Monday 6 May 2024

Trip ke Seoul, Korea 2024 (Day 1)

Tahun 2024 dimulakan dengan melancong ke Korea Selatan. Kami tumpukan di bandar Seoul sahaja selama 4 hari 3 malam, just before puasa. Trip kali ini disertai oleh 3 orang. Perjalanan kami ke Seoul menaiki pesawat Vietnam Airlines dan harga ticket return adalah RM1206. Trip kami ni adalah pada awal bulan Mac, suhu di Seoul antara 15-0 celcius.

Flight kami dari KLIA bertolak pada pukul 8.25pm. 3 jam lebih dalam flight, kami transit sebentar di Hanoi. Kemudian flight kami ke Seoul memakan masa selama 3 setengah jam. 



Dalam pukul 5.45am, kami selamat tiba di Incheon Airport. Proses di imegresen mengambil masa dalam setengah jam memandangkan hanya flight kami yg tiba pada masa itu. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar. 

Untuk persediaan di imegresen, pastikan print satu itinerary lengkap, k-eta boleh apply sebulan before flight date dan Q-kod diisi maximum 3 hari sebelum tarikh berlepas ke korea. K-eta dan Q-kod tak perlu print sebab semua rekod dah ada dalam sistem dorang. Pastikan semua member dalam group dah faham pasal itinerary di korea supaya kalau orang imegresen tanya, boleh jawab. Alhamdulillah kami tak kena soal apa-apa. Imegresen just tengok passport, snap gambar dan cap jari. Selesai.

Kami menuju ke Arex train yg merupakan airport express train untuk menuju ke station Seoul. Arex train ada dua jenis. Satu yang express terus ke Seoul dan satu lagi ada stop di 12 stations atau dipanggil all stop train. Harga pun banyak beza. Express 11,000 won dan all stop train 4,150 won. Perjalanan mengambil masa dalam 40minit dengan express train dan 1jam dengan all stop train. 


Di Seoul station, kami beli T-card dari machine ticket dan reload. Kemudian kami menaiki subway line 4 ke Myeongdong station. Dari Myeongdong station, kami berjalan 10minit ke tempat penginapan kami, Zaza backpackers’ hostel untuk drop bag memandangkan masa check-in adalah pukul 3 petang.

Semasa nak drop bag, staff hostel bagitau yang bilik kami dah ready dan kami boleh check in awal. Alhamdulillah bolehlah kami berehat sekejap before memulakan perjalanan kami di Seoul. Dalam pukul 11am kami brunch dulu di Kampungku Restaurant yang hanya terletak bersebelahan dengan hostel kami. Total kos makanan untuk 3 orang adalah 27,000 won. Kalau nak ikutkan antara semua kedai makan yang kami singgah di Seoul, Kampungku Restaurant adalah yang paling murah dari segi harga. 

Selesai makan, kami berjalan 15minit ke cable car yang akan membawa kami ke Namsan tower. Tiket kami dah beli siap-siap di Klook jadi hanya perlu tunjuk qr kod pada kaunter tiket untuk ditukar dengan physical ticket. Alhamdulillah masa kami pergi tu dalam pukul 12.30petang, orang tak ramai dan tak perlu beratur panjang untuk naik cable car. Cable car ni jenis yang kena diri dan naik ramai-ramai, bukan macam yang kat Genting Highland. 

5 minit dalam cable car, kami pun sampai ke puncak. 



Sejam setengah bersiar-siar dan bergambar, kami pun turun semula. Kali ni satu cable car hanya kami bertiga dengan satu couple and seorang staff. Nice timing sebab masa kami turun tu dalam pukul 3pm, nampak ramai dah beratur untuk naik ke atas pula.

Dari cable car kami berjalan menuju ke Daiso 12 tingkat yang merupakan Daiso yang terbesar kat Seoul. Rupanya Daiso ni lebih dekat dengan area hostel kami, dalam 10 minit berjalan. Korang boleh tengok video kami kat Daiso di Youtube kami nanti. Tips kami mulakan dengan level atas sekali dengan menaiki lift. Then baru turun guna tangga level by level untuk mengelakkan guna tenaga yang banyak. 

Hampir sejam juga kami luangkan masa kat Daiso. Dalam pukul 5pm kami balik ke hostel untuk solat jamak asar dan zohor. Pukul 6pm kami keluar balik untuk dinner di kedai Bakso yang juga terletak bersebelahan kedai Kampungku. Harga makanan untuk 3 orang 34,000 won. Antara sebab kami pilih Zaza backpackers hostel adalah location yang strategik dan banyak kedai makanan halal. Nama je hostel tapi semua bilik dia ada tandas sekali dalam bilik. So tak bercampur dengan orang lain. 

Lepas makan kami ke Myeongdong street market yang hanya terletak seberang jalan besar dari hostel kami. Nak beli makanan dah kenyang. Jadi kami hanya jalan survey harga untuk barang yang kami boleh beli sebagai souvenir untuk dibawa balik ke Malaysia. Kami singgah kedai yang terkenal dengan barang kosmetik iaitu Olive Young tapi yang tak best nya terlalu ramai orang sampai nak tengok barang pun susah. Masa kami nak balik ke hostel baru kami nampak ada satu lagi kedai Olive Young yang tak terlalu ramai orang. Untuk pengerahuan korang, kalau beli barang 30,000 won ke atas di Olive Young, staff akan tolax tax masa kat kaunter tu terus. Just kena tunjuk passport kita.

Malam kami tidur awal sebab esok kami akan bertolak lepas subuh untuk ke Nami island menggunakan subway. Stay toon untuk hari kedua kami di next post.


No comments:

Post a Comment