Antara senarai barang yang pelu dibawa adalah seperti dibawah:
1) Pakaian
- Telekung, jubah, seluar, stokin, dan lain2 (3set)
- Kain ihram bagi lelaki (2set)
- Pakaian tu actually depends pada individu tu. Kalau nak hantar dobi bawa 5 set sebab dobi kadang2 ambik masa sikit nak tunggu, kalau basuh sendiri 3 set dah cukup sebab pagi basuh petang dah boleh kering. Kalau yang jenis xtahan setiap kali solat kena tukar baju kena bawak lebih sikitlah pakaian.
2) Sejadah
- Memang diperlukan lagi2 masa musim kemuncak haji, tempat penuh dan kalau kita terlambat datang ke masjid, perlu solat diruang yang ada. Untuk pengetahuan korang masa musim haji memang pihak masjidilharam akan gulung carpet dia, jadi kita kena bawak sejadah sendiri. Masa di Mina dan Arafah pun perlu bawak sejadah bagi yang pergi dengan Muassasah untuk jadi alas tidur dan solat (multipurpose).
3) Botol spray wudu'
- Sangat berguna dan perlu lagi2 semasa dalam masjid dan masa di Mina dan Arafah.
4) Botol air
- Setiap kali ke masjid boleh bawa untuk isi air zam-zam, minum kat sana, dan untuk dibawa balik ke hotel.
5) Toiletries
- Shampoo, sabun, ubat gigi, berus gigi, shaver, dll.
- Jangan lupa bawak cream moisturizer untuk sapu pada kaki, tangan, muka dan badan sebab cuaca di sana agak kering. Lip balm pun bawak.
- Deodorant batu untuk dipakai masa kita dalam ihram. Yang selalu orang pakai jenama "Smelly-No-More Natural Crystal roll on".
6) Alas stokin
- Amat berguna untuk tawaf dan sai'.
7) Karpet lipat
- Berguna masa berada di Mudzalifah. Boleh jugak diguna untuk makan dengan family atau partner kat luar bilik supaya tak ganggu teman sebilik.
8) Payung lipat
- Masa musim haji hujan memang akan turun walaupun amat jarang.
- Boleh dipakai bagi pelindung matahari masa nak jalan untuk melontar bagi Muassasah sebab kedudukan khemah jauh sikit dari tempat melontar.
9) Lampu suluh
- Untuk cari batu di Mudzalifah. Tapi bermula tahun 2017 pihak muassasah dah sediakan batu untuk melontar pada setiap jemaah. Jadi kita tak perlu cari batu, hanya perlu berada di situ dalam masa yang ditetapkan.
10) Mini kipas
- Amat berguna semasa di Arafah, Mudzalifah dan Mina. Kalau nak bawak rechargeble mini fan pun boleh, nak bawak kipas kertas kirap sendiri pun boleh.
11) Ubat-ubatan
- Yang perlu ada sebagai standby: ubat demam, selsema, sakit tekak dan batuk.
- Yang lain ikut keperluan masing2.
12) Suppliment
- Vitamin C membantu dalam menguatkan metabolisme kita, lagi2 dengan tenaga yang kita banyak gunakan semasa berada di Tanah Suci.
- dan lain2
13) Makanan
- Sambal ikan bilis, kicap, serunding atau apa2 sebagai penambah selera.
- 3in1 air kopi atau teh
14) Tali
- Untuk jemur pakaian. Ikut kretiviti masing2. Bawak penyepit sekali supaya pakaian tak jatuh.
- Untuk ikat bagasi masa nak balik. Tapi masa nak berangkat ke Tanah Suci tak dibenarkan ikat beg dengan tali. Macam pengalaman kami, semua beg memang dah ikat dengan tali kemas2. Masa nak check in bagasi dorang suruh buka semua tali sebab memang itu prosedurnya. Tapi kalau ikat dengan kain warna-warni kat handle bagasi untuk senang cam beg itu boleh.
15) Selipar
- Satu selipar extra yang selesa dipakai. Kalau kasut/selipar yang kita tengah pakai rosak/hilang, boleh pakai yang bawak extra ni.
- Penting untuk pakai selipar yang kita rasa selesa pakai sebab kat sana kita banyak berjalan kaki.
16) Beg untuk selipar
- Untuk letak selipar setiap kali kita ke masjid sebab tempat duduk kadang2 jauh dari pintu masuk. Lepastu kita bolehlah letak beg selipar tu kat rak kasut terdekat. Kalau nak lagi senang letak depan/belakang tempat solat kita, asalkan xganggu orang lain.
- Nak guna plastik je pun boleh tapi kalau kita ada beg yang lain sikit, senang nak cam selipar kita tu kalau dah bercampur dengan orang lain.
17) Al-Quran kecil
- Untuk di Masjid tak perlu bawa Quran pun xapa sebab ada banyak tersedia kat situ. Tapi untuk ke Arafah dan Mina perlu bawa masing2 punya Quran sebab kat situ xdisediakan.
18) Gunting kecil
- Untuk bertahalul. Disarankan sentiasa letak dalam beg yang selalu kita bawa supaya semasa kita nak kerjakan umrah atau haji senang. Selain tu ada jugak orang lain yang lupa nak bawak gunting untuk bertahalul, jadi boleh pinjamkan kat dorang.
- Bukan untuk bertahalul je, kalau nak potong plastik makanan ke atau lain2 boleh guna gunting ni. Banyak kegunaannya.
19) Dokumen dan buku lain-lain yang Tabung Haji beri
- contohnya buku kesihatan, buku haji, tag nama, dll
Setakat yang kami ingat, ini adalah antara barang2 yang perlu dibawa. Lain-lain tu bolehlah ditambah sendiri. Sekian.
No comments:
Post a Comment