Sunday, 1 December 2019

Part 1: Trip ke Beijing & Xi'an, China (Summer Palace)

Trip kali ni kitorg ke China lagi tapi ke destinasi berbeza iaitu ibu negara China, Beijing pada November 2019 musim Autumn/ Falls. Untuk trip ni, kitorg masukkan sekali Xi'an memandangkan bila buat list senarai tempat menarik kat Beijing yg berjaye menarik perhatian kitorg macam tak banyak. So trip ni cover dua bandar di China iaitu Beijing  dan Xi'an selama 6hari 5malam. Trip ni melibatkan parents kitorg (lewat 50an) so tempat lawatan kitorg cari yg sesuai dengan parents dan itinerary tak hectic sangat.  Bilangan orang yang terlibat dalam trip kali ni adalah seramai 6 orang.

Macam biasa kitorg beli tiket setahun awal, masa AirAsia buat free seat promo.  Masa tu tak terfikir nak ke Xi'an lagi.  So terus beli tiket return KL- Beijing.  Dapatlah harga RM545. Buat itinerary  pulak 4 bulan before flight,  so masa ni lah baru perasan yang tak berbaloi kalau pergi Beijing je.  Bila cari-cari bandar lain di China yg berbaloi untuk pergi,  Xi'an menjadi destinasi kedua memandangkan ada Muslim Street kat Xi'an dan banyak sejarah menarik di situ.  Mula-mula ada terfikir nak ke Harbin or Mongolia tapi tak sesuai pula untuk parents.

Sebelum ke China pastikan korang download siap-siap apps seperti gambar bawah ni.



App metro 'Explore Beijing' tu memang berguna kalau kita nak naik metro di Beijing sebab kita boleh masukkan starting point tempat kita naik metro ke destinasi station yang kita nak tuju. Then apps tu akan tunjuk jumlah harga tiket dan masa perjalanan kita ke sana. Untuk apps 'WeChat' lebih kurang macam Whatssap lah kalau kat China ni. So in case kalau ambil package tour ke Great Wall, senang nak berkomunikasi dengan orang yang bawa tour tu sebab dia mesti akan minta nombor wechat kita.  Apps 'Learn Chinese' dan 'Hello Chinese' tu sekadar kalau korang nak belajar basic Mandarin. Lagi satu app yang penting korang kena download ialah 'Google translate' yang sekali ada dengan voice translate. Apps ni memang amat membantu kita di China. Untuk pengetahuan korang, kat China ni dorang sekat penggunaan Google, Whatssap, facebook, instagram, youtube dan lain-lain. So kita perlu download sekali VPN untuk gunakan apps yg China block tu.

 
Contoh app 'VPN'

Berbalik kepada trip kitorg ke Beijing, waktu departure Airasia dari KLIA2 pada pukul 6.50pm. Perjalanan mengambil masa selama 6jam KL - Beijing. So, sampai Beijing pukul 1.15am on the next day.  Foods kitorg dah add on masa book flight so settle tak payah fikir untuk dinner. Harga food AirAsia kalau dulu RM10, sekarang dah naik RM15. Tapi kitorg beli masa ada diskaun 10%, so dapatlah harga RM13.50 sorang.

1st day
Tepat jam 1.15am kitorg selamat landing di Beijing Airport, Terminal 2. Waktu Beijing dan Malaysia sama, so tak payah adjust jam. Proses imigresen agak laju sebab hanya flight kitorg je tiba masa tu. Sebelum check imigresen kena isi borang arrival yg disediakan. Then borang tu imigresen akan ambil masa cop passport kita. Macam biasa kalau ke China dorg akan scan sepuluh jari kita. So just follow apa yang mesin tu cakap. Kalau dari Malaysia, mesin tu cakap bahasa Indonesia. So mudah nak faham.

Beijing Airport

Lepas dah settle check imigresen, kitorg ambil luggage dan nak cari van transfer kitorg ke Li Hao Hotel. Van transfer ni free of charge je and kitorg dah request dalam agoda.com sekali dgn arrival time dalam pukul 1-2am. Masa keluar je dari arrival area kt airport, ramai org taxi serbu tanya nak ke mana dan offer naik taxi dorg. Kitorg just tunjuk nama hotel kitorg dan cakap org hotel akan ambil. Org taxi mulalah cakap time ni bas/van transfer dah tak ada. Kitorg just ignore and tanya kat info kaunter kat mana nak tunggu untuk van transfer ke hotel kitorg. Staff tu cakap kena pergi ke pintu 3. So kitorg keluar dan pergi ke pintu 3. Alhamdulillah jumpa van yg tertulis nama Li Hao Hotel. Masa tu driver tengah tidur. So kitorg ketuk pintu dan tunjuk kertas booking yg kitorg dah print, driver tu pn bukakkan pintu. Lepas kitorg naik van tu terus gerak ke hotel. Jarak hotel tak jauh pun dalam 10minit je dari airport.

Proses check in laju. Dalam pukul 2.30am kitorg dapat masuk bilik di tingkat 2. Bilik ok dan selesa, sama macam dalam gambar kat agoda.com. Kitorg book 2 bilik. Satu bilik untuk parents. Satu bilik untuk kitorg berempat dengan 2 katil single, 1 katil king. Hotel ni kitorg book 1 malam je untuk tidur sementara tunggu matahari muncul. Esok kitorg akan ke hotel lain pulak kt area Beijing city yang tak jauh dari subway dan masjid. Aktiviti malam ni tidur dan berehat je sampai pukul 10am. Kalau korg jenis yang tak kisah, boleh je tidur kat airport tunggu subway buka pukul 6am, boleh jimat untuk hotel 1 malam. Rasenye ramai je yg buat mcm ni sbb dalam 5 jam je kene tunggu subway tu start beroperasi.

Pagi tu kitorg bangun pukul 10am sebab next hotel boleh check-in pukul 12pm so boleh stay lame sikit kt sini, siap2 dan breakfast. Masukkan sekali simkard yang kitorg dah beli dalam phone masing-masing. Simkard ni kitorg beli yang 1GB data internet untuk 7 hari dari Lazada before fly ke China. Beli sorang satu simkard sebab masa tu ada promo dapat RM15 satu simkard.  Advantage nya simkard yang kitorg beli ni ialah dia dah ada sekali dengan VPN. So automatic kitorg boleh akses google, whatssap semua. 1GB internet tu lebih pada cukup kalau untuk 7 hari tu korang guna untuk whatssap, google, map, post gambar kat instagram dan lain-lain. Tapi kalau korg jenis yang tak boleh kalau tak tengok instagram orang lain and peminat youtube, korang kena beli lebih dari 1GB. Untuk simcard ni korang boleh cari je kat lazada, banyak pilihan. 

Dalam pukul 10.45am kitorg checkout dan tunggu van pukul 11am untuk ke airport semula sebab nak naik subway dari situ. Salah satu sebab kitorg pilih hotel ni sebab dia bagi free airport shuttle. So tak kisahlah berapa kali pun korg nak ulang alik airport-hotel just FOC. Masa dia setiap satu jam. Kalau dah terlepas pukul 11am, korg kena tunggu for next trip pukul 12pm. Untuk naik Airport Express train ni, korg boleh turun sama ada di terminal 2 atau 3, dua2 boleh naik train.

Airport express di Terminal 2. Ingat simbol macam D tu maksudnya station subway.

Kalau terminal 1 korg kena jalan jauh sikit untuk ke subway ni. Harga untuk Airport express train ni 25yuan. Kitorg beli tiket kat self service machine sebab mudah boleh pilih bahasa English. Kat China ni setiap kali nak naik train memang kena scan bag dan badan untuk keselamatan. Then baru boleh masuk touch kad macam biasa. Perjalanan kitorg dari Terminal 2 dan akan stop kat last station iaitu Dongzhimen station.

Keadaan dalam Airport express train.

After that kena tukar train ke line 2 pulak. Sebelum tu kena beli tiket yang baru di mesin untuk ke Dongsi station sebab harga tiket 25 yuan tu hanya untuk Airport express train. Macam ERL lah kiranya. Untuk pembelian tiket subway, konsep dia sama macam LRT kat Malaysia ni. Kita pilih ke line berapa kita nak pergi dan select location, then kita perlu bayar total kos. Macam kitorg nak ke line 6, Dongsi station. Total kos 4yuan seorang.




Keadaan dalam subway ke Dongsi station pula.

Masa kitorg sampai dalam subway ni orang tak terlalu ramai sebab bukan peak hour. Dalam 13 minit kitorg sampai ke Dongsi station. Untuk ke Spring Time Hostel ada 2 pilihan sama ada keluar ikut exit D atau G. Kedua-dua exit ni paling dekat dengan Spring Time Hostel. Keluar je dari exit ni, korg kena toleh ke belakang sebab hotel ni terletak betul2 belakang exit D dan G. Signbord hotel ni 100% in chinese so korg kena ingat rupa hotel ni macam mana dalam website dia. Jalan 2 minit je dah sampai hotel. Untuk hotel ni kitorg book 3 bilik, 2 org sebilik. 2 bilik yang kitorg dapat besar dan ada view nampak bumbung masjid. Satu lagi bilik kecik dan tak ada tingkap. Kitorg sampai dalam pukul 11.40am. Waktu check in pukul 12pm tapi 2 bilik dah ready utk masuk. Satu lagi bilik kena tunggu tepat pukul 12pm sebab dorg masih mengemas bilik tu, tapi tak lame pn tunggu so ok je.


View dari bilik, atap besar lebar tu Masjid

Lepas dah letak beg dalam bilik, pergi toilet dan solat, kitorg keluar balik untuk lunch. Agak susah jugak nak cari makanan halal area ni walaupun masjid terletak bersebelahan hostel kitorg. Yang paling dekat pun Restoran Shabu-Shabu halal, makanan ala-ala steamboat. Harga memang agak mahal tapi dah restoran ni je paling dekat yg kitorg jumpa. Perut semua pun dah lapar so makan dulu before kitorg teruskan perjalanan ke Summer Palace.



Kedai makan shabu-shabu Halal


Soup dia agak tawar tapi rasa healthy

Plan asal nak ke Forbidden city yg terletak berhampiran je dengan hostel kitorg. Hanya perlu tunggu 2 stops dan tak perlu tukar line. Tapi setiap isnin Forbidden city tutup. So kitorg tukar plan ke Summer Palace yg terletak agak jauh dari hostel kitorg. Dari Dongsi subway kena tukar line 4 ke Beigongmen station.

Kena tukar line dan tunggu 13 stops

Perjalanan dalam train mengambil masa lebih kurang 42 minit. Then lepas dah sampai Beigongmen station kena keluar ikut exit D. Dari subway kitorg buka google map kena berjalan lebih kurang 18 minit ke North entrance gate of Summer Palace. For your info, Summer Palace ni ada tiga pintu masuk utama iaitu East Gate, North Gate dan South Gate. North Gate ni paling dekat dengan subway station, so kitorg pilih untuk masuk dari north gate.

Map jalan kaki ke North Gate of Summer Palace dari subway. Masa research ni before pergi hari tu 8 minit je jalan. Kat sana ikut Google map jadi 18 minit jalan.



Otw ke Summer Palace

On the way ke situ kitorg nampak ada kedai halal tepi jalan. So ktrg tros sepakat nak dinner nanti kat situ. Sampai je Summer Palace kitorg beli tiket masuk yg berharga 20 yuan. Masa kitorg masuk ke Summer Palace ramai juga yg nak keluar sebab kitorg sampai agak lewat petang dalam pukul 3pm. Kaunter tiket tutup pukul 5pm. Waktu terakhir keluar dari Summer Palace pula pada pukul 7pm.


Entrance ticket Summer Palace.

Untuk pengetahuan korang, Summer Palace ni merupakan Royal garden yang terbesar di Beijing. Sebab tu lah kawasan dia sangat luas dan kitorg pun tak sempat nak cover semua area. So kitorg round2 dalam palace setakat yang mampu dan snap gambar.


Ginkgo tree dah habis luruh

Rumah merah depan tu tempat beli tiket masuk. Mula-mula tu agak keliru sikit sebab tak nampak macam kaunter jual tiket.




Atas tu istana dia. Kitorg tak naik pun. Tengok dari jauh je.




Activity area summer palace

Jalan-jalan tengok view.

Pokok2 kat sini


Sunset.

Magrib kat sini masa kitorg pergi tu pukul 5pm. So pukul 5pm jugak lah kitorg keluar dari kawasan Summer Palace tu sebab hari pun dah mula gelap, dah tak nampak view sangat. Otw ke subway kitorg singgah dulu kedai halal yg kitorg nampak tadi untuk dinner di situ. Harga agak berpatutan dan satu hidangan boleh kongsi 2 org sebab portion makanan dia besar.


Portion besar and sedap

Disebabkan harga dan rasa foods kat situ ok, kitorg pun tapao/bungkus untuk breakfast esok di great wall sbb risau tak jumpa kedai breakfast Halal esok. Lepas dah kenyang makan, kitorg pun balik ke hostel naik subway. Dalam pukul 7pm sampai hostel solat jama takhir dulu. Parents ktrg rehat dulu tapi kitorg berempat keluar balik untuk beli tiket train ke Xi'an untuk hari ketiga nanti di Beijing Railway station. Korang boleh beli tiket train perjalanan jauh ni sama ada di Beijing Railway station, West Beijing Railway station atau South Beijing Railway station. Kena alert yang ketiga-tiga railway station ni terletak di tempat yang berlainan dan pastikan korang baca betul-betul train korang akan berlepas dari railway station yang mana. Sebab banyak kes foreigner pergi ke Beijing Railway station sebab ingat tu lah satu-satunya tempat untuk naik train yang jauh perjalanan tu. Bila officer tu check ticket and bagitau yang kena pergi West Beijing RS, baru dorang tahu. Dahlah nak tuju dari Beijing Railway station ke West Beijing Railway station tu kena tukar line subway dan kedudukannya jauh2. Other option, boleh jugak beli ticket online melalui agent tapi ade additional fees.


Utk beli ticket, bukan kat sini. Ni tempat nak naik train utk yg dah ada ticket

Macam kitorg beli tiket kat Beijing Railway station je sebab paling dekat ngan hostel. Tapi on the day nak ke Xi'an nanti ktrg kena naik dari West Beijing Railway station. Untuk ke Beijing Railway station, kitorg kena tukar line 2 dari Dongsi station, then tunggu 2 stops je sampai. Pastikan korg bawa semua passport dan siap2 tulis details train yg korang nak naik dalam bahasa China dan English supaya senang. Buat sekali option kedua dan ketiga in case tiket yg korg nak tu dah habis. Boleh gak refer entry ktrg yg lepas, ktrg ade tulis detail cara2 nak beli ticket long distance train China.

Bangunan beli tiket hujung lagi lepas KFC tu. So keluar je dari subway korang akan nampak bangunan tertulis Beijing Railway station. Jangan masuk bangunan tu. Just jalan ke kanan straight sampai jumpa bangunan tertulis Ticket Office.

Keluar je dari subway terus menuju ke bangunan yg tertulis ticket office. Dia memang satu bangunan tu khas untuk kaunter beli tiket train sahaje. Tapi macam biasa nak masuk bangunan tu kena scan bag dan badan. Dah masuk dalam bangunan tu, kitorg tercari-cari jugak kaunter yg boleh berbahasa English sebab ada baca kat blog org lain selalunya kaunter no. 15/16 tahu English. Sampai kat situ kaunter no. 15/16 tutup pulak. Advantage datang beli tiket ramai2 ni ialah mungkin salah sorang dari group korg akan nampak detail yg org lain terlepas pandang. Salah sorg dari kitorg nampak kat atas kaunter bahagian tulisan bergerak berwarna merah tu yg kaunter English no.13. So kitorg pun terus ke kaunter tu. Beratur tak lama sebab tak ramai org. Mungkin sebab time kitorg pergi tu dah lewat malam dalam pukul 9pm. Bila dah tiba giliran kitorg, just tunjuk kertas yang siap tertulis details train yg kitorg nak and hulur passport.

Contoh.

Contoh untuk bullet train dari Xi'an ke Huashan. Just print macam ni and tunjuk kat orang kaunter. Senang.

Waktu kitorg beli tu agak ambil masa sebab beli tiket untuk 6 org and beli sekali bullet train tiket return ke Huashan. Staff tu kena key in satu2 nama dalam system dengan nama kita rakyat malaysia ni yg panjang dengan bin/binti nya. Org belakang dah mula mengeluh tapi nak buat macam mana kitorg beli untuk 6 org, dan ade byk destination. Alhamdulillah dapat amoi muda jaga tiket yang ok dan tak marah2. Dah selesai semua kitorg keluar and check balik details kat tiket tu pastikan betul. Dah settle kitorg balik naik subway tapi kali ni kena naik jejantas ke seberang jalan untuk entrance ke subway ni. 


Seberang jalan dari Beijing Railway Station utk naik subway balik hostel


Sampai hotel kitorg pun tidur sebab esok kena bangun awal untuk ke Mutianyu Great Wall. Next post untuk 2nd day kitorg akan cerita pengalaman kitorg ke Mutianyu Great Wall dan Beijing National Stadium.

Korang boleh tengok video kitorg sepanjang trip 3 hari di Beijing ni kat Youtube kitorg bawah ni. Jangan lupa untuk like, comment, dan subscribe. Thank you!



Saturday, 30 November 2019

Itinerary ke China dan Budget (Beijing & Xi'an)

Trip penutup akhir tahun 2019, kitorang ke China lagi. Kali ini ktrg pilih utk ke ibu negara China iaitu Beijing. Ahli trip ni seramai 6 org, termasuk parents ktrg. Beli tiket setahun yg lepas masa free seat AirAsia dapat harga RM545 return. Tapi masa research untuk buat itinerary 4 bulan before trip ni, baru perasan Beijing tak banyak tempat yg menarik hati kitrg sangat. 5 hari utk cover Beijing je mcm lame sgt so ktrg rase nak cover tempat lain gak yg tak jauh sangat dr Beijing. Ade yg cadangkan nak cover Mongolia, Harbin atau Xi'An. 

Lepas habis research and mintak agreement dari seluruh ahli keluarga yg ikut trip ni, ktrg sepakat pilih Xi'An sebab nak tgk Muslim community kt China. Mule2 ktrg plan nak naik sleeper train return Beijing-Xi'An-Beijing tapi lepas ktrg kire cost, lebih kurang macam harga beli ticket flight Xi'an-KUL sehala je. So alang2 harge same, we decided to buy new flight ticket balik ke KUL melalui Xi'an. Lagi jimat masa dan tenaga ktrg lagi2 utk parents ktrg. Tiket balik dari Beijing terpaksa burn macam tu je sebab free seat tak boleh nak refund. Jadinya, lepas beli flight ticket baru Xi'An-KUL, ktrg tambah additional 1 day so trip ke Beijing+Xi'an ini adalah selama 6 hari 5 malam. Boleh refer kat bawah ni utk itinerary dan perbelanjaan kitorg kat sana. 

Flight dari KLIA2 bertolak dalam pukul 7pm. Perjalanan ke Beijing mengambil masa selama enam jam. Untuk dinner, kitorang dah order siap-siap food dalam flight memandangkan flight akan tiba ke Beijing dalam pukul 1am. Harga food AirAsia tahun ni dah naik dari RM10 ke RM15. Tapi kitorg beli food masa ada diskaun 10% so dapatlah harga RM13.50 sorang. Memandangkan sampai Beijing pun dah masuk hari berikutnya, so kita mulakan 1st day itinerary kita semasa dah sampai sana.

Day 1
01.00am- Arrive at Beijing Airport, China (6h flight)
02.00am- Airport transfer to Hotel (Include in hotel's price)
02.10am- Check in Hotel and sleep
10.30am- Check out Hotel and go to Beijing Airport (hotel transfer)
11.00am- Take metro to Dongsi Railway Station 
11.00am- Check in Spring Time Hostel
12.30pm- Lunch 
02.00pm- Take metro to Beigongmen station
03.00pm- Summer Palace
06.00pm- Dinner
              - Going back to hotel
08.00pm- Take metro to Beijing Railway station
            - Buy Sleeper train tickets to Xi'an and Bullet train tickets to Huashan Bei


Day 2
07.00am- Private van for 6 people to Mutianyu Great Wall (1.5h journey)
08.30am- Arrive at Mutianyu Great Wall
              - Breakfast
01.30pm- Going back to hotel
03.00pm- Lunch
              - Rest
07.00pm- Take metro to Olympic Sport Center station
              - National stadium aka "Bird nest stadium"
              - Shopping souvenir nearby National stadium  


Day 3
08.00am- Breakfast
09.30am- Take metro to Shichahai station
10.30am- Jingshan Park
11.15am- Go back to hotel
12.00pm- Check-out hotel and lunch
02.00pm- Buy foods at Supermarket to eat in train
04.00pm- Take metro to West Beijing Railway station
07.00pm- Dinner
08.30pm- Sleeper train to Xi'an (12h)


Day 4
07.00am- Breakfast in train
08.30am- Arrive at Xi'an
              - Take Bus no.306 to Xian Golden Tree Business Hotel
09.30am- Arrive at Hotel
10.00am- Check in Hotel
              - Lunch at Muslim Street
01.00pm- Take metro to Fangzhicheng station
01.30pm- Bus no.603 to Terracotta Museum (1h journey)
02.30pm- Arrive at Terracotta Museum
04.00pm- Go back to hotel
07.00pm- Dinner at Muslim Street 


Day 5
07.15am- Take metro to Xi'an Bei Railway station (25minutes)
08.40am- Bullet train to Huashan Bei Railway station(30minutes)
              - Breakfast in train
09.30am- Free bus no.1 or no.2 to Mount Huashan (25minutes)
10.00am- Arrive at Mount Huashan 
01.30pm- Lunch at Huashan and going back
04.30pm- Bullet train to Xi'an Bei
07.00pm- Dinner at Muslim Street 
08.00pm- Bell Tower and Drum Tower night view  


Day 6
10.00am- Breakfast
11.00am- Xi'an City Wall 
01.00pm- Lunch and shopping at Muslim Street
07.30pm- Take van for 6 people to Xi'an Airport (Book with hotel)
08.30pm- Arrive at Xi'an International Airport (Terminal 3)
              - Dinner  


Day 7
12.30am- Flight to KLIA2 (5h30m)
06.00am- Arrive at KLIA2


Bawah ini merupakan list perbelanjaan kitorang kat sana.

Budgets
China 1 time entry Visa: RM100 (harga pada Nov 2019)
Internet simcard 1GB for 7days: RM15
Hotel 5days6nights for 6 people at Beijing and Xi'an: RM1,536 (RM256/pax)
Private taxi for 6 people to Mutianyu Great Wall: RM150/pax
Train Beijing express airport: 25 yuan
Total metro fee in Beijing: 37 yuan
Summer Palace entrance: 20 yuan
Mutianyu Great Wall entrance: 45 yuan
Shuttle bus at Mutianyu Great Wall 2 way: 15 yuan
Chair lift & Tobaggon at Mutianyu GW: 120 yuan
Jingshan Park entrance: 2 yuan
Soft sleeper train Beijing to Xi'an: 416 yuan
Bus 306 to hotel in Xi'an: 4 yuan
Total metro fee in Xi'an: 18 yuan
Bus 603 to Terracotta Warrior Museum (return): 10 yuan
Buggy one way in Terracotta Museum: 5 yuan
Terracotta Museum entrance: 120 yuan
Bullet train Xi'an Bei to Huashan Bei (return): 110 yuan
Huashan entrance: 100 yuan
Shuttle bus to north cable car (return): 40 yuan
Cable car (return): 150 yuan  
Van for 6 people to Xi'an International Airport: 180 yuan (30 yuan/pax)
Foods for 6 days: 250 yuan
Shopping: Depend on your budget

TOTAL= RM521+1517yuan(RM901) = RM1422
(Rate 1 yuan = RM0.594)

Kitorg tak masukkan kos flight dalam budget atas ni sebab ikut masing-masing punya time beli tiket tu bila. Kitorg punya harga tiket flight macam bawah ni.

AirAsia flight KUL-Beijing(return): RM545 (beli masa ada promo free seat)
Add-on food: RM13.50
AirAsia flight Xi'an-KUL: RM280 (redeem guna Bigpoints)

So, total perbelanjaan kitorang untuk trip ke Beijing dan Xi'an (6D 5N) ni lebih kurang RM2,260.50 tak termasuk shopping. Kitorg jenis more to foods than shopping. Sebab tu korang boleh tengok budget kitorg untuk foods atas tu 250 yuan seorang, atau lebih kurang 40 yuan sehari. Kat sana kitorg just beli souvenir macam fridge magnet, so bawa lebih 100 yuan je untuk shopping. Kalau korang jenis yang suka shopping kain silk, baju dan lain-lain boleh survey dulu harga kat internet dan tukar duit ikut budget korang. 

Korang boleh dapatkan harga untuk bercuti ke Beijing dan Xi'an dalam range bawah RM2000 kalau korang beli tiket flight AirAsia masa free seat. In our case, kitorg rugi sikit sebab dah beli return flight tiket dari Beijing dan tak dapat beli tiket balik dari Xi'an masa free seat.

Cerita lebih details tentang journey kitorg kali ni tunggu kat next post. Trip ni selama 6 hari, so kitorg akan bahagikan cerita dalam 6 parts. Stay tune.

Saturday, 10 August 2019

Trip ke Siem Reap, Cambodia (Part 2)

2nd day
Pukul 5.00 pagi kitorang dah bangun untuk bersiap-siap ke the must place to visit di Kemboja iaitu Angkor Wat. Janji dengan orang hotel semalam pukul 6.30 pagi bertolak ke Angkor Wat. Kitorang tak pilih nak tengok sunrise, cukup sekadar dapat jejak kaki ke Angkor Wat dan temple kelilingnya. Breakfast pihak hotel dah sediakan dalam breakfast box pukul 6.00 pagi. So kitorang bawa bekal yang pihak hotel sediakan. Dari hotel perjalanan mengambil masa dalam setengah jam ke Angkor Wat menaiki tuk-tuk. Untuk pengetahuan korang, Angkor Wat ni terletak berdekatan je dengan Siem Reap Airport. Boleh je kalau korang nak one day trip ke Angkor Wat terus dari Airport. Tapi kena prepare awal-awal dan cukupkan stamina sebab Angkor Wat ni sangat luas. So memerlukan tenaga untuk berjalan.

Mula-mula kitorang kena beli tiket masuk dulu yang berharga 37USD. Masa kitorg nak beli tiket ni, tempat tiket kosong tak ada orang. Mungkin ramai datang lebih awal untuk tengok sunrise. Masa nak beli tiket ni, kita kena pergi beli sendiri, tak boleh hantar wakil sebab kat tiket tu akan diletak gambar kita masing-masing. So masa tengok kamera nak tangkap gambar tu buatlah muka elok-elok sikit. Lepas dah dapat tiket kena naik balik tuk-tuk untuk ke 1st temple iaitu Angkor Wat. Untuk pengetahuan korang, jarak antara tempat beli tiket dengan Angkor Wat ni bukan dekat boleh jalan kaki macam tu je, memang memerlukan kenderaan untuk pergi dari satu temple ke temple yang lain. Paling kurang pun naik basikal kalau stamina korang kuat. Korang boleh tengok google map untuk lihat gambaran betapa luasnya kawasan-kawasan temple ni dan jarak antara each temple ni.

Ni lah orang yang bawa tuk-tuk kitorg. Nama dia "Barang"
Before kitorg masuk ke 1st temple iaitu Angkor Wat, kitorg isi perut dulu dengan breakfast yang hotel dah sediakan. Kitorg makan dua pancake dengan fruits. Air bawa air botol mineral. Dah habis makan kitorg memulakan perjalanan ke Angkor Wat. Untuk pengetahuan korang, setiap kali nak masuk ke temple-temple ni korang kena tunjuk tiket korang kat orang yang jaga tempat tu. So pastikan simpan tiket baik-baik. Dan setiap kali kita tunjuk tiket orang tu akan tanya "where are you from?" then akan tanya nak tour guide tak. Tapi kitorg tak ambillah tour guide sebab kena bayar. Kalau korang berminat dengan history korang bolehlah ambil tour guide ni.


Atas ni gambar dalam Angkor Wat. Memang besar dan penat berjalan. Kitorg nak cari spot untuk ambil gambar reflection of Angkor Wat dalam tasik macam yang ramai orang ambil. Punyalah gigih berjalan sampai ke hujung Angkor Wat ni nak cari tasik untuk gambar. Last-last penghujung tak jumpa tasik. Yang dapat gambar macam bawah ni.

Bahagian belakang Angkor Wat
Then kitorg tanya orang yang jaga tempat ni, macam mana nak dapat gambar macam ni (tunjuk gambar Angkor Wat dengan reflection dalam tasik) dalam template yang kitorg dapat. Orang tu bagitau pergi kat tempat yang mula-mula kita masuk. Pelik jugaklah sebab masa kitorg masuk tak perasan pulak ada tasik. Kitorg pun jalanlah semula ke tempat yang mula-mula kitorg masuk. Akhirnya dapat juga ambil gambar macam yang kitorg nak.


Actually tasik ni bukanlah terletak at the center of the Angkor Wat position. Dia terletak at the both side position dari pintu masuk. Kiranya ada dua 'tasik'. Atas ni gambar kitorg tangkap dari 'tasik' sebelah kanan. Gambar bawah ni pula dari 'tasik' sebelah kiri. Siapa yang pandai ambil gambar tu dapatlah gambar dari sudut yang cantik.


And lagi satu 'tasik' dia bukanlah macam tasik yang kita fikirkan. Tasik dia sebenarnya macam gambar kat bawah ni.

Tak berapa nak tasik. Tapi apa-apa pun ni lebih bergantung kepada korang punya skill dalam mengambil gambar supaya dapat menghasilkan gambar yang awesome macam gambar bawah ni.

Related image
(Sumber:Google)
Kitorang jalan dalam Angkor Wat ni je pun dah nak 2 jam. Then balik semula ke tuk-tuk. Tercari-cari juga kitorg mana tuk-tuk kitorg sebab semua tuk-tuk park kat kawasan yang sama dan nampak sama. Nasib orang tuk-tuk tu nampak kitorg and lambai-lambai kat kitorg.

Next kitorg pergi ke Banyon Temple. Apa yang special tentang temple ni sebab terdapat ukiran muka di setiap batu yang menghadap kesetiap penjuru. Dari jauh mungkin tak berapa nampak.




Kena masuk dan naik temple ni baru boleh nampak ukiran muka-muka ni dengan lebih dekat. Korang boleh google untuk tahu lebih lanjut tentang history Banyon temple ni.




Next, sebelah temple ni ada lagi satu temple tapi tak tahu nama. Boleh jalan kaki je, tak perlu naik tuk-tuk. Tapi kitorg tengok dari luar je, tak naik sampai dalam.

Sebelah temple tu pulak ada lagi satu Elephant temple namanya. Sama juga kitorg tengok dari luar je sebab dah penat jalan. Air mineral kitorg pula dah habis. So memang dahaga. Orang tuk-tuk pula cakap dia tunggu kat kawasan parking lepas Elephant temple ni. Jauh jugaklah kena jalan.

Alhamdulillah sampai je kat tuk-tuk orang tu bagi air mineral kat kitorang sorang satu. Sejuk pula tu. Next orang tu cakap kita pergi ke last temple iaitu Ta Keo Temple. Kitorg ingatkan temple ni yang ada akar pokok yang famous dengan cerita "Tomb Rider". Gigih kitorang masuk dalam tapi temple ni jenis yang tinggi bertangga. Kitorg fikir jugak pokok bukan kat kawasan tanah je ke. Tapi apa-apa pun kitorang naik jugaklah temple ni.



Korang boleh tengok betapa tingginya tangga-tangga untuk naik keatas. Bila dah sampai atas tengok bawah rasa curam sangat tangga dia. Lepastu pelik sebab tak nampak pokok yang berpaut kat bangunan temple langsung dari atas ni.



Tanya kat orang yang jaga tempat ni macam mana nak jumpa pokok macam dalam gambar template yang kitorg dapat. Rupanya orang tu cakap bukan kat sini. Maybe next temple nanti orang tuk-tuk tu bawa. Apa-apa pun tak rugi masuk Ta Keo temple ni sebab binaannya memang unik.

Lepas setengah jam, kitorg balik semula kat tempat parking tuk-tuk. Tengok jam baru pukul 11.30am. Masa yang kitorg ada dengan tuk-tuk ni sampai pukul 1.30pm je. Lebih kena bayar 5USD per hour. So sempat lagi kalau nak pergi temple yang ada akar pokok tu. Tunjuk kat orang yang bawa tuk-tuk tu nak pergi situ. Then dia angguk.

Sampai je depan pintu masuk Ta Phrom temple, memang ramai orang. Perjalanan nak masuk ke temple ni agak jauh walaupun tak perlu memanjat tangga. Tapi suasana ok dan tak panas sebab temple ni dikelilingi oleh pokok-pokok yang besar-besar. Sebelum masuk orang tuk-tuk tu bagitau kitorang nanti jumpa di East exit.

Nak masuk dalam kawasan ni kena beratur sebab laluan bahagian dalam temple ni agak kecil. Boleh lihat runtuhan-runtuhan binaan di bahagian luar temple. Nak jumpa akar pokok yang berpaut pada binaan temple ni agak mengambil masa. Nak ambil gambar sorang-sorang dengan pokok ni agak susah sebab ramai orang. Kecuali kalau korang banyak masa boleh beratur untuk tangkap gambar.



Lagi satu, nak tangkap gambar dengan pokok ni kena tahu cari sudut yang baik untuk mendapatkan gambar yang elok. Boleh compare gambar atas dan bawah. Pokok yang sama, tapi sudut dan distance gambar yang berbeza.


Bawah ni pokok lain pula.



Bila nak keluar dari temple ni agak confused sebab kalau tengok map temple ni ada 4 pintu exit. Sebab tu lah orang tuk-tuk tu dah bagitau awal-awal jumpa kat East exit supaya kita tak salah jalan. Tanya lagi orang yang jaga temple tu macam mana nak ke East exit. Dia tunjuklah jalan arah sana. Bila keluar je dari temple ni jalan sekeliling lebih kurang sama macam jalan yang kitorg masuk. Itu yang buat lagi confused ye. Tapi apa-apa pun kitorg berjaya jumpa tuk-tuk kitorg dan tepat pukul 1pm kitorg balik ke hotel. So dalam masa 6 jam kitorg dapat cover 6 buah temple. Paling lama kat Angkor Wat dan Ta Phrom temple.

Petang sampai ke malam aktiviti kitorg rehat dan cari makan. Makan kat Muslim Family Restaurant lagi. Kali ni order menu yang orang kedai ada recommend juga semalam iaitu "Fish in Morning"($6.5), nasi(FOC), sayur($2) dan kopi ais($0.75). Ikan dapat size yang besar, memang kenyang. Total dinner untuk 3 orang ialah 9.25USD.

Lepas makan macam biasa kitorg jalan-jalan cari jus buah $1 yang sedap dan singgah beli kuih sebelah masjid lagi untuk makan petang. Then try beli ikan bakar tepi jalan masjid tu sebab nampak ramai orang tempatan beli ikan tu. Untuk ikan yang kecil, 1USD. Dia bagi sekali dengan pencicah macam kuah somtam. Rupa ikan tu nampak biasa, tapi bila makan isi ikan tu memang sedap. Tapi ikan yang kitorg pilih ni banyak tulang. Nama ikan lupa nak tanya.

Apa-apapun budget untuk makan sebenarnya kurang daripada apa yang kitorg dah peruntukkan iaitu untuk sehari 10USD untuk seorang. Untuk 1st day je kitorg belanja lebih kurang 20USD untuk 3 orang makan termasuk beli kuih dan jus. 2nd day pula kitorg belanjakan lebih kurang 17USD untuk 3 orang makan dan minum.

3rd day
Hari ni boleh bangun lambat sebab tak ada aktiviti pun. Aktiviti hari ni hanya berehat di hotel sampai waktu check out. Kitorang turun untuk breakfast dalam pukul 7.30pagi. Order pancake macam biasa dihidang sekali dengan bread dan buah-buahan serta air tea, coffee or orange juice. Tu pun dah kenyang. Habis makan naik balik bilik kemas-kemas apa yang patut. Lepas tu dalam pukul 11.55am checkout hotel. Kitorang bagitau orang hotel pagi tadi nak book tuk-tuk ke Airport pukul 1.30pm sebab nak lunch dulu before fly back home. Tinggalkan beg dulu kat lobby hotel before jalan untuk lunch kat kedai kecik before Muslim Family Restaurant. Order dua nasi goreng daging + telur mata dan minum teh Kemboja. Portion nasi goreng dia memang banyak, boleh share dua orang. Total untuk lunch 3 orang ialah 4USD. Then kitorang solat kat Masjid dulu before singgah kat kedai jus buah untuk minum air 1USD sementara tunggu 1.30pm.

Pukul 1.30pm tepat kitorg naik tuk-tuk ke Airport. Perjalanan dari hotel kitorg ke Airport sebenarnya ambil masa dalam 20 minit je. Tapi tiba-tiba tuk-tuk ni mati enjin tepi jalan. Lepastu boleh start balik. Then after some time buat hal yang sama. Dah mula risau sebab flight pukul 3.10pm. Tapi apa-apa pun Alhamdulillah sampai jugak kitorg ke Siem Reap International Airport dalam pukul 2pm. Kena check in kat kaunter dulu before proceed ke departure gate. Dah habis check imegresen semua kitorg nak duduklah kat waiting area tapi seat penuh.


So kitorg jalan sampai ke hujung dekat dengan area kedai-kedai makan, nak cari tempat duduk kosong. Banyak rupanya tempat duduk kat hujung-hujung ni. Dalam pukul 2.45 dah dengar announcement boleh beratur masuk flight. Plane gerak on time dalam pukul 3.10pm dan perjalanan ambil masa dalam 2 jam. Tepat pukul 6.10pm, sampailah kitorg di KLIA2.

Thursday, 8 August 2019

Trip ke Siem Reap, Cambodia (Part 1)

1st day
Trip kitorang ke Siem Reap adalah selama 3hari 2malam sahaja, seramai 3 orang. Flight kitorang dari KLIA2 depart pukul 6.45 pagi. Jadi pukul 4.30 pagi dah kena bertolak dari rumah. Breakfast kitorang book food siap-siap dalam flight. Perjalanan ke Siem Reap mengambil masa selama 2 jam. Dalam pukul 7.45 pagi kitorang selamat sampai ke Siem Reap Airport. Beza masa antara Malaysia dan Kemboja hanyalah sejam. Kiranya kemboja lambat sejam dari kita.


Before check imigresen, kitorg pergi toilet airport dulu. Toilet bagus, bersih, tak berbau dan yang paling penting untuk kita orang Melayu ni ada paip.

Lepas dah habis check imigresen, kitorang keluar dan cari orang yang tulis nama kitorang memandangkan transport ke hotel dah include sekali dengan harga hotel. Cari-cari tak jumpa orang yang pegang nama kitorg. Mungkin hotel tu terlepas pandang sebab masa kitorg book hotel ni berbulan-bulan awal via web Agoda. Seminggu before fly kitorg dah email hotel tu nak confirmkan pasal airport pickup ni tapi tak direply. So dah prepare awal-awal dengan situasi yang bakal terjadi ni, kitorang terus ke kaunter tiket taxi yang ada betul-betul sebelah pintu keluar dari Airport ni. Survey harga dulu. Untuk tuk-tuk dia charge 9USD. Mahal sebab survey blog lain katanya rate dalam 5USD je. So kitorg cuba tengok kat Grab app, boleh pilih tuk-tuk dan harga lagi murah dalam 14000riel.

Masa kitorg tengah duduk-duduk tengok harga Grab tu ada sorg staff beruniform tanya kitorg nak pergi mana. Kitorg sebut nama hotel. Dia bagi harga untuk tuk-tuk 5USD dan untuk kereta 6USD. Kitorg fikir dulu nak ke tak sebab memang rate rata-rata macam tu. Tapi akhirnya decided untuk guna Grab tuk-tuk sebab lagi murah dan boleh rasa experience pakai Grab kat Kemboja ni. Kalau tak sampai bila pun tak cuba. Sekejap je book Grab terus dapat. Tapi Grab tuk-tuk tak masuk dalam kawasan Airport ni sebab masuk kawasan Airport ni kena bayar parking fee, so kitorg kena jalan sikit keluar dari exit gate airport dan naik Grab tuk-tuk yang dah tunggu kitorg kat situ.

Perjalanan ke hotel mengambil masa dalam 20 minit je. Nama hotel yang kitorang duduk adalah Travellerhome Angkor.

Travellerhome Angkor


Antara sebab kitorang book hotel ni adalah sebab location dia yang strategik, terletak berhampiran Night Market dan juga Masjid. Kalau dah dekat Masjid, automatik dekat dengan restoran Halal. Hanya 6 minit walking distance ke Night Market dan 3 minit berjalan ke Masjid. Sampai je kat hotel kitorg tak ada duit riel Kemboja lagi, so orang Grab tu cakap kalau guna USD total 5USD, kitorg pun bayarlah 5USD kat orang Grab tu. Last-last sama je harga Grab tuk-tuk ni dengan harga yang orang kat Airport tu offer. Apa-apa pun bila kitorg kira-kira balik sebenarnya jumlah yang kitorg perlu bayar hanyalah 4USD sebab 4000riel=1usd. Tapi tulah kitorg tak kaji langsung pasal rate tukaran riel before this. Masa dah hari kedua baru reti cara convert duit Cambodian Riel to USD.

1USD = 4000Riel,    so 0.25USD = 1000Riel,     1000Riel = RM1

Sampai je hotel kitorg tanya pasal airport pickup tu. Orang hotel tu apologize sebab tak perasan email yg kitorg bagi, jadinya dia cakap masa balik nanti dorang hantar ke Airport free. So tukar macam tu jelah. Sementara tunggu bilik, kitorang dihiangkan dengan air juice dan kacang as a welcoming drink. Sambil menjamu selera, orang hotel tu explain pasal hotel dan tanya apa plan kitorg sepanjang kat Siem Reap. Kitorg cakaplah esok nak ke Angkor Wat. So dia tunjuk pakage yang dorang sediakan. Kitorg ambil pakage tuk-tuk ke Angkor Wat esok yang berharga 15USD. Bahagi tiga orang so sorang bayar 5USD. Duration yang dorang bagi ialah 7jam. Lebih dari tu akan dicharge 5USD sejam. Kalau nak ambil pakage yang tengok sunrise atau sunset kena tambah lagi 5USD.

Dalam pukul 9.30am kitorg dah dapat masuk bilik dan boleh rehat dulu. Kalau nak ikutkan waktu sebenar boleh check-in pukul 2pm, tapi Alhamdulillah kitorg dapat check-in awal free of charge. Bilik ok dan bersih. Paling penting hospitality dorang bagus. Layanan dorang pada customer pun memang tip-top. Breakfast is complimentary, so kitorg tanya breakfast untuk esok boleh sediakan awal dan bungkus dalam box tak memandangkan esok kitorg nak pergi Angkor Wat pukul 6.30am. Breakfast dorang pula start 7am-10am. Dorang cakap boleh, so untuk breakfast esok dah tak perlu risau.

Pukul 11am kitorg dah start rasa lapar, so kitorg jalan kaki ke arah Masjid An-Naekmah yang terletak lebih kurang 3 minit dari hotel. Berdekatan dengan masjid tu memang banyak kedai Halal, yang beza ada kedai yang kecil dan ada kedai yang besar. Kitorg lunch kat kedai yang besar, "Muslim Family Restaurant" yang memang famous dan rata-rata org Malaysia akan singgah makan kat sini. Orang kedai recommend untuk makan "Beef climbing mountain" dan "Fish in morning". So untuk 1st day ni kitorg order beef climbing mountain ($6.5), muslim sour soup ($2.5), sticky rice with mango ($2.5) serta air dragon milk ($1) dan kopi ais ($0.75). Nasi pula dorg bagi free. So total untuk lunch tiga orang ialah 13.25USD. Kalau nak lagi jimat order satu lauk beef climbing mountain pun dah cukup sebab portion dia untuk 4 orang makan. Memang kenyang.

Muslim Family Restaurant

Beef climbing mountain
Orang kedai masakkan on the spot.

Lepas habis makan kitorg singgah Masjid An-nekmah untuk solat jamak Zohor dan Asar. Tempat solat perempuan kat bahagian atas. Kena naik tangga di bahagian tepi masjid, terletak di luar pagar masjid. Tempat wudu' ada kat atas tu so tak payah risau.
Tempat solat lelaki bahagian bawah

Tempat solat perempuan bahagian atas. Ada telekung lagi.

Tempat wudu' bahagian perempuan
Lepas habis solat kitorg teruskan perjalanan ke town ikut waze. Ambil masa lebih kurang 8 minit berjalan, kitorang singgah di supermarket yang terletak berdekatan Angkor Trade Center dulu untuk survey harga barang disitu. Then kitorg tangkap gambar di tepi Sungai Siem Reap dan singgah minum tea ais di Noi Cafe. Harga tea ais $1. Rasa tea ais tu bagi kitorg biasa-biasa je. Tea ais Thailand lagi sedap.
Sungai Siem Reap


Then kitorang melawat ke Wat Preah Prom Rath temple yang terletak bersebelahan Angkor Trade Center.





Dah penat jalan kitorg pun balik semula ke hotel. Tapi before masuk hotel kitorg singgah melawat D'Angkor Artisan yang terletak betul-betul seberang hotel kitorg. Kat situ boleh lihat macam mana dorang ukir batu-batu dan jahit baju. Masuk free je, so jangan risau.



Dalam pukul 6pm kitorg keluar semula ke arah Masjid untuk dinner. Kali ni kitorg try makan di kedai yang kecil sikit. Menu terhad tapi why not to try. Kitorg order nasi ayam satu dan nasi daging dua. Ayam tu katanya ayam kampung.

Daging tu pulak daging bulat-bulat macam sosej yang dibakar. Lupa nak tangkap gambar. Rupa daging tu lain sikit, kat Malaysia memang tak jumpa rupa macam tu. Bila tanya akak kedai yang boleh berbahasa Melayu, rupanya daging tu dibaluti dengan usus. Akak kedai tu pernah kerja kat Malaysia. Dia cakap kalau kat Malaysia usus binatang kita buang, tapi di Kemboja dorang pandai gunakan usus tu. Maknanya setiap benda tu dorang tak akan sia-siakan macam tu je. Air pula kitorg minum air tea kemboja. Rasa air tea ni macam ada rasa daun pandan tapi sedap. Foods' taste boleh la. Total untuk dinner 3 orang ialah $4.

Alang-alang dah masuk magrib kitorg singgah masjid dulu untuk solat. Sebelah masjid tu ada jual kuih-muih. Kitorang nak try rasa kuih kat situ, so belilah kuih campur-campur. Yang sedap donut dia. Kalau korang nak beli donut tu 4 biji $1. Kalau nak rasa sebiji je 1000riel tapi pastikan korang dah ada duit riel lah supaya senang nak bayar.
Donut sedap

Kuih tak tahu nama

Lepastu dalam pukul 7pm kitorang jalan ke arah Night Market. Kalau korang nak membeli-belah, pergi terus ke arah Old Market yang terletak seberang sungai. Kat situ korang terus singgah kedai bahagian depan-depan. 5 Fridge magnet boleh dapat $1. Macam kitorg pergi explore dulu kedai bahagian dalam-dalam sebab ingat bahagian dalam lagi murah. Fridge magnet paling murah dorang boleh bagi 3 untuk $1. Hampir nak beli sebab ada kedai lain jual 2 untuk $1. Masa nak pilih-pilih tu Alhamdulillah terserempak dengan orang Malaysian. Dorang bagitau kat kedai bahagian depan dapat lagi murah.



Old night market seberang sungai

Kedai bahagian depan-depan ni murah



So dapatlah kitorg beli 10 magnet = $2. Antara barang lain yang kitorang beli lagi adalah selipar dari $8 dapat harga $4, beg dari $18 dapat harga $11, Angkor Wat monument dari $15 dapat harga $9. T-shirt semua kitorg tak beli. Bagi penggemar air jus buah-buahan, apa yang bestnya kat Siem Reap ni sebab air buah dia $1 (=RM4), kalau kat Malaysia air macam tu harga dah RM8. So kat sini kitorg memang banyak beli air buah je macam air Avocado, Dragon Fruit, Banana, dll. Rasa dia memang sedap dan fresh.


Macam-macam jus buah ada
Lepas habis shopping, kitorg pun balik semula ke hotel dan tidur awal sebab esok kena bangun awal untuk ke Angkor Wat.

Untuk 2nd day dan 3rd day, kitorg akan post dalam Trip ke Siem Reap, Cambodia (Part 2) nanti.

Thursday, 11 July 2019

Itinerary ke Siem Reap, Cambodia

Trip untuk pertengahan tahun 2019 ni adalah ke Siem Reap yang terletak di Kemboja selama 3 hari 2 malam, cukup untuk cover Angkor Wat dan shopping di Night Market. Untuk mendapatkan harga percutian yang murah, macam biasa kitorang ambil flight AirAsia dari KLIA2 ke Siem Reap. Book masa Free Seat setahun lepas dapat harga RM156 return. Rancang nak cover Phnom Penh sekali tapi bila kira-kira kos semua jadi mahal. Lagi-lagi dorang gunakan USD currency. So nak jimat jalan-jalan kat Siem Reap jelah. Bawah ni merupakan itinerary kitorg.

Day 1
06.45am- Flight KLIA2 to Siem Reap(2h)
07.50am- Arrived Siem Reap Airport (1 hour different time Malaysia & Cambodia)
08.30am- Tuk-tuk to Hotel (include in hotel's price)
09.30am- Check in Travellerhome Angkor Hotel and rest
12.00pm- Visit  Mosque (Masjid An Neakmah) and lunch at Muslim Family Restaurant
*You can find Halal foods around the mosque.
02.00pm- Walk around Siem Reap center:
                 Wat Preah Prom Rath (Buddhist temple)
                 Psar Chas (Old market)
                 Angkor Trade Center (Shopping mall)
06.00pm- Dinner
06.45pm- Night Market (open daily from 5pm to 12am)

Day 2
06.30am- Tuk-tuk from Hotel to Angkor Wat
07.00am- Angkor Wat tour (6 hours)
01.00pm- Going back to hotel and rest
03.00pm- Lunch
06.00pm- Going to Night Market

Day 3
07.30am- Breakfast in Hotel
12.00pm- Check out hotel. Going for Lunch
01.30pm- Tuk-tuk to Siem Reap Airport
01.55pm- Arrived Siem Reap Airport
03.10pm- Flight to KLIA2
06.10pm- Arrived KLIA2

Itinerary kitorg kali ni simple je. Just ke sana untuk tengok Angkor Wat dan relax. Kitorg suggest hari first korang boleh pergi ke Tasik Tonle Sap dan Lotus Farm yang memang rata-rata pengunjung akan pergi kalau ke Siem Reap ni. Kitorg tak ke sana sebab nak maintain the budget. Bawah ni jumlah perbelanjaan kitorang kat sana.

Budgets
AirAsia flight (return): RM156
Hotel 3days2nights for 3 peoples (include breakfast & one way airport transfer): RM270 (RM90/pax)
Angkor Wat ticket for 1 day: USD37
Angkor Small Tour by Tuktuk: USD15 (USD5/pax)
Tuk-tuk from hotel to airport: USD5 (USD1.7/pax)
Lunch and dinner for 2 days: USD20
Shopping: Depends on your budget
(Masa kitorg pergi, rate 1usd=4.12)

TOTAL= RM246+USD70  
So, lebih kurang RM530 total cost 3 hari 2 malam ke Siem Reap. Yang buat jadi mahal sebab dorang gunakan currency USD. Ditambah dengan harga tiket masuk ke Angkor Wat USD37 yang sememangnya mahal. Tapi apa-apa pun kitorg dah dapat jejakkan kaki ke salah satu tempat yang dikategorikan sebagai The Most Ancient 8 Wonders of the World.

Next post kitorg akan ceritakan lebih detail tentang trip kitorg kat sana. Stay tune...