Showing posts with label Halal China. Show all posts
Showing posts with label Halal China. Show all posts

Wednesday, 22 February 2017

Itinerary ke China & Budget (Chengdu, Gansu, Xian)

Sekarang ktrg nak share itinerary and budget ktrg ke China pada awal tahun 2017. Ktrg start kat Chengdu dan seterusnya ke Silk Road iaitu Dunhuang, Jiayuguan, Xian dan patah balik ke Chengdu. Ktrg depends 100% kat public transport macam bus and train je. Hanya tempat2 tertentu or time emergency nak kejar masa je yg ktrg guna taxi. Gerak kat sane sendiri tanpa tourist guide walaupun ktrg tak boleh cakap Chinese langsung. Pergi ke China sendiri ni rasanya lebih mudah and flexible dari kalau ikut tour yg mana khabarnya tourist guide akan paksa singgah ke kedai2 and beli barang kat kedai tu. Itinerary ktrg ni tak packed sangat sebab ade antara ktrg yg diserang demam mase trip kat sana so pergerakan pun agak terbatas.

Boleh click kat link kat bawah ni untuk baca pengalaman ktrg ke sana:
Trip ke China (Long Distance Train)
Trip ke China (Part 1) - Chengdu & Gansu
Trip ke China (Part 2) - Dunhuang
Trip ke China (Part 3) - Jiayuguan
Trip ke China (Part 4) - West Great Wall
Trip ke China (Part 5) - Xian
Trip ke China (Part 6) - Chengdu


1) Chengdu  2) Dunhuang  3) Jiayuguan  4) Xian 

Monday, 6 February 2017

Trip ke China - Chengdu (Part 6)

Selepas mengharungi hari yg mencabar utk sampai ke Xian South Railway, ktrg akhirnya berjaya naik train yg berlepas pukul 10.30pm utk ke Chengdu. Hari pun dah malam, naik2 train je lampu dah ditutup. Tapi sebab sangat ramai yg naik dari Xian South so drg bukak balik lampu dalam train utk memudahkan semua org settle down. Proses pertukaran ticket pun macam biasa, kite kene bagi ticket kat staff train and die akan bagi 1 kad kat kite. Kene jage elok2 sebab nak turun nanti kene pulangkan balik kad tu utk dapatkan balik tiket train. Tiket train pulak diperlukan utk keluar dari Railway station nanti.


Train yg ktrg naik utk ke Chengdu

Friday, 27 January 2017

Trip ke China - Xian (Part 5)

Ktrg ikut cakap receptionist hotel 7Days Inn utk tunggu bus no1 kat bus stop opposite side dari hotel tu. Before keluar dari hotel, sempat lagi ktrg beli biskut Oreo kat lobby hotel. Oreo ni ada tanda Halal tapi dalam bahasa China. Time ni dah pukul 12pm. Ktrg tunggu dalam 5 minit je lepastu bus no1 pun sampai, bayar 1 yuan seorang dalam box tepi driver bus. Orang agak ramai jugak dalam bus tu, and for the 1st time, ktrg jumpe rakyat China Muslim dalam bus. Sorang pakai kopiah dengan wife die pakai tudung. Mule2 tu ktrg kene berdiri sebab bus agak penuh tapi kejap je sebab bile dah kat penghujung kawasan bandar, ramai orang turun dari bus. Dapat duduk je, terus ktrg bukak google map utk check location. Dalam pukul 12.40 ktrg selamat sampai kat Jiayuguan Railway station.


Tugu depan Jiayuguan Railway station

Tuesday, 24 January 2017

Trip ke China - West Great Wall (Part 4)

Keluar je dari exit Jiayu Pass, ktrg nak cari kedai makan dulu before proceed ke Great Wall. Ktrg pergi check kat kedai halal yg ktrg nampak mase turun dari bus pagi tadi. Tapi kedai tu tutup! Hampe gile. Maybe sebab low season so die pun taknak bukak sebab tak menguntungkan. Tapi ktrg tak give up, ktrg patah balik ke arah exit Jiayu Pass tadi balik. Belah kiri exit tu ade macam deretan rumah2 kedai. So ktrg nak try usya. Deretan kedai yg pertama ktrg lalu, ade 3-4 buah kedai makan halal. Tapi hampe jugak sebab semuanya tutup. Ade 1 kedai tu macam bukak tapi pintu tertutup rapat so ktrg takdelah nak g check dekat2.


Kedai ni nampak macam bukak tapi macam gelap je


Sunday, 22 January 2017

Trip ke China - Jiayuguan (Part 3)

Awal pagi ni, ktrg bangun awal pagi utk solat subuh. Rase berat sangat kepale, tekak perit and dah start selseme jenis yg heavy ni. So memang sah la dah kene demam. Puncenye tak lain dan tak bukan mesti lah dari mak and anak yg kat tepi katil ktrg mase dalam train haritu. Rase menyesal la pulak sebab tak pakai mask mase duduk dalam train dgn drg tu. Sebab drg batuk2 berie jugak and memang menghala ke arah ktrg. So lepas mandi, breakfast bubur instant and lepastu telan panadol lagi. Hopefully takdelah kene penyakit pelik2 kat China ni.

Ktrg ingat nak terus keluar tapi sebab kat luar gelap lagi and sunrise pun dekat2 pukul 9am, so ktrg decide keluar lepas matahari dah ade nanti je. So boleh lah rehat kejap and tertidur akibat kesan ubat tu. Tepat pukul 9am, ktrg turun bawah nak tanye kat receptionist tu macam mana nak pergi ke great wall. Die suruh amek bus no4 kat bus stop yg tak jauh mane dari hotel ni. Selain bus no4, boleh jugak naik bus no6 utk ke great wall. Tapi sebab hotel ktrg ni kat laluan bus no4, so naik bus no4 je la. Harge tambang 1yuan je setiap seorang. Nak bayar, masukkan je dalam kotak tepi driver. Make sure ade duit kecik sebab kalau bagi duit besar, takkan dapat baki.

Masukkan duit dalam kotak kat depan tu

Monday, 16 January 2017

Trip ke China - Dunhuang (Part 2)

Sampai2 je kat railway station Dunhuang, ktrg terus cari tempat nak simpan beg. Tanya police yg bertugas kat situ, die tunjuk ke arah tepi station. Ktrg pun ikut je and jumpe satu office yg ade lambang bag. Masuk kat dalam, ade sorang perempuan jaga kat situ. Die terus amek beg ktrg and letak atas penimbang. Ktrg pulak rase macam pelik kenape nak kene timbang beg pulak. Rupe2nye tempat tu utk post bag. Lepastu terus je ktrg gune apps translator utk bagitau yg ktrg just nak letak bag je sampai pukul 3pm. Baru la die paham, and die charge 10yuan je utk 2 bag ktrg sekali dengan resit die bagi.

Tempat utk simpan bag

Thursday, 12 January 2017

Trip ke China - Chengdu & Gansu (Part 1)

Kalau sebut China, mesti ramai yg tak berani nak pergi tanpa tourist guide sebab masalah bahasa tapi ktrg yg memang zero in Chinese ni nak try pergi ke China sendiri tanpa tourist guide selama 8 hari 7 malam ke tempat yg agak off the beaten path, iaitu tempat yg tak ramai tourist ke sane. Trip ke China buat pertama kali ni hanya cover bahagian utara barat China iaitu daerah Sichuan, Gansu and Shaanxi sahaja. Highlight trip ni ielah daerah Gansu. Yang selebihnye tu singgah amek cukop syarat je. Sebenarnye teringin nak lajak lagi perjalanan sampai daerah Xinjiang sebab selama ni pun memang Xinjiang lah tempat yg paling menarik perhatian ktrg kat China ni tapi memang tak cukup masa so tak boleh nak lajak ke sana. Mungkin akan try cover Xinjiang bila bullet train ke sane siap nanti. 

Idea nak buat trip ke China ni muncul lepas jumpe tiket return murah KUL-Chengdu. Ktrg dapat tiket RM370 return. Mule2 tu ingat nak cover Juizhai Valley yg famous tu dengan Xian je tapi sebab ade yg request nak ke Great Wall sebab kalau ke China tapi tak singgah Great Wall macam tak best so lastnye ke Gansu lah. Kalau nak ke Beijing tu macam dah jauh sangat and lari budget, so lepas ktrg find out yg penghujung Great Wall ni terletak kat Gansu, so settle masalah. Sebenarnya kalau nak ke Gansu, lagi dekat kalau start kat Xian tapi sebab tiket ke Xian takde yg murah so ktrg pun terpakse start dari Chengdu je. Tu pun nasib dapat cuti lame sikit, kalau tak memang tak sempat lah nak cover semua ni. 

Visa ktrg takde mase nak buat sendiri so ktrg suruh tourist company je buatkan. Persiapan semua berjalan dengan lancar. Tiba hari perlepasan, ktrg ke KLIA2 seawal pukul 6.30am sebab flight ktrg pukul 9.15am. Perjalanan ke Chengdu ambil masa selama 4jam lebih.