. Next orang tu cakap kita pergi ke last temple iaitu Ta Keo Temple. Kitorg ingatkan temple ni yang ada akar pokok yang famous dengan cerita "Tomb Rider". Gigih kitorang masuk dalam tapi temple ni jenis yang tinggi bertangga. Kitorg fikir jugak pokok bukan kat kawasan tanah je ke. Tapi apa-apa pun kitorang naik jugaklah temple ni.



Korang boleh tengok betapa tingginya tangga-tangga untuk naik keatas. Bila dah sampai atas tengok bawah rasa curam sangat tangga dia. Lepastu pelik sebab tak nampak pokok yang berpaut kat bangunan temple langsung dari atas ni.



Tanya kat orang yang jaga tempat ni macam mana nak jumpa pokok macam dalam gambar template yang kitorg dapat. Rupanya orang tu cakap bukan kat sini. Maybe next temple nanti orang tuk-tuk tu bawa. Apa-apa pun tak rugi masuk Ta Keo temple ni sebab binaannya memang unik.

Lepas setengah jam, kitorg balik semula kat tempat parking tuk-tuk. Tengok jam baru pukul 11.30am. Masa yang kitorg ada dengan tuk-tuk ni sampai pukul 1.30pm je. Lebih kena bayar 5USD per hour. So sempat lagi kalau nak pergi temple yang ada akar pokok tu. Tunjuk kat orang yang bawa tuk-tuk tu nak pergi situ. Then dia angguk.

Sampai je depan pintu masuk Ta Phrom temple, memang ramai orang. Perjalanan nak masuk ke temple ni agak jauh walaupun tak perlu memanjat tangga. Tapi suasana ok dan tak panas sebab temple ni dikelilingi oleh pokok-pokok yang besar-besar. Sebelum masuk orang tuk-tuk tu bagitau kitorang nanti jumpa di East exit.

Nak masuk dalam kawasan ni kena beratur sebab laluan bahagian dalam temple ni agak kecil. Boleh lihat runtuhan-runtuhan binaan di bahagian luar temple. Nak jumpa akar pokok yang berpaut pada binaan temple ni agak mengambil masa. Nak ambil gambar sorang-sorang dengan pokok ni agak susah sebab ramai orang. Kecuali kalau korang banyak masa boleh beratur untuk tangkap gambar.



Lagi satu, nak tangkap gambar dengan pokok ni kena tahu cari sudut yang baik untuk mendapatkan gambar yang elok. Boleh compare gambar atas dan bawah. Pokok yang sama, tapi sudut dan distance gambar yang berbeza.


Bawah ni pokok lain pula.



Bila nak keluar dari temple ni agak confused sebab kalau tengok map temple ni ada 4 pintu exit. Sebab tu lah orang tuk-tuk tu dah bagitau awal-awal jumpa kat East exit supaya kita tak salah jalan. Tanya lagi orang yang jaga temple tu macam mana nak ke East exit. Dia tunjuklah jalan arah sana. Bila keluar je dari temple ni jalan sekeliling lebih kurang sama macam jalan yang kitorg masuk. Itu yang buat lagi confused ye. Tapi apa-apa pun kitorg berjaya jumpa tuk-tuk kitorg dan tepat pukul 1pm kitorg balik ke hotel. So dalam masa 6 jam kitorg dapat cover 6 buah temple. Paling lama kat Angkor Wat dan Ta Phrom temple.

Petang sampai ke malam aktiviti kitorg rehat dan cari makan. Makan kat Muslim Family Restaurant lagi. Kali ni order menu yang orang kedai ada recommend juga semalam iaitu "Fish in Morning"($6.5), nasi(FOC), sayur($2) dan kopi ais($0.75). Ikan dapat size yang besar, memang kenyang. Total dinner untuk 3 orang ialah 9.25USD.

Lepas makan macam biasa kitorg jalan-jalan cari jus buah $1 yang sedap dan singgah beli kuih sebelah masjid lagi untuk makan petang. Then try beli ikan bakar tepi jalan masjid tu sebab nampak ramai orang tempatan beli ikan tu. Untuk ikan yang kecil, 1USD. Dia bagi sekali dengan pencicah macam kuah somtam. Rupa ikan tu nampak biasa, tapi bila makan isi ikan tu memang sedap. Tapi ikan yang kitorg pilih ni banyak tulang. Nama ikan lupa nak tanya.

Apa-apapun budget untuk makan sebenarnya kurang daripada apa yang kitorg dah peruntukkan iaitu untuk sehari 10USD untuk seorang. Untuk 1st day je kitorg belanja lebih kurang 20USD untuk 3 orang makan termasuk beli kuih dan jus. 2nd day pula kitorg belanjakan lebih kurang 17USD untuk 3 orang makan dan minum.

3rd day
Hari ni boleh bangun lambat sebab tak ada aktiviti pun. Aktiviti hari ni hanya berehat di hotel sampai waktu check out. Kitorang turun untuk breakfast dalam pukul 7.30pagi. Order pancake macam biasa dihidang sekali dengan bread dan buah-buahan serta air tea, coffee or orange juice. Tu pun dah kenyang. Habis makan naik balik bilik kemas-kemas apa yang patut. Lepas tu dalam pukul 11.55am checkout hotel. Kitorang bagitau orang hotel pagi tadi nak book tuk-tuk ke Airport pukul 1.30pm sebab nak lunch dulu before fly back home. Tinggalkan beg dulu kat lobby hotel before jalan untuk lunch kat kedai kecik before Muslim Family Restaurant. Order dua nasi goreng daging + telur mata dan minum teh Kemboja. Portion nasi goreng dia memang banyak, boleh share dua orang. Total untuk lunch 3 orang ialah 4USD. Then kitorang solat kat Masjid dulu before singgah kat kedai jus buah untuk minum air 1USD sementara tunggu 1.30pm.

Pukul 1.30pm tepat kitorg naik tuk-tuk ke Airport. Perjalanan dari hotel kitorg ke Airport sebenarnya ambil masa dalam 20 minit je. Tapi tiba-tiba tuk-tuk ni mati enjin tepi jalan. Lepastu boleh start balik. Then after some time buat hal yang sama. Dah mula risau sebab flight pukul 3.10pm. Tapi apa-apa pun Alhamdulillah sampai jugak kitorg ke Siem Reap International Airport dalam pukul 2pm. Kena check in kat kaunter dulu before proceed ke departure gate. Dah habis check imegresen semua kitorg nak duduklah kat waiting area tapi seat penuh.


So kitorg jalan sampai ke hujung dekat dengan area kedai-kedai makan, nak cari tempat duduk kosong. Banyak rupanya tempat duduk kat hujung-hujung ni. Dalam pukul 2.45 dah dengar announcement boleh beratur masuk flight. Plane gerak on time dalam pukul 3.10pm dan perjalanan ambil masa dalam 2 jam. Tepat pukul 6.10pm, sampailah kitorg di KLIA2.

Thursday 8 August 2019

Trip ke Siem Reap, Cambodia (Part 1)

1st day
Trip kitorang ke Siem Reap adalah selama 3hari 2malam sahaja, seramai 3 orang. Flight kitorang dari KLIA2 depart pukul 6.45 pagi. Jadi pukul 4.30 pagi dah kena bertolak dari rumah. Breakfast kitorang book food siap-siap dalam flight. Perjalanan ke Siem Reap mengambil masa selama 2 jam. Dalam pukul 7.45 pagi kitorang selamat sampai ke Siem Reap Airport. Beza masa antara Malaysia dan Kemboja hanyalah sejam. Kiranya kemboja lambat sejam dari kita.


Before check imigresen, kitorg pergi toilet airport dulu. Toilet bagus, bersih, tak berbau dan yang paling penting untuk kita orang Melayu ni ada paip.

Lepas dah habis check imigresen, kitorang keluar dan cari orang yang tulis nama kitorang memandangkan transport ke hotel dah include sekali dengan harga hotel. Cari-cari tak jumpa orang yang pegang nama kitorg. Mungkin hotel tu terlepas pandang sebab masa kitorg book hotel ni berbulan-bulan awal via web Agoda. Seminggu before fly kitorg dah email hotel tu nak confirmkan pasal airport pickup ni tapi tak direply. So dah prepare awal-awal dengan situasi yang bakal terjadi ni, kitorang terus ke kaunter tiket taxi yang ada betul-betul sebelah pintu keluar dari Airport ni. Survey harga dulu. Untuk tuk-tuk dia charge 9USD. Mahal sebab survey blog lain katanya rate dalam 5USD je. So kitorg cuba tengok kat Grab app, boleh pilih tuk-tuk dan harga lagi murah dalam 14000riel.

Masa kitorg tengah duduk-duduk tengok harga Grab tu ada sorg staff beruniform tanya kitorg nak pergi mana. Kitorg sebut nama hotel. Dia bagi harga untuk tuk-tuk 5USD dan untuk kereta 6USD. Kitorg fikir dulu nak ke tak sebab memang rate rata-rata macam tu. Tapi akhirnya decided untuk guna Grab tuk-tuk sebab lagi murah dan boleh rasa experience pakai Grab kat Kemboja ni. Kalau tak sampai bila pun tak cuba. Sekejap je book Grab terus dapat. Tapi Grab tuk-tuk tak masuk dalam kawasan Airport ni sebab masuk kawasan Airport ni kena bayar parking fee, so kitorg kena jalan sikit keluar dari exit gate airport dan naik Grab tuk-tuk yang dah tunggu kitorg kat situ.

Perjalanan ke hotel mengambil masa dalam 20 minit je. Nama hotel yang kitorang duduk adalah Travellerhome Angkor.

Travellerhome Angkor


Antara sebab kitorang book hotel ni adalah sebab location dia yang strategik, terletak berhampiran Night Market dan juga Masjid. Kalau dah dekat Masjid, automatik dekat dengan restoran Halal. Hanya 6 minit walking distance ke Night Market dan 3 minit berjalan ke Masjid. Sampai je kat hotel kitorg tak ada duit riel Kemboja lagi, so orang Grab tu cakap kalau guna USD total 5USD, kitorg pun bayarlah 5USD kat orang Grab tu. Last-last sama je harga Grab tuk-tuk ni dengan harga yang orang kat Airport tu offer. Apa-apa pun bila kitorg kira-kira balik sebenarnya jumlah yang kitorg perlu bayar hanyalah 4USD sebab 4000riel=1usd. Tapi tulah kitorg tak kaji langsung pasal rate tukaran riel before this. Masa dah hari kedua baru reti cara convert duit Cambodian Riel to USD.

1USD = 4000Riel,    so 0.25USD = 1000Riel,     1000Riel = RM1

Sampai je hotel kitorg tanya pasal airport pickup tu. Orang hotel tu apologize sebab tak perasan email yg kitorg bagi, jadinya dia cakap masa balik nanti dorang hantar ke Airport free. So tukar macam tu jelah. Sementara tunggu bilik, kitorang dihiangkan dengan air juice dan kacang as a welcoming drink. Sambil menjamu selera, orang hotel tu explain pasal hotel dan tanya apa plan kitorg sepanjang kat Siem Reap. Kitorg cakaplah esok nak ke Angkor Wat. So dia tunjuk pakage yang dorang sediakan. Kitorg ambil pakage tuk-tuk ke Angkor Wat esok yang berharga 15USD. Bahagi tiga orang so sorang bayar 5USD. Duration yang dorang bagi ialah 7jam. Lebih dari tu akan dicharge 5USD sejam. Kalau nak ambil pakage yang tengok sunrise atau sunset kena tambah lagi 5USD.

Dalam pukul 9.30am kitorg dah dapat masuk bilik dan boleh rehat dulu. Kalau nak ikutkan waktu sebenar boleh check-in pukul 2pm, tapi Alhamdulillah kitorg dapat check-in awal free of charge. Bilik ok dan bersih. Paling penting hospitality dorang bagus. Layanan dorang pada customer pun memang tip-top. Breakfast is complimentary, so kitorg tanya breakfast untuk esok boleh sediakan awal dan bungkus dalam box tak memandangkan esok kitorg nak pergi Angkor Wat pukul 6.30am. Breakfast dorang pula start 7am-10am. Dorang cakap boleh, so untuk breakfast esok dah tak perlu risau.

Pukul 11am kitorg dah start rasa lapar, so kitorg jalan kaki ke arah Masjid An-Naekmah yang terletak lebih kurang 3 minit dari hotel. Berdekatan dengan masjid tu memang banyak kedai Halal, yang beza ada kedai yang kecil dan ada kedai yang besar. Kitorg lunch kat kedai yang besar, "Muslim Family Restaurant" yang memang famous dan rata-rata org Malaysia akan singgah makan kat sini. Orang kedai recommend untuk makan "Beef climbing mountain" dan "Fish in morning". So untuk 1st day ni kitorg order beef climbing mountain ($6.5), muslim sour soup ($2.5), sticky rice with mango ($2.5) serta air dragon milk ($1) dan kopi ais ($0.75). Nasi pula dorg bagi free. So total untuk lunch tiga orang ialah 13.25USD. Kalau nak lagi jimat order satu lauk beef climbing mountain pun dah cukup sebab portion dia untuk 4 orang makan. Memang kenyang.

Muslim Family Restaurant

Beef climbing mountain
Orang kedai masakkan on the spot.

Lepas habis makan kitorg singgah Masjid An-nekmah untuk solat jamak Zohor dan Asar. Tempat solat perempuan kat bahagian atas. Kena naik tangga di bahagian tepi masjid, terletak di luar pagar masjid. Tempat wudu' ada kat atas tu so tak payah risau.
Tempat solat lelaki bahagian bawah

Tempat solat perempuan bahagian atas. Ada telekung lagi.

Tempat wudu' bahagian perempuan
Lepas habis solat kitorg teruskan perjalanan ke town ikut waze. Ambil masa lebih kurang 8 minit berjalan, kitorang singgah di supermarket yang terletak berdekatan Angkor Trade Center dulu untuk survey harga barang disitu. Then kitorg tangkap gambar di tepi Sungai Siem Reap dan singgah minum tea ais di Noi Cafe. Harga tea ais $1. Rasa tea ais tu bagi kitorg biasa-biasa je. Tea ais Thailand lagi sedap.
Sungai Siem Reap


Then kitorang melawat ke Wat Preah Prom Rath temple yang terletak bersebelahan Angkor Trade Center.





Dah penat jalan kitorg pun balik semula ke hotel. Tapi before masuk hotel kitorg singgah melawat D'Angkor Artisan yang terletak betul-betul seberang hotel kitorg. Kat situ boleh lihat macam mana dorang ukir batu-batu dan jahit baju. Masuk free je, so jangan risau.



Dalam pukul 6pm kitorg keluar semula ke arah Masjid untuk dinner. Kali ni kitorg try makan di kedai yang kecil sikit. Menu terhad tapi why not to try. Kitorg order nasi ayam satu dan nasi daging dua. Ayam tu katanya ayam kampung.

Daging tu pulak daging bulat-bulat macam sosej yang dibakar. Lupa nak tangkap gambar. Rupa daging tu lain sikit, kat Malaysia memang tak jumpa rupa macam tu. Bila tanya akak kedai yang boleh berbahasa Melayu, rupanya daging tu dibaluti dengan usus. Akak kedai tu pernah kerja kat Malaysia. Dia cakap kalau kat Malaysia usus binatang kita buang, tapi di Kemboja dorang pandai gunakan usus tu. Maknanya setiap benda tu dorang tak akan sia-siakan macam tu je. Air pula kitorg minum air tea kemboja. Rasa air tea ni macam ada rasa daun pandan tapi sedap. Foods' taste boleh la. Total untuk dinner 3 orang ialah $4.

Alang-alang dah masuk magrib kitorg singgah masjid dulu untuk solat. Sebelah masjid tu ada jual kuih-muih. Kitorang nak try rasa kuih kat situ, so belilah kuih campur-campur. Yang sedap donut dia. Kalau korang nak beli donut tu 4 biji $1. Kalau nak rasa sebiji je 1000riel tapi pastikan korang dah ada duit riel lah supaya senang nak bayar.
Donut sedap

Kuih tak tahu nama

Lepastu dalam pukul 7pm kitorang jalan ke arah Night Market. Kalau korang nak membeli-belah, pergi terus ke arah Old Market yang terletak seberang sungai. Kat situ korang terus singgah kedai bahagian depan-depan. 5 Fridge magnet boleh dapat $1. Macam kitorg pergi explore dulu kedai bahagian dalam-dalam sebab ingat bahagian dalam lagi murah. Fridge magnet paling murah dorang boleh bagi 3 untuk $1. Hampir nak beli sebab ada kedai lain jual 2 untuk $1. Masa nak pilih-pilih tu Alhamdulillah terserempak dengan orang Malaysian. Dorang bagitau kat kedai bahagian depan dapat lagi murah.



Old night market seberang sungai

Kedai bahagian depan-depan ni murah



So dapatlah kitorg beli 10 magnet = $2. Antara barang lain yang kitorang beli lagi adalah selipar dari $8 dapat harga $4beg dari $18 dapat harga $11Angkor Wat monument dari $15 dapat harga $9. T-shirt semua kitorg tak beli. Bagi penggemar air jus buah-buahan, apa yang bestnya kat Siem Reap ni sebab air buah dia $1 (=RM4), kalau kat Malaysia air macam tu harga dah RM8. So kat sini kitorg memang banyak beli air buah je macam air Avocado, Dragon Fruit, Banana, dll. Rasa dia memang sedap dan fresh.


Macam-macam jus buah ada
Lepas habis shopping, kitorg pun balik semula ke hotel dan tidur awal sebab esok kena bangun awal untuk ke Angkor Wat.

Untuk 2nd day dan 3rd day, kitorg akan post dalam Trip ke Siem Reap, Cambodia (Part 2) nanti.