Thursday, 6 October 2022

Part 1 - Trip ke Switzerland (Day 1 & 2)

Setelah 2 tahun setengah tak berjalan, kitorang decided untuk travel ke Switzerland. Sebenarnya tak pernah ada dalam list kitorang untuk travel ke Swiss dalam masa terdekat ni sebab untuk travel ke Swiss memerlukan perbelanjaan yang tinggi. Pada tahun 2020 kitorang ada beli tiket untuk ke Turkeye, tapi disebabkan Covid, flight kitorang cancel tapi still boleh minta refund atau extend guna dalam masa 3 tahun. Kitorang pilih untuk extend. Dan yang lebih mengujakan sebab boleh tukar destination ke benua yang sama FOC. Hanya perlu bayar perbezaan tax airport negara berkenaan. Setelah study mengenai budget dan tempat-tempat yang boleh dilawati di Switzerland, barulah kitorang rebook the flight ticket and change route to Switzerland. Total budget keseluruhan memang mahal, tapi kitorang fikirkan budget travel untuk 2 tahun lepas yang kitorg simpan and bila lagi nak dapat experience macam ni. 

Kitorang ke Switzerland pada pertengahan September 2022 selama 9 hari 8 malam. Suhu tak panas dan tak terlalu sejuk. Tempoh masa siang dan malam juga selari jadi boleh banyak beraktiviti sebab tak cepat gelap. Cover area Zurich, Luzern, Interlaken, Lauterbrunnen, dan Zermatt. Trip kali ni melibatkan 7 orang termasuk parents kitorang dan kitorang menggunakan public transport sepanjang berada di sana. Pastikan korang download SBB app dalam phone korang sebelum ke Swiss untuk memudahkan perjalanan korang menaiki public transport di sana. Itinerary kitorang ni lebih kepada untuk menikmati view. Sehari kitorang cover hanya satu tempat kecuali di Lauterbrunnan kitorang cover 2 tempat dalam sehari. 

DAY 1

Dari KLIA kami bertolak pada pukul 1.40am menaiki flight Emirates. Perjalanan mengambil masa 6 jam setengah sebelum transit di Dubai selama 4 jam. Setelah 4 jam transit di Dubai, kami meneruskan perjalanan berbaki 6 jam lebih ke Zurich, Switzerland. Tiba di Zurich airport pada pukul 1.20pm hari yang sama memandangkan Swiss lambat 6 jam dari Malaysia. Kiranya kalau di Malaysia dah pukul 7.20pm. Urusan di imigresen amat pantas dan tak perlu beratur panjang. Pegawai imigresen tu hanya tanya berapa hari kita di Swiss dan di mana kita akan stay. Setelah selesai urusan di imegresen, kami menuju ke Zurich Flughafen (Airport) train station untuk ke Luzern (lucerne). Mudah je nak ke train station ni, pastikan korang ikut signboard yang ditunjukkan. Dan untuk pengetahuan semua, Luzern dan Lucerne adalah tempat yang sama. Kitorang masa mula-mula nak plan itinerary pun confuse antara Luzern and Lucerne ni. 

Kitorang dah beli siap-siap Half price pass dari Klook.com kat Malaysia. So bila sampai sini just pergi kat mesin beli tiket dan pilih option yang half price. Dapatlah korang harga tiket dengan half price. Jangan risau sebab mesin dia boleh pilin bahasa English. Dan mula-mula memang confuse sikit nak pilih mana satu, tapi asalkan korang ingat nama destinasi yang korang nak tuju just tulis je kat bahagian destination. Dan pastikan korang check harga yang tertera pada skrin sebelum bayar sebab takut terlepas pilih untuk half price punya tiket. 

Mesin beli tiket. Boleh guna cash atau kad debit/kredit

Tiket dia dalam bentuk kertas biasa.

Antara rupa mesin beli tiket yang lain. Yang ni boleh bayar guna kad je 

Nanti pastikan korang check kat SBB app platform mana yang korang kena tunggu untuk train. Macam kitorang kena naik train kat platform 3. Boleh tengok kat signboard warna biru tu ada tulis 3 untuk platform 3.

Train dari Airport. 

Untuk tiket pula dia tak ada palang automatik untuk scan tiket macam kat Malaysia. Tiket akan dicheck secara random oleh pegawai yang bertugas dalam train nanti. Just pastikan korang tunjuk pass half price yang korang dah beli bersama dengan tiket yang korang beli tadi. Untuk pemegang STP pass pula, just tunjuk SPT pass bersama dengan passport korang.

Keadaan dalam train. TV tu tunjuk next destination.

Tempat letak beg. Tapi kadang-kadang penuh kitorang terpaksa bawa sekali kat tempat duduk.

Perjalanan dari Zurich Flughafen ke Luzern mengambil masa 1jam setengah. Dalam train kami berjumpa dengan keluarga Swiss yang boleh berbahasa Indonesia sebab mereka pernah bekerja di Bali. Memang totally dorang cakap Indonesia dan sembang dengan parents kitorg. So sejam setengah tak terasa lama sebab dengar dorang sembang. Kemudian kami bertukar train di Luzern untuk ke Alpnachstad train station yang mengambil masa perjalanan selama 17minit. Untuk ke Alpnachstad ni kami kena bertukar ke platform 15.

View ke Alpnacshstad

Dari situ, kami berjalan kaki 4 minit untuk ke tempat penginapan kami di Pilatus Apartment.


Pilatus Apartment menjadi pilihan kerana kedudukannya yang berdekatan dengan train station, selain cogwheel untuk ke Pilatus Kulm juga terletak disitu. Apartment ini mempunyai 3 bilik tidur, 1 bilik air dan dapur untuk memasak. Memang hampir kebanyakan apartment kat Swiss ni ada 1 je bilik air walaupun biliknya banyak. 



Kami dapat tingkat paling atas, level 3. Dari living room boleh nampak view yang awesome ni. 







Kalau korang nak suasana tenang dan view yang cantik macam ni kitorg sarankan korang stay kat sini. Memang kat sini tak ramai orang macam kat tempat-tempat lain yang kitorang stay. Tapi kalau korang jenis suka suasana yang happening, korang boleh pilih untuk stay di bandar Luzern.

DAY 2 (Pilatus Mount)

Waktu Subuh di sini masuk pada pukul 5.40am. Mudah untuk kami bangun awal sebab Swiss lambat 6 jam dari Malaysia. Kiranya kalau kat Malaysia dah pukul 11.40am. Kitorg tidur awal semalam so pukul 4am masing-masing dah terjaga. Menu breakfast kami pada pagi ini ialah roti yang dah siap dibeli dari KL serta sup mushroom. Jem dan butter pula owner rumah ni dah sediakan dan semua barang yang dia sediakan termasuk susu, jus, roti adalah percuma untuk digunakan. 


Aktiviti hari kedua kami adalah ke Pilatus Mount yang mempunyai ketinggian 2073 meter. Pada mulanya kami bercadang untuk ke Rigi Mount kerana entrance ticket adalah percuma sekiranya mempunyai Swiss Transport Pass (STP). Namun setelah menbuat perbandingan aktiviti-aktiviti yang boleh dilakukan di Pilatus vs Rigi, kami memilih Pilatus. Bawah ni kami akan ceritakan mengapa.

Plan asal pukul 7.50am, kami perlu keluar berjalan kaki ke Cogwheel station yang terletak hanya 4 minit dari tempat penginapan kami untuk menaiki cogwheel, yang mula beroperasi pada jam 8.10am. Tapi kami terlambat keluar dan tiket pun tak beli lagi, so 1st train dah terlepas. Kami tunggu untuk next train yang akan bergerak pada pukul 8.50am. Kekerapan untuk cogwheel ini adalah setiap 40 minit. 


Beli tiket dulu kat tempat jual tiket belah kanan tu. Dapat free coklat lagi.


Cogwheel ni seperti train di Bukit Bendera, Penang. Cumanya apa yang istimewa cogwheel di Pilatus ini merupakan the steepest cogwheel in the world. 


Hanya beroperasi pada bulan March sehingga November. Sekiranya korang datang ke Swiss pada musim Winter, disarankan korang ke Rigi Mount kerana banyak aktiviti di Pilatus Mount ditutup pada musim sejuk. Walaupun korang ada STP, korang masih perlu bayar half dari harga untuk naik ke Pilatus. Normal price untuk cogwheel adalah CHF36. Perjalanan menaiki cogwheel ke puncak Pilatus adalah selama 30 minit. Masa kami naik ni ada 2 train disediakan dan orang pun tak ramai lagi. So still ada tempat kosong dalam gerabak kami.



Waktu kami datang ni tengah hujan renyai-renyai, so setibanya kat atas gunung ni tak expect akan ada salji.
Nice unpredictable view

Salji pada mid of September ye. Rezeki juga dapat tengok live salji turun, lagi-lagi ini adalah 1st time adik kitorg tengok salji. 





Cumanya attire yang kitorg pakai tak cukup tebal untuk salji sebab kitorg pakai attire musim autumn. View dari atas gunung pun tak dapat lihat sebab kabus. So aktiviti kitorg kat atas ni main salji, jalan dalam dragon cave dan minum hot chocolate & coffee sambil menikmati view salji.

Bersantai sambil menghirup kopi dan hot chocolate

Jalan ke Dragon cave pula

Dalam dragon cave




Kalau kat atas gunung Pilatus tak kabus, korang boleh hiking selama 30 minit ke Tomlishorn yang merupakan the highest peak of Pilatus untuk tengok view dari situ. Kalau nak ke view point yang berdekatan (5minit perjalanan) pun boleh. Boleh pilih sama ada nak ke Oberhaupt atau Esel viewpoints. Kami tak jadi untuk pergi ke viewpoint ni sebab keadaan cuaca yang berkabus dan terlalu sejuk.

Tangga ke viewpoint

Untuk turun dari Pilatus pula, ada dua cara sama ada turun dengan cogwheel yang sama atau naik cable car dan bas yang akan membawa korang ke bandar Luzern. 

Map Pilatus. Kami naik ikut belah kiri guna train cogwheel. Turun belah kanan ikut cable car.

Kami memilih untuk turun menaiki cable car kerana nak berhenti di Frakmuntegg station untuk menaiki Frajkigaud yang merupakan the longgest Tobaggon in Swiss. 

Kena hiking sikit dalam 5 minit untuk ke tempat Tobaggon

Harga untuk Tobaggon ride ini ialah CHF9 dan mula beroperasi pada pukul 10am. Tobaggon ni juga hanya beroperasi pada musim-musim tertentu kecuali musim Winter ia ditutup. 

Disebabkan masa kami datang ni hujan, so Tobaggon ni tak beroperasi. Agak kecewa disitu. Tapi nasib view dari atas ni cantik. 


Kat Frakmuntegg ni kami berpicnic je makan nasi goreng yang kami bawa sambil menikmati view disitu. Nanti korang jangan lupa bawa botol air. Air boleh ambil dari paip kayu yang first sekali air keluar kat atas tu. Rasa air macam Evian.


Selepas habis makan dan bergambar, kami menaiki Gondola (cable car) ke Kriens dan seterusnya berjalan kaki selama 5 minit menuju ke bas station untuk menaiki bas ke bandar Luzern. 

Apa yang bestnya cable car kat Swiss ni ialah tak ada orang jaga. So boleh pandai-pandai masuk sendiri dalam cable car tu dan tak payah campur dengan orang lain. Nak duduk sorang dalam cable car tu pun boleh. Tapi ikut juga timing sebab masa kitorang pergi tu tak ada orang lain. 

Kalau bawa kereta kena bayar parking guna mesin ni

Perjalanan menaiki bas ke Luzern hanya memakan masa selama 10 minit sahaja. Di Luzern, kami melawat Chapel Bridge yang merupakan wooden bridge tertua di Swiss dan terkenal disebabkan keunikan seni binanya. Kami juga menggunakan masa terluang dengan berjalan-jalan disekitar Luzern Lake. 

Kat Luzern juga terkenal dengan boat ni. Siapa yang ada STP boleh naik free.


Chapel bridge


Sebelum balik ke tempat penginapan, kami singgah ke COOP supermarket yang terletak dalam bangunan yang sama dengan train station, satu level bawah, untuk membeli barang keperluan untuk memasak memandangkan tiada COOP berdekatan dengan tempat penginapan kami. Di level yang sama dengan COOP ni juga ada kedai halal "Little Istanbul" yang menjual kebab. So kami tapau 3 kebab kongsi-kongsi sebab portion dia agak besar juga. 

Kalau tak makan sayur ambil jenis box. Harga CHF15

Ni chicken kebab tapi banyak sayur. CHF12

Setelah habis membeli belah, kami ke Luzern train station untuk ke Alpnachstad station dan seterusnya pulang ke tempat penginapan dan berehat. 

Aktiviti hari seterusnya akan disambung dalam next post.





No comments:

Post a Comment