Wednesday 24 February 2016

Trip ke Tokyo - Part 4 (Odaiba & Yoyogi Mosque)

Entry ni adelah sambungan dari Trip ke Tokyo - Part 3

Dulu (2015) kalau nak ke Odaiba naik train, kene bayar separate sebab JR Kanto pass tak cover sampai ke Odaiba. Tapi sekarang ni bile tengok balik JR punye pass, drg dah include new train ke Odaiba ni dalam JR Tokyo area pass drg. So lagi la senang & menjimatkan lah untuk sesiapa yg nak ke Odaiba lepas ni kalau gune pass tu. 


Jumpe jam ni mase sampai kat station Daiba, Giant Ghibli Clock

Odaiba ni pulau buatan manusia yg asalnye dibuat sebagai kubu pertahanan utk Tokyo. Dalam tahun 1980an rasenye Jepun nak bangunkan Odaiba as a futuristic town tapi tergendale sampai la lewat 90an. Antara bende yg famous kat Odaiba ni ielah Rainbow bridge, Fuji TV, Pallet town n replika Gundam gergasi.


Fuji TV

Rainbow bridge yg berlatar belakangkan Tokyo tower

Trip ke Tokyo - Part 3 (Tsukiji Fish Market)

Entry ni adelah sambungan dari Trip ke Tokyo - Part 2

Bangun awal pagi utk solat subuh. Lepas tu alas perut makan roti yg ktrg bawak dari Malaysia. Plan pagi ni nak ke Tsukiji Fish Market utk tengok tuna auction. Tuna auction tu start pukul 5 pagi lebih and hanya 120 org visitor je yg boleh masuk. Die akan bahagi 2 session, maknenye setiap session tu 60 org je yg boleh masuk. Nak register pulak seawal pukul 4.30am. 


Tuna auction. Source: Google

Bayangkan nak bangun pukul berape utk sampai kt Tsukiji tu pukul 4.30am? Lagi 1 issue, train start pukul 5 lebih pagi. So kene datang naik taxi la kalau nak g Tsukiji pagi2 bute tu. Unless hotel dekat dgn Tsukiji, boleh la jalan kaki je. So ktrg pn decide skip tuna auction and tapi still pergi Tsukiji tapi lewat sikit dalam pukul 9am. Tourist tak boleh masok pasar before 9am ye sebab nak bagi laluan kat peniage kedai makan utk beli ikan, seafood n lain2 bahan mentah utk kedai drg. Kirenye kene datang lepas peak hour la.

Tuesday 23 February 2016

Trip ke Tokyo - Part 2 (Harajuku & Shinjuku)

Entry ni adelah sambungan dari Trip ke Tokyo - Part 1

Keluar dari hotel terus ke Harajuku. Naik train dalam 30minit, tukar train kat JR Tabata then turun kat JR Harajuku. Ktrg amek exit yg betul2 menghadap Takeshita Dori. 


Area ni memang sentiase penuh dgn manusie



Kat sini ade jual macam2 mostly pakaian la sebab Takeshita Dori ni famous sebagai fashion street. Tapi tujuan ktrg datang sini sebab nak try makan crepe je. Kat sini ade banyak stall yg jual crepe n agak famous gak crepe kat Harajuku ni. Nak beli macam biase kene temu ramah penjual dulu utk pastikan kandungan bahan dalam crepe tu. 

Trip ke Tokyo - Part 1 (Arrival & Asakusa)

Tokyo trip ni sebenarnye lokasi 1st ktrg dalam trip to Japan. Tahun 2014 n 2015 tapi sekarang baru berkesempatan nak buat. Entry bab Tokyo ni akan tunjukkan tempat2 menarik yg ktrg dah g kat Tokyo untuk rujukan sesiapa yg berminat nak ke Tokyo.

Tokyo ade 2 international airport, Narita n Haneda. Kalau MAS akan turun kat Narita, Air Asia lak kat Haneda (dulu pernah ade Narita gak). Narita ni jauh sikit dari bandar Tokyo, Haneda lak dekat sikit. Kalau flight landing kat airport time malam, kene cepat sikit utk kejar train sebab train kat Jepun bukan 24hours. Lagi2 kalau yg nak beli or collect train pass tu pun kene plan elok2 sebab office JR tutup awal jugak.


Narita Airport

Hotel kat Tokyo ade banyak pilihan. Ikot budget masing2. Ktrg pernah stay kat Smile Hostel, Asakusa (private room shared bathroom) n Flex Stay Inn, Higashi-Jujo (private room with bathroom and kitchenette). Flex Stay Inn ni sangat2 recommended sebab lokasi die sebelah je dengan JR Higashi-Jujo n dalam bilik ade bathroom sekali dengan tempat masak. So boleh lah nak jimat tang makan kalau masak, lepastu masa pun boleh jimat sebab tak perlu menapak jauh2 utk ke train station. 

Thursday 18 February 2016

Trip ke Jepun - Osaka (Day 5)

Entry ni adalah sambungan dari Trip ke Jepun - Day 4 (Miyajima, Hiroshima)

Hari ni last day ktrg kat Osaka. Flight ktrg pukul 5pm. Hotel pulak kene check out by 11am. So lepas consider factor2 ni, ade 3 plan yg sesuai utk last day ni:


1) Pergi tgk Kishiwada castle kat Kishiwada, Osaka. Nak g sini kene naik train yg bukan JR, so kene bayar extra. Bincang2 cancel plan ni sebab ade extra cost n plus dah g tengok castle dah hari tu kat Fukuyama. Tapi kalau yg berminat tu, boleh la try g Kishiwada castle ni. Dalam 30minit je dari Osaka. Lepas tu jalan kaki dalam 5 minit dari station Takojizo (Nankai line) ke Kishiwada castle.


Kishiwada castle, kecik je castle die. Source: Google

2) Next plan, nak g tengok snow kat area Shiga. Either kat Maibara, Hikone or Nagahama. Kat Hikone ade Hikone castle yg merupakan salah satu dari 12 castle yg original. Kirenye bukan reconstruction la, ni yg asli. Nak g sini, kene jalan kaki dalam 15 minit dari station JR Hikone. Kalau nak yg dekat lagi dgn train station, boleh lajak sikit ke station JR Nagahama n kat situ boleh tengok Nagahama castle. Jarak dari train station ke Nagahama castle dalam 4 minit je jalan kaki. Kat Nagahama ni boleh nampak lake biwa yg merupakan tasik terbesar kat Jepun. 

Hikone castle. Source: Google

Wednesday 17 February 2016

Trip ke Jepun - Miyajima, Hiroshima (Day 4)

Entry ni ialah sambungan dari Trip ke Jepun - Day 3 (Kobe, Fukuyama)

Plan asal utk hari ke4 ni sepatutnya ke Iwakuni, Miyajima n Hiroshima. Tapi lepas amek kire pendapat ahli2 keluarga dalam group kali ni, so terpaksa cancel g Iwakuni. Just cover Miyajima n Hiroshima sahaja. Untuk yg berkesempatan, sangat2 recommended utk ke Iwakuni. Rasanya tak banyak blog yg buat review pasal Iwakuni lagi.

Yang paling menarik pasal Iwakuni ni sebenarnye jambatan Kintai-kyo die. Reka bentuk unik melengkung. Selalu kan jambatan jalan rata kan, ni dia melengkung. Dikatakan pada zaman dulu jambatan ni hanya Ninja je yg boleh guna. Jambatan ni menyambungkan ke istana Iwakuni yg terletak atas bukit, kene naik cable car kalau nak g istana Iwakuni.


Source: Google

Kalau nak ke Iwakuni, kena keluar awal, pukul 5.20am which is before subuh. Utk ke Iwakuni, kalau naik Shinkansen (bullet train) dalam 1 jam 45 minit je dari tapi sebab JR Pass yg ktrg amek ni just cover Shinkansen sampai Hiroshima je, kene tukar naik train biase pulak dari Hiroshima nak ke Iwakuni tu. Iwakuni ni lebih kurang 50minit+ lagi selepas Hiroshima kalau naik train biase. Sebenarnya kalau amek Sanyo-San'in Area pass or JR Pass, die boleh cover Shinkansen sampai JR Shin-Iwakuni, tapi harga pass tu mahal sikit lah dari Kansai-Hiroshima Area pass yg ktrg beli ni. Lepas tu nanti boleh naik bus dari station JR Iwakuni (train biasa) or JR Shin-Iwakuni (kalau naik Shinkansen) ke Kintai-kyo bridge. So sebab tu kene keluar awal kalau dari Osaka sebab akan melibatkan bus lagi nanti dari Iwakuni station.

Tuesday 16 February 2016

Trip ke Jepun - Kobe, Fukuyama (Day 3)

Entry ni ialah sambungan dari Trip ke Jepun - Day 2 (Universal Studio Japan)

Hari ketiga di Jepun dimulakan seawal pukul 7am selepas solat subuh dan bersarapan ringkas dgn roti je kt bilik. 1st destination yg ktrg nak g hari ni ielah Goshikizuka Kofun yg terletak kat belah barat Kobe. Untuk ke situ, ade dua pilihan station yg berdekatan dengan Goshikizuka kofun tu. Sama ade nak turun kat station JR Tarumi yg kene jalan 10minit dari station ke kofun or kat station Sanyo Kasumigaoka yg kene bayar extra Y150 tapi jalan 5minit je ke kofun tu. Ktrg macam biase, pilih yg mane paling dekat utk memudahkan parents so ktrg turun kat Kasumigaoka station (Sanyo Line). Naik dari JR ShinImamiya, nanti kene tukar train, turun kat station JR Maiko n kene masuk station Sanyo Maiko-Koen pulak utk ke Goshikizuka Kofun tu.

Plan asalnye nak keluar dari Hotel pukul 6.30am sebab nak tengok Akashi bridge tapi memandangkan ktrg dah lewat sikit, so ktrg skip Akashi bridge. Akashi bridge ni terletak betul2 depan station JR Maiko. Mule2 plan nak g pun sebab dah alang2 ktrg memang kene tukar train kat JR Maiko, boleh la nak stop kejap tengok bridge tu. Tapi tak sempat, so tak singgah pun. Untuk yg ada masa, sangat2 recommended utk stop jap tengok the longest suspension bridge in the world ni (as at Jan 2016). Museum cara pembinaan bridge ni pun ada, sesuai utk student Engineering or sesiapa yg nak tambahkan ilmu.

Untuk naik Sanyo line, kene beli tiket kat machine yg ade kt Sanyo Maiko-koen station tu. Sanyo line ni pelik sikit sebab takde staff yg jaga station, so kalau ade problem nak beli ticket susah gak. Ktrg cari button help pun takde mase tu. Maybe sebab station kecik kot. Tapi machine tu ade la option utk English, so ktrg dapat beli tanpa masalah. Tapi lepastu ade lagi 1 problem, takde langsung signboard tulisan romaji (huruf A B C) kat station drg. So agak mencabar sikit kalau tak reti baca kanji (tulisan jepun). Platform ade 2 je so ktrg tanye org2 kat train station tu, kene tahu basic Japanese sket. Suprisingly pakcik Jepun yg ktrg tanye tu jawab in English yg fluent, takde pelat Jepun langsung. Mase ktrg tanye tu, kat bahagian atas dari platform. Die siap turun bawah skali ngan ktrg ke platform just utk tunjuk next train sampai pukul berapa. Sangat terharu dgn kesungguhan pakcik Jepun ni.

Jarak 1 station je dari Sanyo Maiko-koen ke Sanyo Kasumigaoka. Cuaca time tu agak baik, langit biru tetap biru takde awan tapi still sejuk. Keluar dari station, sunyi je area ni. Maybe sebab area perumahan kot n semua org dah pergi kerja/ sekolah. Dari station Kasumigaoka, ktrg ikot path ke belakang station n ikot jalan tepi landasan keretapi. Dalam 4 minit perjalanan tu akan melalui kawasan perumahan sepanjang laluan tepi railway tu, lepas tu akan terus jumpe Goshikizuka Kofun (tomb). Pintu masuk pun tak jauh dari jalan yg ktrg ikut ni.

Turun kat station Sanyo Kasumigaoka

Goshikizuka Kofun

Thursday 4 February 2016

Trip ke Jepun - Universal Studio Japan (Day 2)

Entry ni ialah sambungan dari Trip ke Jepun - Day 1 (Osaka, Kyoto)

Hari kedua di bumi Jepun ni, kami akan habiskan 1 hari ni utk ke Universal Studio Japan (USJ). Ticket dah beli siap2 kat JTB KLCC. So tak payah buang masa beratur lagi utk beli ticket kat depan entrance USJ. Harga utk ticket 1 day Y7,500. Tujuan utama ktrg ke Jepun ni pun sebenarnya utk tengok Harry Potter ni yang hanye ade di London (Worner Bros Studio Tour), USA (Universal Studio di Orlando dan Hollywood) and Japan (Osaka). USJ ni ade satu2nya Harry Potter yg dibina kat Asia, tapi disadvantage nye drg gune fully bahasa Jepun. Semua dialog kat situ ditukar ke bahasa Jepun. Tapi signage direction lable semua still maintain yg original guna English word. 



Wednesday 3 February 2016

Trip ke Jepun - Osaka, Kyoto (Day 1)

Note: Trip ke Jepun ni selama 5 hari 4 malam bersama family yg berjumlah 7 orang pada January 2016 (winter). Disebabkan parents tak boleh jalan banyak sangat, so trip ni dibuat ikot kesesuaian parents tapi still menggunakan public transport tanpa tourist guide. Tempat yg dilawati pun akan mengambil kira faktor jarak dari public transport utk memudahkan parents bergerak.

Utk buat family trip ni, bende paling susah nk buat is nak cari tarikh yg sesuai utk semua org free n boleh g. Banyak faktor kene amek kira tapi Alhamdulillah semua persiapan berjalan lancar. Tiba hari penerbangan tu, ktrg berlepas dari KLIA2 pukul 1.00am and selamat touched down kat Kansai airport pukul 8.30am (waktu Jepun). Ktrg dah breakfast siap2 dalam flight, jimat masa sikit dah tak payah nk cari breakfast kat airport dah lepas sampai tu. Mase kat imegresen, barisan agak panjang tapi tak lame sangat pun tunggu sebab laju je pegawai2 Jepun ni buat keje. Lepas dah selesai imegresen, ktrg singgah toilet dulu before g amek beg. Toilet kat sini ade toilet automatic, yg ade banyak2 butang tu n ade bidet, so sangat selese utk muslim yg kebiasaanya perlukan air dalam toilet. Kalau masuk toilet tak jumpe butang2 tu maknenye toilet yg tu takde air, so try cari cubicle toilet yg lain. At least mesti ade 1 cubicle yg ade fungsi butang2 air dalam toilet tu.

Kansai airport

Boleh try tekan2 tengok apa jadi