Disebabkan virus Covid-19 yang melanda dunia, trip kitorg ke luar negara akan ditangguhkan mungkin sampai ke tahun 2022. Tahun ni kalau keadaan dah ok pun maybe kitorg akan jalan-jalan sekitar Malaysia je. Nak pergi Sabah Sarawak pun tak berani sebab kena naik flight. Kalau nak pergi sana tak perlu naik flight boleh lah rasa selamat sikit sebab boleh travel guna kereta sendiri.
Kalau korang tinggal di KL, inilah peluang untuk korang jalan-jalan sekitar KL ni, melawat tempat yang korang tak pernah pergi. Beberapa minggu selepas PKPB diumumkan, kitorg ambil peluang untuk jalan-jalan sekitar KL duduk dalam kereta je. Selain tu kitorg ke Tugu Negara.
Tugu Negara terletak di Jalan Parlimen.
Kiranya ni 2nd time kitorg ke Tugu Negara. 1st time kitorg jejak kaki ke Tugu Negara ni 4 tahun yang lepas. Tu pun sebab bawa kawan dari Sarawak jalan-jalan KL. Kalau tak memang sampai sekarang tak pernah jejak kaki kat Tugu Negara ni. Masa tu parking memang susah dan penuh dengan foreigner je.
Kali ni kitorg pergi parking kosong. Hanya ada satu kereta je kat kawasan tu.
Kawasan parking kosong.
So kitorg park kereta dan masuk ke dalam kawasan Tugu Negara sebab tak ada orang langsung masa kitorang sampai tu. Jangan risau sebab kat sini tak perlu bayar tiket masuk. FOC. Waktu operasi dari pukul 7 pagi hingga 6 petang.
Pintu masuk.
Jalan kedepan, nampak kubah ni dulu before nampak patung tugu negara.
Dah nampak patung Tugu Negara
Ni view bertentangan Tugu Negara. Just make sure to wear mask and keep your social distancing.
Selain tu korang boleh lihat view bandaranya KL dari kawasan Tugu Negara ni. Tak lama pun kitorg dalam Tugu Negara ni dalam masa 10 minit je pusing-pusing. Masa kitorg dan nak balik barulah nampak ada dalam 3 family datang berasingan. Jangan risau sebab semua datang pakai mask dan jalan jauh-jauh sebab kawasan Tugu Negara ni pun luas. Korang boleh tengok short video kitorang kat Tugu Negara bawah ni.
SELAMAT HARI RAYA!! best entry ini.. done follow u, follow me back.. tq
ReplyDeletehttp://acuyuhan.blogspot.com/