Thursday, 6 December 2018

Trip ke Kunming & Lijiang, China (Part 1)

Day 1

Pertengahan bulan November 2018 yang lalu, ktrg decide utk pergi berjalan2  and disebabkan plan bercuti ni ktrg decide last minit, tak banyak choice destinasi yg ade. Lepas shortlisted kan senarai destination yg kene dgn budget ktrg, akhirnye ktrg buat keputusan utk pilih Kunming, China. Typical lah kalau beli tiket last minute harga tak murah mana, dalam RM590 return dgn Air Asia. Trip ini selama 6 hari 5 malam sbb amik kira cuti ktrg yg tinggal. Ahli trip pulak seramai 4 orang. 

Untuk penerbangan Air Asia, waktu depart dari KLIA2 adalah pada pukul 1.10 pm. Perjalanan dari KL ke Kunming mengambil masa lebih kurang 3 jam 50 minit. Timezone Kunming sama dgn Malaysia, so tak payah adjust jam. Flight ke sana jenis kecik, 2 baris je. Majority yg naik flight mase tu pn ielah warga negara China dan bangsa China Malaysia. Disebabkan flight berlepas waktu tgh hari and sampai kt sane lewat ptg, ktrg decide utk beli food dalam flight, beli online utk dpt harga lg murah (RM10) compare dgn kalau beli dalam flight RM15. Cuaca sepanjang perjalanan tu elok so boleh nampak daratan area Thailand dan Laos. Dekat2 nak sampai Kunming, boleh nampak kawasan pertanian kat pergunungan seakan2 Dongchuan red land.

Dalam flight, cabin crew akan edarkan borang kemasukan ke China. So make sure bawak pen utk memudahkan isi borang. Tapi kalau lupe nak bawak pen, boleh je isi kat airport lepas landing nanti.


Dalam pukul 5pm, ktrg selamat landing di Kunming Airport. Selesai je imegresen semua, bende pertama ktrg cari ielah 'prayer room' utk solat Jamak Ta'khir Asar-Zohor. Ada terbaca blog lain yg drg solat kat prayer room Kunming Airport level 1F. So ktrg dgn gigihnye cari dari hujung ke hujung level 1F tu tapi tak jumpa jugak. Ktrg tanya staff kat situ tp drg tak faham "prayer" tu apa, nak translate ke bahasa Mandarin pun tak jumpa perkataan tu, tunjuk gaya solat lagilah dorang tak faham. Disebabkn dah buang mase mencari and takut waktu Asar habis, ktrg decide tumpang solat dalam transit lounge yang Airport ni sediakan di level 1F bersebelahan Starbucks. Ambil corner yang tersorok sikit. Alhamdulillah tak ramai orang kat situ dan tempatnya selesa dan luas. 

Selesai solat, kitorg decide nak makan dulu kat Airport ni sebab semua dah lapar. Restoren Halal ada kat bahagian hujung sekali di level ? dan harganya agak mahal. Agak susah jugaklah mula-mula masa nak cari restoren Halal kat airport ni memandangkan tulisan semua lebih kurang sama. Kena perhati betul-betul kat signboard kedai tu ada tulisan Arab. Landmark restoren ni adalah kedai Miniso yang terletak betul-betul belakang restoren ni.
Ni dia kedai Halal dalam Airport Kunming
Mee daging
Kitorg order set mee sekali dengan air. Satu portion makanan boleh share 2 orang. Jadi bolehlah save duit sikit. Nak minta bil cakap "Mai Dan" dan tunjuk kalkulator supaya dorang boleh terus tulis berapa. Lepas tu kitorang menuju ke kaunter tiket bas untuk beli tiket ke Kunming Railway Station memandangkan kitorg akan naik train ke Lijiang malam tu jugak. Kaunter ni terletak di bahagian luar arrival area, keluar pintu belok kiri dan jalan hingga jumpa pondok kaunter. Harga tiket 13 Yuan sahaja.
Ambil bas no. 919C untuk ke Kunming Railway station
Bas ok dan selesa
Kekerapan bas adalah selama 30minit dan jangan risau dia tak tunggu bas penuh pun dah jalan. Jalan malam tu agak jem, mungkin sebab malam minggu, jadi perjalanan kitorg mengambil masa dalam sejam jugak menuju ke Kunming Railway Station. Bas tu tak drop kan betul-betul kat depan railway station. Last stop kitorg turun ikut orang lain dan jalan ikut dorang sikit. Lepastu buka google map menuju ke railway station yang terletak agak terlindung oleh bangunan lain. Before sampai ke bangunan Railway station tu, kitorg nampak kedai Halal dan harganya jauh lebih murah. Plan akan singgah makan kat situ masa balik dari Lijiang nanti.

Setibanya di Kunming Railway Station, kitorg terus pergi ke kaunter no.1 yang merupakan satu-satunya kaunter yang boleh berbahasa English dan terus tunjuk kertas yang dah siap tertulis destinasi dan jenis seat yang kitorg nak beli. Beli  hard sleeper 2 lower berths dan 2 middle berths ke Lijiang. Mula-mula plan nak beli yang pukul 10pm, tapi sebab kitorang sampai pun dah pukul 9 lebih, kitorg tukar ke pukul 11.25pm. Beli tiket return ke Kunming sekali. Harga untuk hard sleeper Kunming-Lijiang (return) dalam 300 Yuan sorang. Untuk train ke Lijiang ni, kitorg xdapat sama gerabak. 2 orang dapat gerabak no.2, 2 lagi tercampak jauh gerabak no.7. So kena lah bercampur dengan orang lain. Tapi nasiblah train ni malam, so masuk-masuk je boleh terus naik katil tidur. Lampu dorang akan tutup pukul 12malam. Train ni ambil masa dalam 8jam untuk sampai ke Lijiang. Kadang-kadang train ni akan berhenti lama untuk bagi train lain lalu. Tapi jangan panik kalau train ni berhenti 2 hingga ke 3 jam, bukan train rosak ke apa, tapi memang train ni akan berhenti lama. Toilet dalam train ni jenis cangkung, kebersihan tahap sederhana tapi masih boleh digunakan. Air ada dalam toilet, cuma kena bawak botol/cawan kosong je.

Day 2
Dalam pukul 5.30pagi, kitorg bangun pergi toilet sebab masa tu semua tengah tidur lagi. Solat subuh dalam train. Lepastu cop tempat duduk yang ada plug yang kebetulan berada betul-betul depan compartment kitorg untuk charge handphone. Dalam pukul 6pagi orang lain dah mula bangun. Orang dah mula beratur nak pergi toilet dan ada yang cari tempat plug untuk charge. Untuk pengetahuan korang, plug ni tak semua compartment ada. Dalam satu gerabak maybe ada dalam dua tiga je plug. So siapa cepat dia dapat. Pagi tu alas perut makan biskut. Kalau nak buat air panas pun boleh sebab memang ada disediakan tempat air panas dalam setiap gerabak train. Sejam sebelum sampai ke Lijiang, semua orang dah bangun bersiap sedia nak tiba ke destinasi. Kitorg sampai ke Lijiang tepat pada masanya, pada pukul 7.35am. Keluar je dari train memang sejuk gila. Jadi siap-siaplah pakai winter coat before turun dari train.

Keluar je dari Lijiang Railway station, kitorg cari orang yang pegang kertas nama kitorg memandangkan transport ke penginapan kitorg dah arrange awal-awal dengan pihak Guest House. 40 Yuan untuk satu kereta, so bahagi 4 sorang 10 Yuan. Kalau naik bas lagi murah 1 Yuan untuk 1 bas, tapi kena tukar 2 bas. Nama tempat penginapan kitorg ni adalah  Xiangyuan Guest House yang terletak betul-betul dalam area Old Town. Harga bilik untuk 4 orang, 3hari 2malam adalah 376 Yuan (RM226). Kira murahlah sebab sorang kena bayar dalam RM56.50 untuk 2malam. Kitorg decide nak ambil transport yang dorang bagi dan tak naik bas sebab takut susah nak cari tempat ni nanti. Lagipun dorang akan tunjuk jalan sekali ke guest house ni yang memang x boleh diakses dengan kenderaan. Maknanya dorang akan dropkan kita kat satu area, then kita kena jalan kaki bawak beg ke guest house tersebut. Agak jauh lah jugak orang tu bawak kitorang nak tuju ke tempat tu. At the end, sampai jugak kitorg di Xiangyuan Guest House dalam pukul 8.30am. Masa tu orang yang jaga tempat tu xada. Orang yang drive kan kitorang tu rupanya bukan staff situ. So kitorg terpaksa lah tunggu staff dorang sampai.
Waiting sambil snap gambar
Tunggu punya tunggu xnampak kelibat, kitorg decide nak cari makan dan tinggalkan beg kitorg kat situ. Cari kedai halal dalam google map, rupanya takdelah jauh sangat dengan hotel kitorg ni. Kedai ni betul-betul tepi main road yang boleh diakses oleh kenderaan, dan dekat je dengan bus stop. Orang tadi dropkan kitorg agak jauh jugaklah tadi. Kat deret kedai ni memang banyak kedai halal, tapi yang dah buka satu kedai je.
Still closed
Deret ni semua kedai Halal tapi masih tutup
Ni lah satu-satunya kedai yang buka pagi tu

Harga foods ok dan berpatutan. Kitorg order 2 nasi goreng daging yang berharga 15 Yuan setiap satu. Portion food dia memang banyak dan mengenyangkan. Air tea dia bagi free. Memang sedaplah dapat minum air tea panas waktu sejuk-sejuk macam ni. Dah makan kenyang, kitorg balik semula ke guest house. Staff yang jaga tu dah ada, jadi kitorg tunjuk kertas booking yang kitorg dah print dari booking.com. Dorang memang tak tahu English langsung, so print apa-apa semua dalam bahasa Cina supaya memudahkan keadaan. Yang bagusnya tentang guest house ni ialah kita boleh check in awal free of charge, dan checkout paling lambat pukul 2pm, berbeza dengan tempat lain yang kena check out pukul 12. So inilah salah satu sebab kitorg pilih penginapan ni, selain harganya yang murah dan lokasi yang berdekatan dengan restoran Halal. Dalam pukul 10.30am ktrg dah boleh masuk bilik. Bilik dia biasa-biasa tapi yang penting bersih dan selesa serta kitorg berempat boleh tidur dalam satu bilik. Pagi ni kitorg rehat dulu sebelum meneruskan perjalanan menerokai Old Town of Lijiang pada sebelah petang.

Jalan-jalan tengok Lijiang's Old Town

Air dia sangat jernih
Rasa buah-buahan di Lijiang. x manis sangat pun rasa dia.

Durian pun dorang ada

Untuk aktiviti hari ketiga dan seterusnya, nantikan post akan datang...








Thursday, 22 November 2018

Itinerary ke China & Budget (Kunming & Lijiang)

Untuk trip akhir tahun 2018 ni, kitorang plan untuk ke Kunming yang terletak dalam wilayah Yunnan, China. Dari Kunming kitorang naik night train ke Lijiang. Trip ke Kunming dan Lijiang ini adalah selama 6 hari 5 malam. Bawah ni merupakan itinerary dan perbelanjaan kitorg kat sana.

Day 1
01.10pm- Flight KLIA2 to Kunming,China (4h)
05.00pm- Arrived Kunming Airport (same time with Malaysia)
05.20pm- Pray in Airport
07.00pm- Dinner in Halal Restaurant at Airport
08.00pm- Take bus to Kunming Railway Station (1h)
09.00pm- Arrived Kunming Railway Station. Buy train ticket (return) to Lijiang.
11.25pm- Night train to Lijiang (8h)

Day 2
07.40am- Arrived Lijiang
07.45am- Taxi to Budget hotel
08.10am- Arrived Hotel. Leave the bags and walk around.
09.00am- Breakfast
11.00am- Check in Hotel and rest
04.00pm- Walk around the old town


Day 3
06.30am- Trip to Jade Dragon Snow Mountain
04.00pm- Arrived hotel and rest.
05.00pm- Walk around the old town of Lijiang

Day 4
09.00am- Breakfast
10.00am- Shopping at Supermarket
12.30pm- Lunch and get ready for check out.
02.00pm- Check out Hotel and walk around the old town of Lijiang.
06.00pm- Take a bus to Kunming Railway station.
11.45pm- Night train to Kunming (9h)



Day 5

09.15am- Arrived Kunming
09.30am- Breakfast at Halal Restaurant beside the train station
10.00am- Walk to the subway station
10.45am- Take a subway to ?
11.00am- Walk to the Tenho Hotel
11.45am- Check in Hotel and rest
12.30pm- Lunch.
02.00pm- Take a subway to Kunming Guandu Ancient town
05.00pm- Dinner
06.00pm- Take a subway back to the Hotel.



Day 6

10.00am- Breakfast
12.00am- Check out hotel. Shopping in Carrefour.
1.30pm- Lunch near the mosque and pray in the mosque.
2.50pm- Take a subway to Kunming Airport
3.50pm- Arrived Kunming Airport
05.55pm- Flight to KLIA2
09.45pm- Arrived KLIA2

Bawah ni jumlah perbelanjaan kitorang kat sana.

Budgets
AirAsia flight (return): RM590 (beli masa tak ada promo)
Bus airport-train station : 13 yuan
Hard sleeper train Kunming-Lijiang (return): 300 yuan
Taxi from Lijiang train station to hotel: 40 yuan (10 yuan/pax)
Hotel 3days2nights for 4 peoples at Lijiang: 376 yuan (94yuan/pax)
Jade Dragon Snow Mountain tour package: 390 yuan
Bus to Lijiang railway station: 2 yuan
Subway to hotel: 4 yuan
Hotel at Kunming for 4 peoples: 198 yuan (50 yuan/pax)
Subway to Kunming Guandu Ancient town (return): 8 yuan
Subway to Kunming Airport: 5 yuan
Shopping and foods: Depends on your budget

TOTAL= RM590+876yuan(RM530) = RM1120



*korang boleh jimat lagi kalau beli tiket flight masa AirAsia free seat and pergi Jade Dragon Snow Mountain sendiri-sendiri tanpa menggunakan tour package.

Sunday, 27 May 2018

Pengalaman di Breakout Room, 2018.

Pernah dengar tak tentang game escape room? Dalam game ni, kita perlu berfikir cara untuk melepaskan diri dari bilik yang terkunci, dalam masa yang sama kena solve mystery. Mungkin ramai yang pernah main game detective online, kena cari2 benda tersembunyi dan solve puzzle. Tapi berlainan dengan this real escape room game.

Kitorang dah cuba sendiri bermain dalam Breakout room di KLCC dan juga Nu Sentral. Booking boleh dibuat melalui laman web http://www.breakout.com.my/. Korang boleh pilih nak bermain di KLCC atau Nu Sentral. Kalau nak main level yang senang2 banyak di KLCC. Kat Nu Senral kebanyakannya level yang susah2.

First, kitorang book Cerebrum Room di KLCC yang mana tahap difficulty dia 6/10. Masa kitorang nak book tu, level yang senang2 semua dah fully book, so ambil Cerebrum sebab tu je yang available. Kitorang sampai di Breakout, KLCC 15 minit agak lewat dari masa yang ditetapkan. So, ada dua pilihan sama ada kitorang masuk main tapi tolak 15minit daripada 45minit masa asal bermain yang diberi atau pilih slot lain yang kosong which is kena tunggu lagi 2jam. Setelah berbincang kitorang pun decide tolak 15minit bermain walaupun memang agak membazir disitu.

Then kita akan diberikan penerangan tentang game ni dan boleh pilih "Power" masing2. Ada 8 Powers yang boleh dipilih. Korang boleh tengok laman web dorang untuk maklumat lanjut. Macam kitorang, kitorang pilih The Lightbringer, Time Bender, LockMaster dan The Gemini. Untuk game Cerebrum ni, kitorang berempat perlu dibahagi dua dan dipisahkan kepada dua bilik yang berlainan. Dorang akan bawa kita ke bilik yang disediakan sambil mata ditutup dan menceritakan kenapa kita berada dalam bilik tu. Then dah masuk dalam bilik, kita kena solve the mystery on how to open the door to go to the next room and so on. Memang agak mencabar disitu lagi2 kepada yang first timer main game ni. Dalam game ni, kitorang gagal keluar.

Next, kitorang main di Nu Sentral sempena pilihan raya hari tu sebab FREE. Berempat jugak, kena tunjuk jari kita sebagai bukti dah pergi mengundi. Then boleh main satu game je free of charge. Before that kitorang dah book awal2 level yang paling senang sebab takut penuh. Kitorang pilih "The War for Rembrandt" yang mana tahap difficulty dia 4.5/10. Kali ni kitorang ambil power The Oracle, LockMaster, The Lightbringer dan Time Bender. Game kali ni lebih mudah dari yang sebelum ni. Suasana pun lebih santai sebab kitorang berempat duduk dalam satu bilik, tak perlu berpecah dua macam game Cerebrum. Tapi kitorang still gagal keluar.

Apa-apa pun, kalau korang nak isi masa lapang dengan main game yang lain dari biasa, boleh cuba main di Breakout room ni. Harga agak mahal tapi berbaloi. Lebih ramai orang yang bermain, lagi sikitlah harga yang sorang kena bayar. Untuk maklumat lanjut boleh ke laman http://www.breakout.com.my/

Wednesday, 18 April 2018

Berkunjung ke Zoo Negara 2018

Untuk awal tahun 2018 ni, Zoo Negara ada buat offer tiket free kepada sesiapa yang lahir pada 16 March hingga 15 April. So sebab salah sorang dari kitorang lahir antara tarikh ni, so kitorang pun bercadang untuk pergi sebab alang-alang dapat tiket free. Harga normal tiket ialah RM44 per adult. Lagipun memang dah lama sangat tak datang Zoo Negara ni. Tiket ni sekali dengan bayaran untuk tengok Panda. Kalau dulu diorang asingkan harga Panda dari entrance ticket, maknenye siapa nk tengok Panda kene bayar extra. Tapi nampaknya sekarang diorang dah sekalikan dalam ticket entrance. 

Zoo Negara yg terletak kat Hulu Kelang (boleh waze utk exact location) ni dibuka setiap hari, dari pukul 9 pagi sampai 5 petang. Last entrance boleh masuk pada pukul 4 petang. Kitorang pergi hari Sabtu dalam pukul 2.30 petang dengan harapan petang2 ni redup lah sikit. Malas nak datang pagi2 sebab nanti pukul 10 dah panas. So lepas lunch, kitorang pun park kereta kat tempat yg disediakan kat zoo ni. Tempat park kereta ada 2, zon A dan zon B. Kitorang park kat zon A sebab kalau tengok map tempat beli tiket berdekatan dengan zon A. Harga kalau dulu ikut per hour. Sekarang RM10 per entry. Mahal jugaklah harga parking ni. Tempat parking luas, so jangan risau.

Terus pergi ke kaunter ticket untuk beli ticket and claim free ticket. Bagi sesiapa yang ada kad Aeon, Mydin, RapidKL atau PlusMiles sila bawa dan tunjuk di kaunter 6 sebab boleh dapat diskaun 10%. So hanya perlu bayar RM39.60 untuk dewasa, save RM4.40. Lagi satu, rajin2kanlah diri selalu buka web Zoo Negara untuk lain2 promotion sebab kitorang notice dorang selalu jugak buat diskaun masa cuti sekolah atau untuk certain2 bulan untuk birthday free ticket.

Masuk2 je akan nampak signboard arah binatang2 yang kita nak tuju. Oleh sebab animal show start pukul 3pm, kitorang ikut arah kanan dulu menuju ke tempat animal show memandangkan masa tu dah pukul 2.50pm. On the way ke situ, kitorang nampak 2 ekor kuda. So snap gambar dulu. 



Then nampak klinik veterinar dan gerai makan belah kanan. Akhirnya sampai ke tempat animal show. Kitorang cari tempat duduk dulu. Ramai orang dah duduk kawasan center sebab lagi jelas untuk nampak persembahan animal. Tepat pukul 3pm, show bermula. 


Mula2 persembahan burung kakak tua berlumba untuk bawa bola masuk dalam jaring gol. Second show untuk sesiapa yang nak donate duit boleh pegang kat tangan dan burung tu akan terbang  dan ambil duit dari tangan orang tu dan bagi pada penjaga dia. Ni hanya terhad kepada 10 orang je sebab kalau x lamalah nak tunggu untuk next show. Lepastu ada beberapa show lagi. Last sekali baru persembahan singa laut main bola. Before pukul 4pm show habis.

Then, kitorang masuk ke tempat akuarium. Ikan2 macam biasa yang kita tengok, tak ada yang unik. Lepastu kitorang tengok binatang2 lain dulu sebab cadang nak masuk tengok panda pukul 4.45pm. Cuaca masa tu mendung, jadi just nice untuk jalan2. Ada banyak bangku yang disediakan. Jadi kalau kita penat berjalan boleh duduk dulu rehat. Bagi yang tak larat nak jalan boleh naik tram. Untuk dewasa RM8, kanak2 RM5, 2 tahun kebawah free. 
Ke Aquarium

Ikan menyamar jadi kayu



Zirafah berkumpul dalam kandang.
Zirafah mula keluar dari kandang dia.
Pukul 4.50pm kitorang sampai kat the Must Place to Visit, Giant Panda Conservation Centre. Masa kitorang nak masuk tu tak ade orang. Dorang yang memanggil2 tanya dah tengok panda ke belum. Tak payah beratur, dorang cuma explain dalam tu jangan bising, snap gambar boleh tapi jangan ada flash, dan masa maximum boleh berada dalam tu 20minit sahaja. Makanan minuman tak boleh bawa masuk, so kitorang tinggalkan botol air kat rak yang disediakan.



Masuk2 kena turun tangga before masuk ke pintu yang ada si Panda ni. Masa tu ada panda jantan je. Panda betina tak ada sebab tengah berpantang jaga 2nd daughter dia yang lahir bulan January tahun ni. Jadi agak rugi jugak sebab dapat tengok seekor panda je. 

First masuk tengok panda ni tengak tak bermaya.
Masa mula2 masuk tu tercari2 panda ni. Rupanya dia tengah sedih macam kat gambar atas ni. Maybe dah lama tak jumpa wife.

Si Mama Panda yang sedang berpantang.

Papa Panda yang keseorangan.

Makan dengan tawaduk.
Tak lama lepastu si Panda ni mula bergerak naik kayu2 ni sebab makanan dia ada kat platform paling atas. Dapatlah tengok si Panda beraktiviti menikmati makanan dia. Lepas habis makan kenyang, dia terbaring macam kat bawah ni.


Dalam ni kitorang stay 15 minit tengok panda. Alhamdulillah time kitorang masuk tak ramai orang, so senang nak tangkap gambar panda ni. Keluar dari tempat panda akan nampak unta 3 ekor tengah bersantai. Unta ni badan dia kecik2 je. Lepastu terdengar ada sorang budak kecik ni tanya mak dia unta punya bulu mata bukan tebal ke. Then kitorang tengok bulu mata unta tu dan baru perasan bulu mata unta ni tak setebal unta negara Arab. Maybe faktor persekitaran. 

Seekor orang utan yang pemalu.
Then kitorang tengok orang utan, harimau, gajah, burung, dan lain2 sampailah pukul 5.25pm baru kitorang keluar dari Zoo. Dalam Zoo Negara ni terdapat beberapa buah Cafe dan tempat jual cenderamata. So kalau lapar atau nak beli souvenir bolehlah. Tapi harga food dan souvenir agak mahal. Air mineral kitorang bawa siap2 dari rumah sebab kalau beli dalam ni dalam RM3. Surau pula ada berdekatan dengan pintu masuk Zon A. Jadi tak perlu risau dan terkejar2 kalau nak solat dulu pun boleh.

Info tentang Zoo Negara:
Waktu Operasi: 9pagi-5petang (Setiap hari)
Masa terakhir untuk masuk: Pukul 4 petang
Waktu Animal Show: 11pagi dan 3petang
Bayaran Masuk: RM44 (dewasa), RM16 (kanak2 bawah 12tahun), RM21 (warga emas 60tahun keatas), kanak2 3tahun kebawah FOC. *harga untuk warganegara Malaysia sahaja. Pastikan bawa IC anda.
Harga tram: RM8 (dewasa), RM5 (kanak2) *harga untuk warganegara Malaysia sahaja. Pastikan bawa IC anda.
Harga Parking: RM10 sekali masuk

Saturday, 10 February 2018

Trip ke Genting Highlands 2017



Trip ke Genting Highlands ini adalah untuk mengisi masa cuti kami. Pergi balik hari. Tujuan kami ke sini lebih kepada nak naik cable car untuk naik ke atas, nak tengok apa yang ada. Kami pilih Christmas day untuk pergi balik hari. Kami bertolak tengahari dalam pukul 12.30 dari KL menaiki kereta.  Alhamdulillah, perjalanan ok, traffik lancar, kereta tak banyak and tak hujan. Ambil masa dalam 30 minit untuk sampai ke tempat parking di Genting outlet premium. Lepas tu solat dulu dalam shopping kompleks  sebelum beli tiket untuk naik standard cable car yang berharga RM8 sehala di Awana skyway. So return dah RM16. Kalau nak naik glass floor gondola harga dalam RM50 sehala dan tak perlu beratur panjang. Untuk yang ada Genting Reward Card, korang boleh gunakan points korang untuk naik cable car ni. 5GP untuk one way standard gondola, 40GP untuk glass floor gondola. Kitorang beratur tak lama sangat sebab cable car ni ada banyak, pukul 2.30 kami dah dapat naik cable car yang memuatkan seramai 8 orang.

Naik sampai atas hujan mula turun.


Naik cable car ni dalam 10 minit dan dia akan stop sekejap kat satu station: Chan Swee station. Tapi kitorang tak turun sebab nak tengok kat atas dulu ada apa. Sampai kat atas, kita akan terus masuk ke kawasan indoor dalam bangunan shopping kompleks. Kitorang ingatkan ada kawasan outdoor untuk jalan2 tengok view dalam cuaca yang sejuk berkabus ni. Rupanya lebih kepada untuk bershopping. Kat sini macam-macam kedai ade bagi yang gemar bershopping. Tempat makan pun ada tapi harga kat atas ni macam biasa lagi mahal.

Dah jalan2 kejap kat atas kitorang pun beratur balik untuk turun bawah naik cable car. Sebelum turun sampai bawah kitorang stop kat Chin Swee station untuk jalan2 tengok view outdoor yang agak sejuk sambil isi perut makan kuih dan biskut yang kitorang bawak dari rumah. Sambil tu minum kopi panas yang kitorang bancuh sendiri jugak dari rumah. Jimat tak payah beli foods kat sini. Next ada signboard ke Chin Swee Cave Temple yang memerlukan kita untuk turun banyak tangga sebelum sampai ke temple tu. Tapi jangan risau sebab ada eskalator.





Chin Swee Cave Temple.

Lepas tu kitorang naik semula cable car untuk balik. Parking rate RM8 per day untuk public holiday. Tapi bermula January 2018 ni, parking rate di Genting premium outlet berdasarkan hour. RM2/hour untuk weekdays (maximum RM12 perday) dan RM3/hour untuk weekends & public holiday (maximum RM18 perday). So untunglah kitorang dapat pergi beberapa hari sebelum dorang tukar parking rate berdasarkan hour ni.

Dalam pukul 4.30pm kitorang drive turun untuk balik ke KL. Jalan balik memang jem ditambah dengan hujan. Apa2 pun kitorang selamat sampai ke rumah. So total perbelanjaan kitorang naik ke Genting Highland saje2 ialah:

Cable car (return)- RM16
Parking- RM8/3pax (RM3)
Tol Gombak(return)- RM12/3pax (RM4)
Fuel- RM12/3pax (RM4) 

Total= RM27 seorang

Masa operasi untuk cable car di Awana Skyway ni adalah dari pukul 7pagi ke 12malam. Awana Skyway merupakan cable car yang baru di Genting Highland. Cable car lama terletak di Genting Skyway. Kalau nak ke cable car baru ni just follow signboard yang tulis Awana skyway. 
Sumber: rwgenting.com

Macam ada lagi sorang author blog ni (Kakashe), dia naik cable car yang lama. Harga sama, cuma bezanya cable car baru di Awana Skyway ni tempat duduk dalam gondola menghadap orang depan2, gondola lama kat Genting Skyway pula menghadap tingkap, so agak privacy dan boleh tengok scenery dengan lebih baik.

Pengalaman Haji 2017 - 1438H (Di Madinah)

Penerbangan kami adalah antara yang terawal masuk ke Madinah dulu dan berada di situ selama 8 hari sebelum bertolak ke Mekah. Suasana di airport Madinah tak sesibuk di Airport Mekah. Alhamdulillah masa proses imegresen kumpulan kami berjalan lancar dan agak laju sebab kami sampai awal pagi, dan masa tu banyak kaunter yang beroperasi.

Lapangan terbang Madinah
Selepas habis proses imegresen, kami dibawa untuk menaiki bas yang disediakan. Beg bagasi tak payah ambil sebab dorang dah siap-siap angkut letak atas bas. Kita hanya perlu tunggu beg kat hotel nanti. Tapi ambil masa sikit untuk beg kita nak sampai sebab dorang bahagikan ikut level. Jadi memang kena bawa baju spare dalam beg yang kita pegang in case beg kita lambat sampai atau ada jugak kes yang beg hilang atau misplace.

Bas yang kami naik.
Perjalanan dari airport ke hotel ambil masa dalam 30 minit.
Bangunan lama.

Dah nampak Masjid Nabawi.

Arrived.
Untuk di Madinah, jemaah Malaysia tak kira yang guna Muassasah atau pakej akan dapat hotel yang memang dekat dengan Masjid Nabawi. Kami dapat Al-Haram Hotel yang terletak hanya 3 minit jalan kaki dari masjid. Nombor bilik semua akan diberi masa kita di kompleks tabung haji di Kelana Jaya. Jadi sampai je di hotel kita pergi ke nombor bilik yang dah ditetapkan. Kami yang perempuan dapat satu bilik 5 orang. Ayah kitorang dapat satu bilik 6 orang. Bilangan jemaah dalam satu bilik bergantung pada kebesaran bilik tu.

Our room.

Bathroom, sekali dengan bath tub.
Keesokah harinya, pihak Tabung Haji tunjukkan kawasan sekeliling Masjid. Ziarah kubur Nabi dan sahabat serta masuk ke Raudhah. Untuk perempuan, ada waktu tertentu sahaja untuk masuk ke Raudhah. Lelaki boleh masuk bila2 masa.






Kawasan solat untuk perempuan sahaja.
Dulu selalu confuse beza antara Masjid Nabawi dengan Masjidilharam. Sekarang baru tahu yang Masjid Nabawi yang ade payung2 banyak ni. Masa mula2 sampai bangun subuh senang sebab beza masa Malaysia-Saudi 5 jam. Malaysia dah 9 pagi, Saudi baru 4 pagi. Tapi masa magrib ke ishak tu agak mencabar sikit, sampai tersungup2. Yelah kalau kat Malaysia kita dah nyeyak tidur. Tapi lama2 semua dapat biasakan dengan time Saudi ni.

Untuk hari berikutnya, Tabung Haji buat lawatan ziarah ke beberapa tempat di Madinah. Jadual lawatan ni mengikut kumpulan penerbangan kita dan akan ada jadual ditampal di notice board. Antara tempat yang dilawati ialah Masjid Quba', Bukit Uhud, dan pasar Tamar.

Bukit Uhud


Kubur sahabat Nabi yang syahid dalam perang Uhud



Masjid Quba'


Pokok Tamar


Ziarah di Madinah ni free sebab under TH, berbeza dengan ziarah di Mekah perlu bayar sebab pihak Muassasah yang handle. Hari ke-7 pihak TH mintak semua jemaah yang akan ke Mekah siapkan beg besar sebab akan dihantar ke Mekah dulu. Tag nama yang baru untuk dilekatkan pada beg akan diberikan hari tu berdasarkan nombor bilik di Mekah nanti. Beg dikumpulkan kat satu tempat. Esoknya masa nak pergi ke Mekah, jemaah hanya perlu bawak handluggage je. Urusan di Madinah ni amat memudahkan jemaah.