Saturday 10 February 2018

Trip ke Genting Highlands 2017



Trip ke Genting Highlands ini adalah untuk mengisi masa cuti kami. Pergi balik hari. Tujuan kami ke sini lebih kepada nak naik cable car untuk naik ke atas, nak tengok apa yang ada. Kami pilih Christmas day untuk pergi balik hari. Kami bertolak tengahari dalam pukul 12.30 dari KL menaiki kereta.  Alhamdulillah, perjalanan ok, traffik lancar, kereta tak banyak and tak hujan. Ambil masa dalam 30 minit untuk sampai ke tempat parking di Genting outlet premium. Lepas tu solat dulu dalam shopping kompleks  sebelum beli tiket untuk naik standard cable car yang berharga RM8 sehala di Awana skyway. So return dah RM16. Kalau nak naik glass floor gondola harga dalam RM50 sehala dan tak perlu beratur panjang. Untuk yang ada Genting Reward Card, korang boleh gunakan points korang untuk naik cable car ni. 5GP untuk one way standard gondola, 40GP untuk glass floor gondola. Kitorang beratur tak lama sangat sebab cable car ni ada banyak, pukul 2.30 kami dah dapat naik cable car yang memuatkan seramai 8 orang.

Naik sampai atas hujan mula turun.


Naik cable car ni dalam 10 minit dan dia akan stop sekejap kat satu station: Chan Swee station. Tapi kitorang tak turun sebab nak tengok kat atas dulu ada apa. Sampai kat atas, kita akan terus masuk ke kawasan indoor dalam bangunan shopping kompleks. Kitorang ingatkan ada kawasan outdoor untuk jalan2 tengok view dalam cuaca yang sejuk berkabus ni. Rupanya lebih kepada untuk bershopping. Kat sini macam-macam kedai ade bagi yang gemar bershopping. Tempat makan pun ada tapi harga kat atas ni macam biasa lagi mahal.

Dah jalan2 kejap kat atas kitorang pun beratur balik untuk turun bawah naik cable car. Sebelum turun sampai bawah kitorang stop kat Chin Swee station untuk jalan2 tengok view outdoor yang agak sejuk sambil isi perut makan kuih dan biskut yang kitorang bawak dari rumah. Sambil tu minum kopi panas yang kitorang bancuh sendiri jugak dari rumah. Jimat tak payah beli foods kat sini. Next ada signboard ke Chin Swee Cave Temple yang memerlukan kita untuk turun banyak tangga sebelum sampai ke temple tu. Tapi jangan risau sebab ada eskalator.





Chin Swee Cave Temple.

Lepas tu kitorang naik semula cable car untuk balik. Parking rate RM8 per day untuk public holiday. Tapi bermula January 2018 ni, parking rate di Genting premium outlet berdasarkan hour. RM2/hour untuk weekdays (maximum RM12 perday) dan RM3/hour untuk weekends & public holiday (maximum RM18 perday). So untunglah kitorang dapat pergi beberapa hari sebelum dorang tukar parking rate berdasarkan hour ni.

Dalam pukul 4.30pm kitorang drive turun untuk balik ke KL. Jalan balik memang jem ditambah dengan hujan. Apa2 pun kitorang selamat sampai ke rumah. So total perbelanjaan kitorang naik ke Genting Highland saje2 ialah:

Cable car (return)- RM16
Parking- RM8/3pax (RM3)
Tol Gombak(return)- RM12/3pax (RM4)
Fuel- RM12/3pax (RM4) 

Total= RM27 seorang

Masa operasi untuk cable car di Awana Skyway ni adalah dari pukul 7pagi ke 12malam. Awana Skyway merupakan cable car yang baru di Genting Highland. Cable car lama terletak di Genting Skyway. Kalau nak ke cable car baru ni just follow signboard yang tulis Awana skyway. 
Sumber: rwgenting.com

Macam ada lagi sorang author blog ni (Kakashe), dia naik cable car yang lama. Harga sama, cuma bezanya cable car baru di Awana Skyway ni tempat duduk dalam gondola menghadap orang depan2, gondola lama kat Genting Skyway pula menghadap tingkap, so agak privacy dan boleh tengok scenery dengan lebih baik.

Pengalaman Haji 2017 - 1438H (Di Madinah)

Penerbangan kami adalah antara yang terawal masuk ke Madinah dulu dan berada di situ selama 8 hari sebelum bertolak ke Mekah. Suasana di airport Madinah tak sesibuk di Airport Mekah. Alhamdulillah masa proses imegresen kumpulan kami berjalan lancar dan agak laju sebab kami sampai awal pagi, dan masa tu banyak kaunter yang beroperasi.

Lapangan terbang Madinah
Selepas habis proses imegresen, kami dibawa untuk menaiki bas yang disediakan. Beg bagasi tak payah ambil sebab dorang dah siap-siap angkut letak atas bas. Kita hanya perlu tunggu beg kat hotel nanti. Tapi ambil masa sikit untuk beg kita nak sampai sebab dorang bahagikan ikut level. Jadi memang kena bawa baju spare dalam beg yang kita pegang in case beg kita lambat sampai atau ada jugak kes yang beg hilang atau misplace.

Bas yang kami naik.
Perjalanan dari airport ke hotel ambil masa dalam 30 minit.
Bangunan lama.

Dah nampak Masjid Nabawi.

Arrived.
Untuk di Madinah, jemaah Malaysia tak kira yang guna Muassasah atau pakej akan dapat hotel yang memang dekat dengan Masjid Nabawi. Kami dapat Al-Haram Hotel yang terletak hanya 3 minit jalan kaki dari masjid. Nombor bilik semua akan diberi masa kita di kompleks tabung haji di Kelana Jaya. Jadi sampai je di hotel kita pergi ke nombor bilik yang dah ditetapkan. Kami yang perempuan dapat satu bilik 5 orang. Ayah kitorang dapat satu bilik 6 orang. Bilangan jemaah dalam satu bilik bergantung pada kebesaran bilik tu.

Our room.

Bathroom, sekali dengan bath tub.
Keesokah harinya, pihak Tabung Haji tunjukkan kawasan sekeliling Masjid. Ziarah kubur Nabi dan sahabat serta masuk ke Raudhah. Untuk perempuan, ada waktu tertentu sahaja untuk masuk ke Raudhah. Lelaki boleh masuk bila2 masa.






Kawasan solat untuk perempuan sahaja.
Dulu selalu confuse beza antara Masjid Nabawi dengan Masjidilharam. Sekarang baru tahu yang Masjid Nabawi yang ade payung2 banyak ni. Masa mula2 sampai bangun subuh senang sebab beza masa Malaysia-Saudi 5 jam. Malaysia dah 9 pagi, Saudi baru 4 pagi. Tapi masa magrib ke ishak tu agak mencabar sikit, sampai tersungup2. Yelah kalau kat Malaysia kita dah nyeyak tidur. Tapi lama2 semua dapat biasakan dengan time Saudi ni.

Untuk hari berikutnya, Tabung Haji buat lawatan ziarah ke beberapa tempat di Madinah. Jadual lawatan ni mengikut kumpulan penerbangan kita dan akan ada jadual ditampal di notice board. Antara tempat yang dilawati ialah Masjid Quba', Bukit Uhud, dan pasar Tamar.

Bukit Uhud


Kubur sahabat Nabi yang syahid dalam perang Uhud



Masjid Quba'


Pokok Tamar


Ziarah di Madinah ni free sebab under TH, berbeza dengan ziarah di Mekah perlu bayar sebab pihak Muassasah yang handle. Hari ke-7 pihak TH mintak semua jemaah yang akan ke Mekah siapkan beg besar sebab akan dihantar ke Mekah dulu. Tag nama yang baru untuk dilekatkan pada beg akan diberikan hari tu berdasarkan nombor bilik di Mekah nanti. Beg dikumpulkan kat satu tempat. Esoknya masa nak pergi ke Mekah, jemaah hanya perlu bawak handluggage je. Urusan di Madinah ni amat memudahkan jemaah. 

Trip ke Koh Samui, Thailand (Part 3)

Day 3
Tak ade aktiviti hari ketiga ni memandangkan tengahari kena gerak balik Surat Thani town. Pagi ni kitorang breakfast agak lambat dari semalam, dalam pukul 8.30am. Order nasi goreng vegetarian macam biasa dengan omelette dan pancake supaya kenyang sampai petang. Lepastu jalan-jalan keliling hotel kejap, balik bilik dan kemas apa yang patut. Sambung tidur sementara tunggu masa check out pukul 12tghr. 

Last day in Koh Samui.

Breakfast.
Tiba-tiba dalam pukul 11am ada orang ketuk pintu bilik. Ingatkan van transfer ke ferry dah sampai. Janji hari tu pukul 12.15pm. Rupa-rupanya orang hotel datang hantar farewell fruits macam kat gambar bawah ni.

Farewell fruits.
Kitorang makan-makan dulu buah ni kat balkoni sambil tengok laut. Lepastu prepare untuk check out. Bagi kunci semua. Tunggu kat lobby hotel dalam pukul 12.20pm van sampai. Dalam van tu dah ade 3 orang mat salleh. Lepastu driver tu stop lagi satu hotel ambil couple Thailand. Perjalanan kali ni ambil masa 30 minit je sebab dari Lamai driver tu stop kat bus station yang berdekatan dengan Nathon pier. Kitorang ingatkan dia terus stop kat jetty, rupanya dia kata semua turun nanti kena naik bas pulak untuk ke jetty. Semua pun turun bawak barang masing2. Sebelum pergi ke bas, pastikan korang tunjuk resit Phantip yang korang dapat kat staff kaunter "Phantip". Nanti dia akan bagi tiket bas dan pelekat yang tertulis "Surat Thani Town". Just tampal pelekat tu kat baju kita supaya senang staff dorang nampak nanti.

Bas pulak ada waktu untuk bergerak. Macam kitorang bas gerak pukul 1.30pm. Nanti orang bas akan tengok pelekat kita dan akan panggil masa dah boleh naik bas. Perjalanan dari bus station ni ke Nathon Pier hanya 10 minit. Dah sampai tu semua kena turun, beg besar yang simpan bawah bas boleh tinggalkan sebab nanti balik kita akan naik bas yang sama. Pastikan tiket ferry ada dengan kita.


Ferry yang kitorang naik kali ni lebih besar berbanding masa datang hari tu. Lebih selesa dan kitorang dapat duduk tepi tingkap. Kerusi pun banyak kosong. Pukul 2pm ferry mula bergerak. Macam biasa aktiviti kitorang dalam ni menguyah snek, tidur. Lepastu rasa lapar makan maggi yang kitorang bawak. Dalam pukul 3.30pm sampai ke jetty. Turun dari ferry terus menuju ke bas yang bawak kitorang tadi. Ingatkan kitorang akan naik bas yang sama untuk ke Surat Thani town, rupanya bas tu hanya untuk yang direct ke Airport je. Yang nak ke town kena tunggu another mini bus. Agak buang masa jugaklah disitu. Kitorang ambil beg yang ada dalam bas tu, lepastu tunggu for another bus bersama 2 groups yang lain. Tapi ada jugaklah sorang staff Phantip jaga. Dalam 20 minit jugaklah menunggu, baru bas mini tu sampai. Tunjuk resit, lepastu orang tu suruh simpan resit tu untuk airport transfer esok. Dalam sejam lebih baru sampai last perhentian bas yang terletak berdekatan dengan hotel kitorang.

Kitorang menetap di My Place @ Surat Hotel sebab lokasinya yang berdekatan dengan bus stop dan night market. Hanya 10 minit jalan dari bas stop ni ke hotel. Nak pergi night market pun hanya 3minit jalan. 7eleven dan family mart pun dekat. Senang cerita, kawasan hotel ni memang strategik.


Nice room.
Kitorang book 2 bilik dari AirAsiaGo dan dah bayar siap2. So senang tak payah bawak duit banyak2. Bilik just nice and bersih. Dalam pukul 5:45pm kitorang keluar balik pergi night market cari makanan berat dulu sebab perut dah lapar. Cari jugak orang pakai tudung atau kedai yang tulis halal tapi tak jumpa. Kitorang teruskan berjalan ke arah boat pier sebab kat google map ada nampak kedai tulis Halal. Kat tepi kawasan boat pier ni ada jugak deret pasar malam, tapi tak jumpa jugak yang halal. Kitorang teruskan lagi perjalanan straight je.




Akhirnya jumpa jugak orang pakai tudung. 4 deret gerai tu orang islam yang jual. Satu gerai jual goreng2, sebelah jual air, sebelah lagi pancake. So kitorang order nasi goreng, air green tea dan pancake banana + coklat. Cakap nak makan sini, nanti dorang hantar kat meja kita dan bayar lepas dapat makanan. Kitorang makan kat tepi boat pier ni.





Habis makan, kitorang membeli belah makanan lagi nak makan kat hotel sebagai dessert. Bawah ni antara makanan yang kitorang beli kat pasar malam tu.









Ingatkan pulut mangga, rupanya cempedak. Tapi apa2 pun rasa dia sedap.


Tengoklah betapa banyaknya makanan yang kitorang beli. Memang kenyang sangat malam tu. Last night kat Surat Thani, kenalah makan makanan dorang puas2. Yang bagusnya kat sini, pasar malam dia bersih. Tak kotor macam kat tempat kita. Jadi nak membeli pun rasa selesa dan tak was2 pasal kebersihan food dia.

Day 4

Last day kitorang breakfast nasi goreng kampung Brahim je sebab hotel ni memang tak include breakfast. Dorang tak provide kettle, jadi kena turun pergi kat pantry dorang ada sediakan air panas dan microwave. Kitorang ade bawak tupperware dari Malaysia, so just masukkan nasi goreng ni dalam bekas dan panaskan dalam microwave, siap!

Dalam pukul 9am check out. Tunggu bas kat lobby hotel je sebab bas tu akan stop depan hotel ni. Beberapa minit lepastu bas pun sampai. Kitorang and a few mat salleh naik bas tu. Bagi resit kita kat pakcik bas tu.


Dalam 45 minit perjalanan termasuk stop2 kat hotel tertentu untuk ambil customer, kitorang pun sampai airport. Tak payah check in sebab kitorang dah check in online. Sambil2 tunggu gate bukak, kitorang membeli belah kacang dan magnet. Magnet dia lebih kurang 100baht kat airport ni. Kalau kat luar mesti dapat lagi cheaper.

Flight kitorang delay lebih kurang sejam jugak sebab masalah teknikal katanya. Dah sampai Malaysia, tak boleh nak landing kat KLIA2 lagi sebab pilot kata hujan lebat dan jarak penglihatan yang tak mengizinkan untuk landing. Jadi kitorang round2 kat atas banyak kali jugak sebelum pilot decided to landing kat Subang Airport sebab cuaca kat KLIA2 masih teruk, dari bad become worst. Kitorang kena duduk dalam plane je sementara tunggu cuaca kat KLIA2 ok. Lebih kurang sejam jugak tunggu kat Subang tu, dorang isi minyak kapal terbang, then berlepas balik ke KLIA2. Alhamdulillah dalam pukul 6pm selamat sampai ke KLIA2.


Jadi dengan budget antara RM600 - RM800, korang dah boleh datang ke Surat Thani dan Koh Samui, Thailand untuk 4hari 3malam. Dah cukup untuk korang rehatkan diri dan menghayati suasana pantai di Koh Samui ni. Urusan pengangkutan sangat mudah, cuma banyak masa yang habis untuk perjalanan dari Surat Thani ke Koh Samui.