Wednesday, 20 January 2021

Pengalaman bermain 'The Void' di Genting Highland.


Pada akhir bulan Disember 2020, kitorg berpeluang untuk merasai pengalaman bermain Virtual Reality(VR) iaitu "The Void" di Genting Highland. Kitorang menginap di The First World Hotel, free of charge memandangkan salah seorang daripada kitorang mendapat voucher untuk free stay 1 night di hotel tersebut. Voucher tersebut hanya boleh digunakan pada hari weekday sahaja, jadi kitorg decided pergi ke Genting pada hari Selasa memandangkan kitorg ada dan boleh habiskan cuti yang masih berbaki pada tahun 2020. Kitorg parking di dalam bangunan First World Hotel tu. Rate untuk parking seperti dibawah.


Untuk pengetahuan korang, waktu check-in untuk The First World Hotel adalah pada pukul 3petang. Tapi kalau korang nak check-in awal pun boleh, cuma kena bayar extra charge untuk setiap jam. Nak check-in senang je, gunakan self check-in kiosk yang disediakan. Jangan risau sebab ada staff yang akan assist kita cara menggunakan kiosk tersebut. Lagi satu korang boleh check-in menggunakan app yang perlu didownload dalam handphone korang. Jadi nanti korang nak masuk bilik guna bluetooth dari handphone korang je. Check-out pula pada pukul 11pagi. Cara nak check-out lagi mudah. Just masukkan kad bilik dalam mesin check-out yang disediakan tanpa perlu tekan apa-apa butang. 

Ade sticker ni kat pintu. Confident sikit nak masuk.

Memandangkan kitorg dapat free bilik, so bilik yang kitorang dapat pun tak ada view. Baru je berangan kalau dapat view yang cantik bolehlah kitorg lepak bilik je sambil menjamu selera memandangkan sekarang musim Covid, nak elak dari keluar jumpa orang. 

View yang diimpikan.

Bila kitorang bertiga ni dapat bilik tak ada view, rasa terkurung pula kalau duduk dalam bilik je. Dahlah biliknya guna lampu warna merah, muram je nampak. Nak buka langsir pun tak nampak cahaya matahari sebab menghadap tingkap bilik bertentangan. So disarankan kalau korang nak menginap di The First World Hotel ni pilihlah yang ada view. Memang kena bayar extra untuk view tu, tapi lebih berbaloi dari tak ada view. 

Daripada terkurung dalam bilik, kitorang terbuka hati untuk beraktiviti dengan bermain "The Void', itupun kalau orang tak ramai. 

The Void yang dibuka pada Disember 2018 di Genting Highland. 
-Sumber gambar: TheStar

Apa yang special nya The Void di Genting ni adalah ia merupakan the first immersive VR experience in Asia. Kalau VR yang biasa kita tengok orang tu pasang VR device kat mata dan headphone di telinga, duduk setempat je. Tapi untuk The Void ni, kita dapat merasa seolah-olah kita berada di dalam permainan tersebut, dan dapat merasa haba atau effect terkena tembakan. Kita juga tidak akan duduk di satu tempat je, kita boleh berjalan-jalan dari satu bilik ke bilik yang lain. Senang cerita kita akan dapat merasa bukan 3D, tapi 5D effect.

Kitorang expect cuti sekolah dan akhir bulan disember ni ramai lah orang di Skytropolis indoor Theme Park Genting ni, tapi apa yang kitorang jangkakan tak betul. Alhamdulillah tak ramai orang. 


Kitorg siap boleh main kapal tergantung yang pusing keliling theme park ni, sebab boleh tengok view dari atas. Tak perlu beratur. Untuk setiap permainan harga dia RM10. Nak naik roller coaster tapi tak beroperasi pulak time ni.



Bolehlah kitorang jalan-jalan sambil menjarakkan diri dengan orang lain. Tahun-tahun sebelum ni, kitorg pernah tengok "The Void" ni dari luar, ramai juga orang beratur untuk main game ni. 

Sumber gambar: TheStar

Tapi berbeza masa kitorg datang ke pintu masuk The Void, tak ada orang. Hanya staff yang jaga je ramai. Harga untuk permainan The Void adalah RM78 seorang untuk hari biasa dan RM85 seorang pada cuti sekolah dan cuti umum. Beli tiket kat dalam entrance The Void tu sendiri. Masa kitorg datang, dorang tengah buat promotion buy 2 free 2. Total kitorang kena bayar RM170 untuk 4 orang. Memandangkan kitorg hanya bertiga je, kiranya sorang bayar dalam RM57. Still lagi murah dari harga biasa. 


Game untuk The Void masa kitorg pergi tu boleh pilih antara cerita Nicodemus atau Ghostbusters. Kalau sebelum ni ada cerita Avengers dan Star Wars. 



Kitorg semestinya pilih Ghostbuster sebab hantu dia ok sikit dari Nicodemus yang nampak lebih menakutkan. 


Mula-mula kena beratur untuk pakai suit dan device VR. Untuk case kitorg, tak perlu beratur sebab tak ada orang. Suit dia agak berat, dalam 7kg katanya. 


Then kita akan diberikan senapang untuk tembak hantu nanti. 

Sumber gambar: lowyet.net

Sebelum tu, handphone, barang electronik dan beg kita kena simpan dalam locker yang disediakan. So tak ada lah youtuber ke instafamous ke yang boleh record keadaan kat dalam bilik game tu. Nanti spoil the game. Then dorang akan bawa kita ke bilik untuk memulakan game "The Void" ni. Macam mana keadaan dalam bilik tu? Kalau nak tahu korang kena datang sendiri. 

Bergambar lepas habis main.

Apa yang pasti korang kena jalan dari satu bilik ke bilik yang lain untuk menyelesaikan misi. Effect tembakan, rasa panas bila bom meletup, dan gegaran boleh dirasai. Dan yang paling penting privasi. Korang main dalam bilik yang orang luar tak akan nampak. Kitorg sebelum main ni punyalah fikir orang lain boleh nampak ke kitorang main ni sebab tengok permainan kat Sky VR Genting orang awam boleh tengok kita main macam gambar bawah ni.


SkyGlinder VR. Sumber gambar: rwgenting.com

Paling tak pun mungkin staff je lah nampak kita terjerit-jerit, tertembak-tembak, terlompat-lompat dalam The Void ni. Tapi apa-apa pun tak rugi untuk korang masuk The Void. Hantu dalam cerita Ghostbuster ni pun tak menakutkan. Tapi untuk Nicodemus tak tahulah hantu dia macam mana.
                                                          
Tengok melalui poster ni nampak menyeramkan.
Sumber gambar: rwgenting.com

Apa-apa pun, memang best dan berbaloi. Lagipun ia merupakan yang pertama di Asia. Satu je tips nak bagi kat korang yang nak main game ni - ambil masa tengok "view" dalam game tu nanti, tak perlu tergesa-gesa, sebab akhirnya misi korang akan tercapai jugak. Kitorg ingatkan "The Void" ni macam dalam game "Breakout Room", kena cari sendiri cara nak lepaskan diri dan keluar dari bilik. Rupanya boleh enjoy je main "The Void" ni, tak perlu terkejar-kejar. Contohnya dalam game tu lah korang berpeluang tengok view macam dalam fiction movie. In real life tak semestinya korang akan dapat peluang macam tu. So, tunggu apa lagi. Pergilah cuba main game "The Void" ni lepas PKP ni nanti. All the best!

No comments:

Post a Comment