Sunday, 1 December 2019

Part 1: Trip ke Beijing & Xi'an, China (Summer Palace)

Trip kali ni kitorg ke China lagi tapi ke destinasi berbeza iaitu ibu negara China, Beijing pada November 2019 musim Autumn/ Falls. Untuk trip ni, kitorg masukkan sekali Xi'an memandangkan bila buat list senarai tempat menarik kat Beijing yg berjaye menarik perhatian kitorg macam tak banyak. So trip ni cover dua bandar di China iaitu Beijing  dan Xi'an selama 6hari 5malam. Trip ni melibatkan parents kitorg (lewat 50an) so tempat lawatan kitorg cari yg sesuai dengan parents dan itinerary tak hectic sangat.  Bilangan orang yang terlibat dalam trip kali ni adalah seramai 6 orang.

Macam biasa kitorg beli tiket setahun awal, masa AirAsia buat free seat promo.  Masa tu tak terfikir nak ke Xi'an lagi.  So terus beli tiket return KL- Beijing.  Dapatlah harga RM545. Buat itinerary  pulak 4 bulan before flight,  so masa ni lah baru perasan yang tak berbaloi kalau pergi Beijing je.  Bila cari-cari bandar lain di China yg berbaloi untuk pergi,  Xi'an menjadi destinasi kedua memandangkan ada Muslim Street kat Xi'an dan banyak sejarah menarik di situ.  Mula-mula ada terfikir nak ke Harbin or Mongolia tapi tak sesuai pula untuk parents.

Sebelum ke China pastikan korang download siap-siap apps seperti gambar bawah ni.



App metro 'Explore Beijing' tu memang berguna kalau kita nak naik metro di Beijing sebab kita boleh masukkan starting point tempat kita naik metro ke destinasi station yang kita nak tuju. Then apps tu akan tunjuk jumlah harga tiket dan masa perjalanan kita ke sana. Untuk apps 'WeChat' lebih kurang macam Whatssap lah kalau kat China ni. So in case kalau ambil package tour ke Great Wall, senang nak berkomunikasi dengan orang yang bawa tour tu sebab dia mesti akan minta nombor wechat kita.  Apps 'Learn Chinese' dan 'Hello Chinese' tu sekadar kalau korang nak belajar basic Mandarin. Lagi satu app yang penting korang kena download ialah 'Google translate' yang sekali ada dengan voice translate. Apps ni memang amat membantu kita di China. Untuk pengetahuan korang, kat China ni dorang sekat penggunaan Google, Whatssap, facebook, instagram, youtube dan lain-lain. So kita perlu download sekali VPN untuk gunakan apps yg China block tu.

 
Contoh app 'VPN'

Berbalik kepada trip kitorg ke Beijing, waktu departure Airasia dari KLIA2 pada pukul 6.50pm. Perjalanan mengambil masa selama 6jam KL - Beijing. So, sampai Beijing pukul 1.15am on the next day.  Foods kitorg dah add on masa book flight so settle tak payah fikir untuk dinner. Harga food AirAsia kalau dulu RM10, sekarang dah naik RM15. Tapi kitorg beli masa ada diskaun 10%, so dapatlah harga RM13.50 sorang.

1st day
Tepat jam 1.15am kitorg selamat landing di Beijing Airport, Terminal 2. Waktu Beijing dan Malaysia sama, so tak payah adjust jam. Proses imigresen agak laju sebab hanya flight kitorg je tiba masa tu. Sebelum check imigresen kena isi borang arrival yg disediakan. Then borang tu imigresen akan ambil masa cop passport kita. Macam biasa kalau ke China dorg akan scan sepuluh jari kita. So just follow apa yang mesin tu cakap. Kalau dari Malaysia, mesin tu cakap bahasa Indonesia. So mudah nak faham.

Beijing Airport

Lepas dah settle check imigresen, kitorg ambil luggage dan nak cari van transfer kitorg ke Li Hao Hotel. Van transfer ni free of charge je and kitorg dah request dalam agoda.com sekali dgn arrival time dalam pukul 1-2am. Masa keluar je dari arrival area kt airport, ramai org taxi serbu tanya nak ke mana dan offer naik taxi dorg. Kitorg just tunjuk nama hotel kitorg dan cakap org hotel akan ambil. Org taxi mulalah cakap time ni bas/van transfer dah tak ada. Kitorg just ignore and tanya kat info kaunter kat mana nak tunggu untuk van transfer ke hotel kitorg. Staff tu cakap kena pergi ke pintu 3. So kitorg keluar dan pergi ke pintu 3. Alhamdulillah jumpa van yg tertulis nama Li Hao Hotel. Masa tu driver tengah tidur. So kitorg ketuk pintu dan tunjuk kertas booking yg kitorg dah print, driver tu pn bukakkan pintu. Lepas kitorg naik van tu terus gerak ke hotel. Jarak hotel tak jauh pun dalam 10minit je dari airport.

Proses check in laju. Dalam pukul 2.30am kitorg dapat masuk bilik di tingkat 2. Bilik ok dan selesa, sama macam dalam gambar kat agoda.com. Kitorg book 2 bilik. Satu bilik untuk parents. Satu bilik untuk kitorg berempat dengan 2 katil single, 1 katil king. Hotel ni kitorg book 1 malam je untuk tidur sementara tunggu matahari muncul. Esok kitorg akan ke hotel lain pulak kt area Beijing city yang tak jauh dari subway dan masjid. Aktiviti malam ni tidur dan berehat je sampai pukul 10am. Kalau korg jenis yang tak kisah, boleh je tidur kat airport tunggu subway buka pukul 6am, boleh jimat untuk hotel 1 malam. Rasenye ramai je yg buat mcm ni sbb dalam 5 jam je kene tunggu subway tu start beroperasi.

Pagi tu kitorg bangun pukul 10am sebab next hotel boleh check-in pukul 12pm so boleh stay lame sikit kt sini, siap2 dan breakfast. Masukkan sekali simkard yang kitorg dah beli dalam phone masing-masing. Simkard ni kitorg beli yang 1GB data internet untuk 7 hari dari Lazada before fly ke China. Beli sorang satu simkard sebab masa tu ada promo dapat RM15 satu simkard.  Advantage nya simkard yang kitorg beli ni ialah dia dah ada sekali dengan VPN. So automatic kitorg boleh akses google, whatssap semua. 1GB internet tu lebih pada cukup kalau untuk 7 hari tu korang guna untuk whatssap, google, map, post gambar kat instagram dan lain-lain. Tapi kalau korg jenis yang tak boleh kalau tak tengok instagram orang lain and peminat youtube, korang kena beli lebih dari 1GB. Untuk simcard ni korang boleh cari je kat lazada, banyak pilihan. 

Dalam pukul 10.45am kitorg checkout dan tunggu van pukul 11am untuk ke airport semula sebab nak naik subway dari situ. Salah satu sebab kitorg pilih hotel ni sebab dia bagi free airport shuttle. So tak kisahlah berapa kali pun korg nak ulang alik airport-hotel just FOC. Masa dia setiap satu jam. Kalau dah terlepas pukul 11am, korg kena tunggu for next trip pukul 12pm. Untuk naik Airport Express train ni, korg boleh turun sama ada di terminal 2 atau 3, dua2 boleh naik train.

Airport express di Terminal 2. Ingat simbol macam D tu maksudnya station subway.

Kalau terminal 1 korg kena jalan jauh sikit untuk ke subway ni. Harga untuk Airport express train ni 25yuan. Kitorg beli tiket kat self service machine sebab mudah boleh pilih bahasa English. Kat China ni setiap kali nak naik train memang kena scan bag dan badan untuk keselamatan. Then baru boleh masuk touch kad macam biasa. Perjalanan kitorg dari Terminal 2 dan akan stop kat last station iaitu Dongzhimen station.

Keadaan dalam Airport express train.

After that kena tukar train ke line 2 pulak. Sebelum tu kena beli tiket yang baru di mesin untuk ke Dongsi station sebab harga tiket 25 yuan tu hanya untuk Airport express train. Macam ERL lah kiranya. Untuk pembelian tiket subway, konsep dia sama macam LRT kat Malaysia ni. Kita pilih ke line berapa kita nak pergi dan select location, then kita perlu bayar total kos. Macam kitorg nak ke line 6, Dongsi station. Total kos 4yuan seorang.




Keadaan dalam subway ke Dongsi station pula.

Masa kitorg sampai dalam subway ni orang tak terlalu ramai sebab bukan peak hour. Dalam 13 minit kitorg sampai ke Dongsi station. Untuk ke Spring Time Hostel ada 2 pilihan sama ada keluar ikut exit D atau G. Kedua-dua exit ni paling dekat dengan Spring Time Hostel. Keluar je dari exit ni, korg kena toleh ke belakang sebab hotel ni terletak betul2 belakang exit D dan G. Signbord hotel ni 100% in chinese so korg kena ingat rupa hotel ni macam mana dalam website dia. Jalan 2 minit je dah sampai hotel. Untuk hotel ni kitorg book 3 bilik, 2 org sebilik. 2 bilik yang kitorg dapat besar dan ada view nampak bumbung masjid. Satu lagi bilik kecik dan tak ada tingkap. Kitorg sampai dalam pukul 11.40am. Waktu check in pukul 12pm tapi 2 bilik dah ready utk masuk. Satu lagi bilik kena tunggu tepat pukul 12pm sebab dorg masih mengemas bilik tu, tapi tak lame pn tunggu so ok je.


View dari bilik, atap besar lebar tu Masjid

Lepas dah letak beg dalam bilik, pergi toilet dan solat, kitorg keluar balik untuk lunch. Agak susah jugak nak cari makanan halal area ni walaupun masjid terletak bersebelahan hostel kitorg. Yang paling dekat pun Restoran Shabu-Shabu halal, makanan ala-ala steamboat. Harga memang agak mahal tapi dah restoran ni je paling dekat yg kitorg jumpa. Perut semua pun dah lapar so makan dulu before kitorg teruskan perjalanan ke Summer Palace.



Kedai makan shabu-shabu Halal


Soup dia agak tawar tapi rasa healthy

Plan asal nak ke Forbidden city yg terletak berhampiran je dengan hostel kitorg. Hanya perlu tunggu 2 stops dan tak perlu tukar line. Tapi setiap isnin Forbidden city tutup. So kitorg tukar plan ke Summer Palace yg terletak agak jauh dari hostel kitorg. Dari Dongsi subway kena tukar line 4 ke Beigongmen station.

Kena tukar line dan tunggu 13 stops

Perjalanan dalam train mengambil masa lebih kurang 42 minit. Then lepas dah sampai Beigongmen station kena keluar ikut exit D. Dari subway kitorg buka google map kena berjalan lebih kurang 18 minit ke North entrance gate of Summer Palace. For your info, Summer Palace ni ada tiga pintu masuk utama iaitu East Gate, North Gate dan South Gate. North Gate ni paling dekat dengan subway station, so kitorg pilih untuk masuk dari north gate.

Map jalan kaki ke North Gate of Summer Palace dari subway. Masa research ni before pergi hari tu 8 minit je jalan. Kat sana ikut Google map jadi 18 minit jalan.



Otw ke Summer Palace

On the way ke situ kitorg nampak ada kedai halal tepi jalan. So ktrg tros sepakat nak dinner nanti kat situ. Sampai je Summer Palace kitorg beli tiket masuk yg berharga 20 yuan. Masa kitorg masuk ke Summer Palace ramai juga yg nak keluar sebab kitorg sampai agak lewat petang dalam pukul 3pm. Kaunter tiket tutup pukul 5pm. Waktu terakhir keluar dari Summer Palace pula pada pukul 7pm.


Entrance ticket Summer Palace.

Untuk pengetahuan korang, Summer Palace ni merupakan Royal garden yang terbesar di Beijing. Sebab tu lah kawasan dia sangat luas dan kitorg pun tak sempat nak cover semua area. So kitorg round2 dalam palace setakat yang mampu dan snap gambar.


Ginkgo tree dah habis luruh

Rumah merah depan tu tempat beli tiket masuk. Mula-mula tu agak keliru sikit sebab tak nampak macam kaunter jual tiket.




Atas tu istana dia. Kitorg tak naik pun. Tengok dari jauh je.




Activity area summer palace

Jalan-jalan tengok view.

Pokok2 kat sini


Sunset.

Magrib kat sini masa kitorg pergi tu pukul 5pm. So pukul 5pm jugak lah kitorg keluar dari kawasan Summer Palace tu sebab hari pun dah mula gelap, dah tak nampak view sangat. Otw ke subway kitorg singgah dulu kedai halal yg kitorg nampak tadi untuk dinner di situ. Harga agak berpatutan dan satu hidangan boleh kongsi 2 org sebab portion makanan dia besar.


Portion besar and sedap

Disebabkan harga dan rasa foods kat situ ok, kitorg pun tapao/bungkus untuk breakfast esok di great wall sbb risau tak jumpa kedai breakfast Halal esok. Lepas dah kenyang makan, kitorg pun balik ke hostel naik subway. Dalam pukul 7pm sampai hostel solat jama takhir dulu. Parents ktrg rehat dulu tapi kitorg berempat keluar balik untuk beli tiket train ke Xi'an untuk hari ketiga nanti di Beijing Railway station. Korang boleh beli tiket train perjalanan jauh ni sama ada di Beijing Railway station, West Beijing Railway station atau South Beijing Railway station. Kena alert yang ketiga-tiga railway station ni terletak di tempat yang berlainan dan pastikan korang baca betul-betul train korang akan berlepas dari railway station yang mana. Sebab banyak kes foreigner pergi ke Beijing Railway station sebab ingat tu lah satu-satunya tempat untuk naik train yang jauh perjalanan tu. Bila officer tu check ticket and bagitau yang kena pergi West Beijing RS, baru dorang tahu. Dahlah nak tuju dari Beijing Railway station ke West Beijing Railway station tu kena tukar line subway dan kedudukannya jauh2. Other option, boleh jugak beli ticket online melalui agent tapi ade additional fees.


Utk beli ticket, bukan kat sini. Ni tempat nak naik train utk yg dah ada ticket

Macam kitorg beli tiket kat Beijing Railway station je sebab paling dekat ngan hostel. Tapi on the day nak ke Xi'an nanti ktrg kena naik dari West Beijing Railway station. Untuk ke Beijing Railway station, kitorg kena tukar line 2 dari Dongsi station, then tunggu 2 stops je sampai. Pastikan korg bawa semua passport dan siap2 tulis details train yg korang nak naik dalam bahasa China dan English supaya senang. Buat sekali option kedua dan ketiga in case tiket yg korg nak tu dah habis. Boleh gak refer entry ktrg yg lepas, ktrg ade tulis detail cara2 nak beli ticket long distance train China.

Bangunan beli tiket hujung lagi lepas KFC tu. So keluar je dari subway korang akan nampak bangunan tertulis Beijing Railway station. Jangan masuk bangunan tu. Just jalan ke kanan straight sampai jumpa bangunan tertulis Ticket Office.

Keluar je dari subway terus menuju ke bangunan yg tertulis ticket office. Dia memang satu bangunan tu khas untuk kaunter beli tiket train sahaje. Tapi macam biasa nak masuk bangunan tu kena scan bag dan badan. Dah masuk dalam bangunan tu, kitorg tercari-cari jugak kaunter yg boleh berbahasa English sebab ada baca kat blog org lain selalunya kaunter no. 15/16 tahu English. Sampai kat situ kaunter no. 15/16 tutup pulak. Advantage datang beli tiket ramai2 ni ialah mungkin salah sorang dari group korg akan nampak detail yg org lain terlepas pandang. Salah sorg dari kitorg nampak kat atas kaunter bahagian tulisan bergerak berwarna merah tu yg kaunter English no.13. So kitorg pun terus ke kaunter tu. Beratur tak lama sebab tak ramai org. Mungkin sebab time kitorg pergi tu dah lewat malam dalam pukul 9pm. Bila dah tiba giliran kitorg, just tunjuk kertas yang siap tertulis details train yg kitorg nak and hulur passport.

Contoh.

Contoh untuk bullet train dari Xi'an ke Huashan. Just print macam ni and tunjuk kat orang kaunter. Senang.

Waktu kitorg beli tu agak ambil masa sebab beli tiket untuk 6 org and beli sekali bullet train tiket return ke Huashan. Staff tu kena key in satu2 nama dalam system dengan nama kita rakyat malaysia ni yg panjang dengan bin/binti nya. Org belakang dah mula mengeluh tapi nak buat macam mana kitorg beli untuk 6 org, dan ade byk destination. Alhamdulillah dapat amoi muda jaga tiket yang ok dan tak marah2. Dah selesai semua kitorg keluar and check balik details kat tiket tu pastikan betul. Dah settle kitorg balik naik subway tapi kali ni kena naik jejantas ke seberang jalan untuk entrance ke subway ni. 


Seberang jalan dari Beijing Railway Station utk naik subway balik hostel


Sampai hotel kitorg pun tidur sebab esok kena bangun awal untuk ke Mutianyu Great Wall. Next post untuk 2nd day kitorg akan cerita pengalaman kitorg ke Mutianyu Great Wall dan Beijing National Stadium.

Korang boleh tengok video kitorg sepanjang trip 3 hari di Beijing ni kat Youtube kitorg bawah ni. Jangan lupa untuk like, comment, dan subscribe. Thank you!



No comments:

Post a Comment