Showing posts with label Cameron Highlands. Show all posts
Showing posts with label Cameron Highlands. Show all posts

Friday, 24 July 2020

Minum-minum di Boh Tea Centre Sungei Palas, Cameron Highland, Pahang 2020

Sebulan selepas kebenaran untuk merentas negeri diumumkan, barulah kitorg berkesempatan untuk merentas negeri dari KL ke kampung kitorg di Perak. Kiranya nak balik kampung jumpa saudara mara dan makan makanan sedap-sedap kat Ipoh ni. Last kitorg balik kampung bulan Mac 2020 hari tu, just 5 hari before PKP 1.0 dikuatkuasakan. Pada hari Ahad, kitorg pergi ke Cameron Highland balik hari. Memang kalau dah pergi naik tempat-tempat macam ni hari minggu memang kena banyak sabar lah sebab orang memang terlalu ramai. Masa kitorg naik ke Cameron Highland dari Simpang Pulai tu jalan ok lagi. Masa nak balik tu yang jem, lagi-lagi jalan turun ke Tapah. Tapi apa-apa pun kita kena chill. Bukan selalu pun.

Kat Cameron Highland ni kitorg nak singgah minum teh di tempat yang kitorg tak pernah pergi sebelum ni iaitu "Boh Tea Centre Sungai Palas". Jalan nak menuju ke situ agak mencabar sebab jalan memang kecik. Kena gilir-gilir bagi laluan kat kereta dari bertentangan arah untuk lalu. Untuk tengok gambaran jalan tu macam mana, korang boleh tengok kat YouTube kitorg ni.



Dah pergi hari Ahad, memang banyak lah kereta. Tapi jangan risau sebab tempat parking dia banyak and free je. Sebelum nak masuk parking tu ada orang jaga, kita kena tulis nama, nombor kereta dan check suhu sebagai SOP Covid19 sebelum masuk ke situ. Lepas dah parking kita kena jalan mendaki sikit macam dalam video atas tu untuk ke kedai teh dorang. Penat mendaki tu memang terasa tapi once kita dah sampai atas penat lelah akan kita lupa sebab view ladang teh nya memang cantik.

Sebelum masuk ke kedai ni, kita kena beratur isi maklumat check-in dalam sistem dan pakai hand sanitizer. Kat sini ada staff dorang jaga dan pesan jaga jarak masing-masing. Lepas kitorg dapat masuk, dua orang pergi beratur order air kat kaunter, selebihnya cari meja untuk duduk.

Apa yang bagus kat sini, harga air dia agak berpatutan iaitu RM 3.85 untuk secawan teh tarik dan RM 3.50 untuk secawan teh chamomile. (Disclaimer: Harga pada Julai 2020)


Sebelum ni kitorg pergi kedai lain yang famous di Cameron Highland harga air dalam RM5 ke atas jugak lah. Lepas minum-minum kalau rasa nak buang hajat jangan risau sebab tandas dia bersih.




Lepas dah habis menjamu selera kitorg pun beransur balik. Oleh sebab sekarang dah ada norma baru sebab Covid-19, laluan masuk dan keluar pun berlainan. Masa keluar kita akan melalui laluan yang mana kita boleh nampak view ladang boh teh yang amazing. Bolehlah nak snap gambar dulu before balik.

                     

Masa dah keluar dari cafe kita kena lalu tempat dorang jual barang-barang souvenir dan boh teh pelbagai rasa. Then sebelum keluar tu ada orang jual ice cream yang diperbuat dari bahan teh ni. Korang boleh lah try rasa.




Sebelum turun dari Cameron kitorang singgah ke Kea Farm untuk tengok-tengok apa yang menarik untuk dibeli.





Ingat nak singgah Cactus Point jugak sebab harga cactus kat situ murah boleh dapat 6 biji RM10. Tapi tutup lah pulak. So kitorang just beli jagung untuk bawa balik. So kalau korang nak jalan-jalan ke tempat yang bersuhu sejuk dengan pemandangan yang hijau tapi nak singgah sekejap je, korang bolehlah ke Boh tea Centre Sungei Palas, Cameron Highland.


                      

Wednesday, 25 October 2017

Trip ke Cameron Highlands 2017

Trip ke Cameron Highlands ini adalah untuk dua hari satu malam. Tujuan kami ke sini lebih kepada nak menikmati minuman panas di tempat sejuk Malaysia (walaupon orang kata dah tak sejuk, tapi sebab dah lama kami tak datang sini so kami g jugak). Kami pilih weekdays sebab kalau pergi hujung minggu atau cuti sekolah, confirm berjam nak naik Cameron ni. Kami bertolak pagi Isnin dari KL, dan naik dari Tapah untuk menuju ke Cameron.  Alhamdulillah, perjalanan ok, tak ada tanah runtuh and tak hujan. Ambil masa dalam 3 jam untuk naik and pukul 1 kami dah selamat tiba di atas. Kami pilih Hotel di Brinchang, jadi kalau dari Tapah akan lalu Ringlet - Tanah Rata - Brinchang. Disebabkan check in hotel pukul 3, kami singgah dulu ke Cameron Valley Tea House, Tanah Rata untuk minum.


(sumber: google)





Kat bahagian bawah
Kat sini tempat parking agak limited, tp haritu kami berjaya jugak dapatkan tempat. Nak minum boleh beli di atas ni (air dia bagi dalam cawan polisterin, harga dalam RM2-3 kalau tak silap) and boleh jugak turun bawah ikut tangga tu. Kami pilih minum di bawah sebab nak makan scones. Kat atas ni lebih kepada kedai runcit.


harga makanan


harga minuman


Mint Tea & Carrot Cake





View semasa minum. Cantik!










Lepas dah habis menjamu selera, kami perasan ramai foreigner and bas2 datang. Jadi nak elakkan dari bas2 ni, kena datang awal sikit sebab waktu ni maybe memang waktu dorg baru sampai. Tak jauh dari tempat ni, kami ternampak lagi satu kedai Tea House. Rupanya, bila di google Cameron Valley Tea House ni ada dua tempat. Yang kedua ni nampak lagi cantik and luas. Tempat parking pon lagi banyak. Jadi kalau korg terlepas yang pertama takpe, ada yg kedua.


(sumber: google)

Sepanjang perjalanan, ada jugak org jual tepi2 jalan. Madu, petai, etc. Ada satu tempat tu dia jual kelapa laut. Rasa nak berhenti beli, tapi waktu tu tengah speed, kereta belakang laju and dengan harapan kat depan akan ada lagi org yg jual. Last2 sampai ke sudah memang tak jumpe dah org yg jual kelapa laut dah. Jadi kalau korg dah nampak dan rasa nak beli, better berhenti je. Sebab bila naik lagi, ada kemungkinan takkan jumpa. Bila sampai di Brinchang, kami singgah dulu ke S Corner Kea Farm. Kat sini ada jual uncang teh (RM 10.00), sayur-sayuran (RM 10/ 8 packet), ais krim strawberry (RM 1), dried strawberry, dried roselle, madu (RM 10/ botol), cendawan, strawberry, ubi kukus (RM 3) and lain2. Kami beli sayur (tomato & salad), ais krim n ubi (manis n sedap) untuk makan di hotel. Bila compare dgn tempat lain, rasanya S Corner ni paling murah, jadi kalau nak bershopping boleh beli di sini. Agak menyesal tak beli uncang teh kat sini sebab kat tempat lain harga RM 10 ke atas.












Next, kami singgah ke pasar Kea Farm untuk beli makanan tengahari. Susah juga nak cari parking kat sini and korg boleh menginap di Hotel Copthorne. Boleh jalan kaki saja dari hotel ke Kea Farm (baca review org). Kami sempat beli jagung bakar (RM 4 seketul), cendawan goreng (RM 3), strawberry (RM 15 satu bekas). Agak mahal tapi rasa tak manis sangat pun, kirenye not value for money la. Pastu terjumpa satu kedai melayu yang jual nasi berlauk (kedai ni di pasar n agak tersorok). Jadi kami bungkus bawa balik hotel. Dalam pukul 4 kami tiba di hotel. Kami menginap di Nova Highlands Resort & Residences. Atas sikit dari Hotel Copthorne. Book hotel dari myfave.com dapat harga dlm RM 150 tanpa breakfast (lepas guna kupon). Kami dapat tingkat 7, terasa sejuk macam duduk bilik aircond walaupon x buka kipas. Tempat ni sesuai untuk korg bawa parents sbb tempat parking disediakan, interior design yg agak baru, ada kemudahan lift, ada balcony dan bilik luas konsep apartment (ada dapur, microwave disediakan).















View dari bilik
Mula2 kami cadang nak pergi ke pasar malam Brinchang. Tapi bila baca2 blog, ada yg bagitahu pasar buka weekends saja, public holiday / musim cuti sekolah. Lokasi pasar malam dekat dengan Cameron Golden Hills Resort (hotel yang mula2 kami nak book) dan mungkin akan ditukar ke lokasi lain. Jadi disebabkan agak jauh dan tak pasti pasar malam ni buka ke tak, kami pun amek keputusan tak payah pergi. Malam tu kami jalan ke Cameron Square-shopping mall di Cameron. Just turun lif dari hotel terus masuk shopping mall ni. Masih banyak kedai yang tak buka lagi. Ada Watson, 7e, kedai makan arab, old town, teh tarik place, kedai mamak and  tempat permainan kanak2. 


(sumber: google)

Keesokan harinya, kami sarapan di kedai mamak (mahal..menyesal tak pilih makan kat old town, harga lebih kurang). Lepastu kami singgah ke Cactus Point untuk beli cactus. 




yang kecik2, 1: RM 2, 6: RM 11








salah satu tips beli cactus: jgn beli cactus yg hijau-kuning bunga mcm dalam gambar (xtau nama). nmpk cantik tp hidup xlama. dalam seminggu dua dah mati. yg jns duri2, sampai skrg masih hidup dan keluar pucuk yg baru (pemerhatian: 2 bulan)




















Hajat nak pergi ke Boh Sungai Palas tapi dah terlajak and kereta dah banyak, leceh nak pusing balik. Jadi kami singgah ke Royal Berry Cafe.














Boleh petik sendiri strawberry

Sedap

Nanti dorg akan letak strawberry
Kami teruskan perjalanan ke Ipoh melalui Simpang Pulai. Jalan ikut Simpang Pulai ni better dari Tapah. Jalan dia lagi luas, corner dia takdelah setajam Tapah. Sempat jugak kami beli petai di tepi jalan ( 8 papan: RM 10). Mula2 ada rancang jugak nak masuk Mossy Forest, tapi macam tak berapa sesuai untuk trip kali ni.

Untuk mudahkan cerita, ni itinerary untuk ke Cameron (2 hari 1 malam):
Day 1
9.00 am: Bertolak dari KL
1.00 pm: Singgah ke Cameron Valley Tea House
               S Corner
               Kea Farm
4.00 pm: Check in hotel ( Nova Highlands Resort & Residences)
8.00 pm: Jalan2 sekitar Cameron Square

Day 2
10.00 am: Breakfast
12.00 am: Cactus Point
                 Royal Berry Cafe
5.00 pm: Arrived Ipoh

Tempat2 lain yang boleh dikunjungi di Cameron boleh lihat disini:
Things to Do in Cameron Highlands