Friday 16 October 2020

Jalan-jalan KL - River of Life

River of Life merupakan satu tarikan baru di Kuala Lumpur. Sebenarnya tak adalah baru sangat. Ia dibuka pada tahun 2017 dan baru menjadi viral sejak akhir-akhir ni disebabkan PKP. Kitorang yang duduk KL ni pun baru tahu kewujudan River of Life tahun ni.Terletak berdekatan Masjid Jamek dan Dataran merdeka, korang boleh jalan dari LRT Masjid Jamek ke kawasan ini. Just open 'Waze' dan ikut je laluan yang disyorkan. Kalau nak tengok lukisan-lukisan pada bangunan di sepanjang kawasan River of Life, korang boleh datang waktu pagi. Selain tu, korang boleh nampak kelibat ikan-ikan Koi dalam sungai tersebut. Kalau nak tengok keindahan lampu-lampu yang menyinari sepanjang River of Life ni, korang boleh datang waktu malam. 

                           


Kitorang berkesempatan untuk datang melihat River of Life ni pada malam Sabtu bulan September yang lepas. Kira lambat lah juga kitorg datang ke River of Life ni iaitu tiga tahun lepas tempat ni dibuka  sejak August 2017. Sepanjang pemerhatian kitorang, asap-asap mula keluar setiap kali azan berkumandang. Macam masa kitorg sampai ni, Azan Isyak baru habis. Jadi dah boleh lihat asap-asap dah mula menebal. 



Korang boleh jalan di sepanjang River of Life ni dan lihat view yang menakjubkan. Selain tu, korang boleh lihat seni bina English iaitu Bangunan Abdul Samad yang dibina oleh pihak British masa dorang menjajah Malaysia dulu. 





Di kawasan hadapan bangunan ni ialah Dataran Merdeka. Ramai orang beraktiviti bersama keluarga kat situ. Ada juga orang yang berniaga di situ. Memang meriah!

Di bahagian belakang Bangunan Abdul Samad pula ada kawasan taman yang bersih dan cantik. Korang bolehlah bergambar kat situ ala-ala seperti korang berada di oversea.


Dan untuk pengetahuan korang, River of Life di Kuala Lumpur ini telah tersenarai dalam salah satu "World’s Top 10 Best Waterfronts" by UK’s Independent pada tahun 2019. Jadi, apa tunggu lagi. Jom kita lapangkan dan tenangkan fikiran sambil menikmati keindahan sungai di Kuala Lumpur ni. 

Korang boleh tengok video kitorg kat bawah ni alang-alang sekarang PKPB dah dikuatkuasakan balik di beberapa buah negeri. Ambil virtual feel dulu, then lepas boleh berjalan-jalan nanti bolehlah datang ke River of Life ni sendiri for the real feel. Stay safe and have a good day