Monday, 6 May 2024

Trip ke Seoul, Korea (Day3)

Hari ketiga aktiviti kami untuk ke Gyeongbokgung palace dan ke Starfield Suwon mall untuk tengok library yang famous tu. Kami bangun pukul 8pagi sebab Gyeongbokgung Palace buka pukul 9pagi. Lepas breakfast dalam bilik, kami bergerak untuk ke train station. Untuk ke Palaca ni, perlu turun di Gyeongbokgung station (Line 3). Turun je station ni, kena jalan menuju ke exit yang tulis palace. 

Dalam pukul 9pagi ada pertunjukan pertukaran guard istana. Lepas tengok show tu, kami pun bergambar dekat kawasan istana. Kalau korang nak sewa pakaian traditional Korea, boleh ke kedai berdekatan. Harga kami tak tahu sebab kami tak sewa pakaian tu. Kalau korang pakai Hanbook, korang boleh masuk Gyeongbokgung Palace secara percuma.

Setengah jam lepas tu ada lagi persembahan pertukaran guard. Kami dah tengok tadi jadi kami gunakan peluang ni untuk bergambar kat gerbang utama istana sebab Semua orang fokus kat persembahan guard tu. So ni lagi satu tips nak bergambar kat pintu gerbang istana tanpa ramai orang.




Sejam kat palace, kami pun bergerak ke train station untuk ke Starfield library. Perjalanan jauh juga mengambil masa 2jam. Kami pergi library yang kedua yang baru dibuka pada january 2024. So tak adalah gambar naik escalator tepi rak-rak buku macam orang lain. Untuk ke situ, perlu ambil train ke Hwaseo station (Line 1). Keluar je station kena jalan dalam 5 minit ke Starfield Mall. Boleh ikut orang yang ramai-ramai jalan memang nak ke mall tu. 

Strategi kami untuk jimat masa adalah kami cari lift untuk ke level 7. Jangan risau lift memang banyak. Then kami cari the center of mall tempat library ni boleh dilihat. Kami mulakan ambil gambar dari level 7, kemudian turun ke level 6, dan seterusnya ke level 4. 





Then masa jalan-jalan dalam mall ni nampak banyak kedai makan, waktu pun waktu lunch. Memang terliur tengok dorang makan tapi kita tak jumpa kedai halal kat situ. Jadi kami pun keluar, jumpa k-mart kat tepi jalan & beli food yang blogger cakap boleh dimakan.

Perut keyang, kami pun naik train balik untuk ke hostel. Lepas 2 jam perjalanan, kami turun di Myeongdong dan terus ke Busan jib untuk makan makanan berat. Busan jib ni ada 3 jenis kedai dengan menyajikan 3 makanan berbeza. Satu chicken, satu seagood dan satu lagi daging grill. Kami pilih makanan seafood. 

Untuk taste dan harga kami rasa Kampungku restaurant lagi sedap dan berbaloi. Tapi untuk makanan seafood yang kami order macam nasi goreng & bubur memang banyak betul seafood dia letak dalam tu. Untuk kuantiti seafood memang puas hati.

Kenyang makan, kami pun balik hostel untuk rehat. Lepas mahrib kami keluar balik untuk last minit shopping sebab esok pukul 10.30pagi flight balik. Trip kami di Seoul ni sekejap je sebab kami nak singgah Ho Chi Minh, Vietnam esoknya. Kebanyakan orang yang travel bersama anak-anak bolehlah include kan Everland theme park dan boleh tambah lagi stay sehari.

Day 4

Pagi kami gerak pukul 6 pagi ke train station. Kali ni kami naik All stop train sebab estimate masa sampai airport dalam Naver app lebih kurang je dengan Express airport train yang non-stop. Lagi satu jimat masa sebab All stop train boleh guna T-card je, tak payah singgah mesin beli tiket. Dalam pukul 7.30pagi kami sampai airport dan terus beratur kat kaunter Vietnam Airlines untuk check-in. 

Perjalanan dalam plane selama 5 jam dan kami transit di Ho Chi Minh selama 18jam. 



Untuk pengetahuan korang, Vietnam Airlines ada bagi free tour & hotel bergantung pada berapa lama kita transit di Vietnam. Jadi dengan offer dari Vietnam Airlines ni kami dapat berjalan-jalan free di HCM. Untuk 18 jam transit, antara yang kami dapat ialah free return airport transfer, 3 star hotel stay with 2x meal, free tour di 3 tempat berserta dapat tour guide. 


Dan hotel yang mereka bagi hanya 10 minit jalan kaki ke Malaysian Market, tempat famous orang kita membeli belah telekung, kain dan tudung.


Untuk total kos trip kami 4hari 3malam di Seoul ialah RM2400 termasuk makanan. So kalau korang perlukan percutian di luar negara dengan harga bawah RM2500 dan flight bawah 8 jam, bolehlah bercuti di Seoul, Korea. 

Trip ke Seoul, Korea (Day 2)

Day 2

 Pukul 5pagi kami bangun dan bersiap-siap untuk ke Nami island. Subuh di sini masuk awal dalam pukul 5.30pagi. Dalam pukul 6pagi kami terus bergerak ke subway station untuk menaiki train. Memandangkan hari ni adalah hari Sabtu, kami plan untuk sampai ke Nami Island awal untuk elak ramai orang. Plan asal nak naik ITX train yang lebih laju ke Gapyeong station. Tapi Naver app punya suggestion untuk gunakan Subway biasa. 

Pastikan korang download Naver app sebab google map dan waze tak boleh guna kat Korea. Naver app memang banyak membantu untuk kita plan nak naik subway mana untuk ke destinasi kita, sesuai dengan waktu dan kita boleh agak masa kita akan sampai ke destinasi kita. Fee untuk train pun app ni tunjuk, jadi senang nak agak untuk topup berapa dalam T-card. Tapi sebagai walking map agak kurang sikit function dia. 

Dalam pukul 8.30am kami tiba di Gapyeong station. Kami naik bus no 10-4 di seberang jalan untuk ke kawasan ferry ke Nami island. 


Bus ni bergerak setiap setengah jam. 8.50am bus bergerak dan dalam 5 minit kami sampai ke bus stop tempat ferry ke Nami island. Kemudian perlu berjalan dalam 3 minit ke kaunter tiket. Tiket kami dah beli di Klook, jadi kami hanya tunjuk pada staff dan terus naik ferry pukul 9am. Ferry ke Nami Island akan bergerak setiap 20-30 minit. 

Tak lama pun dalam ferry dalam 5 minit kami dah sampai di Nami island. Aktiviti kami di situ bersantai-santai sambil tangkap gambar dan menikmati view.

Mulanya ingat nak naik heritage train yang berharga 3,000 won untuk ke hujung pulau. Tapi bila jalan-jalan sebenarnya tak lah jauh sangat nak ke penghujung pulau. Dengan cuaca yang sejuk dan view yang indah tak adalah rasa jalan tu jauh. 

Jalan-jalan, perut pun dan berbunyi. Kami plan nak breakfast di satu-satunya kedai halal di situ iaitu Asian Cuision. Kedai ni terletak hujung pulau, hampir dengan tempat cerita winter sonata. Kami ingat kedai ni buka pukul 10pagi, jadi kami terus masuk kedai. Rupanya 10.30 baru buka tapi orang kedai bagi masuk duduk dulu. Kiranya kami first customer hari tu.

Untuk order kena pergi dulu dekat kaunter, order dan bayar.  Nanti dia bagi alat pengesan order yang bila food dah siap berbunyi tu. Bila benda tu dah berbunyi, kita kena ambil sendiri food. Self-serving lah senang kata. 


Harga makanan kami untuk seorang 15,000 won. Air memang kami tak order langsung kat hampir semua kedai makan yang kami pergi sebab hampir setiap kedai sediakan air kosong free. Lepas dah habis makan, kena kemas sendiri meja & hantar tray ke tempat yang disediakan.

Dah kenyang, kami jalan balik ke tempat ferry untuk balik. Kami naik ferry pukul 11.30pagi, bila sampai je ke seberang jetty nampak ramai orang beratur untuk naik ferry ke Nami island. Alhamdulillah kami sampai awal pagi tadi jadi tak payah beratur untuk masuk ferry. So tips untuk ke Nami island ialah untuk datang awal pagi before pukul 10am sebab kebanyakan yang ambil pakej naik bas atau van gerak dari Seoul dalam pukul 9pagi. Jadi dalam pukul 10.30am dah banyak group bas sampai.

Kami tunggu kat bus stop yang bas drop kan kami tadi dan tunggu bas dalam 10 minit untuk ke Gapyeong station. Aktiviti seterusnya kami ke Gangchon rail bike park. Kami naik train lagi dan perjalanan mengambil masa dalam 20 minit. Sampai je, kami jalan keluar dari station dan belok kiri, kita akan nampak signboard besar Gangchon rail park. 


Tiket kami dah beli siap-siap melalui Klook. Kami pilih 4-seater bike yang berharga RM193. Kami 3 orang so nanti harga ni bahagi 3. Kalau nak naik yang 2-seater pun ada. Untuk tiket perlu ditukar dengan fizikal tiket dan kena dapatkan di kaunter. Untuk pengetahuan korang, kaunter tiket ni akan tutup untuk lunch dari pukul 12-1pm. Disebabkan kami sampai pukul 12.10pm, jadi kami pun kena tunggu. Untuk timing naik bike ni ada beberapa timing. Kami dah pilih timing pukul 1.30pm. Tepat pukul 1pm kaunter buka dan kami pun tunjuk qr kod yang kami dapat dari klook untuk tukar tiket.

Then beratur untuk naik benda ni. Staff akan ajar cara nak brek. Untuk yang kaki tak panjang disarankan duduk kat bahagian belakang sebab jarak kerusi dengan pedal dekat, so selesa sikit nak mengayuh. Macam kami tiga-tiga kaki pendek, so dua orang nak taknak memang kena duduk depan. Bila staff tu tengok, dia tunjuk boleh adjust seat rapatkan sikit ke depan. So oklah sikit nak mengayuh.

Kayuh-kayuh agak penat juga lama-lama tu kalau non-stop sebab jauh juga perjalanannya dalam 30 minit. Tapi jangan risau sebab ada certain area yang benda ni gerak sendiri tanpa kita perlu kayuh. 

Lepas dah sampai, rehat jap tunggu semua yang lain sampai sambil tengok view. Then kami naik Romantic train ramai-ramai untuk ke penghujung lokasi. Untuk patah balik ke entrance Gangchon rail park kena naik bas yang disediakan. Harga semua ni memang dah include. Dalam pukul 3pm kami menaiki train untuk ke itaewon. Kami nak singgah solat kat masjid Itaewon dan lunch di area masjid. Perjalanan dalam 2 jam juga. Alhamdulillah dapat seat so boleh tidur sepanjang journey. 

Untuk ke masjid keluar ikut exit 3 station. Jalan dan belok kanan. Kemudian ada persimpangan belok kiri. Korang akan nampak jalan yang kena mendaki. Jalan straight je, kat sepanjang jalan tu dah boleh nampak banyak kedai halal. Nanti jumpalah masjid. Untuk tempat wuduk tak ada dalam tempat solat, kena jalan keluar sikit. Tandas kat masjid  ni ada dalam area tempat wuduk dan ada pipe.



Lepas solat, kami makan kat kedai fried chicken yang bernama Yell-o chicken. Total food kami untuk tiga orang ialah 39,600 won. Honey butter chicken dia sedap. Spicy chicken dia pun ok dan tak terlalu pedas. Kami order sorang satu set small sebab ingatkan kuantiti ayam dia sikit. Rupanya banyak juga boleh share 2/3 orang. Kalau korang ber 4/5 boleh order set besar.

Aktiviti malam pula macam biasa kami jalan-jalan di Myeongdong. Untuk day 3, boleh tengok next post.


Trip ke Seoul, Korea 2024 (Day 1)

Tahun 2024 dimulakan dengan melancong ke Korea Selatan. Kami tumpukan di bandar Seoul sahaja selama 4 hari 3 malam, just before puasa. Trip kali ini disertai oleh 3 orang. Perjalanan kami ke Seoul menaiki pesawat Vietnam Airlines dan harga ticket return adalah RM1206. Trip kami ni adalah pada awal bulan Mac, suhu di Seoul antara 15-0 celcius.

Flight kami dari KLIA bertolak pada pukul 8.25pm. 3 jam lebih dalam flight, kami transit sebentar di Hanoi. Kemudian flight kami ke Seoul memakan masa selama 3 setengah jam. 



Dalam pukul 5.45am, kami selamat tiba di Incheon Airport. Proses di imegresen mengambil masa dalam setengah jam memandangkan hanya flight kami yg tiba pada masa itu. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar. 

Untuk persediaan di imegresen, pastikan print satu itinerary lengkap, k-eta boleh apply sebulan before flight date dan Q-kod diisi maximum 3 hari sebelum tarikh berlepas ke korea. K-eta dan Q-kod tak perlu print sebab semua rekod dah ada dalam sistem dorang. Pastikan semua member dalam group dah faham pasal itinerary di korea supaya kalau orang imegresen tanya, boleh jawab. Alhamdulillah kami tak kena soal apa-apa. Imegresen just tengok passport, snap gambar dan cap jari. Selesai.

Kami menuju ke Arex train yg merupakan airport express train untuk menuju ke station Seoul. Arex train ada dua jenis. Satu yang express terus ke Seoul dan satu lagi ada stop di 12 stations atau dipanggil all stop train. Harga pun banyak beza. Express 11,000 won dan all stop train 4,150 won. Perjalanan mengambil masa dalam 40minit dengan express train dan 1jam dengan all stop train. 


Di Seoul station, kami beli T-card dari machine ticket dan reload. Kemudian kami menaiki subway line 4 ke Myeongdong station. Dari Myeongdong station, kami berjalan 10minit ke tempat penginapan kami, Zaza backpackers’ hostel untuk drop bag memandangkan masa check-in adalah pukul 3 petang.

Semasa nak drop bag, staff hostel bagitau yang bilik kami dah ready dan kami boleh check in awal. Alhamdulillah bolehlah kami berehat sekejap before memulakan perjalanan kami di Seoul. Dalam pukul 11am kami brunch dulu di Kampungku Restaurant yang hanya terletak bersebelahan dengan hostel kami. Total kos makanan untuk 3 orang adalah 27,000 won. Kalau nak ikutkan antara semua kedai makan yang kami singgah di Seoul, Kampungku Restaurant adalah yang paling murah dari segi harga. 

Selesai makan, kami berjalan 15minit ke cable car yang akan membawa kami ke Namsan tower. Tiket kami dah beli siap-siap di Klook jadi hanya perlu tunjuk qr kod pada kaunter tiket untuk ditukar dengan physical ticket. Alhamdulillah masa kami pergi tu dalam pukul 12.30petang, orang tak ramai dan tak perlu beratur panjang untuk naik cable car. Cable car ni jenis yang kena diri dan naik ramai-ramai, bukan macam yang kat Genting Highland. 

5 minit dalam cable car, kami pun sampai ke puncak. 



Sejam setengah bersiar-siar dan bergambar, kami pun turun semula. Kali ni satu cable car hanya kami bertiga dengan satu couple and seorang staff. Nice timing sebab masa kami turun tu dalam pukul 3pm, nampak ramai dah beratur untuk naik ke atas pula.

Dari cable car kami berjalan menuju ke Daiso 12 tingkat yang merupakan Daiso yang terbesar kat Seoul. Rupanya Daiso ni lebih dekat dengan area hostel kami, dalam 10 minit berjalan. Korang boleh tengok video kami kat Daiso di Youtube kami nanti. Tips kami mulakan dengan level atas sekali dengan menaiki lift. Then baru turun guna tangga level by level untuk mengelakkan guna tenaga yang banyak. 

Hampir sejam juga kami luangkan masa kat Daiso. Dalam pukul 5pm kami balik ke hostel untuk solat jamak asar dan zohor. Pukul 6pm kami keluar balik untuk dinner di kedai Bakso yang juga terletak bersebelahan kedai Kampungku. Harga makanan untuk 3 orang 34,000 won. Antara sebab kami pilih Zaza backpackers hostel adalah location yang strategik dan banyak kedai makanan halal. Nama je hostel tapi semua bilik dia ada tandas sekali dalam bilik. So tak bercampur dengan orang lain. 

Lepas makan kami ke Myeongdong street market yang hanya terletak seberang jalan besar dari hostel kami. Nak beli makanan dah kenyang. Jadi kami hanya jalan survey harga untuk barang yang kami boleh beli sebagai souvenir untuk dibawa balik ke Malaysia. Kami singgah kedai yang terkenal dengan barang kosmetik iaitu Olive Young tapi yang tak best nya terlalu ramai orang sampai nak tengok barang pun susah. Masa kami nak balik ke hostel baru kami nampak ada satu lagi kedai Olive Young yang tak terlalu ramai orang. Untuk pengerahuan korang, kalau beli barang 30,000 won ke atas di Olive Young, staff akan tolax tax masa kat kaunter tu terus. Just kena tunjuk passport kita.

Malam kami tidur awal sebab esok kami akan bertolak lepas subuh untuk ke Nami island menggunakan subway. Stay toon untuk hari kedua kami di next post.


Thursday, 23 February 2023

Trip ke Kota Kinabalu dan Kundasang, Sabah (2023)

Percutian tahun 2023 dimulakan dengan melawat semula tempat yang kami pernah lawati 10 tahun lalu iaitu Kota Kinabalu dan Kundasang, Sabah. Disebabkan AirAsia ada buat promo untuk tiket penerbangan ke Kota Kinabalu Sabah, dapatlah kami grab harga tiket return dari KLIA2 ke KK dengan harga RM258. Percutian kami ini adalah selama 5 hari 4 malam dan disertai seramai 5 orang termasuk parents. Kami memilih untuk ke Kota Kinabalu sebab nak makan seafood dan ke Kundasang untuk lihat view gunung dan rumput yang kehijauan dengan suhu yang sejuknya seperti berada di oversea.  

1st day

Kami bertolak dari KLIA2 pada pukul 11.45pm setelah flight delay selama sejam setengah. Dapatlah air mineral sorang satu dari AirAsia sebab flight delay punya pasal. Kalau ikut regulation penerbangan sekarang, flight delay 2 jam boleh dapat meal. Penerbangan kami ke Kota Kinabalu mengambil masa selama 2 jam 40 minit. Setibanya di KK airport, kami menuju ke kaunter taxi tetapi malangnya kaunter taxi dah tutup sebab dah pukul 2 pagi. Ada pemandu taxi yang tanya kitorang nak ke mana. Kami cakap ke hotel yang terletak 20minit di pusat bandar. Dorang charge harga RM40. Kitorang tolak sebab terlampau mahal. So kitorang order grab dengan harapan adalah yang boleh terima 5 orang penumpang. Disebabkan time tengah malam macam ni, susahlah nak dapat Grab untuk 5 orang penumpang. So kami pecah dua. Alhamdulillah dapat Grab dengan harga RM9 satu kereta. Dua kereta dapatlah total RM18 sahaja.  

2nd day

Dalam pukul 9.30am kami breakfast di hotel sebab dah termasuk sekali dengan harga bilik. Tengah makan-makan, salah seorang dari kami call company kereta sewa yang kami dah book siap-siap melalui laman web Klook.com. sebab dapat email yang kereta yang kami nak sewa not available. Ingat dorang akan ganti kereta lain sebab dah bayar full untuk sewa kereta tu. Rupanya memang tak ada kereta ganti, so dorang akan refund duit. Kami pun terpaksa cari kereta sewa lain last minute. Google punya google, dapatlah satu company sewa kereta ni. Kami plan nak sewa kereta Toyota Vios atan Honda City untuk keselesaan parents, tapi kereta tu tak available. Dapatlah kereta jenis Toyota Yaris yang berharga RM200 sehari. Disebabkan menyewa kereta lebih dari 2 hari, dapat lagi diskaun dalam RM18. So untuk 3 hari total harga kereta sewa ialah RM582. Korang boleh google "sewa kereta di KK". Banyak company yang menawarkan servis sewa kereta di KK ni, korang just pilih je kereta mana yang korang nak. Kalau korang tak confident memandu sendiri di Sabah, korang boleh pilih company kereta sewa yang menawarkan sekali kereta sewa beserta driver. 

Selepas selesai urusan mendapatkan kereta sewa, tempat pertama kami pergi adalah ke petrol station untuk memenuhkan tangki minyak sebelum bertolak ke Kundasang. Lepas dah habis isi minyak, kami singgah sekejap ke kedai makan. Nak lunch kat situ masih kenyang lagi, so kami tapau dulu makanan dari KK ni untuk makan di Kundasang nanti. Kami memulakan perjalanan dari KK ke Kundasang pada pukul 12.30tengahari. Perjalanan ke Kundasang mengambil masa selama 2 jam setengah. Jalan nak ke Kundasang ni lebih kurang macam nak ke Cameron Highland. Cumanya ada kawasan yang berkabus tebal, so kenal berhati-hati bile memandu. On the way ke Kundasang kami stop beli buah-buahan dan sayur dari makcik ni untuk buat steambot malam nanti. 

Sayur-sayuran yang fresh

Dalam pukul 3pm kami sampai ke tempat penginapan kami iaitu Crystal Hill. Masa kami sampai tu hujan so memang berkabus tebal Kundasang masa tu. View Gunung Kinabalu dari tempat penginapan kami pun tak dapat nak tengok. 

View dari balkoni bilik

Aktiviti kami petang tu adalah makan. Malam memang kami tak keluar sebab jalan nak ke Crystal Hill ni agak curam dan tak ada lampu. Dinner kami malam ni adalah steambot. 

3rd day

Hari ke-3 kami masak breakfast sendiri. View dari balkoni kami still berkabus, boleh nampak sikit je Gunung Kinabalu then hilang. 

Gunung kinabalu yang eksklusif

Dalam pukul 9am, kitorang bertolak ke Desa Dairy Farm yang terletak 20 minit dari tempat penginapan kami. Untuk ke Desa Dairy Farm ni, korang kena beli dulu tiket masuk online di https://farmbooking.desaplus.com/ dan pilih masa yang sesuai. Kami beli siap-siap online sehari sebelum dan memilih masa 8am-11am sebab petang tu kami tengok ramalan cuaca dijangka hujan. Ada 3 option masa yang boleh dipilih iaitu 8am-11am, 11am-2pm dan 2pm-5pm. Bagus juga ada pilihan masa ni sebab dapat elakkan kesesakan. Harga tiket pula ialah RM5 untuk 12 tahun ke atas, RM4 untuk bawah 12 tahun dan FOC untuk bawah 7 tahun dan OKU. 

9.30am kami tiba di Desa Dairy Farm. Sebelum masuk kena tunjuk dulu online ticket pada orang yang jaga sebelum kereta dapat masuk ke kawasan parking Desa Dairy Farm. Lepas daat parking, kami jalan-jalan menikmati view. 

Then kami beli ice cream, yougurt dan susu untuk mengisi perut. 

Dah nak pukul 10.30am mula nampak cahaya matahari yang kami tak nampak sejak dari sampai kat Kundasang ni semalam. Dapat juga peluang tengok gunung Kinabalu dari Desa Dairy Farm ni.

Pukul 11am kami gerak keluar dari Desa Dairy Farm dan singgah makan lunch kat kawasan berdekatan tempat penginapan kami. Ikutkan ramalan cuaca semalam pukul 11am keatas sepatutnya hujan, tapi tengok cuaca masih cerah. So kami decide nak ke ladang Boh tea Sabah yang terletak sejam dari tempat penginapan kami. Alhamdulillah cuaca hari ni memang baik dan tak hujan. Dapatlah kami ber tea time di ladang tea Sabah. 

Kami order teh tarik pandan size Medium, scone, lempeng dan ice cream. Yang teh tarik pandan tu memang rasa sedap dan berbaloi kalau korang order yang jug punya. Size jug ada dari yang small, medium hingga large. Kitorang order yang medium, minum 5 orang pun dah rasa banyak. 

Dapat lebih dari 5 gelas besar seorang pula tu. Dessert dia pula taste good dan tak manis.

Sebelum balik ke tempat penginapan kami singgah beli kepak ayam bakar madu yang agak famous kat Kundasang ni. Rasa kepak ayam ni just nice, sedap makan masa panas-panas. Macam biasa port kami makan kat balkoni bilik kami. Cuaca hari tu memang cerah. Cumanya awan still menutupi rupa Gunung Kinabalu.

Dinner macam semalam juga, kami masak mee sup je.

4th day

Pagi terakhir kami di Kundasang dan cuaca pagi ni memang baik. Kalau sebelum ni dapat tengok sipi-sipi je view of Gunung Kinabalu. Alhamdulillah pagi ni kami berpeluang tengok full view of Gunung Kinabalu. 


View dari tingkap bilik

Dah nampak full view

Peak of Gunung Kinabalu

Breakfast pagi ni berlatarbelakangkan Gunung Kinabalu. Dalam sejam lepas tu, mula berkabus balik macam gambar bawah ni sehinggalah kitorang balik. So korang janganlah pelik kenapa sesiapa yang pergi Kundasang teruja bila nampak Gunung Kinabalu ni, sebabnya Gunung Kinabalu ni memang sangat ekslusif. Memang susah nak dapat the full view of this mountain. 



Dalam pukul 11am, kami check-out dan bertolak ke Kota Kinabalu. Perjalanan mengambil masa dalam dua jam setengah sebab jem di bandar KK dan cuaca hujan lebat. Dalam pukul 3pm kami check-in tempat penginapan kami di Apartment Jesselton Quay. Apartment ni agak baru juga tak sampai setahun diduduki dan berviewkan laut. Kami memilih Apartment ni sebab kedudukannya yang berdekatan dengan Pasar Filipino (tempat makan seafood) dan tepi laut. 

Aktiviti kami di KK ialah makan seafood dan shopping. Kami makan seafood di Todak Waterfront yang terletak bersebelahan area pasar Filipina. Banyak pilihan kedai yang korang boleh pilih kat situ. 

Kami pilih kedai bersebelahan kedai Nadirasa

Antara makanan yang kami order ialah 2 ekor ikan bakar size medium, sotong celup tepung size medium, 2 ekor lobster size kecil, udang masak butter, sayur dan tomyam ayam. Kami expect harga mungkin dalam RM300++. Bila kira-kira total harga RM200++. Memang berbaloi-baloi.  

5th day

Hari kelima ialah hari terakhir kami di Sabah. Flight kami ke KLbertolak pada pukul 12 tengahari. So kami pulangkan balik kereta sewa kami di Airport dalam pukul 10.30pagi dan bye2.


Kesimpulannya, nak travel dan memandu kereta sendiri ke Kota Kinabalu dan Kundasang Sabah mudah je. Dan kalau tak banyak cuti korang boleh pergi 4 hari 3 malam je. Cuma kena ambil flight pagi ke Sabah, then terus sewa kereta dari Airport ke Kundasang. Baru jimat masa sikit. Kat KK korang boleh stay sehari before flight balik KL and malam tu korang boleh makan seafood sebab KK terkenal dengan makanan seafood yang fresh dan harga berpatutan. Bawah ni kami listkan perbelanjaan kami ke KK dan Kundasang Sabah.

Flight AirAsia KLIA2-Kota Kinabalu: RM258 (return)

Rent car (3d2n): RM582+RM58 (fuel) = RM640/5pax: RM128

Hotel/Homestay (5d4n): RM100/pax

Total: RM486

Dengan budget RM500, korang dah boleh travel ke KK dan Kundasang Sabah. Jadi, jom cuti-cuti Malaysia! 

Thursday, 13 October 2022

Part 4 - Trip ke Switzerland (Day 7, 8 & 9)

 Day 7 (Gornegrat)

Di Zermatt ada dua tempat yang popular untuk dilawati sama ada Gornegrat atau Matterhorn Paradise Glacier. Ketinggian Gornegrat ialah 3089 meter manakala Matterhorn Paradise Glacier ialah 3883 meter. Kalau ada lebih duit korang boleh pergi kedua-dua tempat ni. Untuk kami, kami memilih untuk ke Gornegrat kerana tidak perlu bertukar train dan cable car serta perjalanan lebih pendek. Sebab lain kami pilih untuk ke Gornegrat berbanding Matterhorn Paradise Glacier, korang boleh baca sendiri kat bawah nanti. Harga tiket sehala ialah CHF63. Untuk pemegang STP, anda masih perlu membayar half dari harga ticket untuk naik ke Gornegrat. 

Awal pagi dalam pukul 6.45am kami keluar untuk menaiki 1st train ke Gornegrat yang bergerak pada pukul 7am dari Zermatt GBB. Kalau terlepas train pukul 7am ni kena tunggu sejam lagi untuk next train. Then after pukul 8am baru kekerapan train jadi setiap 24 minit. 



Apa yang uniknya train ni merupakan the highest open air cog-wheel in Europe. Perjalanan mengambil masa selama 38 minit. Sepanjang perjalanan ada 5 stops yang korang boleh turun. 

Kami turun di perhentian yang ke 4 iaitu Rotenboden untuk melihat Riffelsee lake. 


Ikut je signboard tu untuk ke Riffelsee Lake

Perjalanan berjalan turun ke Riffelsee Lake mengambil masa lebih kurang 5minit. Kalau kena masanya, korang boleh lihat the reflection of Matterhorn peak kat lake tersebut. Antara sebab kami ambil 1st train ke situ ialah sebab tak ramai orang dan dapat lihat sendiri the reflection of Matterhorn ni.

Dari jauh nampak reflection of Matterhorn peak je. Tak ada orang lagi.

On the way nak ke tasik. Ada sorang mat salleh dah sampai dulu bawah.

Jadi orang ke dua sampai kat Riffelsee Lake pagi ni.

Korang jangan lupa bawa Toblerone kalau naik atas ni. Kami ingat dari Malaysia nak beli siap-siap coklat Toblerone sebab lagi murah berbanding kalau beli kat Swiss walaupun Swiss ni pengeluar coklat Toblerone ni. Akhirnya lupa juga nak beli. Toblerone putih kat Swiss harganya dalam CHF2.70. Nak murah sikit beli yang warna coklat, harga dalam CHF2.10.

Real Toblerone


Masa kat Tasik ni banyak rumpai-rumpai macam gambar atas ni. So tak nampaklah full reflection of Matterhorn. Tapi jangan risau sebab korang still boleh dapatkan gambar full macam bawah ni.


Tips dia, ambil gambar atas batu macam bawah ni dan adjust the angle of your camera. Siap!

Batu belah kiri tu port baik punya.

Dan kitorang ada juga baca yang kalau pergi tengahari macam tu tak dapat tengok reflection of Matterhorn ni. So better pergi awal pagi. Kitorang luangkan masa dalam sejam juga kat situ sementara tunggu the next train untuk ke Gornegrat.

Kat papan biru tu ada tulis masa untuk next train

Then kami meneruskan perjalanan ke final stop iaitu Gornegrat yang mempunyai ketinggian kira-kira 3089 meter dari paras laut. Kami ke viewpoint untuk melihat view dari atas. 



Naik ke Gornegrat dan setiap stop ke Gornegrat ada palang untuk entry macam gambar atas ni. So kalau tak ada tiket tak boleh masuk/keluar.




Then kami makan bekal yang kami bawa dan order hot coffee dan chocolate sambil menikmati view.


Kemudian kami ke Zooom yang merupakan pusat exhibition yang baru dibuka pada tahun 2021 yang memaparkan keunikan Matterhorn. Untuk pengetahuan korang, bayaran masuk ke Zooom bagi pengunjung yang datang pada tahun 2022 dah termasuk dalam tiket naik ke Gornegrat ni. Jadi kesemua aktiviti di Zooom ni adalah percuma. Ini lagi satu sebab kami memilih untuk ke Gornegrat berbanding Matterhorn Glacier Paradise. Macam biasa kami jadi antara orang terawal yang masuk sebab dia buka pukul 9.45am. 



Zooom mempunyai 3 peringkat. Part 1 kitorang dapat melihat the real Matterhorn dari tingkap kaca bangunan tersebut. Periscope ada disediakan kalau nak tengok view Matterhorn dengan  lebih dekat. Part 2 ada 3D cinema yang memaparkan keadaan persekitaran di Matterhorn dalam empat musim yang berbeza. Part 3 pula kita boleh merasai pengalaman ber paragliding menerusi VR yang disediakan. Boleh pilih nak VR yang panorama atau action mode. 

Awal pagi ramai pakcik makcik. Dorang pun join main VR ni sekali. 

Kalau korang pilih panorama mode, korang tak perlu kawal tali paragliding tu and just enjoy the view. Kalau korang pilih action mode korang boleh kawal tali paragliding and boleh kawal korang nak ke kiri, kanan, atas atau bawah. Macam kami 2 orang pilih panorama, 3 orang lagi pilih action. For my opinion, pilih action lagi best. Selesai beraktiviti di Zooom, kami pun menaiki semula train untuk turun ke Zermatt GBB. 





Aktiviti petang kami adalah bersiar-siar di Zermatt town seperti Bahnhofstarrse (station street) dan Hinterdorf (oldtown).
Siapa nak bersiar-siar sambil naik kereta kuda silakan

Kalau jalan-jalan hampir kat seluruh area Zermatt ni dapat tengok view Matterhorn

Kubur kat situ

Simbol friendship antara Switzerland dan Japan. Kat atas Gornegrat tu pun jumpa rombongan dari Jepun.

Bawah ni korang boleh tengok video kitorg kat Zermatt. Jangan lupa like and subscribe!


Day 8 (Zurich)

Hari ke lapan kami bersiap-siap untuk ke Zurich lebih awal kerana waktu checkout tempat penginapan kami adalah pada pukul 9am. Dua daripada kami serta parents naik electric car yang tuan rumah tolong carikan. Kalau naik electric car harganya dalam CHF20 untuk 4-seater. Boleh muat 3 beg besar lagi. Yang lain berjalan kaki ke train station yang memakan masa selama 10 minit.

View di awal pagi

Last breakfast di Zermatt.

Seawal jam 10am, kami menaiki train dari Zermatt ke Zurich HB. Kami perlu bertukar satu station di Visp untuk ke Zurich. Ada satu kejadian di Visp yang kami tak expect berlaku di Switzerland. Ada pickpocket di sini dan dua orang dari kami jadi mangsa. Dorang ambil kesempatan masa kami sibuk dengan bawa beg besarnya masa pertukaran train. Bila dah masuk dalam train berikutnya untuk ke Zurich, baru perasan zip bagpack 2 orang dari kami terbuka. Sorang hilang beg duit, sorang lagi beg duit ada mat salleh jumpa dan bagi kat kami cakap terjatuh. So pengajaran disini perlu berhati-hati walaupun rasa tempat tu selamat. 

Setelah 3 jam lebih, kami sampai ke Zurich HB station. Kali ini kami menginap di bilik penginapan The Henry. Waktu check in pada pukul 3pm dan checkout 12pm.



Self check in. Tak perlu jumpa orang.

Kami book 2 bilik untuk 3 orang selama 2 hari 1 malam yang berharga RM1272. Kami tidak menempah apartment kali ini kerana kebanyakan apartment di bandar Zurich mahal dan terletak jauh dari train station. Di dalam bilik ini juga disediakan dapur kecil, jadi mudah untuk kami memasak.

Lepas check in dah rehat sebentar, kami singgah di kedai halal berdekatan untuk lunch. Ada beberapa juga kedai halal berdekatan Zurich HB ni. 

Antara menu yang ada

Cumanya ada kedai yang jual campur daging halal dan tak halal. Kitorg tahu pun lepas orang kedai tu tanya nak chicken halal ke tak. Setelah kenyang menjamu selera, kami meneruskan perjalanan untuk buat last minit shopping sambil meng-explore the town of Zurich. 

Church sebelah Zurich HB train station

Rupanya kat kawasan Zurich ni lagi susah nak jumpa kedai souvenir. So disarankan kalau nak beli souvenir macam fridge magnet, keychain, dan kicthen towel, beli di Interlaken atau Zermatt. Harga fridge magnet yang paling murah kami jumpa dalam CHF4.90 di Zermatt. Kalau keychain kami sarankan beli di Interlaken, lebih banyak pilihan.

Kedai souvenir di Interlaken West. Keychain kat sini harga boleh dapat CHF4.90


Kitchen towel harga dalam CHF10

Antara magnet yang dijual masa kat Luzern

Untuk coklat pula, boleh beli kat Zurich di kedai Denner sebab banyak coklat dapat diskaun kat kedai ni. Selain tu boleh juga beli kat Coop atau Migro. Tapi nak jimat kami sarankan beli coklat kat Denner je sebab kami dah bandingkan harga coklat antara Coop, Migro dan Denner. Banyak perbezaan harga.  

Denner


Harga coklat di Denner setelah diskaun

Beli secara pukal untuk lebih jimat
    

Day 9 (Departure)

Breakfast terakhir kami di bumi Switzerland ni. Kami habiskan makanan yang kami bawa dari Malaysia sambil minum kopi capsul yang hotel Henry sediakan. 


Bawah ni antara coklat yang kami beli untuk dibawa balik ke Malaysia. 


Pukul 11am kami bersiap-siap untuk ke Airport. Jarak dari Zurich HB station ke Zurich Flughafen (Airport) hanya 10 minit. Kami perlu tiba 3 jam awal di Airport memandangkan flight kami akan berlepas pada pukul 3.25pm. Untuk pengetahuan korang, bermula August 2022, tidak perlu lagi menjalani Covid 19 test untuk masuk ke Malaysia. Begitu juga untuk masuk ke Switzerland tidak ada syarat yang memerlukan Covid test tidak kira status vaksin.

I'm coming home

Flight kami transit selama 3 jam lebih di Dubai sebelum ke Kuala Lumpur. Perjalanan dari Zurich ke Dubai mengambil masa selama 6 jam setengah. Manakala Dubai ke Kuala Lumpur 7 jam. Kami tiba di Malaysia pada pukul 2.25pm keesokan harinya. 

Budget keseluruhan trip kami untuk seorang ke Switzerland selama 9 hari 8 malam adalah RM6500. Kalau ground cost sahaja exclude flight dalam RM4000. Untuk itinerary ringkas dan budget kami ke sana, korang boleh klik link bawah ni. Semoga post kami membantu dan selamat bercuti.

Itinerary dan budget Switzerland 2022