Thursday, 6 December 2018

Trip ke Kunming & Lijiang, China (Part 1)



Day 1

Pertengahan bulan November 2018 yang lalu, ktrg decide utk pergi berjalan2  and disebabkan plan bercuti ni ktrg decide last minit, tak banyak choice destinasi yg ade. Lepas shortlisted kan senarai destination yg bersesuaian dgn budget ktrg, akhirnye ktrg buat keputusan utk pilih Kunming, China. Typical lah kalau beli tiket last minute harga tak murah mana, dalam RM590 return dgn Air Asia. Trip ini selama 6 hari 5 malam sbb amik kira cuti ktrg yg tinggal. Ahli trip pulak seramai 4 orang. 




Untuk penerbangan Air Asia, waktu depart dari KLIA2 adalah pada pukul 1.10 pm. Perjalanan dari KL ke Kunming mengambil masa lebih kurang 3 jam 50 minit. Timezone Kunming sama dgn Malaysia, so tak payah adjust jam. Flight ke sana jenis kecik, 2 baris je. Majority yg naik flight mase tu pn ielah warga negara China dan bangsa China Malaysia. Disebabkan flight berlepas waktu tgh hari and sampai kt sane lewat ptg, ktrg decide utk beli food dalam flight, beli online utk dpt harga lg murah (RM10) compare dgn kalau beli dalam flight RM15. Cuaca sepanjang perjalanan tu elok so boleh nampak daratan area Thailand dan Laos. Dekat2 nak sampai Kunming, boleh nampak kawasan pertanian kat pergunungan seakan2 Dongchuan red land.




Dalam flight, cabin crew akan edarkan borang kemasukan ke China. So make sure bawak pen utk memudahkan isi borang. Tapi kalau lupe nak bawak pen, boleh je isi kat airport lepas landing nanti.




Dalam pukul 5pm, ktrg selamat landing di Kunming Airport. Selesai je imegresen semua, bende pertama ktrg cari ialah 'prayer room' utk solat Jamak Ta'khir Asar-Zohor. Ada terbaca blog lain yg drg solat kat prayer room Kunming Airport level 1F. So ktrg dgn gigihnye cari dari hujung ke hujung level 1F tu tapi tak jumpa jugak. Ktrg tanya staff kat situ tp drg tak faham, dan seolah2 tak pernah wujud prayer room kat Kunming Airport ni. Disebabkan ktrg dah buang banyak mase utk mencari and takut waktu Asar habis, ktrg decide tumpang solat dalam transit lounge yang Airport ni sediakan di level 1F bersebelahan Starbucks. Ambil corner yang tersorok sikit, wuduk amik dalam toilet je. Alhamdulillah tak ramai orang kat situ dan tempatnya selesa dan luas. 

Selesai solat, hari dah nak gelap. Ktrg decide nak dinner dulu kt sini sebab lepas ni nak gerak ke Kunming Railway Station, risau tak jumpa kedai makan halal dah nanti. Kedai makan Halal yg ktrg tau ada kat level Departure. Agak susah jugaklah mula-mula masa nak cari. Kena perhati betul-betul signboard kedai tu akan ada tulisan Arab "Ta'amul Muslimin" (update 2020: dimaklumkan tanda Halal dlm tulisan Arab x dibenarkan dah kt China lepas crisis Uighyur). Waiter kedai ni tak pakai tudung or kopiah so kene cari tulisan Arab tu sebagai panduan. Landmark restaurant ni adalah kedai Miniso yang terletak betul-betul belakang dia.
Kedai makan Halal dalam Airport Kunming. Tulisan Arab kt tengah2 tu
Mee daging

Kitorg order set makanan, ade 1 mangkuk besar Beef Noodles, 1 side dish (Beef in sauce) sekali dengan air (Coke/ Sprite/ Black Tea/ Dark Plum). Harga set ni 58 Yuan, memang agak mahal tapi portion dia besar so boleh share berdua. Tapi kalau yg tak makan byk tu, boleh je nak share 3 org. Tapi air tu tak boleh refill. Nak minta bil cakap "Mai Dan" dan tunjuk kalkulator supaya dorang boleh terus tekan berapa sebab kalau drg cakap ktrg mmg tak faham lah. 

Perut dah kenyang, so ktrg nak teruskan ke aktiviti ktrg seterusnya iaitu ke Kunming Railway Station. Ade 3 cara nak ke sana kalau guna public transport:
1) Naik Subway - 6 Yuan tp kena transfer 2 line 
2) Naik Airport Bus - 13 Yuan
3) Naik taxi - harga ikut meter
Walaupun naik Subway paling murah tapi sebab kene tukar2 line dgn bag2 ktrg ni, ktrg rase nak try naik Airport Bus je sebab die direct ke Kunming Railway Station. Kaunter tiket Airport Bus terletak di bahagian luar arrival area, keluar pintu belok kiri dan jalan hingga jumpa pondok kaunter. Beli tiket kat kaunter die sebelum naik. Ade beberapa route dari Kunming Airport tapi utk ke Kunming Railway Station, kena naik bus no 919C.


Antara route yg ada dari Kunming Airport

Ambil bas no. 919C untuk ke Kunming Railway station


Pastikan dapat tiket macam ni, jgn beli dari ulat tiket pulak

Kekerapan bas adalah setiap 30minit dan jangan risau dia tak tunggu bas penuh baru nak jalan. Jalan malam tu agak jem, mungkin sebab malam minggu, jadi perjalanan kitorg mengambil masa dalam sejam jugak menuju ke Kunming Railway Station. Lepas sejam, bus tu stop dan semua org turun. Ktrg pandang kiri kanan, tak nampak pun kelibat Kunming Railway Station. So terpaksa lah buka google map utk cari jalan ke railway station yang terletak agak terlindung oleh bangunan lain. Before sampai ke bangunan Railway station tu, kitorg jumpa 1 kedai Halal dan harganya jauh lebih murah dari Airport tadi. Sebab tertarik dgn harganya, ktrg plan akan singgah makan kat sini nanti.

Setibanya di Kunming Railway Station, kena scan bag dulu dan tunjuk passport utk masuk ke kaunter beli tiket. Jgn masuk ke ruangan berlepas pulak sebab kena beli tiket dulu. Selesai scan bag, kitorg terus pergi ke kaunter no.1 yang merupakan satu-satunya kaunter yang boleh berbahasa English kalau ikut Google la. Tapi ktrg dah standby siap2 kertas yg tulis destinasi, tarikh, masa dan jenis katil ape ktrg nak. Kalau nak tau cara2 beli sendiri tiket long distance train kat China, boleh rujuk entry ni.

Ktrg beli hard sleeper 2 lower berths dan 2 middle berths ke Lijiang. Mula-mula plan nak beli yang pukul 10.00pm, tapi sebab kitorang sampai pun dah pukul 9 lebih n takut terkejar2 nak cari platform nanti, so kitorg beli tiket pukul 11.25pm. Beli tiket balik ke Kunming sekali. Harga untuk hard sleeper Kunming-Lijiang (return) dalam 300 Yuan seorang. Untuk train ke Lijiang ni, kitorg tak dapat sama gerabak. 2 orang dapat gerabak no2, 2 lagi tercampak jauh gerabak no7. Kalau nak gerabak sama, ada yg kena tidur kt tingkat 3. Sbb ktrg tak sanggup nak tidur katil tingkat 3, ktrg ok je lah dapat asing2 gerabak. Terus gerak ke tempat menunggu and nak masuk kene scan bag and tunjuk passport & ticket. Tunggu kejap dalam ruangan menunggu sambil usya2 tgk mknan ringan yg drg jual kt dalam tu. Bila pintu platform ktrg dibuka, terus je cari gerabak masing2. Setiap pintu gerabak akan ade staff yg jaga untuk check tiket kita. Naik je, terus ke katil dan tidur. Rakyat cina ramai yg lepak kat meja. Maybe sbb nak charge hp. 


Tempat air panas kat Kunming Railway Station

Antara brg2 Halal yg ktrg jumpa dalam Kunming Railway Station

Selagi train tak gerak, pintu toilet akan dikunci. So jgn ke toilet terus lepas naik train tu. Ni cara drg nak kawal supaya tak ada penumpang takde tiket menyorok dlm toilet. Lepas staff buka pintu toilet, disarankan pergi terus sbb toilet still bersih masa awal2. Kebanyakan toilet jenis cangkung and ade sinki tepi jamban. Senang la nak refill botol. Lampu dalam train akan ditutup pukul 12malam so pandai2 la uruskan diri sebelum gelap gelita. Train ni ambil masa dalam 8 jam untuk sampai ke destinasi utama trip ktrg kali ni iaitu Lijiang. Kadang-kadang train ni akan berhenti lama untuk bagi train lain lalu. So jangan panik kalau train ni berhenti 2 hingga ke 3 jam, bukan train rosak ke apa, tapi memang train ni akan berhenti lama. Walaupun takde aktiviti sgt day 1 ni tapi ktrg tetap rase penat. Train ni sediakan selimut tebal so memang selesa nak tidur, tak sejuk. So end of day 1~


Long Distance train dari Kunming ke Lijiang





Day 2

Dalam pukul 5.30 pagi, kitorg bangun pergi toilet utk bersihkan diri n amik wuduk. Bangun awal2 mcm ni walaupun gelap tapi selese sikit sebab masa tu semua penumpang berbangsa China tengah tidur lagi. Solat subuh dalam train. Lepastu ktrg terus cop tempat duduk yang ada plug yang kebetulan berada betul-betul depan compartment kitorg untuk charge handphone dan gadget2 yg lain. Power plug die 1 je so pandai2 la korang bawak extension so that ramai boleh guna. Untuk pengetahuan korang, power plug ada dlm semua gerabak tapi tak semua compartment ada. Dalam satu gerabak maybe ada dalam dua tiga je power plug. So siapa cepat dia dapat. Dalam pukul 6 pagi mcm tu, penumpang lain dah mula bangun dari tidur. Ada yg beratur nak pergi toilet dan ada yang cari tempat plug untuk charge. Pagi tu ktrg alas perut makan biskut je. Kalau nak buat air panas pun boleh sebab memang ada disediakan tempat air panas dalam setiap gerabak train. Sejam sebelum sampai ke Lijiang, semua orang dah bangun bersiap sedia utk ketibaan ke destinasi. Kitorg sampai kat Lijiang tepat pada masanya, pada pukul 7.35 am. Keluar je dari train memang sejuk gila. Jadi siap-siaplah pakai winter coat before turun dari train.


Pemandangan awal pagi dari train

Keluar je dari Lijiang Railway station, ktrg cari orang yang pegang kertas nama kitorg memandangkan transport ke penginapan, ktrg dah arrange awal-awal dengan pihak Guest House. 40 Yuan untuk satu kereta, so bahagi 4 sorang kene bayar 10 Yuan je. Kalau naik bas lagi murah 1 Yuan untuk 1 bas, tapi kena tukar 2 bas. Nama tempat penginapan kitorg ni adalah  Xiangyuan Guest House yang terletak betul-betul dalam area Old Town tapi berhampiran dgn South Gate. Harga bilik untuk 4 orang, 3 hari 2 malam adalah 376 Yuan (RM226). Kira murahlah sebab sorang kena bayar dalam RM56.50 je. 


Area sekitar Lijiang Railway Station

Masa ktrg book guest house tu, owner dia tanya nak tak dia arrangekan transport dari Lijiang Railway Station ke Guest House. Lepas discuss sesama ktrg, ktrg sepakat utk ambil transport yang dorang sediakan dan tak naik bas sebab takut susah nak cari Guest House tu nanti. Lagipun dorang akan tunjuk jalan sekali ke Guest House yang memang tak boleh diakses dengan kenderaan. Maknanya dorang akan dropkan kita kat satu area, then kita kena jalan kaki bawak beg ke guest house tersebut. Agak jauh lah jugak orang tu bawak kitorang nak tuju ke tempat tu, lalu byk simpang, belok sane sini. So ktrg rasa macam keputusan yg tepat minta org Guest House jemput kat Railway Station. At the end, ktrg sampai kat Xiangyuan Guest House dalam pukul 8.30 am. Masa tu orang yang jaga tempat tu tak ada lagi. Orang yang drive kan kitorang tu rupanya bukan staff situ. So kitorg terpaksa lah tunggu staff dorang sampai.

Baru sampai area Lijiang town dari Kunming Railway



Ni peta Lijiang Old Town. Luas...

Tunggu punya tunggu tak nampak kelibat org Guest House tu lagi, so kitorg decide nak cari makan dan tinggalkan beg kitorg kat situ dulu. Cari kedai halal dalam google map, rupanya takdelah jauh sangat dengan hotel kitorg ni. Kedai ni betul-betul tepi main road yang boleh diakses oleh kenderaan, dan dekat je dengan bus stop. Orang tadi dropkan kitorg agak jauh jugaklah tadi maybe sbb kt situ je die boleh park kot. Kat deret kedai ni memang banyak kedai halal, tapi yang dah buka satu kedai je.

Still close

Deret ni semua kedai Halal tapi masih tutup

Ni lah satu-satunya kedai yang bukak pagi tu

Harga foods ok dan berpatutan. Kitorg order 2 nasi goreng daging yang berharga 15 Yuan setiap satu. Portion food dia memang banyak dan mengenyangkan. Air tea dia bagi free. Memang sedaplah dapat minum air tea panas waktu sejuk-sejuk macam ni. Dah kenyang makan, kitorg balik semula ke guest house tadi. Staff yang jaga tu dah ada, jadi kitorg tunjuk kertas booking yang kitorg dah print dari booking.com. Dorang memang tak tahu English langsung, so print apa-apa semua dalam bahasa Cina utk memudahkan keadaan. Yang bagusnya tentang guest house ni ialah kita boleh check in awal free of charge, dan checkout paling lambat pukul 2pm, berbeza dengan tempat lain yang kena check out pukul 12pm. So inilah salah satu sebab kitorg pilih penginapan ni, selain harganya yang murah dan lokasi yang berdekatan dengan restoran Halal. Dalam pukul 10.30am ktrg dah boleh masuk bilik. Bilik dia biasa-biasa je tapi yang penting bersih dan selesa serta kitorg berempat boleh tidur dalam satu bilik. Pagi ni kitorg rehat dulu sebelum meneruskan perjalanan menerokai Old Town of Lijiang pada sebelah petang.




Jalan-jalan tengok Lijiang's Old Town

Air dia sangat jernih

Rasa buah-buahan di Lijiang. x manis sangat pun rasa dia or ktrg salah pilih kedai.

Durian pun dorang ada

Sambungan untuk aktiviti hari ketiga, boleh tekan link ni

8 comments:

  1. Salam..saya yana..nak tanya.. pergi sendiri ke atau ada tour guide? boleh share itinerary if u dont mind :) fyra_kyrana@yahoo.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. W'salam. Ktrg pergi sendiri-sendiri. Untuk itinerary dan budget boleh tengok kat previous post. Harap membantu :)

      Delete
  2. Hi... U all pegi hari tu book ticket utk ke lijiang melalui apa ya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi. Kitorg beli tiket train ke Lijiang kat kaunter tiket Kunming Railway station on the spot. Boleh terus pergi ke kaunter nombor 1, staff situ boleh cakap English.

      Delete
  3. Mesra Pelancong Tak Kat Kunming&Lijiang? Senang Cari Kaunter RAILWAYS Slps Touch Down Kunming?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi. Kunming & Lijiang memang mesra pelancong. Dari Airport boleh naik bas no. 919C untuk ke Kunming Railway st. Berhenti di stop terakhir. Dari situ memang kena guna google map sebab bas tak stop betul2 depan railway st.

      Delete
  4. sis, nak tanya.. kalau kita ambil hotel yang dalam old town ni ada bayaran masuk tak ke dalam town ni? sebab saya baca macam ada kena bayar maintenace CNY80

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bergantung pada hotel. Selalunya untuk lain-lain bayaran hotel akan include kan sekali dengan harga hotel.

      Delete