Assalamualaikum.
Tahun 2017, kitorang bertiga telah mendapat peluang untuk mengerjakan haji. Ini adalah panggilan kedua buat kitorang, yang mana lebih kurang 4tahun yang lalu nama kitorang naik tapi disebabkan masing2 tengah belajar lagi, kitorang tolak tanpa berfikir panjang. Dalam surat tawaran tersebut ada tulis nak tunda ke tahun berapa. 2017 tahun yang dipilih, itupun tertakluk pada kekosongan. Pada bulan Disember 2016, kitorang bertiga dapat surat daripada Tabung Haji (TH). Dalam surat tu tulis rayuan kami untuk haji 2017 berdasarkan kepada kekosongan. Kalau lepas raya Aidilfitri takde apa2 surat, maknanya tak terpilihlah kami untuk haji 2017 ni.
Selang beberapa minggu je lepas dapat surat tu, King Salman ada buat lawatan ke Malaysia dan kuota Haji Malaysia dikembalikan semula daripada 27,900 bertambah kepada 30,200. Masa tu dalam hati dah fikir keberangkalian kitorg dapat pergi haji tahun ni adalah tinggi. Kitorang discuss, kalau dapat nak pergi tak. Kalau fikir "tak sedia" memang sampai bila2 pun kita takkan bersedia. So, kitorang sepakat kalau dapat tawaran haji tahun ni, kitorang terima.
Pertengahan bulan puasa, dapat surat dari TH. Alhamdullillah kitorang bertiga dapat surat tawaran untuk Haji 2017. Disebabkan umur kitorang bawah 45 tahun dan perempuan, perlukan seorang mahram. Mula2 tanya adik lelaki yang baru je habis belajar nak tak jadi mahram pergi haji. Dia jawab duit tak cukup. Yelah, kalau kitorang masa umur2 dia pun memang tak fikir panjang tolak peluang untuk pergi haji ni. Umrah pun kitorang tak pernah buat. Pernah jugak parents kitorang ajak pergi umrah tapi sebab umrah mahal kitorang angguk2 je. Tapi apa-apapun key point ye adalah "tak sedia lagi".
Akhirnya decide abah sebagai mahram kitorang. Mak pun ikut sekali merayu. Setelah menghadapi pelbagai proses di kaunter TH, Alhamdullilah kitorang berlima akhirnya dapat pergi haji sama2. Kitorang dapat panggilan untuk pergi haji dalam usia bawah 45tahun ni disebabkan rezeki parents yang buka akaun TH dan daftar untuk haji kitorang masa sekolah lagi. Kitorang pergi haji menggunakan Muasasah Tabung Haji bukan pakej. Jadi kalau nak cakap sebab pakej kitorang sampai berlima boleh pergi sekali tu adalah pemikiran yang salah.
Salah satu cara korang nak pergi haji satu family dengan anak2 adalah dengan buka akaun TH dan daftar Haji anak2 sejak anak2 lahir lagi sebab sejak tahun 2010 permohonan haji terlalu ramai dan masa giliran untuk buat haji pun semakin lama. Kalau masa kitorang daftar dulu 6 tahun dah nama naik. Sekarang kena tunggu dalam 89 tahun jugak, tupun lepas Saudi dah naikkan kuota kita.
Oleh sebab ini kali pertama kitorang bertiga akan menunaikan haji dan juga umrah, banyak yang perlu dipelajari. Kursus haji mingguan yang TH buat memang dah habis kitorang xsempat nak join sebab dapat surat dah lewat. Kursus Perdana 2 hari je yang kitorang sempat join 2 minggu sebelum flight. Yang lain kitorang baca dari buku haji dan umrah yang TH bagi. Kalau korang baca semua buku yang TH bagi dari awal sampai akhir, tak lompat2, memang banyak benda yang dapat belajar lagi2 pada org2 macam kitorang yang xpernah buat umrah ni. Parents pun banyak membantu dalam mengajar kitorang cara2 buat Haji dan Umrah ni.
Maklumat mengenai tarikh penerbangan kitorang dapat tahu 10 hari sebelum tarikh penerbangan. Dapat antara penerbangan yang awal, dan akan ke Madinah dahulu. 8 hari di Madinah, kemudian baru ke Mekah. Kebanyakan orang prefer penerbangan akhir yang masuk terus ke Mekah, kerjakan haji dulu baru umrah, kemudian ke Madinah. Tak dinafikan yang cara ni memang lagi afdal. Tapi bagi pendapat kami untuk yang first timer ni lebih baik datang dengan penerbangan awal sebab dapat laksanakan umrah dulu sebelum haji, dan dapat biasakan diri dengan keadaan sekeliling. Bayangkan kalau kami yang tak pernah buat umrah ni terus kena buat haji. Semasa umrah kali pertama, mak ayah kitorang yang banyak ajar cara nak tawaf dan sa'i. Kalau tak memang terkial-kial tak tau nak mula dari mana. Untuk umrah berikutnya baru dapat biasakan diri.
Semasa kami pergi ni, cuaca di Mekah dan Madinah memang panas. Sebelum ni tanya orang2 yang pernah pergi haji dan umrah cuaca macam mana. Diorang cakap panas yang tak berpeluh. Jadi bawak baju sikit pun boleh. Masa kami pergi ni cuaca panas dan berpeluh seperti di Malaysia. Baju memang kena ganti setiap hari. Set baju (jubah, telekung, seluar, etc) disarankan bawak 3 helai je setiap satu sebab boleh basuh selang sehari. Baju memang cepat kering jadi tak perlu risau. Keperluan lain yang perlu bawak ialah tuala, toiletries, ubat, spray wudu' dan lain2. Sejadah yang tebal sikit pun bawa ye sebab musim haji masjidilharam akan simpan carpet jadi nanti sejuk duduk atas lantai. Lagi satu sarung untuk simpan kasut sebab masa nak cari tempat solat kita boleh bawak sekali kasut dan simpan kat rak kasut yang paling dekat atau letak depan kita.
Makanan pulak bergantung pada dengan apa anda pergi. Maknanya muassasah (TH) atau pakej. Macam kami pergi dengan muassasah, jadi makanan dorang sediakan dalam satu bekas siap2. Kita just pergi kantin ambil makanan dan botol mineral yang dah tersedia. Hanya makanan tengahari dan malam sahaja disediakan. Pagi kena pandai2 cari makan sendiri. Untuk penambah selera, disarankan untuk bawa apa2 yang sedap dibawa seperti sambal ikan bilis, kicap, serunding dan sardin. Tapi semua ni kena simpan dalam beg bagasi besar. Jangan bawak dalam beg kecik nanti tak lepas kena tinggalkan kat security. Tapi bagi sesiapa yang pergi dengan pakej tak perlu bawak makanan banyak pun takpe sebab pakej memang sediakan pelbagai makanan dari pagi sampai malam buffet style.
Antara senarai barangan yang perlu dibawa boleh klik Pengalaman Haji 2017 (Barang yang perlu dibawa)
Bagi pengalaman kami di Madinah, boleh klik Pengalaman Haji 2017 (di Madinah)

mashaallah...terima kasih atas perkongsian pengalaman...doakan saya juga dapat tunaikan haji inshallah
ReplyDelete