Monday, 26 September 2022

Itinerary Switzerland and Budget

Trip ke Switzerland ini adalah selama 9 hari 8 malam, disertai oleh 7 orang termasuk parents kitorang. Kitorang pergi masa musim Spring tahun 2022. Bawah ni merupakan itinerary kami secara ringkas. 

Day 1 (Arrival-Luzern)

1.20pm: Arrived Zurich 

2.30pm: Zurich Airport (Flughafen) to Luzern train station

4.00pm: Check in hotel and rest

5.00pm: Walk around Luzern town

Day 2 (Mt. Pilatus)

6.00am: Breakfast

7.00am: Luzern to Alpnachstad train station

8.10am: Cogwheel to Pilatus Kulm

8.40am: Activity in Pilatus 

11.00am: Cableway to Frakmuntegg station

                Ride longest tobbagon in Swiss (Frakigaud)

12.00pm: Going back to Luzern by gondola and bus

1.00pm: Walk around Chapel Bridge and Lucerna Lake

               Shopping and spent time at Luzern town

Day 3 (Mt. Titlis)

6.00am: Breakfast

6.30am: Luzern to Engelberg train station

8.00am: Gondola and Rotair cable to Titlis mount

9.00am: Ice flyer chairlift to Glacier Park 

              Activity: Snow tubing, Titlis Cliff walk, Clacier cave

10.30am: Brunch at Titlis Panorama Restaurant

1.00pm: Going back to Luzern

Day 4 (Interlaken)

6.00am: Breakfast

10.00am: Checkout hotel

11.00am: Luzern to Interlaken train station

               Lunch in train

4.00pm: Check in hotel and rest

5.00pm: Walk around Interlaken town

Day 5 (Lauterbrunnen)

6.00am: Breakfast

7.00am: Interlaken to Lauterbrunnen train station

7.30am: Gondola and train to Murren Village

              Activity: picnic and enjoy the view

10.00am: Going back to Lauterbrunnen train station

11.30am: Walk 10 minutes to Staubbach Fall

12.30pm: Going back to Interlaken

1.00pm: Take bus 103 to Isetwald

2.00pm: Going back to hotel 

Day 6 (Zermatt)

6.00am: Breakfast

10.00am: Checkout hotel

10.30am: Interlaken to Zermatt train station

                Lunch in train

1.00pm: Check in hotel and rest

3.00pm: Walk around Zermatt town

Day 7 (Gornegrat)

6.00am: Breakfast

7.00am: Zermatt GBB to Gornegrat train station

              Stop at Rotenboden station & walk 5 min to Riffelsee Lake

              Activity: hiking, picnic, Zooom

11.00am: Return to Zermatt

12.00pm: Spent time at Zermatt

Day 8 (Zurich)

6.00am: Breakfast

9.00am: Checkout hotel

9.30am: Zermatt to Zurich HB train station

              Lunch in train

12.30pm: Check in hotel 

1.00pm: Spent time at Zurich

              Last minutes shopping

Day 9 (Departure)

6.00am: Breakfast

10.00am: Checkout hotel

10.30am: Zurich HB to Zurich Flughafen (Airport) train station

3.25pm: Depart from Zurich to Kuala Lumpur


Perjalanan kitorang totally menggunakan public transport. So sehari kitorang hanya pergi ke satu tempat je supaya dapat meluangkan masa lebih lama kat satu-satu tempat, dapat menikmati permandangan dan lebih relax. Itinerary kitorg ni tak hectic, sesuai untuk yang travel dengan parents.

Kitorang ada juga plan untuk sewa kereta supaya perjalanan kurang memenatkan dan dapat cover lebih banyak tempat. Tapi bila dibandingkan harga sewa kereta untuk 7 seater termasuk kos minyak jadi lebih mahal dari menggunakan public transport. So kitorang decided untuk menggunakan public transport sahaja dengan menggunakan "Half Price Pass". Tapi kalau 5 orang kitorang rasa lebih berbaloi kalau sewa kereta.  

Sebenarnya ada satu travel pass yang dikenali sebagai Swiss Travel Pass (STP) yang terkenal dikalangan pelancong untuk menaiki public transport di Swiss ni. Dengan STP ni kiranya kita bayar sekali je untuk dapatkan pass ni, kemudian boleh naik mana-mana public transport tanpa perlu bayar dan dapat free entrance ticket lagi ke Alps dan muzium yang terpilih. So jimat masa sebab dah tak perlu beli tiket di mesin atau kaunter. Hanya perlu tunjukkan pass ni kat staff yang check tiket tu nanti. Tapi ada sesetengah tempat masih pelu bayar half daripada harga tiket seperti tiket masuk ke Mount Pilatus, Mount Titlis dan Gornegrat. Harga STP ni berbeza mengikut berapa hari yang kita nak. Ada yang untuk 6 hari (CHF359), 8 hari (CHF389), dan 15 hari (CHF429). Kitorang tak pilih STP tapi memilih Half Price pass sebab lebih jimat dari STP. Korang boleh tengok kira-kira yang kitorang dah buat dalam gambar bawah ni.   


Harga untuk STP 8 hari ialah CHF389. Bila korang dah dapat pass tu korang dah tak perlu fikir untuk beli tiket setiap kali nak naik train. Kecuali kat tempat yang tertentu masih perlu bayar half dari harga asal. Untuk tahu harga tiket dan tempat-tempat yang masih perlu bayar half tu korang boleh download SBB app dalam handphone korang. Harga yang dipaparkan pada App SBB tu selepas half price ye. Kena hati-hati sikit tengok sebab kitorg masa first time tengok app ni pun ingat harga yang dipaparkan dah full price. Rupanya dia tulis "from CHF".  

Contohnya warna kuning tu adalah tempat yang kita perlu bayar half walaupun ada STP. Lagi satu kalau korang berumur bawah 25 tahun, korang boleh dapat diskaun lagi untuk STP ni. Macam adik kitorang umur bawah 25 so dia ambil pass STP YOUTH yang berharga CHF276 (harga asal untuk 8 hari CHF389). 

Harga untuk Half Price pass pula adalah CHF120 dan boleh guna untuk sebulan. Kitorang ambil pass ni sebab dapat jimat CHF50 dari STP. Untuk Half Price Pass ni korang masih perlu beli tiket setiap kali nak naik public transport tapi dengan 1/2 harga dari tiket asal and perlu pastikan Half Price Pass dibawa kemana-mana sebab nanti orang yang nak check ticket tu nak tengok kedua-dua tiket kita. Passport pun jangan tinggal, dorang akan check sekali.

Untuk pass tiket ni kitorang beli siap-siap online kat website Klook.com supaya tak perlu tukar duit banyak untuk ke Swiss. Klook.com akan email QR code untuk pass kat kita. So nanti boleh save siap-siap dalam handphone. Kitorg print sekali hardcopy in case handphone tak boleh buka. 

Untuk internet jangan risau sebab dalam train di Swiss pun ada menyediakan free WIFI. Tempat penginapan pun rata-rata ada WIFI. Kitorang hanya beli 2 set unlimited data simkad untuk 10 hari yang berharga RM55 setiap satu. Kitorang share 7 orang memandangkan data simkad yang kitorang beli ni boleh jadi hotspot. Kitorang tak sewa pocket wifi sebab harganya lebih mahal, dalam RM12 sehari. Kalau 9 hari dah RM108. Kali 2 dah jadi RM216. Lagipun kitorang memang perlu ada 2 set of pocket wifi atau simkad sebab ada tempat yang parents tak ikut sekali. Simkad ni korang boleh beli kat Lazada atau Shoppe. Ada banyak pilihan sama ada nak yang data internet sahaja, sekali dengan call dan sms atau hotspots sharing. Kalau nak share data internet pastikan tengok simkad tu boleh jadi hotspot atau tak sebab ada sesetengah yang tak boleh share hotspot.

Covid punya requirement pula korang dah tak perlu risau kena buat test covid bagai sebab untuk pengetahuan korang, rakyat Malaysia tak kira status vaksin yang nak ke Switzerland tidak perlu buat Covid test. Untuk masuk ke Malaysia juga dah tak perlu buat covid test bermula August 2022.

Bawah ni merupakan budget kitorang ke Switzerland selama 9hari8malam.

BUDGETS

Flight ticket return: RM2500

Transport: CHF485/pax

2 unlimited data simcard: RM110 (=RM16/pax)

3 bedroom apartment at Luzern (4d3n): RM3715

3 bedroom apartment at Interlaken (3d2n): RM3157

2 bedroom apartment at Zermatt (3d2n): RM3357

2 bedroom at Zurich (2d1n): RM1272  

Untuk tempat tinggal je total RM11500 untuk 7 orang. So bila bahagi sorang dalam RM1643

Total per pax: RM 2500 + CHF485 (RM2280) + RM16 + RM1643 = RM6439 

Ni tak termasuk lagi makanan. 90% makanan kitorang bawa dari Malaysia sebab nak beli kat Swiss berganda-ganda mahal. So anggaran budget untuk ke Swiss dalam RM6500 seorang.

Untuk detail perjalanan kitorang di Switzerland, korang boleh baca our next post. Stay tune. 

No comments:

Post a Comment