Trip ke Cameron Highlands ini adalah untuk dua hari satu malam. Tujuan kami ke sini lebih kepada nak menikmati minuman panas di tempat sejuk Malaysia (walaupon orang kata dah tak sejuk, tapi sebab dah lama kami tak datang sini so kami g jugak). Kami pilih weekdays sebab kalau pergi hujung minggu atau cuti sekolah, confirm berjam nak naik Cameron ni. Kami bertolak pagi Isnin dari KL, dan naik dari Tapah untuk menuju ke Cameron. Alhamdulillah, perjalanan ok, tak ada tanah runtuh and tak hujan. Ambil masa dalam 3 jam untuk naik and pukul 1 kami dah selamat tiba di atas. Kami pilih Hotel di Brinchang, jadi kalau dari Tapah akan lalu Ringlet - Tanah Rata - Brinchang. Disebabkan check in hotel pukul 3, kami singgah dulu ke Cameron Valley Tea House, Tanah Rata untuk minum.
(sumber: google) Kat bahagian bawah |
Kat sini tempat parking agak limited, tp haritu kami berjaya jugak dapatkan tempat. Nak minum boleh beli di atas ni (air dia bagi dalam cawan polisterin, harga dalam RM2-3 kalau tak silap) and boleh jugak turun bawah ikut tangga tu. Kami pilih minum di bawah sebab nak makan scones. Kat atas ni lebih kepada kedai runcit.
Lepas dah habis menjamu selera, kami perasan ramai foreigner and bas2 datang. Jadi nak elakkan dari bas2 ni, kena datang awal sikit sebab waktu ni maybe memang waktu dorg baru sampai. Tak jauh dari tempat ni, kami ternampak lagi satu kedai Tea House. Rupanya, bila di google Cameron Valley Tea House ni ada dua tempat. Yang kedua ni nampak lagi cantik and luas. Tempat parking pon lagi banyak. Jadi kalau korg terlepas yang pertama takpe, ada yg kedua.
harga makanan |
harga minuman |
Mint Tea & Carrot Cake |
View semasa minum. Cantik! |
(sumber: google) |
Sepanjang perjalanan, ada jugak org jual tepi2 jalan. Madu, petai, etc. Ada satu tempat tu dia jual kelapa laut. Rasa nak berhenti beli, tapi waktu tu tengah speed, kereta belakang laju and dengan harapan kat depan akan ada lagi org yg jual. Last2 sampai ke sudah memang tak jumpe dah org yg jual kelapa laut dah. Jadi kalau korg dah nampak dan rasa nak beli, better berhenti je. Sebab bila naik lagi, ada kemungkinan takkan jumpa. Bila sampai di Brinchang, kami singgah dulu ke S Corner Kea Farm. Kat sini ada jual uncang teh (RM 10.00), sayur-sayuran (RM 10/ 8 packet), ais krim strawberry (RM 1), dried strawberry, dried roselle, madu (RM 10/ botol), cendawan, strawberry, ubi kukus (RM 3) and lain2. Kami beli sayur (tomato & salad), ais krim n ubi (manis n sedap) untuk makan di hotel. Bila compare dgn tempat lain, rasanya S Corner ni paling murah, jadi kalau nak bershopping boleh beli di sini. Agak menyesal tak beli uncang teh kat sini sebab kat tempat lain harga RM 10 ke atas.
Next, kami singgah ke pasar Kea Farm untuk beli makanan tengahari. Susah juga nak cari parking kat sini and korg boleh menginap di Hotel Copthorne. Boleh jalan kaki saja dari hotel ke Kea Farm (baca review org). Kami sempat beli jagung bakar (RM 4 seketul), cendawan goreng (RM 3), strawberry (RM 15 satu bekas). Agak mahal tapi rasa tak manis sangat pun, kirenye not value for money la. Pastu terjumpa satu kedai melayu yang jual nasi berlauk (kedai ni di pasar n agak tersorok). Jadi kami bungkus bawa balik hotel. Dalam pukul 4 kami tiba di hotel. Kami menginap di Nova Highlands Resort & Residences. Atas sikit dari Hotel Copthorne. Book hotel dari myfave.com dapat harga dlm RM 150 tanpa breakfast (lepas guna kupon). Kami dapat tingkat 7, terasa sejuk macam duduk bilik aircond walaupon x buka kipas. Tempat ni sesuai untuk korg bawa parents sbb tempat parking disediakan, interior design yg agak baru, ada kemudahan lift, ada balcony dan bilik luas konsep apartment (ada dapur, microwave disediakan).
View dari bilik |
Keesokan harinya, kami sarapan di kedai mamak (mahal..menyesal tak pilih makan kat old town, harga lebih kurang). Lepastu kami singgah ke Cactus Point untuk beli cactus.
yang kecik2, 1: RM 2, 6: RM 11 |
salah satu tips beli cactus: jgn beli cactus yg hijau-kuning bunga mcm dalam gambar (xtau nama). nmpk cantik tp hidup xlama. dalam seminggu dua dah mati. yg jns duri2, sampai skrg masih hidup dan keluar pucuk yg baru (pemerhatian: 2 bulan) |
Hajat nak pergi ke Boh Sungai Palas tapi dah terlajak and kereta dah banyak, leceh nak pusing balik. Jadi kami singgah ke Royal Berry Cafe.
Boleh petik sendiri strawberry |
Sedap |
Nanti dorg akan letak strawberry |
Untuk mudahkan cerita, ni itinerary untuk ke Cameron (2 hari 1 malam):
Day 1
9.00 am: Bertolak dari KL
1.00 pm: Singgah ke Cameron Valley Tea House
S Corner
Kea Farm
4.00 pm: Check in hotel ( Nova Highlands Resort & Residences)
8.00 pm: Jalan2 sekitar Cameron Square
Day 2
10.00 am: Breakfast
12.00 am: Cactus Point
Royal Berry Cafe
5.00 pm: Arrived Ipoh
No comments:
Post a Comment