Showing posts with label Chengdu. Show all posts
Showing posts with label Chengdu. Show all posts

Wednesday, 22 February 2017

Itinerary ke China & Budget (Chengdu, Gansu, Xian)

Sekarang ktrg nak share itinerary and budget ktrg ke China pada awal tahun 2017. Ktrg start kat Chengdu dan seterusnya ke Silk Road iaitu Dunhuang, Jiayuguan, Xian dan patah balik ke Chengdu. Ktrg depends 100% kat public transport macam bus and train je. Hanya tempat2 tertentu or time emergency nak kejar masa je yg ktrg guna taxi. Gerak kat sane sendiri tanpa tourist guide walaupun ktrg tak boleh cakap Chinese langsung. Pergi ke China sendiri ni rasanya lebih mudah and flexible dari kalau ikut tour yg mana khabarnya tourist guide akan paksa singgah ke kedai2 and beli barang kat kedai tu. Itinerary ktrg ni tak packed sangat sebab ade antara ktrg yg diserang demam mase trip kat sana so pergerakan pun agak terbatas.

Boleh click kat link kat bawah ni untuk baca pengalaman ktrg ke sana:
Trip ke China (Long Distance Train)
Trip ke China (Part 1) - Chengdu & Gansu
Trip ke China (Part 2) - Dunhuang
Trip ke China (Part 3) - Jiayuguan
Trip ke China (Part 4) - West Great Wall
Trip ke China (Part 5) - Xian
Trip ke China (Part 6) - Chengdu


1) Chengdu  2) Dunhuang  3) Jiayuguan  4) Xian 

Monday, 6 February 2017

Trip ke China - Chengdu (Part 6)

Selepas mengharungi hari yg mencabar utk sampai ke Xian South Railway, ktrg akhirnya berjaya naik train yg berlepas pukul 10.30pm utk ke Chengdu. Hari pun dah malam, naik2 train je lampu dah ditutup. Tapi sebab sangat ramai yg naik dari Xian South so drg bukak balik lampu dalam train utk memudahkan semua org settle down. Proses pertukaran ticket pun macam biasa, kite kene bagi ticket kat staff train and die akan bagi 1 kad kat kite. Kene jage elok2 sebab nak turun nanti kene pulangkan balik kad tu utk dapatkan balik tiket train. Tiket train pulak diperlukan utk keluar dari Railway station nanti.


Train yg ktrg naik utk ke Chengdu

Thursday, 12 January 2017

Trip ke China - Chengdu & Gansu (Part 1)

Kalau sebut China, mesti ramai yg tak berani nak pergi tanpa tourist guide sebab masalah bahasa tapi ktrg yg memang zero in Chinese ni nak try pergi ke China sendiri tanpa tourist guide selama 8 hari 7 malam ke tempat yg agak off the beaten path, iaitu tempat yg tak ramai tourist ke sane. Trip ke China buat pertama kali ni hanya cover bahagian utara barat China iaitu daerah Sichuan, Gansu and Shaanxi sahaja. Highlight trip ni ielah daerah Gansu. Yang selebihnye tu singgah amek cukop syarat je. Sebenarnye teringin nak lajak lagi perjalanan sampai daerah Xinjiang sebab selama ni pun memang Xinjiang lah tempat yg paling menarik perhatian ktrg kat China ni tapi memang tak cukup masa so tak boleh nak lajak ke sana. Mungkin akan try cover Xinjiang bila bullet train ke sane siap nanti. 

Idea nak buat trip ke China ni muncul lepas jumpe tiket return murah KUL-Chengdu. Ktrg dapat tiket RM370 return. Mule2 tu ingat nak cover Juizhai Valley yg famous tu dengan Xian je tapi sebab ade yg request nak ke Great Wall sebab kalau ke China tapi tak singgah Great Wall macam tak best so lastnye ke Gansu lah. Kalau nak ke Beijing tu macam dah jauh sangat and lari budget, so lepas ktrg find out yg penghujung Great Wall ni terletak kat Gansu, so settle masalah. Sebenarnya kalau nak ke Gansu, lagi dekat kalau start kat Xian tapi sebab tiket ke Xian takde yg murah so ktrg pun terpakse start dari Chengdu je. Tu pun nasib dapat cuti lame sikit, kalau tak memang tak sempat lah nak cover semua ni. 

Visa ktrg takde mase nak buat sendiri so ktrg suruh tourist company je buatkan. Persiapan semua berjalan dengan lancar. Tiba hari perlepasan, ktrg ke KLIA2 seawal pukul 6.30am sebab flight ktrg pukul 9.15am. Perjalanan ke Chengdu ambil masa selama 4jam lebih.