Saturday, 25 February 2017

Itinerary ke Hanoi

Untuk trip ke Hanoi, ktrg pergi selama 5 hari 4 malam (Jumaat - Selasa). Trip ni ktrg pergi dengan parents, jadi setiap hari ktrg buat satu aktiviti sahaja supaya jadual tak terlalu pack and sesuai untuk parents.

Day 1
9.15 - 11.25 am: Flight Kul - Hanoi.
1.30 pm: Check in Hotel Lotus Flower, taxi ke hotel dah book siap2 dengan hotel.
3 pm: Jalan kaki ke Al-Noor Mosque (8 min dari hotel), lunch & tapau utk dinner kat halal restaurant sebelah masjid, Zaynab restaurant.


Day 2
7 - 8 am: Breakfast di hotel.
8.30 - 5 pm: Halong Bay Tour. Travel agency - Viet Lotus Travel.
7 pm: Sampai hotel, dinner dengan Nasi goreng brahim yg dibawa dari Malaysia.
**Klik link ni utk baca pengalaman hari pertama di Hanoi & Halong bay
Trip ke Vietnam - Hanoi (Part 1)

Day 3
8 - 9 am: Breakfast di hotel.
10 am: Jalan2 ke -
1) National Library of Vietnam (tangkap gambar).
2) Hoa Lo Prison (Muzium).
3) Lunch di Namaste Restaurant.
4) Hoan Kiem Lake (tangkap gambar di The Huc-Jambatan merah).
5) Shopping di Hanoi Tower Shopping Centre, INTIMEX supermarket, DongXuan Market.
**Klik link ni utk baca pengalaman sekitar Hoan Kiem Lake
Trip ke Vietnam - Hanoi (Part 2)

Day 4
7 - 8 am: Breakfast di hotel.
8.30 - 5 pm: Hao Lu & Tam Coc tour. Travel agency-Viet Lotus Travel.
7 pm: Sampai hotel, dinner di Zaynab restaurant.
**Klik link ni utk baca pengalaman di Hao Lu & Tam Coc.
Trip ke Vietnam - Hanoi (Part 3)

Day 5
8 - 10 am: Breakfast di hotel.
10.30 - 11.15 am: Taxi to airport (Book dari hotel).
12.15 - 4.35 pm: Flight Hanoi - Kul.

Sepanjang di Hanoi, ada 3 buah restaurant Halal yg ktrg cuba:



1) Zaynab restaurant: Range harga makanan dalam 70,000 VND (RM 15). Kedai ni kecik, ada dalam 5 meja makan camtu. Makanan sedap.
Lokasi: bersebelahan dgn Masjid Al-Noor
Antara menu yg ada
Pho bo noodle soup
2) Namaste Restaurant
Restaurant ni menyediakan South & North Indian cuisine. Gambar terlupa nak amek sebab lapar sangat.  Menu n harga boleh tengok kat website dorg namaste restaurant hanoi menu
Image result for namaste restaurant hanoi
Dalam kedai mkn (Sumber: Google)
Image result for namaste restaurant hanoi
(Sumber: Google)
3) Dlion's, Cosiana Hotel
Ktrg tak pergi ke sini sebab jauh dari hotel ktrg. Tapi ktrg dapat makan food drg semasa Hao Lu & Tam Coc tour. Ktrg request makanan halal dari agency. Jadi, dorg dah siapkan bekal utk ktrg dimana drg tapau dari Cosiana Hotel.

 

Nasi goreng ayam

1 comment: