Friday, 26 August 2022

Haji 2022

Selepas 2 tahun dunia diserang covid-19 yg menyebabkan hampir semua orang tak dapat nak travel ke luar negara, Alhamdulillah salah seorang dari ktrg terpilih menjadi tetamu Allah utk mengerjakan haji tahun 2022. Kalau ikutkan giliran, sepatutnya tahun 2020 tapi ditangguhkan sampai ke tahun 2022. Dan kerajaan Saudi kurangkan kuota haji tahun ni kepada 1 juta je utk worldwide dan utk Malaysia dalam 14 ribu jemaah je, lebih dari separuh dikurangkan dari normal kuota. So ktrg nak share pengalaman menunaikan haji pasca-covid dalam post kali ni.

Preparation/ Persediaan Haji:
Bende first yg kite kene prepare utk tunaikan haji ialah melengkapkan diri dgn ilmu haji - rukun haji, syarat wajib haji, larangan ihram semua. Yg ni ktrg attend je kursus asas haji yg dianjurkan Tabung Haji or boleh je nak join mana2 masjid yg ade organize kursus haji or nak lagi senang boleh tgk video kt Youtube. Utk tahun 2022 ni, Tabung Haji buat kursus asas n taklimat semua secara virtual je. Kursus Perdana Haji pun ada tapi kalau tahun2 sebelum ni drg buat 2 hari, utk tahun ni drg buat 1 hari je. Dalam Kursus Perdana Haji tahun ni drg dah tak repeat benda2 asas, terus direct je buat praktikal tawaf, saie dan melontar jamrah sambil memakai ihram.

Dari segi dokumen pulak, jemaah tahun ni majoritinya diberi masa 2 minggu je untuk settlekan documents haji. Mcm ktrg dpt email dr Tabung Haji seminggu sebelum Raya Puasa. Kene submit document semua masa minggu Raya tu, memang byk tempat tutup cuti raya and ktrg pn kt kampung time due date tu so mmg rushing nak settlekan semua sebelum Raya. Antara document yg ktrg kene submit:
1. Result kesihatan - tahun ni strict sikit tak boleh ade sakit kronik and BMI tak boleh obese. Boleh pilih nak buat checkup kat klinik kerajaan atau swasta. Macam klinik kerajaan, boleh buat Isnin-Jumaat and ade yg belah pagi je boleh buat. Timing kt klinik kerajaan ni limited sikit so ktrg pilih buat kt klinik swasta. Klinik swasta pun kene survey2 mane yg offer murah dan boleh dpt result cepat. Ktrg pilih kat Klinik Iltizam kt Ampang Waterfront sebab result boleh dapat pada hari yg sama sbb ktrg rushing kan nak submit. Selagi tak submit result kesihatan, offer haji tu kira belum official lagi. Tabung Haji akan bagi buku rekod kesihatan dan nak dapatkan buku tu je bukan main lame lagi kene beratur sebab tak ade kaunter khas utk dapatkan buku ni, so kita diuji utk bersabar dari sini lg.
2. Sijil nikah yg disahkan penolong pendaftar nikah - yg ni utk golongan wanita bawah 44 tahun sebab kerajaan Arab Saudi yg tetapkan macamtu dan drg tak terima kalau pegawai kerajaan lain yg sahkan. Drg nak penolong jurunikah jugak yg cop. Kalau yg belum berkahwin, kene sahkan dokumen2 utk tunjuk relationship dgn mahram macam sijil lahir etc utk ayah, abang or adik lelaki.
3. 2 keping gambar - utk visa haji, kene amik gambar kt kedai yg berhampiran or kalau boleh print sendiri kat rumah pun boleh. Background gambar kene warne putih and size gambar 4cm x 6cm. Yg ni kejap je n cepat je so takde masalah sgt. 
4. Passport - yg ni wajib sebab kite nak ke luar negara kan so passport yg belum expired kene ada. Mcm utk musim Haji tahun ni, passport kene valid sekurang2nya 7 bulan dari tarikh submission. Kalau tak cukup tempoh 7 bulan, kene renew passport. Yg bestnye sbb ada discount 50% utk jemaah haji yg nak renew passport n fast lane diberikan pd jemaah haji kt Jabatan Imegresen Malaysia. Nanti kena serahkan kat Tabung Haji utk process visa. So Tabung Haji akan simpankan passport kita sampai hari berlepas nanti. 
5. Covid-19 test - since tahun ni merupakan 1st time Saudi bukak haji kt negara2 lain, Saudi mewajibkan jemaah yg nak masuk Saudi mestilah -ve covid. Test kena buat 48 jam sebelum berlepas. Mase nak check in nanti, Tabung Haji and imegresen akan check result kita. So memang kena jaga diri seminggu sebelum berlepas tu, sebabnye kalau +ve, kite x boleh fly and bergantung pada kekosongan kalau kita nak pergi ikut batch yg kemudian. Test pulak kena buat PCR, boleh pilih nak buat kt klinik kerajaan atau swasta. Kalau klinik kerajaan, macam biasa time dia time hari kerja je. Kat swasta pn bukan murah, tapi lepas survey2, ktrg pilih buat dekat Klinik Pertama kat Wangsa Maju. Time ktrg buat June 2022, harge PCR test kt klinik ni RM120. Kalau yg nak result cepat pn boleh tapi mahal sikit. Ktrg buat time lunch hour, malam tu dah dapat result dah walaupun ktrg tak bayar extra.

Next item yang kene prepare ialah pakaian. Macam ktrg dapat in total 45 hari kt tanah suci. Kuantiti berapa helai baju nak bawak tu subjective, bergantung korang jenis suka basuh baju tiap2 hari ke tak dan adekah ade plan nak shopping baju kt tanah suci. Macam ktrg, niat asal takde nak beli sgt pn baju kt sane. Nak beli pun maybe sehelai dua je. So, ktrg bawak baju2 dari malaysia je. List utk keperluan wanita yg basic ialah:
1. Jubah - 4 helai (kena ada at least 1 jubah putih sbb sunat baju putih masa di Arafah)
2. Telekung - 3 helai
3. Shawl/tudung - 4 helai (nak bawak lg sikit pn xpe kalau nak pakai dgn telekung)
4. Baju tidur - 2 atau 3 helai
5. Tuala - 2 helai (ktrg bawak sehelai je tp kat sane beli lg sehelai sbb nak basuh yg satu tu. Boleh je nak bawak sehelai just kena adjust timing bila nak basuh towel tu nnt).
6. Pakaian dalam - ni terpulang pd korang tp ktrg bawak yg jenis disposable pakai buang sbb mcm lebih mudah.
7. Pad dan panty liner - memang kena bwk dr malaysia ye sbb harge kt Saudi agak mahal so lg berbaloi bwk siap2. Check cycle period masing2.
8. Stokin, hand socks, serkup - 5 helai serkup tu 3 helai je ktrg bwk. Boleh consider kalau nak bawak serkup jenis berdagu kalau tudung korang jenis tak berdagu.
9. Selipar/kasut - ikut keselesaan masing2. Ktrg bawak 1 selipar dan 1 sandal je. Yg nak bawa sport/walking shoes pn boleh tp ktrg tak bwk sbb selipar n sandal tu ktrg pilih jenis yg selesa utk jalan jauh.

Utk lelaki pulak, keperluan asas yg kena dibawa:
1. Kain ihram dan tali pinggang ihram - sejujurnye sehelai dah memadai sebab lg sehelai boleh beli kt tanah suci je. Lagi2 sebab kain ihram ni amik space byk kt luggage n since harge kain ihram kt sana pun lebih kurang kt sini je, so mcm lg senang kalau beli kt sana.
2. Baju harian - kurta atau jubah boleh bawak 4 ke 5 helai
3. Seluar harian - 3 helai
4. Tshirt utk pakai kt bilik - 3 helai
5. Underwear - 5 helai
6. Kopiah - 2 pun ok sbb kalau tak cukup boleh beli di tanah suci, murah2 je.
7. Seluar utk pakai kt bilik/kain pelikat - 2 helai
8. Selipar/kasut - seeloknya beli yg jenis nampak semua jari kaki sbb boleh pakai masa dalam ihram.

Barang2 keperluan lain tak kira jantina:
1. Ubat-ubatan - klinik tabung haji ada di tanah suci tp standby je bawak panadol actifast, selseme, ubat sakit tekak, ubat gamat, minyak urut, plaster.
2. Sun block - sangat penting ye sebab cuaca di tanah suci memang panas. Boleh guna mana2 product yg biasa gune utk muka dan badan. 
3. Lip balm - penting juga sbb cuaca kering di tanah suci.
4. Toiletries - sabun (disarankan bawa yg jenis shower gel utk lembapkan kulit), shampoo, pencuci muka, berus gigi, ubat gigi, shaver. Penginapan kt mekah takde disediakan apa2 so mmg semua kena bawak sendiri. Kalau nak beli kt sana mahal so better bawak siap2.
5. Gunting kecil, ketip kuku - Tapi kalau lupa bawa, kt tanah suci ada jual. Harga lebih kurang.
6. Bag plastik, getah, sudu plastik - bag plastik utk kegunaan mcm nak letak baju2 basah ke atau nak buat tong sampah sementara (sangkat berguna kt Arafah, Muzdalifah n Mina). Getah boleh ikat makanan yg tak habis. Sudu plastik pun berguna utk nak makan2 ke minum2.
7. Makanan - utk yg hanya makan makanan melayu, boleh la bawa sambal2 yg sesuai. Mcm ktrg tak beli apa2 utk dibawa tp family bagi sambal ikan bilis kering 2 bekas. Kicap botol kecik pn ktrg bawak tp tak guna langsung kt sana. Yg ktrg nak sarankan bawa hanyalah sos cili packet kecik2 tu sbb kedai kt sana guna sos tomato je. Macam biskut2 roti semua byk kt sana harga pn tak mahal. Megi/indomee ada dijual kt sana jugak. Air 3in1 nak bawak pn boleh.
8. Iron - kalau jenis yg sukakan kekemasan tudung nak on point, boleh la bawak iron sbb penginapan kt sana mmg tak provide. Lagipun boleh jadi takde sorang pn roommate korang bawak iron so elok bawak sendiri.
9. Mini fan/kipas - sangat berguna di Arafah, Muzdalifah n Mina or masa jalan2 di tanah suci. Kat Saudi pun ade jual tapi harga agak mahal sikit. Boleh consider beli yg rechargable. 
10. Peralatan basuh baju - walaupun kedai dobi memang ada di tanah suci, tapi drg taknak terima bende2 kecik macam stokin, serkup n pakaian dalam. So nak taknak memang kena ada sabun pencuci (seeloknya serbuk), berus dan baldi (boleh cari yg portable boleh lipat2). Berus n baldi ada dijual n harga tak mahal sgt tapi serbuk pencuci kt sana kurang wangi sikit. So mcm lagi best kalau bawak dr Malaysia. 
11. Penyangkut baju & penyepit baju - boleh bawa dalam 5 - 10 hanger dan beberapa penyepit baju. Penginapan takde hanger. Berguna juga utk guna utk jemur kain kat ampaian rooftop. Rooftop berangin so better kalau ada penyepit baju sekali.
12. Tissue dan wet tissue - walaupun macam tak penting sangat tapi sebenarnye agak penting. Banyak kegunaan macam mase makan, nak lap ape2 kt bilik, lap muke berminyak kt Arafah, Muzdalifah n Mina, etc.
13. Payung lipat - yang ni sangat penting sebab landing2 je, mmg terus nak guna payung. Sebab kat Malaysia boleh dapat serendah RM10 so better bawak siap2. Letak dalam beg besar ye, tak boleh bawak dalam hand carry. Tapi nanti kt Arafah or Mina ada orang2 akan sedekah payung so ade spare kalau payung dari Malaysia dah rosak.
14. Phone charger, converter, power extension n power bank - alat2 untuk charge alatan elektronik. Power Bank pun sangat penting lagi2 kat Arafah, Muzdalifah n Mina nanti.

Kebiasannya Tabung Haji (ni utk muasassah 2022, package pun maybe same je) akan sediakan dan edarkan barang2 ni utk jemaah haji, so tak perlu beli:
1. Botol spray wuduk
2. Tikar
3. Beg/ uncang kasut
4. Buku panduan haji, buku zikir
5. Sejadah nipis yg jenis utk travel
6. Berus gigi dan ubat gigi
7. Beg tarik 5kg (utk hand carry)

List barang yang diberi Tabung Haji ni maybe berbeza ikut tahun. So nanti check dulu dengan Tabung Haji. Lepastu jangan bawak byk sgt barang sebab max berat beg luggage dalam 30kg seorang. So pandai2 adjust mana yg nak bawak dari Malaysia mana yg nk beli di tanah suci.

Hari Perlepasan (KLIA):
Tahun 2022, jemaah haji zone central diarahkan untuk berkumpul kat Movenpick Hotel, Sepang. Disebabkan government still tak benarkan berkumpul beramai2, so waris hanya boleh dropkan jemaah haji kt lobby Movenpick Hotel je. Hotel ni nanti jadi tempat berkumpul je, bukan disediakan bilik penginapan dalam hotel pun. So sebab arrangement Tabung Haji tak benarkan waris tunggu kt sana, family ktrg pun dah sepakat utk beramai2 stay 1 malam kat Movenpick as normal guest. Alhamdulillah ktrg book awal, sebab lepastu mencanak2 naik harga hotel sbb ramai org buat benda yg sama kot. 

Jadual penerbangan ktrg hari Ahad so Sabtu ptg tu ktrg dah check-in dan boleh la dinner last beramai2. Ktrg tak diberitahu boarding time, Tabung Haji suruh daftar pukul 6.30am so pagi2 macam tu mmg sangat sesuai kalau get reasy dari bilik hotel je. Ktrg 1st time menginap kat Movenpick ni sebenarnya. Bilik dia luas n semua lengkap dalam tu.





Area luar Hotel ni best ade fountain n ikan Koi. Rase tenang je duduk dengar bunyi air kat sini.


Pagi2 ahad tu, bangun awal utk last packing sebelum tutup luggage. Siap solat subuh n alas perut sikit beli roti malam tadi, ktrg turun ke dewan tempat daftar masuk tepat pukul 6.30am. Ktrg ingatkan jemaah haji je yg ade, rupe2nya ramai jugak family members yg lain pun berkumpul. Meriah lah juga n staff Tabung Haji tak halau pun.

Mula2 ktrg beratur untuk dapatkan boarding pass skali dgn dapat balik passport kita dan hantar luggage. Timbang bag time tu dan tak boleh lebih 30kg. Dah settle, pergi kaunter lagi satu untuk amik sling bag, gelang tangan besi utk pengenalan diri dan name tag.




Dah settle semua, ktrg still lepak2 lagi dgn family kt area luar dewan tu sebab ramai lagi jemaah kt luar ni. Dalam pukul 7.30am macam tu, Tabung Haji panggil semua masuk dalam sebab ade penerangan. So kat sinilah berpisah dengan family. Salam2 semua, masuk ke dalam. Tabung Haji ada sediakan breakfast, ktrg dapat nasi goreng n air mineral.



Sesi penerangan tu pasal tazkirah and banyak reminder adab ketika berada di tanah suci nanti. Lepastu bacaan doa dan azan. Then ktrg semua dipanggil utk naik bus. Time keluar tu beratur tertib je semua orang ikut barisan tempat duduk dalam dewan. Bus bertolak dalam pukul 10am. Ade police yg escort bas jemaah haji so jalan memang lancar nak ke airport. 





Bus turunkan jemaah haji terus kat terminal kapal terbang. Ktrg dapat Saudi Air and sampai2 tu plane pun dah ade dah. Duduk2 dalam sejam je tak lame sgt pun lepastu pukul 12pm dah boleh masuk dalam plane. Rase dah lame betul tak naik flight. Dalam flight dapat selimut, bantal kecik n earphone. Normal stuff. Tak lama lepastu flight berlepas. Total journey 8 jam ke Madinah.








Alhamdulillah ktrg selamat mendarat di Madinah tepat pada masanya. Sampai2 kat imegresen, bende 1st drg check ialah result covid-19 test. Lepas yg tu, baru check passport normal process. Settle semua, ktrg tak payah tunggu bag luggage sebab Tabung Haji akan bawakkan direct ke hotel. So ktrg terus je naik bas. Perjalanan dari airport ke Movenpick Hotel, Madinah amik mase dalam 30 minit je. Nombor bilik hotel dah ade tulis kat tag nama kita, so boleh terus menuju ke bilik masing2. Dapat bilik 4 sebilik. Letak bag dalam hand carry dalam bilik, lepastu terus ke masjid nak solat Maghrib n Isyak. Lokasi hotel sangat dekat dengan pintu masuk masjid Nabawi, Alhamdulillah. Orang pun tak ramai time ni. Nampak orang Indon, India/Pakistan n Arab je time dalam masjid. Selesai solat, ktrg balik ke hotel. Dinner ade disediakan kt dining hall. Dah makan, baru ktrg cari luggage ktrg lepastu settle down berkenal2an dgn rommate dan tidur.




Sambungan seterusnya di next entry.

Saturday, 13 March 2021

Lantai bilik air bocor? Guna kaedah Epoxy Flake Coating.


Atas ni merupakan gambar lantai bilik air kitorg tingkat atas. Jangan ingat kitorg tak cuci. Dah sental pun daki hitam tu tak mahu hilang. Yang warna putih-putih macam kapur tu kitorg letak sendiri tile filler untuk isi gap antara tile sebab tingkat bawah air dah mula bocor, tapi tak lah teruk lagi. Letak tak sampai sebulan tile filler dah mula tertanggal. Lepastu takkan lah nak tunggu tingkat bawah banjir baru nak fikir solution. Kitorg mula-mula ingat nak kena tukar tile, tapi kos mahal. Google punya google, kitorg terjumpa pasal kaedah Epoxy Flake Coating. Boleh tutup kebocoran toilet, mencantikkan tile lama, dan tahan lama. Mula-mula ingat nak buat sendiri sebab nampak senang, tapi bila difikirkan balik kitorg ni bukannya ada kepakaran. Lagipun bilik air ni nak guna lama. So kitorg decide untuk upah orang untuk pasang Epoxy flake ni. Harga memang berganda mahal dari kalau kita buat sendiri, tapi dorang ada alat dan dah biasa buat. Dan yang lagi penting berganda murah jugak dari ganti tile lain. 

Korang boleh ke laman web ni untuk senarai servis dan harga https://www.crocon.com.my/
Kitorg pilih yang 4 layer, 1 warna. Kalau bilik air korang tak bocor atau di tingkat bawah sahaja, bolehlah ambil yang 3 layer. 4 layer untuk bilik air yang ada masalah bocor sebab layer untuk waterproofing nya lebih banyak. Bawah ni antara pilihan warna yang boleh dipilih.


Kitorg pilih warna coklat cair (CFS12) sebab lebih kurang macam colour asal tile kitorg. Hasilnya boleh tengok kat gambar bawah.

 


Jangan risau sebab sekejap je proses coating nya tak sampai sehari. Macam kitorg, start pukul 12.30 tghr, siap pukul 4.30 petang. Dalam 4 jam je. Dan yang buat kerja ni pun seorang je. Yang bagusnya kita upah orang yang dah mahir ni sebab kerja jadi cepat sebab dorang dah biasa pasang, dan dorang ada alat-alat yang kita tak ada macam "Angle grinder" untuk kasarkan permukaan lantai agar epoxy mudah menyerap kedalam lantai, dan tahan lebih lama. Kita tak perlu keringkan betul-betul bilik air pun tak apa sebab dorang akan buatkan dari A hingga Z. Tapi off course lah perlu cuci toilet tu sendiri dan kosongkan barang-barang atas lantai supaya dorang senang nak buat kerja. Sabun, berus gigi, toiletries semua korang boleh bawa keluar sebab bilik air korang akan berdebu sikit lepas siap sebab dorang akan 'grind' kan lantai korang.

Lepas dah siap, tunggu 24 jam bagi lantai kering baru boleh pakai bilik air. Yang bestnya epoxy flake coating ni ialah lantai tak mudah nampak kotor dan tak licin. Masalah lantai bocor pun hilang. Dan dorang siap bagi 3 tahun warranty. Kalau ada lagi masalah bocor boleh panggil dorang dalam masa warranty ni. Mula-mula pijak lantai ni rasa berbatu-batu sikit. Kalau korg nak pakai selipar tandas pun boleh untuk elakkan rasa tak selesa. Tapi lepas sebulan tu lantai dah rasa ok.

* post ini ditulis 2 bulan selepas pemasangan epoxy flake

Wednesday, 20 January 2021

Pengalaman bermain 'The Void' di Genting Highland.


Pada akhir bulan Disember 2020, kitorg berpeluang untuk merasai pengalaman bermain Virtual Reality(VR) iaitu "The Void" di Genting Highland. Kitorang menginap di The First World Hotel, free of charge memandangkan salah seorang daripada kitorang mendapat voucher untuk free stay 1 night di hotel tersebut. Voucher tersebut hanya boleh digunakan pada hari weekday sahaja, jadi kitorg decided pergi ke Genting pada hari Selasa memandangkan kitorg ada dan boleh habiskan cuti yang masih berbaki pada tahun 2020. Kitorg parking di dalam bangunan First World Hotel tu. Rate untuk parking seperti dibawah.


Untuk pengetahuan korang, waktu check-in untuk The First World Hotel adalah pada pukul 3petang. Tapi kalau korang nak check-in awal pun boleh, cuma kena bayar extra charge untuk setiap jam. Nak check-in senang je, gunakan self check-in kiosk yang disediakan. Jangan risau sebab ada staff yang akan assist kita cara menggunakan kiosk tersebut. Lagi satu korang boleh check-in menggunakan app yang perlu didownload dalam handphone korang. Jadi nanti korang nak masuk bilik guna bluetooth dari handphone korang je. Check-out pula pada pukul 11pagi. Cara nak check-out lagi mudah. Just masukkan kad bilik dalam mesin check-out yang disediakan tanpa perlu tekan apa-apa butang. 

Ade sticker ni kat pintu. Confident sikit nak masuk.

Memandangkan kitorg dapat free bilik, so bilik yang kitorang dapat pun tak ada view. Baru je berangan kalau dapat view yang cantik bolehlah kitorg lepak bilik je sambil menjamu selera memandangkan sekarang musim Covid, nak elak dari keluar jumpa orang. 

View yang diimpikan.

Bila kitorang bertiga ni dapat bilik tak ada view, rasa terkurung pula kalau duduk dalam bilik je. Dahlah biliknya guna lampu warna merah, muram je nampak. Nak buka langsir pun tak nampak cahaya matahari sebab menghadap tingkap bilik bertentangan. So disarankan kalau korang nak menginap di The First World Hotel ni pilihlah yang ada view. Memang kena bayar extra untuk view tu, tapi lebih berbaloi dari tak ada view. 

Daripada terkurung dalam bilik, kitorang terbuka hati untuk beraktiviti dengan bermain "The Void', itupun kalau orang tak ramai. 

The Void yang dibuka pada Disember 2018 di Genting Highland. 
-Sumber gambar: TheStar

Apa yang special nya The Void di Genting ni adalah ia merupakan the first immersive VR experience in Asia. Kalau VR yang biasa kita tengok orang tu pasang VR device kat mata dan headphone di telinga, duduk setempat je. Tapi untuk The Void ni, kita dapat merasa seolah-olah kita berada di dalam permainan tersebut, dan dapat merasa haba atau effect terkena tembakan. Kita juga tidak akan duduk di satu tempat je, kita boleh berjalan-jalan dari satu bilik ke bilik yang lain. Senang cerita kita akan dapat merasa bukan 3D, tapi 5D effect.

Kitorang expect cuti sekolah dan akhir bulan disember ni ramai lah orang di Skytropolis indoor Theme Park Genting ni, tapi apa yang kitorang jangkakan tak betul. Alhamdulillah tak ramai orang. 


Kitorg siap boleh main kapal tergantung yang pusing keliling theme park ni, sebab boleh tengok view dari atas. Tak perlu beratur. Untuk setiap permainan harga dia RM10. Nak naik roller coaster tapi tak beroperasi pulak time ni.



Bolehlah kitorang jalan-jalan sambil menjarakkan diri dengan orang lain. Tahun-tahun sebelum ni, kitorg pernah tengok "The Void" ni dari luar, ramai juga orang beratur untuk main game ni. 

Sumber gambar: TheStar

Tapi berbeza masa kitorg datang ke pintu masuk The Void, tak ada orang. Hanya staff yang jaga je ramai. Harga untuk permainan The Void adalah RM78 seorang untuk hari biasa dan RM85 seorang pada cuti sekolah dan cuti umum. Beli tiket kat dalam entrance The Void tu sendiri. Masa kitorg datang, dorang tengah buat promotion buy 2 free 2. Total kitorang kena bayar RM170 untuk 4 orang. Memandangkan kitorg hanya bertiga je, kiranya sorang bayar dalam RM57. Still lagi murah dari harga biasa. 


Game untuk The Void masa kitorg pergi tu boleh pilih antara cerita Nicodemus atau Ghostbusters. Kalau sebelum ni ada cerita Avengers dan Star Wars. 



Kitorg semestinya pilih Ghostbuster sebab hantu dia ok sikit dari Nicodemus yang nampak lebih menakutkan. 


Mula-mula kena beratur untuk pakai suit dan device VR. Untuk case kitorg, tak perlu beratur sebab tak ada orang. Suit dia agak berat, dalam 7kg katanya. 


Then kita akan diberikan senapang untuk tembak hantu nanti. 

Sumber gambar: lowyet.net

Sebelum tu, handphone, barang electronik dan beg kita kena simpan dalam locker yang disediakan. So tak ada lah youtuber ke instafamous ke yang boleh record keadaan kat dalam bilik game tu. Nanti spoil the game. Then dorang akan bawa kita ke bilik untuk memulakan game "The Void" ni. Macam mana keadaan dalam bilik tu? Kalau nak tahu korang kena datang sendiri. 

Bergambar lepas habis main.

Apa yang pasti korang kena jalan dari satu bilik ke bilik yang lain untuk menyelesaikan misi. Effect tembakan, rasa panas bila bom meletup, dan gegaran boleh dirasai. Dan yang paling penting privasi. Korang main dalam bilik yang orang luar tak akan nampak. Kitorg sebelum main ni punyalah fikir orang lain boleh nampak ke kitorang main ni sebab tengok permainan kat Sky VR Genting orang awam boleh tengok kita main macam gambar bawah ni.


SkyGlinder VR. Sumber gambar: rwgenting.com

Paling tak pun mungkin staff je lah nampak kita terjerit-jerit, tertembak-tembak, terlompat-lompat dalam The Void ni. Tapi apa-apa pun tak rugi untuk korang masuk The Void. Hantu dalam cerita Ghostbuster ni pun tak menakutkan. Tapi untuk Nicodemus tak tahulah hantu dia macam mana.
                                                          
Tengok melalui poster ni nampak menyeramkan.
Sumber gambar: rwgenting.com

Apa-apa pun, memang best dan berbaloi. Lagipun ia merupakan yang pertama di Asia. Satu je tips nak bagi kat korang yang nak main game ni - ambil masa tengok "view" dalam game tu nanti, tak perlu tergesa-gesa, sebab akhirnya misi korang akan tercapai jugak. Kitorg ingatkan "The Void" ni macam dalam game "Breakout Room", kena cari sendiri cara nak lepaskan diri dan keluar dari bilik. Rupanya boleh enjoy je main "The Void" ni, tak perlu terkejar-kejar. Contohnya dalam game tu lah korang berpeluang tengok view macam dalam fiction movie. In real life tak semestinya korang akan dapat peluang macam tu. So, tunggu apa lagi. Pergilah cuba main game "The Void" ni lepas PKP ni nanti. All the best!

Friday, 16 October 2020

Jalan-jalan KL - River of Life

River of Life merupakan satu tarikan baru di Kuala Lumpur. Sebenarnya tak adalah baru sangat. Ia dibuka pada tahun 2017 dan baru menjadi viral sejak akhir-akhir ni disebabkan PKP. Kitorang yang duduk KL ni pun baru tahu kewujudan River of Life tahun ni.Terletak berdekatan Masjid Jamek dan Dataran merdeka, korang boleh jalan dari LRT Masjid Jamek ke kawasan ini. Just open 'Waze' dan ikut je laluan yang disyorkan. Kalau nak tengok lukisan-lukisan pada bangunan di sepanjang kawasan River of Life, korang boleh datang waktu pagi. Selain tu, korang boleh nampak kelibat ikan-ikan Koi dalam sungai tersebut. Kalau nak tengok keindahan lampu-lampu yang menyinari sepanjang River of Life ni, korang boleh datang waktu malam. 

                           


Kitorang berkesempatan untuk datang melihat River of Life ni pada malam Sabtu bulan September yang lepas. Kira lambat lah juga kitorg datang ke River of Life ni iaitu tiga tahun lepas tempat ni dibuka  sejak August 2017. Sepanjang pemerhatian kitorang, asap-asap mula keluar setiap kali azan berkumandang. Macam masa kitorg sampai ni, Azan Isyak baru habis. Jadi dah boleh lihat asap-asap dah mula menebal. 



Korang boleh jalan di sepanjang River of Life ni dan lihat view yang menakjubkan. Selain tu, korang boleh lihat seni bina English iaitu Bangunan Abdul Samad yang dibina oleh pihak British masa dorang menjajah Malaysia dulu. 





Di kawasan hadapan bangunan ni ialah Dataran Merdeka. Ramai orang beraktiviti bersama keluarga kat situ. Ada juga orang yang berniaga di situ. Memang meriah!

Di bahagian belakang Bangunan Abdul Samad pula ada kawasan taman yang bersih dan cantik. Korang bolehlah bergambar kat situ ala-ala seperti korang berada di oversea.


Dan untuk pengetahuan korang, River of Life di Kuala Lumpur ini telah tersenarai dalam salah satu "World’s Top 10 Best Waterfronts" by UK’s Independent pada tahun 2019. Jadi, apa tunggu lagi. Jom kita lapangkan dan tenangkan fikiran sambil menikmati keindahan sungai di Kuala Lumpur ni. 

Korang boleh tengok video kitorg kat bawah ni alang-alang sekarang PKPB dah dikuatkuasakan balik di beberapa buah negeri. Ambil virtual feel dulu, then lepas boleh berjalan-jalan nanti bolehlah datang ke River of Life ni sendiri for the real feel. Stay safe and have a good day