Sebulan selepas kebenaran untuk merentas negeri diumumkan, barulah kitorg berkesempatan untuk merentas negeri dari KL ke kampung kitorg di Perak. Kiranya nak balik kampung jumpa saudara mara dan makan makanan sedap-sedap kat Ipoh ni. Last kitorg balik kampung bulan Mac 2020 hari tu, just 5 hari before PKP 1.0 dikuatkuasakan. Pada hari Ahad, kitorg pergi ke Cameron Highland balik hari. Memang kalau dah pergi naik tempat-tempat macam ni hari minggu memang kena banyak sabar lah sebab orang memang terlalu ramai. Masa kitorg naik ke Cameron Highland dari Simpang Pulai tu jalan ok lagi. Masa nak balik tu yang jem, lagi-lagi jalan turun ke Tapah. Tapi apa-apa pun kita kena chill. Bukan selalu pun.
Kat Cameron Highland ni kitorg nak singgah minum teh di tempat yang kitorg tak pernah pergi sebelum ni iaitu "Boh Tea Centre Sungai Palas". Jalan nak menuju ke situ agak mencabar sebab jalan memang kecik. Kena gilir-gilir bagi laluan kat kereta dari bertentangan arah untuk lalu. Untuk tengok gambaran jalan tu macam mana, korang boleh tengok kat YouTube kitorg ni.
Dah pergi hari Ahad, memang banyak lah kereta. Tapi jangan risau sebab tempat parking dia banyak and free je. Sebelum nak masuk parking tu ada orang jaga, kita kena tulis nama, nombor kereta dan check suhu sebagai SOP Covid19 sebelum masuk ke situ. Lepas dah parking kita kena jalan mendaki sikit macam dalam video atas tu untuk ke kedai teh dorang. Penat mendaki tu memang terasa tapi once kita dah sampai atas penat lelah akan kita lupa sebab view ladang teh nya memang cantik.
Sebelum masuk ke kedai ni, kita kena beratur isi maklumat check-in dalam sistem dan pakai hand sanitizer. Kat sini ada staff dorang jaga dan pesan jaga jarak masing-masing. Lepas kitorg dapat masuk, dua orang pergi beratur order air kat kaunter, selebihnya cari meja untuk duduk.
Apa yang bagus kat sini, harga air dia agak berpatutan iaitu RM 3.85 untuk secawan teh tarik dan RM 3.50 untuk secawan teh chamomile. (Disclaimer: Harga pada Julai 2020)
Sebelum ni kitorg pergi kedai lain yang famous di Cameron Highland harga air dalam RM5 ke atas jugak lah. Lepas minum-minum kalau rasa nak buang hajat jangan risau sebab tandas dia bersih.
Lepas dah habis menjamu selera kitorg pun beransur balik. Oleh sebab sekarang dah ada norma baru sebab Covid-19, laluan masuk dan keluar pun berlainan. Masa keluar kita akan melalui laluan yang mana kita boleh nampak view ladang boh teh yang amazing. Bolehlah nak snap gambar dulu before balik.
Masa dah keluar dari cafe kita kena lalu tempat dorang jual barang-barang souvenir dan boh teh pelbagai rasa. Then sebelum keluar tu ada orang jual ice cream yang diperbuat dari bahan teh ni. Korang boleh lah try rasa.
Sebelum turun dari Cameron kitorang singgah ke Kea Farm untuk tengok-tengok apa yang menarik untuk dibeli.
Ingat nak singgah Cactus Point jugak sebab harga cactus kat situ murah boleh dapat 6 biji RM10. Tapi tutup lah pulak. So kitorang just beli jagung untuk bawa balik. So kalau korang nak jalan-jalan ke tempat yang bersuhu sejuk dengan pemandangan yang hijau tapi nak singgah sekejap je, korang bolehlah ke Boh tea Centre Sungei Palas, Cameron Highland.
No comments:
Post a Comment