Day 5 (Lauterbrunnen)
Hari ke 5 di bumi Switzerland, kami ke Lauterbrunnen untuk menuju ke "Car Free villages" yang terkenal kerana terletak di kaki gunung dan mempunyai view yang awesome seperti Wengen Village dan Murren Village. Jam 6.50am, kami bergerak dari Interlaken West station ke Lauterbrunnen station dan perjalanan hanya mengambil masa selama 25minit. Setibanya di Lauterbrunnen, kami berjalan 3 minit ke Lauterbrunnen Seilbahn untuk menaiki gondola (cable car) ke Grutschalp, sebelum menaiki train ke Murren Village. 1st Gondola bergerak pada pukul 6.30am dan kekerapannya selama 30 minit sebab sekali masuk boleh muat dalam 50 orang. Kami naik gondola yang bergerak pada pukul 7.30am, just nice timing sebab orang tak ramai lagi dan tak perlu beratur.
View macam berlatar belakangkan gambar. |
Datang waktu sun rise. Dapat view cahaya disebalik gunung. |
View kami sambil brunch |
Setibanya di Lauterbrunnen station dalam pukul 11am, kami lihat que untuk naik gondola ke Murren Village dah panjang. Sekali lagi tips yang kami selalu sebut, datang awal pagi ke tempat tarikan untuk mengelakkan crowded. Seterusnya kami berjalan kaki selama 10 minit untuk melihat Staubbach Fall yang merupakan air terjun ketiga tertinggi di Swiss.
Staubbach Fall mempunyai ketinggian kira-kira 300 meter. |
Selepas usai mengambil gambar dan menikmati view, kami berpatah balik ke Lauterbrunnen train station untuk ke Interlaken Ost. Di Interlaken Ost, kami menaiki bus ke Isewald yang merupakan tempat pengambaran cerita Korea berlatar belakangkan tasik, tak ingat nama ceritanya. Dalam cerita ni, pelakon korea tu bermain piano atas jambatan ni.
Awal pagi kami bersarapan sambil menikmati view rumah-rumah dan bukit-bukau dari penginapan kami.
Last day breakfast di Interlaken West |
Kemudian kami bersiap-siap untuk ke next destination. Jam 10am kami checkout dari tempat penginapan dan menuju ke train station. Kami menuju ke Perkampungan Zermatt yang hanya boleh diaksess dengan train. Perjalanan menaiki train dari Interlaken West ke Zermatt mengambil masa kira-kira 2 jam. Seperti biasa, kami disajikan dengan view yang awesome sepanjang perjalanan kami.
Penginapan kami kali ini di Myzermatt Monazit Apartment yang terletak 10 minit dari Zermatt train station. Zermatt ni terkenal dengan gunung Matterhorn, gunung yang korang selalu nampak kat coklat Toblerone tu.
The real Toblerone guys |
Untuk penginapan ini, waktu check in adalah awal dari penginapan lain iaitu pada pukul 12 tengahari. Tetapi waktu checkout nya juga awal iaitu pada pukul 9 pagi. Apartment ini mempunyai 2 bilik tidur, 1 bilik air, dapur dan 2 balkoni dengan view gunung Matterhorn. Harga untuk 3 hari 2 malam ialah RM3100.
Enjoy the view dari balkoni sambil mengopi |
Sebelah rumah ni je ada kedai Thailand tapi tak halal. Seperti biasa, aktiviti kami kalau baru tiba ke sesuatu tempat baru adalah berehat dan berjalan-jalan di sekitar area Zermat ini.
Next post kitorang akan ceritakan aktiviti kitorang di Zermatt sehinggalah ke last day di Switzerland. Stay tune.
No comments:
Post a Comment