Showing posts with label Xian. Show all posts
Showing posts with label Xian. Show all posts

Wednesday, 22 February 2017

Itinerary ke China & Budget (Chengdu, Gansu, Xian)

Sekarang ktrg nak share itinerary and budget ktrg ke China pada awal tahun 2017. Ktrg start kat Chengdu dan seterusnya ke Silk Road iaitu Dunhuang, Jiayuguan, Xian dan patah balik ke Chengdu. Ktrg depends 100% kat public transport macam bus and train je. Hanya tempat2 tertentu or time emergency nak kejar masa je yg ktrg guna taxi. Gerak kat sane sendiri tanpa tourist guide walaupun ktrg tak boleh cakap Chinese langsung. Pergi ke China sendiri ni rasanya lebih mudah and flexible dari kalau ikut tour yg mana khabarnya tourist guide akan paksa singgah ke kedai2 and beli barang kat kedai tu. Itinerary ktrg ni tak packed sangat sebab ade antara ktrg yg diserang demam mase trip kat sana so pergerakan pun agak terbatas.

Boleh click kat link kat bawah ni untuk baca pengalaman ktrg ke sana:
Trip ke China (Long Distance Train)
Trip ke China (Part 1) - Chengdu & Gansu
Trip ke China (Part 2) - Dunhuang
Trip ke China (Part 3) - Jiayuguan
Trip ke China (Part 4) - West Great Wall
Trip ke China (Part 5) - Xian
Trip ke China (Part 6) - Chengdu


1) Chengdu  2) Dunhuang  3) Jiayuguan  4) Xian 

Friday, 27 January 2017

Trip ke China - Xian (Part 5)

Ktrg ikut cakap receptionist hotel 7Days Inn utk tunggu bus no1 kat bus stop opposite side dari hotel tu. Before keluar dari hotel, sempat lagi ktrg beli biskut Oreo kat lobby hotel. Oreo ni ada tanda Halal tapi dalam bahasa China. Time ni dah pukul 12pm. Ktrg tunggu dalam 5 minit je lepastu bus no1 pun sampai, bayar 1 yuan seorang dalam box tepi driver bus. Orang agak ramai jugak dalam bus tu, and for the 1st time, ktrg jumpe rakyat China Muslim dalam bus. Sorang pakai kopiah dengan wife die pakai tudung. Mule2 tu ktrg kene berdiri sebab bus agak penuh tapi kejap je sebab bile dah kat penghujung kawasan bandar, ramai orang turun dari bus. Dapat duduk je, terus ktrg bukak google map utk check location. Dalam pukul 12.40 ktrg selamat sampai kat Jiayuguan Railway station.


Tugu depan Jiayuguan Railway station