Thursday 13 October 2022

Part 4 - Trip ke Switzerland (Day 7, 8 & 9)

 Day 7 (Gornegrat)

Di Zermatt ada dua tempat yang popular untuk dilawati sama ada Gornegrat atau Matterhorn Paradise Glacier. Ketinggian Gornegrat ialah 3089 meter manakala Matterhorn Paradise Glacier ialah 3883 meter. Kalau ada lebih duit korang boleh pergi kedua-dua tempat ni. Untuk kami, kami memilih untuk ke Gornegrat kerana tidak perlu bertukar train dan cable car serta perjalanan lebih pendek. Sebab lain kami pilih untuk ke Gornegrat berbanding Matterhorn Paradise Glacier, korang boleh baca sendiri kat bawah nanti. Harga tiket sehala ialah CHF63. Untuk pemegang STP, anda masih perlu membayar half dari harga ticket untuk naik ke Gornegrat. 

Awal pagi dalam pukul 6.45am kami keluar untuk menaiki 1st train ke Gornegrat yang bergerak pada pukul 7am dari Zermatt GBB. Kalau terlepas train pukul 7am ni kena tunggu sejam lagi untuk next train. Then after pukul 8am baru kekerapan train jadi setiap 24 minit. 



Apa yang uniknya train ni merupakan the highest open air cog-wheel in Europe. Perjalanan mengambil masa selama 38 minit. Sepanjang perjalanan ada 5 stops yang korang boleh turun. 

Kami turun di perhentian yang ke 4 iaitu Rotenboden untuk melihat Riffelsee lake. 


Ikut je signboard tu untuk ke Riffelsee Lake

Perjalanan berjalan turun ke Riffelsee Lake mengambil masa lebih kurang 5minit. Kalau kena masanya, korang boleh lihat the reflection of Matterhorn peak kat lake tersebut. Antara sebab kami ambil 1st train ke situ ialah sebab tak ramai orang dan dapat lihat sendiri the reflection of Matterhorn ni.

Dari jauh nampak reflection of Matterhorn peak je. Tak ada orang lagi.

On the way nak ke tasik. Ada sorang mat salleh dah sampai dulu bawah.

Jadi orang ke dua sampai kat Riffelsee Lake pagi ni.

Korang jangan lupa bawa Toblerone kalau naik atas ni. Kami ingat dari Malaysia nak beli siap-siap coklat Toblerone sebab lagi murah berbanding kalau beli kat Swiss walaupun Swiss ni pengeluar coklat Toblerone ni. Akhirnya lupa juga nak beli. Toblerone putih kat Swiss harganya dalam CHF2.70. Nak murah sikit beli yang warna coklat, harga dalam CHF2.10.

Real Toblerone


Masa kat Tasik ni banyak rumpai-rumpai macam gambar atas ni. So tak nampaklah full reflection of Matterhorn. Tapi jangan risau sebab korang still boleh dapatkan gambar full macam bawah ni.


Tips dia, ambil gambar atas batu macam bawah ni dan adjust the angle of your camera. Siap!

Batu belah kiri tu port baik punya.

Dan kitorang ada juga baca yang kalau pergi tengahari macam tu tak dapat tengok reflection of Matterhorn ni. So better pergi awal pagi. Kitorang luangkan masa dalam sejam juga kat situ sementara tunggu the next train untuk ke Gornegrat.

Kat papan biru tu ada tulis masa untuk next train

Then kami meneruskan perjalanan ke final stop iaitu Gornegrat yang mempunyai ketinggian kira-kira 3089 meter dari paras laut. Kami ke viewpoint untuk melihat view dari atas. 



Naik ke Gornegrat dan setiap stop ke Gornegrat ada palang untuk entry macam gambar atas ni. So kalau tak ada tiket tak boleh masuk/keluar.




Then kami makan bekal yang kami bawa dan order hot coffee dan chocolate sambil menikmati view.


Kemudian kami ke Zooom yang merupakan pusat exhibition yang baru dibuka pada tahun 2021 yang memaparkan keunikan Matterhorn. Untuk pengetahuan korang, bayaran masuk ke Zooom bagi pengunjung yang datang pada tahun 2022 dah termasuk dalam tiket naik ke Gornegrat ni. Jadi kesemua aktiviti di Zooom ni adalah percuma. Ini lagi satu sebab kami memilih untuk ke Gornegrat berbanding Matterhorn Glacier Paradise. Macam biasa kami jadi antara orang terawal yang masuk sebab dia buka pukul 9.45am. 



Zooom mempunyai 3 peringkat. Part 1 kitorang dapat melihat the real Matterhorn dari tingkap kaca bangunan tersebut. Periscope ada disediakan kalau nak tengok view Matterhorn dengan  lebih dekat. Part 2 ada 3D cinema yang memaparkan keadaan persekitaran di Matterhorn dalam empat musim yang berbeza. Part 3 pula kita boleh merasai pengalaman ber paragliding menerusi VR yang disediakan. Boleh pilih nak VR yang panorama atau action mode. 

Awal pagi ramai pakcik makcik. Dorang pun join main VR ni sekali. 

Kalau korang pilih panorama mode, korang tak perlu kawal tali paragliding tu and just enjoy the view. Kalau korang pilih action mode korang boleh kawal tali paragliding and boleh kawal korang nak ke kiri, kanan, atas atau bawah. Macam kami 2 orang pilih panorama, 3 orang lagi pilih action. For my opinion, pilih action lagi best. Selesai beraktiviti di Zooom, kami pun menaiki semula train untuk turun ke Zermatt GBB. 





Aktiviti petang kami adalah bersiar-siar di Zermatt town seperti Bahnhofstarrse (station street) dan Hinterdorf (oldtown).
Siapa nak bersiar-siar sambil naik kereta kuda silakan

Kalau jalan-jalan hampir kat seluruh area Zermatt ni dapat tengok view Matterhorn

Kubur kat situ

Simbol friendship antara Switzerland dan Japan. Kat atas Gornegrat tu pun jumpa rombongan dari Jepun.

Bawah ni korang boleh tengok video kitorg kat Zermatt. Jangan lupa like and subscribe!


Day 8 (Zurich)

Hari ke lapan kami bersiap-siap untuk ke Zurich lebih awal kerana waktu checkout tempat penginapan kami adalah pada pukul 9am. Dua daripada kami serta parents naik electric car yang tuan rumah tolong carikan. Kalau naik electric car harganya dalam CHF20 untuk 4-seater. Boleh muat 3 beg besar lagi. Yang lain berjalan kaki ke train station yang memakan masa selama 10 minit.

View di awal pagi

Last breakfast di Zermatt.

Seawal jam 10am, kami menaiki train dari Zermatt ke Zurich HB. Kami perlu bertukar satu station di Visp untuk ke Zurich. Ada satu kejadian di Visp yang kami tak expect berlaku di Switzerland. Ada pickpocket di sini dan dua orang dari kami jadi mangsa. Dorang ambil kesempatan masa kami sibuk dengan bawa beg besarnya masa pertukaran train. Bila dah masuk dalam train berikutnya untuk ke Zurich, baru perasan zip bagpack 2 orang dari kami terbuka. Sorang hilang beg duit, sorang lagi beg duit ada mat salleh jumpa dan bagi kat kami cakap terjatuh. So pengajaran disini perlu berhati-hati walaupun rasa tempat tu selamat. 

Setelah 3 jam lebih, kami sampai ke Zurich HB station. Kali ini kami menginap di bilik penginapan The Henry. Waktu check in pada pukul 3pm dan checkout 12pm.



Self check in. Tak perlu jumpa orang.

Kami book 2 bilik untuk 3 orang selama 2 hari 1 malam yang berharga RM1272. Kami tidak menempah apartment kali ini kerana kebanyakan apartment di bandar Zurich mahal dan terletak jauh dari train station. Di dalam bilik ini juga disediakan dapur kecil, jadi mudah untuk kami memasak.

Lepas check in dah rehat sebentar, kami singgah di kedai halal berdekatan untuk lunch. Ada beberapa juga kedai halal berdekatan Zurich HB ni. 

Antara menu yang ada

Cumanya ada kedai yang jual campur daging halal dan tak halal. Kitorg tahu pun lepas orang kedai tu tanya nak chicken halal ke tak. Setelah kenyang menjamu selera, kami meneruskan perjalanan untuk buat last minit shopping sambil meng-explore the town of Zurich. 

Church sebelah Zurich HB train station

Rupanya kat kawasan Zurich ni lagi susah nak jumpa kedai souvenir. So disarankan kalau nak beli souvenir macam fridge magnet, keychain, dan kicthen towel, beli di Interlaken atau Zermatt. Harga fridge magnet yang paling murah kami jumpa dalam CHF4.90 di Zermatt. Kalau keychain kami sarankan beli di Interlaken, lebih banyak pilihan.

Kedai souvenir di Interlaken West. Keychain kat sini harga boleh dapat CHF4.90


Kitchen towel harga dalam CHF10

Antara magnet yang dijual masa kat Luzern

Untuk coklat pula, boleh beli kat Zurich di kedai Denner sebab banyak coklat dapat diskaun kat kedai ni. Selain tu boleh juga beli kat Coop atau Migro. Tapi nak jimat kami sarankan beli coklat kat Denner je sebab kami dah bandingkan harga coklat antara Coop, Migro dan Denner. Banyak perbezaan harga.  

Denner


Harga coklat di Denner setelah diskaun

Beli secara pukal untuk lebih jimat
    

Day 9 (Departure)

Breakfast terakhir kami di bumi Switzerland ni. Kami habiskan makanan yang kami bawa dari Malaysia sambil minum kopi capsul yang hotel Henry sediakan. 


Bawah ni antara coklat yang kami beli untuk dibawa balik ke Malaysia. 


Pukul 11am kami bersiap-siap untuk ke Airport. Jarak dari Zurich HB station ke Zurich Flughafen (Airport) hanya 10 minit. Kami perlu tiba 3 jam awal di Airport memandangkan flight kami akan berlepas pada pukul 3.25pm. Untuk pengetahuan korang, bermula August 2022, tidak perlu lagi menjalani Covid 19 test untuk masuk ke Malaysia. Begitu juga untuk masuk ke Switzerland tidak ada syarat yang memerlukan Covid test tidak kira status vaksin.

I'm coming home

Flight kami transit selama 3 jam lebih di Dubai sebelum ke Kuala Lumpur. Perjalanan dari Zurich ke Dubai mengambil masa selama 6 jam setengah. Manakala Dubai ke Kuala Lumpur 7 jam. Kami tiba di Malaysia pada pukul 2.25pm keesokan harinya. 

Budget keseluruhan trip kami untuk seorang ke Switzerland selama 9 hari 8 malam adalah RM6500. Kalau ground cost sahaja exclude flight dalam RM4000. Untuk itinerary ringkas dan budget kami ke sana, korang boleh klik link bawah ni. Semoga post kami membantu dan selamat bercuti.

Itinerary dan budget Switzerland 2022

Wednesday 12 October 2022

Part 3 - Trip ke Switzerland (Day 5 & 6)

 Day 5 (Lauterbrunnen)

Hari ke 5 di bumi Switzerland, kami ke Lauterbrunnen untuk menuju ke "Car Free villages" yang terkenal kerana terletak di kaki gunung dan mempunyai view yang awesome seperti Wengen Village dan Murren Village. Jam 6.50am, kami bergerak dari Interlaken West station ke Lauterbrunnen station dan perjalanan hanya mengambil masa selama 25minit. Setibanya di Lauterbrunnen, kami berjalan 3 minit ke Lauterbrunnen Seilbahn untuk menaiki gondola (cable car) ke Grutschalp, sebelum menaiki train ke Murren Village. 1st Gondola bergerak pada pukul 6.30am dan kekerapannya selama 30 minit sebab sekali masuk boleh muat dalam 50 orang. Kami naik gondola yang bergerak pada pukul 7.30am, just nice timing sebab orang tak ramai lagi dan tak perlu beratur. 



Setibanya di station Grutschalp, kami turun dari gondola dan menaiki train pula untuk sampai ke perkampungan Murren.


Sepanjang perjalanan kami menaiki train ke Murren Village, kami dibentangkan dengan view gunung-ganang yang indah. Tips kalau naik train ke Murren Village, pilih seat belah kiri untuk dapatkan nice view.


Setibanya diperkampungan yang terletak 1650 meter above the sea level itu, kami mengambil peluang untuk bersiar-siar di perkampungan ini.




View macam berlatar belakangkan gambar.

Datang waktu sun rise. Dapat view cahaya disebalik gunung.


Kami duduk tengok view dulu before teruskan perjalanan jalan-jalan di perkampungan ni. Jalan kat sini kena mendaki sikit, so just slow-slow je jalan sambil menikmati view.


Peta Murren Village yang terletak di lereng bukit.

Aktiviti kami kat Murren Village ni memang untuk jalan-jalan enjoy the view je. So kami berjalan ke arah Alpines Sportzentrum. Kat sini ada cafe dan tandas. Macam biasa kami beli hot chocolate dan coffee, makan kat bahagian luar cafe sambil makan bekal yang kami bawa. 

View kami sambil brunch




Kami meluangkan masa lebih kurang dua jam di situ sebelum balik ke Lauterbrunnen. Dalam perjalanan turun menggunakan gondola ke Lauterbrunnen, kami dapat lihat permandangan Staubbach view dari dalam gondola. Tipsnya korang kena duduk bahagian kanan gondola bila nak turun dari Grutschalp station.

Setibanya di Lauterbrunnen station dalam pukul 11am, kami lihat que untuk naik gondola ke Murren Village dah panjang. Sekali lagi tips yang kami selalu sebut, datang awal pagi ke tempat tarikan untuk mengelakkan crowded. Seterusnya kami berjalan kaki selama 10 minit untuk melihat Staubbach Fall yang merupakan air terjun ketiga tertinggi di Swiss. 


Staubbach Fall mempunyai ketinggian kira-kira 300 meter.

Selepas usai mengambil gambar dan menikmati view, kami berpatah balik ke Lauterbrunnen train station untuk ke Interlaken Ost. Di Interlaken Ost, kami menaiki bus ke Isewald yang merupakan tempat pengambaran cerita Korea berlatar belakangkan tasik, tak ingat nama ceritanya. Dalam cerita ni, pelakon korea tu bermain piano atas jambatan ni. 


So ramailah orang yang beratur untuk snap gambar atas jambatan ni termasuklah kami. Rasanya kat sinilah kami jumpa banyak orang Malaysia dan Korea. Sampai beratur pun depan orang Malaysia, belakang pun orang Malaysia. 


Bagi pendapat kami view di tasik ni biasa-biasa sahaja. Mungkin bagi penggemar cerita Korea lagi boleh appreciate that view. Tapi bus free of charge punya pasal (guna kad yang tempat penginapan bagi), kami datang je tengok tempat ni. Dalam pukul 2pm, kami pulang semula ke tempat penginapan kami. Seperti biasa aktiviti kami pada waktu petang adalah bebas.


Day 6 (Zermatt)

Awal pagi kami bersarapan sambil menikmati view rumah-rumah dan bukit-bukau dari penginapan kami. 

Last day breakfast di Interlaken West

Kemudian kami bersiap-siap untuk ke next destination. Jam 10am kami checkout dari tempat penginapan dan menuju ke train station. Kami menuju ke Perkampungan Zermatt yang hanya boleh diaksess dengan train. Perjalanan menaiki train dari Interlaken West ke Zermatt mengambil masa kira-kira 2 jam. Seperti biasa, kami disajikan dengan view yang awesome sepanjang perjalanan kami. 


Penginapan kami kali ini di Myzermatt Monazit Apartment yang terletak 10 minit dari Zermatt train station. Zermatt ni terkenal dengan gunung Matterhorn, gunung yang korang selalu nampak kat coklat Toblerone tu.

The real Toblerone guys

Untuk penginapan ini, waktu check in adalah awal dari penginapan lain iaitu pada pukul 12 tengahari. Tetapi waktu checkout nya juga awal iaitu pada pukul 9 pagi. Apartment ini mempunyai 2 bilik tidur, 1 bilik air, dapur dan 2 balkoni dengan view gunung Matterhorn. Harga untuk 3 hari 2 malam ialah RM3100. 




Perabot rumah ni nampak lama, tapi sebenarnya kukuh dan dijaga baik oleh owner. Kayu-kayu yang digunakan pada perabot-perabot tu pun still tegap walaupun lama. Antara semua rumah kat Switzerland ni, rumah ni lah yang paling bersih kami rasa bila mula-mula masuk.


Dan yang paling penting, the view. Ada 2 balkoni dalam rumah ni dan dua-dua balkoni ni menghadap sungai dan gunung Matterhorn.

Enjoy the view dari balkoni sambil mengopi

Sebelah rumah ni je ada kedai Thailand tapi tak halal. Seperti biasa, aktiviti kami kalau baru tiba ke sesuatu tempat baru adalah berehat dan berjalan-jalan di sekitar area Zermat ini. 

Next post kitorang akan ceritakan aktiviti kitorang di Zermatt sehinggalah ke last day di Switzerland. Stay tune.