Aktiviti untuk hari keempat ni adalah untuk shopping dan jalan-jalan area Old Town yang tak dijejaki lagi memandangkan malam ni kitorg akan balik ke Kunming. Untuk pengetahuan korang, Old Town of Lijiang ni keluasannya sangat besar. Kalau nak jalan kat setiap pelusuk tu dinasihatkan supaya guna google map supaya senang nak tahu ke arah mana kita nak pergi dan mengelakkan kita dari tersesat.
Aktiviti berjalan mengelilingi Old Town of Lijiang |
Pagi tu kitorg bangun agak lambat sebab letih berjalan seharian suntuk semalam. Dalam pukul 9am, kitorg gerak pergi breakfast di kedai Halal yang sama macam 1st day kat Lijiang haritu sbb kedai ni dekat dgn hotel and bukak awal. Lepas habis makan, kitorg singgah semula ke Supermarket yang terletak bertentangan dengan kedai Halal ni untuk beli souvenir dan teh bunga untuk dibawa balik ke Malaysia. Yang bestnya shopping kat Supermarket ni adalah harga dia yang dah fix dan lagi murah berbanding yang jual kat kedai tepi-tepi jalan tu. Kalau air Mineral kitorg beli kat tepi jalan tu 2x ganda harga dari yang jual kat Supermarket ni. Dan paling penting, boleh tengok barang belek lama-lama dan fikir apa yang nak beli tanpa ada orang ikut.
Lepas dah habis membeli-belah ape yg patut n sesuai, kitorg balik semula ke Hotel untuk packing barang dan solat jamak takdim dulu before check-out. Train kitorg malam ni pukul 11pm, byk lagi mase yg ade so kitorg tinggalkan beg dulu kat lobby dan teruskan perjalanan untuk menerokai Old Town of Lijiang.
Ade byk anak sungai kat lorong2 Lijiang Old Town ni |
Tarian tradisional dorang. Sape nak join boleh masuk dalam bulatan ni |
Kat kawasan Old Town ni ada jugak laluan yang memerlukan kita untuk mendaki. Penat memang penat, tapi once kita dah sampai kat atas dapatlah tengok view yang cantik.
View dari atas |
Sepanjang perjalanan kita tak akan rasa bosan sebab banyak hasil-hasil seni yang cantik di sepanjang laluan. Ada jugak tempat-tempat yang kita boleh masuk seperti muzium dan istana lama dorang tapi ada yang free dan ada yang kena bayar.
Rakyat tempatan tgh nyanyi lagu traditional drg |
Tulisan bangsa Naxi |
Kalau masa tengah jalan-jalan tu korg rasa nak buang hajat jangan risau sebab disepanjang jalan ni ada disediakan public toilet. Macam kitorg, kitorg masuk public toilet yang tak ramai orang. Dalam toilet bersih dan terjaga. Tapi macam biasa tak ada paip, so kena isi air dalam botol dulu kat sinki sebelum masuk toilet. Mase ktrg jalan2 explore Lijiang Old Town ni ade je jumpe kedai makan halal. Mostly mee tarik lah. So ktrg singgah makan lunch lewat kt sini.
Dalam pukul 6pm, kitorg balik semula ke Guest House untuk ambil bag dan menuju ke bus stop untuk naik bas ke Train Station. Untuk ke Train Station kena ambil 2 bas. Harga setiap bas hanya 1 Yuan seorang. So total 2 Yuan untuk perjalanan kitorg ke Train Station. Bas pertama yang kitorg naik tak ramai orang, so kitorg boleh duduk. Bas kedua penuh, so terpaksa berdiri sampai bila dah nak dekat dengan train station orang mula berkurang. So dapatlah jugak duduk. Untuk ke train station ni tak perlu risau nak turun kat mana sebab memang last stop bas ni. Dalam 30 minit jugak perjalanan kitorg ke train station guna bas. Sampai dalam pukul 7pm kitorg masuk ke dalam tempat menunggu dan cari tempat yang paling hujung dan tersorok sikit untuk solat jama' maghrib dan isyak. Dah habis solat kitorg makan Maggi sebagai dinner. Air panas tak perlu risau sebab train station kat China ni memang sediakan tempat air panas untuk memudahkan penumpang buat air panas dan makan maggi semua. Toilet kat situ pun luas dan bersih.
Kitorg habiskan masa 4jam tunggu train sambil makan, minum, dan tengok youtube. Walaupun kitorg tunggu dalam kawasan tertutup, tapi dalam kawasan ni still sangat sejuk sebab dorang tak pasang heater dalam tu. Selepas 4jam, kitorg pun dah boleh masuk dalam train. Kali ni kitorg berempat dapat dalam satu compartment. 2 orang lower berth, 2 orang middle berth. Dan kebetulan betul-betul depan compartment kitorg ada suis tapi dah diconquer orang. Tapi takpelah sebab ktrg dah ngantuk nak tidur n tak perlu charge device ktrg pun.
Untuk Day 5 dan Day 6, boleh baca pada next post...
Salam sis.. boleh sy mintak iti awak? Tk. :)
ReplyDeletefarahsyazlyana90@gmail.com
W'salam. Untuk itinerary boleh tengok kat previous post. Harap membantu :)
Delete