Monday 28 November 2016

Trip ke Delhi - Agra - Manali - Simla (Part 2)

Polisi kerajaan India utk perangi black money or duit palsu which drg haramkan duit 500rs n 1,000rs yg sedia ade membuatkan majority semua org dah tak nak accept duit tu. So impactnye kat foreigner macam ktrg ni, yg memang ade berkeping2 duit 1,000rs lepas tukar duit kat money changer Malaysia. Tapi boleh je nak tukar duit tu dgn duit baru yg dikeluarkan kerajaan India, kene g tukar kat bank la. And disebabkan jugak population India ni 2nd highest in the world selepas China, que utk beratur kat bank utk tukar duit tu memang panjang gile. Ktrg dapat tukar duit 2,000rs je setiap orang. 


Source: Google


Memang masalah la sebab ktrg dah book hotel kat next destination ktrg nak pegi iaitu Manali yg terletak kat utara India di Himachal Pradesh. Himachal Pradesh ni betul2 kat bawah Kahsmir, kawasan pedalaman yg bergunung ganang. Mase dalam train dari Agra nak ke New Delhi tu, ktrg search bus ke Manali untuk malam ni. Jumpe 1 company bus ni, Royal Travel Bus. Ktrg try call company bus tu tanya drg accept tak duit 1,000rs yg lame, drg cakap terima. So ktrg memang bersyukur gile la n terus je book bus malam ni pukul 9.15pm. Untuk info pasal bus ke Manali, boleh refer kat www.redbus.in Masukkan tempat kite nak naik bus, destinasi tempat nak tuju n tarikh.


Map Himachal Pradesh. Source: Google

Sampai je kat Railway Hazrat Nizamuddin, ktrg singgah jap kat hotel Krishna Deluxe utk amek bag ktrg. Lepastu terus bergegaske tempat tunggu bus utk ke Manali. Setiap bus ade beberape location yg drg akan amek passenger. Macam ktrg ni kene tunggu kat area Metro station je. So mudah la jugak. Tak g dinner kat mane2 pun sebab nak save duit. Ktrg makan biskut n chocolate je utk bagi tenage. Lagi pun malam ni just nak tidur je dalam bus so ok la kot kalau tak makan heavy food pun. Actually ktrg sampai tempat bas tu tepat2 pukul 9:15pm, which masa sepatutnya bas tu bertolak. Tapi Alhamdullillah bas tu ada lagi kat situ tunggu kitorang. Bayar duit tiket bus kat org yg jage bus tu. Ktrg naik bus semi-sleeper. Macam bus express je yg kerusi die ade attach bahagian kaki sekali tu. Ruang dia jadi sempit kalau orang depan kebelakangkan kerusi dorg. So agak xselesa kalau lama2, lagi2 kalau dapat orang depan yang jenis tak consider org belakang. Beg ktrg letak kat bahagian atas seat. 
Lebih kurang macam ni bus yg ktrg naik tu. Source: google

Bas ke Manali ambil mase lebih kurang 13jam+. Awal2 perjalanan tu ok la tapi makin lame perjalanan, jalan mule jadi bengkang bengkok. Mungkin sebab naik ke kawasan tanah tinggi so memang jalan tak boleh nak lurus sangat. Jalan menuju ke Manali ni agak menakutkan jugak sebab die kat lereng gunung tepi gaung and ade tempat2 yg takde penahan jalan yg macam pagar kat tepi gaung tu. Jalan dah la sempit. Kadang2 tu tak muat 2 kenderaan utk lalu jalan tu so salah sorang kene stop utk bagi laluan. Tapi, disebabkan ktrg naik bus malam, so tak nampak ape la. Cume rase pening nak muntah sebab keadaan jalan yg bengkang bengkok. Plus dengan kepenatan cari n beratur panjang nak tukar duit kat Agra tu buat ktrg bertambah penat. So tidur je la sepanjang perjalanan.

Ktrg solat subuh dalam bus je. Ktrg bawak air spray tu utk amek wuduk. Dalam pukul 6am, dah boleh nampak sunrise. View memang awesome la dengan gunung ganang n sungai colour biru n hijau. Tapi sebab pening kepale sangat, amek gambar sikit2 je. Tengok view kejap lepastu sambung tidur lagi. Bus ni ade berhenti 2 kali. Malam tadi sekali n pg ni pukul 8. Ramai org pergi breakfast n gosok gigi kat tempat bus tu stop. Ktrg ni duduk je dalam bus n makan biskut yg ktrg bawak. Lagi2 sebab ktrg je foreigner, yg lain semua local. 





Dalam pukul 11.45am, ktrg selamat sampai kat bus stop Manali. Kat situ ade banyak tuk2 n taxi yg cari customer. Memang kene naik dgn drg pun sebab takde pilihan lain dah. Ktrg tanye kat 1 tuk2 ni harge utk ke hotel ktrg. Mule2 die cakap fixed price 120rs tapi ktrg try mintak 80rs tapi die tak bagi. Last2 die bagi 100rs. Die hantar ktrg sampai kat depan hotel yg ktrg dah book, Hotel Vintage kat area Aleo Manali. Ktrg mintak check in awal n drg bagi je. Naik bilik kat atas, dapat tengok view gunung ganang semua. Bilik ok bersih n selesa. Drg ade bagi breakfast sekali n wifi pun ade. Cuaca kat Manali ni memang sejuk sebab tengah peralihan nak ke winter dah. Hotel ni pulak masalahnye takde sediakan heater dalam bilik. Kalau nak kene extra charge. Dah la ktrg ni tgh kesempitan duit yg sah. So kene la pakai winter coat tu 24jam kat Manali ni.


Bilik yg bersih

Toiler modern

Ktrg lunch kat hotel je makan meggi, nasi instant dgn lauk Brahim n sardine yg ktrg bawak dari Malaysia. Lepastu solat semua n ktrg rehat je kat hotel sambil update kat family ktrg. Nak keluar pun serbe salah je rase sebab kene jimat punye pasal. Kat delhi ktrg nak try keluarkan duit gune ATM pun problem jugak sebab semua ATM yg ktrg g semua dah habis duit. Memang dasyat menyusahkan betul system drg ni. Plan asalnye ptg ni ktrg nak survey price utk ke Rohtang Pass utk tengok snow mountains tapi nampaknye tak dapat jugak. Takpela, maybe ade hikmah die kenape ktrg tak dapat nak cover banyak tempat kat India ni. Kalau ktrg keluar petang ni pun takut jugak tak sempat nak g bank sebab que mesti panjang n hari pun dah nak pukul 5 dah. So ktrg akan keluar pagi2 esok utk beratur nak tukar duit. Hopefully dapat la nak tukar semua duit ktrg ade ni.
Terpaksa skip Rohtang Pass ni. Source: Google

Esok pagi, bangun awal pagi utk solat subuh. Temperature dalam bilik memang sejuk gile. Even tidur dgn winter coat n selimut pun still sejuk menggigil lagi. Silap jugak sebab ktrg tak check dulu bilik ade heater ke tak before book. Tapi at least ade air panas kat bathroom, so membantulah sikit. Siap2 nak keluar sambil tengok sunrise dari dalam bilik. Lepastu turun bawah utk breakfast.


View dari bilik

Breakfast kat hotel

Breakfast menu


Vegetarian food pun ade

Lepas dah kenyang breakfast, ktrg terus keluar cari bank yg berhampiran utk tukar duit. Berjayekah ktrg tukar duit? Sambung kat next entry ye.

No comments:

Post a Comment