Wednesday 18 April 2018

Berkunjung ke Zoo Negara 2018

Untuk awal tahun 2018 ni, Zoo Negara ada buat offer tiket free kepada sesiapa yang lahir pada 16 March hingga 15 April. So sebab salah sorang dari kitorang lahir antara tarikh ni, so kitorang pun bercadang untuk pergi sebab alang-alang dapat tiket free. Harga normal tiket ialah RM44 per adult. Lagipun memang dah lama sangat tak datang Zoo Negara ni. Tiket ni sekali dengan bayaran untuk tengok Panda. Kalau dulu diorang asingkan harga Panda dari entrance ticket, maknenye siapa nk tengok Panda kene bayar extra. Tapi nampaknya sekarang diorang dah sekalikan dalam ticket entrance. 

Zoo Negara yg terletak kat Hulu Kelang (boleh waze utk exact location) ni dibuka setiap hari, dari pukul 9 pagi sampai 5 petang. Last entrance boleh masuk pada pukul 4 petang. Kitorang pergi hari Sabtu dalam pukul 2.30 petang dengan harapan petang2 ni redup lah sikit. Malas nak datang pagi2 sebab nanti pukul 10 dah panas. So lepas lunch, kitorang pun park kereta kat tempat yg disediakan kat zoo ni. Tempat park kereta ada 2, zon A dan zon B. Kitorang park kat zon A sebab kalau tengok map tempat beli tiket berdekatan dengan zon A. Harga kalau dulu ikut per hour. Sekarang RM10 per entry. Mahal jugaklah harga parking ni. Tempat parking luas, so jangan risau.

Terus pergi ke kaunter ticket untuk beli ticket and claim free ticket. Bagi sesiapa yang ada kad Aeon, Mydin, RapidKL atau PlusMiles sila bawa dan tunjuk di kaunter 6 sebab boleh dapat diskaun 10%. So hanya perlu bayar RM39.60 untuk dewasa, save RM4.40. Lagi satu, rajin2kanlah diri selalu buka web Zoo Negara untuk lain2 promotion sebab kitorang notice dorang selalu jugak buat diskaun masa cuti sekolah atau untuk certain2 bulan untuk birthday free ticket.

Masuk2 je akan nampak signboard arah binatang2 yang kita nak tuju. Oleh sebab animal show start pukul 3pm, kitorang ikut arah kanan dulu menuju ke tempat animal show memandangkan masa tu dah pukul 2.50pm. On the way ke situ, kitorang nampak 2 ekor kuda. So snap gambar dulu. 



Then nampak klinik veterinar dan gerai makan belah kanan. Akhirnya sampai ke tempat animal show. Kitorang cari tempat duduk dulu. Ramai orang dah duduk kawasan center sebab lagi jelas untuk nampak persembahan animal. Tepat pukul 3pm, show bermula. 


Mula2 persembahan burung kakak tua berlumba untuk bawa bola masuk dalam jaring gol. Second show untuk sesiapa yang nak donate duit boleh pegang kat tangan dan burung tu akan terbang  dan ambil duit dari tangan orang tu dan bagi pada penjaga dia. Ni hanya terhad kepada 10 orang je sebab kalau x lamalah nak tunggu untuk next show. Lepastu ada beberapa show lagi. Last sekali baru persembahan singa laut main bola. Before pukul 4pm show habis.

Then, kitorang masuk ke tempat akuarium. Ikan2 macam biasa yang kita tengok, tak ada yang unik. Lepastu kitorang tengok binatang2 lain dulu sebab cadang nak masuk tengok panda pukul 4.45pm. Cuaca masa tu mendung, jadi just nice untuk jalan2. Ada banyak bangku yang disediakan. Jadi kalau kita penat berjalan boleh duduk dulu rehat. Bagi yang tak larat nak jalan boleh naik tram. Untuk dewasa RM8, kanak2 RM5, 2 tahun kebawah free. 
Ke Aquarium

Ikan menyamar jadi kayu



Zirafah berkumpul dalam kandang.
Zirafah mula keluar dari kandang dia.
Pukul 4.50pm kitorang sampai kat the Must Place to Visit, Giant Panda Conservation Centre. Masa kitorang nak masuk tu tak ade orang. Dorang yang memanggil2 tanya dah tengok panda ke belum. Tak payah beratur, dorang cuma explain dalam tu jangan bising, snap gambar boleh tapi jangan ada flash, dan masa maximum boleh berada dalam tu 20minit sahaja. Makanan minuman tak boleh bawa masuk, so kitorang tinggalkan botol air kat rak yang disediakan.



Masuk2 kena turun tangga before masuk ke pintu yang ada si Panda ni. Masa tu ada panda jantan je. Panda betina tak ada sebab tengah berpantang jaga 2nd daughter dia yang lahir bulan January tahun ni. Jadi agak rugi jugak sebab dapat tengok seekor panda je. 

First masuk tengok panda ni tengak tak bermaya.
Masa mula2 masuk tu tercari2 panda ni. Rupanya dia tengah sedih macam kat gambar atas ni. Maybe dah lama tak jumpa wife.

Si Mama Panda yang sedang berpantang.

Papa Panda yang keseorangan.

Makan dengan tawaduk.
Tak lama lepastu si Panda ni mula bergerak naik kayu2 ni sebab makanan dia ada kat platform paling atas. Dapatlah tengok si Panda beraktiviti menikmati makanan dia. Lepas habis makan kenyang, dia terbaring macam kat bawah ni.


Dalam ni kitorang stay 15 minit tengok panda. Alhamdulillah time kitorang masuk tak ramai orang, so senang nak tangkap gambar panda ni. Keluar dari tempat panda akan nampak unta 3 ekor tengah bersantai. Unta ni badan dia kecik2 je. Lepastu terdengar ada sorang budak kecik ni tanya mak dia unta punya bulu mata bukan tebal ke. Then kitorang tengok bulu mata unta tu dan baru perasan bulu mata unta ni tak setebal unta negara Arab. Maybe faktor persekitaran. 

Seekor orang utan yang pemalu.
Then kitorang tengok orang utan, harimau, gajah, burung, dan lain2 sampailah pukul 5.25pm baru kitorang keluar dari Zoo. Dalam Zoo Negara ni terdapat beberapa buah Cafe dan tempat jual cenderamata. So kalau lapar atau nak beli souvenir bolehlah. Tapi harga food dan souvenir agak mahal. Air mineral kitorang bawa siap2 dari rumah sebab kalau beli dalam ni dalam RM3. Surau pula ada berdekatan dengan pintu masuk Zon A. Jadi tak perlu risau dan terkejar2 kalau nak solat dulu pun boleh.

Info tentang Zoo Negara:
Waktu Operasi: 9pagi-5petang (Setiap hari)
Masa terakhir untuk masuk: Pukul 4 petang
Waktu Animal Show: 11pagi dan 3petang
Bayaran Masuk: RM44 (dewasa), RM16 (kanak2 bawah 12tahun), RM21 (warga emas 60tahun keatas), kanak2 3tahun kebawah FOC. *harga untuk warganegara Malaysia sahaja. Pastikan bawa IC anda.
Harga tram: RM8 (dewasa), RM5 (kanak2) *harga untuk warganegara Malaysia sahaja. Pastikan bawa IC anda.
Harga Parking: RM10 sekali masuk