Friday, 17 January 2020

Trip ke Hat Yai, Thailand 2020 (2nd day)

2nd day
Plan awal nak breakfast kat Kai Tod Decha, kedai semalam yang kitorang dinner. Tapi tukar plan breakfast kat hotel je lah sebab alang-alang dah ada private balkoni sekali dengan sinki. Kitorg beli foods kat 7 eleven. Beli burger Shrimp+Fish jenama CP dan roti bun perasa Taro. Burger tu dia jual dalam tempat sejuk. Masa kita beli kita mintak staff 7e tu panaskan je dalan microwave. Harga Burger Shrimp+Fish agak mahal iaitu 40 baht tapi rasa memang sedap. Kalau beli yang burger chicken atau beef sahaja lagi murah. Roti bun Taro tu pulak berharga 15 baht. Kitorg ingatkan dalam dia ada inti Taro. Rupanya kosong je. Rasa pun biasa je. Air kitorg buat air kopi dan coklat 3in1 yang hotel bagi.

Our breakfast.
Lepas dah breakfast kitorg bersiap-siap untuk balik. Sebenarnya waktu check-out hotel pukul 12 tengahari, tapi kitorg keluar awal pukul 9.30 pagi sebab nak pastikan sampai Kedah before pukul 2pm memandangkan waktu train kitorg akan berlepas dari Ipoh ke KL pukul 7.30pm. Oleh sebab duit Thailand kitorg pun banyak lagi, kitorg cadang nak buat last minute shopping kat Lee Garden Plaza before balik. So kitorg singgah ke Lee Garden Plaza dan park tepi jalan macam semalam. Masa kitorg sampai tu Plaza tu tak buka lagi. Dia buka pukul 10.30am. Kitorg sampai pukul 9.45am. So kitorg singgah 7e lagi macam biasa untuk membeli air dan kudap-kudapan. Selain teh ais, korang boleh try rasa air susu Sea Salt Caramel keluaran 7e ni. Memang sedap. Tapi tak semua branch ada jual air ni.

Sea salt caramel milk.
Dah habis beli air dan snacks kat 7e kitorg singgah balik kereta nak letak barang dulu before ke Lee Garden Plaza. Masa nak buka kereta tu ada beberapa orang local datang kat kitorg tunjuk kat kitorg tayar kereta dah kena clamp. Adalah surat putih thailand kat atas cermin depan kereta tu. Kitorg tanya nak kena bayar denda kat mana. Orang tu cakap kat police station tapi jauh lah. Kena naik tuk-tuk. So kitorg fikir kejap, alang-alang dah kena clamp ni, baik kitorg teruskan shopping dulu baru pergi bayar saman. So kitorg cakap kat orang-orang local tu, kitorg nak beli barang dulu, nanti kitorg datang balik.

Dah habis beli barang barulah kitorang fikir macam mana nak settle kan saman ni. Terpaksalah naik tuk-tuk untuk ke balai polis sebab balai polis tu memang jauh pun. Harga naik tuk-tuk dari Lee Garden Plaza ke balai polis untuk 4 orang 150 baht return. Mula-mula orang tu minta 200 baht, kitorg tawar sampai 150 baht.

Sampai je balai polis orang tuk-tuk tunjuk kat kitorg bilik kena bayar saman sekali jadi penterjemah kitorg memandangkan dia tahu Bahasa Melayu. Orang polis tu pulak tak tahu Bahasa Melayu. Tunjuk kertas yang kitorg dapat. Dia mintak lagi satu kertas, kitorg cakap dapat satu kertas tu je atas kereta kitorg. Dia tunjuk contoh kertas lagi satu kat kitorg tapi memang kitorg x nampak kertas tu. Then kena denda pula 500 baht. Masa tu duit kitorg memang dah tinggal 300 baht je, dengan kena bayar tuk-tuk lagi. So kitorg tanya duit Malaysia accept tak. Dia cakap tak boleh. Credit card pun tak boleh. Harapan kitorg pak polisi tu bagi je lah diskaun kat kitorg foreigner ni, tapi polis sini berintegriti. So terpaksa pergi money changer tukar duit.

Nak tukar duit pulak kena pergi balik area Lee Garden Plaza tu. So naik tuktuk patah balik pergi sana. Pak polisi cakap kat orang tuk-tuk tu suruh ambil kertas saman lagi satu kat kereta kitorg. Rupanya kertas saman tu dia pergi tampal kat bahagian tingkap sisi pemandu, tak sekali dengan kertas yang kitorg bawak ni. Manalah nak perasan kertas tu kat situ. Dah ambik kertas saman, kitorg tukar pulak duit kat kedai money changer yang tak friendly. Kitorg bagi duit Malaysia RM20 lima keping, dia taknak duit kecik. Dia nak duit RM50 je. Kalau bagi duit kecik dia bagi tukaran lagi rendah. Ada ke patut. Nasib kitorg ada duit RM50. Dan macam biasa kalau tukar duit Malaysia kat Thailand ni memang rugi. So better tukar duit kat Malaysia je.

Selesai buat apa yang patut, kitorg pun pergi semula ke balai polis. 500 baht burn untuk bayar denda parking di tempat yang tak dibenarkan. Apa-apa pun, kitorg dapatlah jugak merasa pengalaman naik tuk-tuk kat Thailand ni sebab sepanjang kat Thailand memang kitorg tak pernah merasa naik tuk-tuk. Masa kat Surat Thani dan Koh Samui dulu kitorg naik van, bas dan sewa kereta je. Selain tu kitorg adalah jugak pengalaman masuk ke balai polis Thailand walaupun balai polis kat Malaysia sendiri kitorg tak pernah masuk.

Masa kitorg terlebih sebab nak settlekan bayar saman ni je. Pukul 12.30pm kitorg terus bergerak menuju ke border Thailand-Malaysia. Masuk ke dalam border bahagian Thailand, jalan smooth je. Macam biasa tak ada signboard so kitorg just follow kereta depan. Sebelum korang lalu tol macam kat gambar bawah ni untuk serahkan vehicle form yang korang dapat masa sampai sini kat orang yang jaga tol tu, pastikan korang park dulu kereta kat kawasan parking yang disediakan dan beratur kat bangunan imigresen untuk cop "Keluar" dari Thailad. Lepas passport korang dah dicop, baru korang boleh proceed kat bahagian tol ni.

Penyerahan form vehicle.
Macam kitorg, kitorang terus proceed ke tol atas ni, tak cop "Keluar Thailand" passport sebab tak tahu dan tak ada apa-apa information tertulis sepanjang perjalanan tu. Kat bahagian check point atas ni pun dia tak cek, just serahkan form je. Masuk tol bahagian Malaysia untuk cop "Masuk Malaysia" baru orang imigresen tanya kitorg, nak masuk balik Thailand ke? Kitorg cakap tak. Dia pun tanya kenapa tak cop "Keluar Thailand"? Kitorg pun cakap kitorg tak tahu. So kena patah balik pergi ke bahagian bangunan imigresen Thailand untuk cop Keluar Thailand. Alhamdullilah queue tak sepanjang macam masa kitorang sampai Thailand ni semalam.

Bahagian tol imigresen Malaysia.
Tapi bila balik semula ke tol bahagian imigresen Malaysia ni, kereta dah mula queue panjang. Jam pun masa tu dah pukul 2pm, memang waktu semua orang nak balik. Apa-apa pun kitorg selamat sampai ke Ipoh 10 minit before pukul 7pm. Alhamdulillah jalam tak jem. Cumanya tak sempatlah kitorg nak dinner kat Ipoh sebab dah sampai pun lewat. Pukul 7.34pm, train ETS bergerak on time dari Ipoh dan selamat sampai ke KL Sentral pukul 10.15pm. Bawah ni short video kitorg jalan-jalan cari makan kat Hatyai ni.




Kesimpulannya, mudah je sebenarnya nak bawa kereta sendiri masuk ke Thailand. Tapi kita kena tahu step-step nya. Kalau first timer memang agak confuse. Jalan kat Thailand pun selamat sebab kebanyakan jalan dia straight je dan cara pemandu di sana bawa kereta pun berhemah. Yang penting kita kena ada waze atau google map untuk memudahkan kita bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain. Selain tu sebenarnya dengan budget bawah RM300 je korang dah boleh jejak kaki kat Hatyai ni. Kalau korang naik bas dari KL terus ke Hatyai je kos tambang bas pergi dan balik dalam RM140. Makan-makan untuk sehari setengah dalam 600 baht. Grab/tuk-tuk maybe korang boleh letak budget dalam 200 baht. Senang kira korang tukat 1000 baht terus untuk perbelanjaan korang 2 hari satu malam kat Hatyai ni. So kepada sesiapa yang nak bercuti ke luar negara tapi cuti dan budget tak banyak bolehlah pergi ke Hatyai ni.


No comments:

Post a Comment