Monday 6 May 2024

Trip ke Seoul, Korea (Day3)

Hari ketiga aktiviti kami untuk ke Gyeongbokgung palace dan ke Starfield Suwon mall untuk tengok library yang famous tu. Kami bangun pukul 8pagi sebab Gyeongbokgung Palace buka pukul 9pagi. Lepas breakfast dalam bilik, kami bergerak untuk ke train station. Untuk ke Palaca ni, perlu turun di Gyeongbokgung station (Line 3). Turun je station ni, kena jalan menuju ke exit yang tulis palace. 

Dalam pukul 9pagi ada pertunjukan pertukaran guard istana. Lepas tengok show tu, kami pun bergambar dekat kawasan istana. Kalau korang nak sewa pakaian traditional Korea, boleh ke kedai berdekatan. Harga kami tak tahu sebab kami tak sewa pakaian tu. Kalau korang pakai Hanbook, korang boleh masuk Gyeongbokgung Palace secara percuma.

Setengah jam lepas tu ada lagi persembahan pertukaran guard. Kami dah tengok tadi jadi kami gunakan peluang ni untuk bergambar kat gerbang utama istana sebab Semua orang fokus kat persembahan guard tu. So ni lagi satu tips nak bergambar kat pintu gerbang istana tanpa ramai orang.




Sejam kat palace, kami pun bergerak ke train station untuk ke Starfield library. Perjalanan jauh juga mengambil masa 2jam. Kami pergi library yang kedua yang baru dibuka pada january 2024. So tak adalah gambar naik escalator tepi rak-rak buku macam orang lain. Untuk ke situ, perlu ambil train ke Hwaseo station (Line 1). Keluar je station kena jalan dalam 5 minit ke Starfield Mall. Boleh ikut orang yang ramai-ramai jalan memang nak ke mall tu. 

Strategi kami untuk jimat masa adalah kami cari lift untuk ke level 7. Jangan risau lift memang banyak. Then kami cari the center of mall tempat library ni boleh dilihat. Kami mulakan ambil gambar dari level 7, kemudian turun ke level 6, dan seterusnya ke level 4. 





Then masa jalan-jalan dalam mall ni nampak banyak kedai makan, waktu pun waktu lunch. Memang terliur tengok dorang makan tapi kita tak jumpa kedai halal kat situ. Jadi kami pun keluar, jumpa k-mart kat tepi jalan & beli food yang blogger cakap boleh dimakan.

Perut keyang, kami pun naik train balik untuk ke hostel. Lepas 2 jam perjalanan, kami turun di Myeongdong dan terus ke Busan jib untuk makan makanan berat. Busan jib ni ada 3 jenis kedai dengan menyajikan 3 makanan berbeza. Satu chicken, satu seagood dan satu lagi daging grill. Kami pilih makanan seafood. 

Untuk taste dan harga kami rasa Kampungku restaurant lagi sedap dan berbaloi. Tapi untuk makanan seafood yang kami order macam nasi goreng & bubur memang banyak betul seafood dia letak dalam tu. Untuk kuantiti seafood memang puas hati.

Kenyang makan, kami pun balik hostel untuk rehat. Lepas mahrib kami keluar balik untuk last minit shopping sebab esok pukul 10.30pagi flight balik. Trip kami di Seoul ni sekejap je sebab kami nak singgah Ho Chi Minh, Vietnam esoknya. Kebanyakan orang yang travel bersama anak-anak bolehlah include kan Everland theme park dan boleh tambah lagi stay sehari.

Day 4

Pagi kami gerak pukul 6 pagi ke train station. Kali ni kami naik All stop train sebab estimate masa sampai airport dalam Naver app lebih kurang je dengan Express airport train yang non-stop. Lagi satu jimat masa sebab All stop train boleh guna T-card je, tak payah singgah mesin beli tiket. Dalam pukul 7.30pagi kami sampai airport dan terus beratur kat kaunter Vietnam Airlines untuk check-in. 

Perjalanan dalam plane selama 5 jam dan kami transit di Ho Chi Minh selama 18jam. 



Untuk pengetahuan korang, Vietnam Airlines ada bagi free tour & hotel bergantung pada berapa lama kita transit di Vietnam. Jadi dengan offer dari Vietnam Airlines ni kami dapat berjalan-jalan free di HCM. Untuk 18 jam transit, antara yang kami dapat ialah free return airport transfer, 3 star hotel stay with 2x meal, free tour di 3 tempat berserta dapat tour guide. 


Dan hotel yang mereka bagi hanya 10 minit jalan kaki ke Malaysian Market, tempat famous orang kita membeli belah telekung, kain dan tudung.


Untuk total kos trip kami 4hari 3malam di Seoul ialah RM2400 termasuk makanan. So kalau korang perlukan percutian di luar negara dengan harga bawah RM2500 dan flight bawah 8 jam, bolehlah bercuti di Seoul, Korea. 

Trip ke Seoul, Korea (Day 2)

Day 2

 Pukul 5pagi kami bangun dan bersiap-siap untuk ke Nami island. Subuh di sini masuk awal dalam pukul 5.30pagi. Dalam pukul 6pagi kami terus bergerak ke subway station untuk menaiki train. Memandangkan hari ni adalah hari Sabtu, kami plan untuk sampai ke Nami Island awal untuk elak ramai orang. Plan asal nak naik ITX train yang lebih laju ke Gapyeong station. Tapi Naver app punya suggestion untuk gunakan Subway biasa. 

Pastikan korang download Naver app sebab google map dan waze tak boleh guna kat Korea. Naver app memang banyak membantu untuk kita plan nak naik subway mana untuk ke destinasi kita, sesuai dengan waktu dan kita boleh agak masa kita akan sampai ke destinasi kita. Fee untuk train pun app ni tunjuk, jadi senang nak agak untuk topup berapa dalam T-card. Tapi sebagai walking map agak kurang sikit function dia. 

Dalam pukul 8.30am kami tiba di Gapyeong station. Kami naik bus no 10-4 di seberang jalan untuk ke kawasan ferry ke Nami island. 


Bus ni bergerak setiap setengah jam. 8.50am bus bergerak dan dalam 5 minit kami sampai ke bus stop tempat ferry ke Nami island. Kemudian perlu berjalan dalam 3 minit ke kaunter tiket. Tiket kami dah beli di Klook, jadi kami hanya tunjuk pada staff dan terus naik ferry pukul 9am. Ferry ke Nami Island akan bergerak setiap 20-30 minit. 

Tak lama pun dalam ferry dalam 5 minit kami dah sampai di Nami island. Aktiviti kami di situ bersantai-santai sambil tangkap gambar dan menikmati view.

Mulanya ingat nak naik heritage train yang berharga 3,000 won untuk ke hujung pulau. Tapi bila jalan-jalan sebenarnya tak lah jauh sangat nak ke penghujung pulau. Dengan cuaca yang sejuk dan view yang indah tak adalah rasa jalan tu jauh. 

Jalan-jalan, perut pun dan berbunyi. Kami plan nak breakfast di satu-satunya kedai halal di situ iaitu Asian Cuision. Kedai ni terletak hujung pulau, hampir dengan tempat cerita winter sonata. Kami ingat kedai ni buka pukul 10pagi, jadi kami terus masuk kedai. Rupanya 10.30 baru buka tapi orang kedai bagi masuk duduk dulu. Kiranya kami first customer hari tu.

Untuk order kena pergi dulu dekat kaunter, order dan bayar.  Nanti dia bagi alat pengesan order yang bila food dah siap berbunyi tu. Bila benda tu dah berbunyi, kita kena ambil sendiri food. Self-serving lah senang kata. 


Harga makanan kami untuk seorang 15,000 won. Air memang kami tak order langsung kat hampir semua kedai makan yang kami pergi sebab hampir setiap kedai sediakan air kosong free. Lepas dah habis makan, kena kemas sendiri meja & hantar tray ke tempat yang disediakan.

Dah kenyang, kami jalan balik ke tempat ferry untuk balik. Kami naik ferry pukul 11.30pagi, bila sampai je ke seberang jetty nampak ramai orang beratur untuk naik ferry ke Nami island. Alhamdulillah kami sampai awal pagi tadi jadi tak payah beratur untuk masuk ferry. So tips untuk ke Nami island ialah untuk datang awal pagi before pukul 10am sebab kebanyakan yang ambil pakej naik bas atau van gerak dari Seoul dalam pukul 9pagi. Jadi dalam pukul 10.30am dah banyak group bas sampai.

Kami tunggu kat bus stop yang bas drop kan kami tadi dan tunggu bas dalam 10 minit untuk ke Gapyeong station. Aktiviti seterusnya kami ke Gangchon rail bike park. Kami naik train lagi dan perjalanan mengambil masa dalam 20 minit. Sampai je, kami jalan keluar dari station dan belok kiri, kita akan nampak signboard besar Gangchon rail park. 


Tiket kami dah beli siap-siap melalui Klook. Kami pilih 4-seater bike yang berharga RM193. Kami 3 orang so nanti harga ni bahagi 3. Kalau nak naik yang 2-seater pun ada. Untuk tiket perlu ditukar dengan fizikal tiket dan kena dapatkan di kaunter. Untuk pengetahuan korang, kaunter tiket ni akan tutup untuk lunch dari pukul 12-1pm. Disebabkan kami sampai pukul 12.10pm, jadi kami pun kena tunggu. Untuk timing naik bike ni ada beberapa timing. Kami dah pilih timing pukul 1.30pm. Tepat pukul 1pm kaunter buka dan kami pun tunjuk qr kod yang kami dapat dari klook untuk tukar tiket.

Then beratur untuk naik benda ni. Staff akan ajar cara nak brek. Untuk yang kaki tak panjang disarankan duduk kat bahagian belakang sebab jarak kerusi dengan pedal dekat, so selesa sikit nak mengayuh. Macam kami tiga-tiga kaki pendek, so dua orang nak taknak memang kena duduk depan. Bila staff tu tengok, dia tunjuk boleh adjust seat rapatkan sikit ke depan. So oklah sikit nak mengayuh.

Kayuh-kayuh agak penat juga lama-lama tu kalau non-stop sebab jauh juga perjalanannya dalam 30 minit. Tapi jangan risau sebab ada certain area yang benda ni gerak sendiri tanpa kita perlu kayuh. 

Lepas dah sampai, rehat jap tunggu semua yang lain sampai sambil tengok view. Then kami naik Romantic train ramai-ramai untuk ke penghujung lokasi. Untuk patah balik ke entrance Gangchon rail park kena naik bas yang disediakan. Harga semua ni memang dah include. Dalam pukul 3pm kami menaiki train untuk ke itaewon. Kami nak singgah solat kat masjid Itaewon dan lunch di area masjid. Perjalanan dalam 2 jam juga. Alhamdulillah dapat seat so boleh tidur sepanjang journey. 

Untuk ke masjid keluar ikut exit 3 station. Jalan dan belok kanan. Kemudian ada persimpangan belok kiri. Korang akan nampak jalan yang kena mendaki. Jalan straight je, kat sepanjang jalan tu dah boleh nampak banyak kedai halal. Nanti jumpalah masjid. Untuk tempat wuduk tak ada dalam tempat solat, kena jalan keluar sikit. Tandas kat masjid  ni ada dalam area tempat wuduk dan ada pipe.



Lepas solat, kami makan kat kedai fried chicken yang bernama Yell-o chicken. Total food kami untuk tiga orang ialah 39,600 won. Honey butter chicken dia sedap. Spicy chicken dia pun ok dan tak terlalu pedas. Kami order sorang satu set small sebab ingatkan kuantiti ayam dia sikit. Rupanya banyak juga boleh share 2/3 orang. Kalau korang ber 4/5 boleh order set besar.

Aktiviti malam pula macam biasa kami jalan-jalan di Myeongdong. Untuk day 3, boleh tengok next post.


Trip ke Seoul, Korea 2024 (Day 1)

Tahun 2024 dimulakan dengan melancong ke Korea Selatan. Kami tumpukan di bandar Seoul sahaja selama 4 hari 3 malam, just before puasa. Trip kali ini disertai oleh 3 orang. Perjalanan kami ke Seoul menaiki pesawat Vietnam Airlines dan harga ticket return adalah RM1206. Trip kami ni adalah pada awal bulan Mac, suhu di Seoul antara 15-0 celcius.

Flight kami dari KLIA bertolak pada pukul 8.25pm. 3 jam lebih dalam flight, kami transit sebentar di Hanoi. Kemudian flight kami ke Seoul memakan masa selama 3 setengah jam. 



Dalam pukul 5.45am, kami selamat tiba di Incheon Airport. Proses di imegresen mengambil masa dalam setengah jam memandangkan hanya flight kami yg tiba pada masa itu. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar. 

Untuk persediaan di imegresen, pastikan print satu itinerary lengkap, k-eta boleh apply sebulan before flight date dan Q-kod diisi maximum 3 hari sebelum tarikh berlepas ke korea. K-eta dan Q-kod tak perlu print sebab semua rekod dah ada dalam sistem dorang. Pastikan semua member dalam group dah faham pasal itinerary di korea supaya kalau orang imegresen tanya, boleh jawab. Alhamdulillah kami tak kena soal apa-apa. Imegresen just tengok passport, snap gambar dan cap jari. Selesai.

Kami menuju ke Arex train yg merupakan airport express train untuk menuju ke station Seoul. Arex train ada dua jenis. Satu yang express terus ke Seoul dan satu lagi ada stop di 12 stations atau dipanggil all stop train. Harga pun banyak beza. Express 11,000 won dan all stop train 4,150 won. Perjalanan mengambil masa dalam 40minit dengan express train dan 1jam dengan all stop train. 


Di Seoul station, kami beli T-card dari machine ticket dan reload. Kemudian kami menaiki subway line 4 ke Myeongdong station. Dari Myeongdong station, kami berjalan 10minit ke tempat penginapan kami, Zaza backpackers’ hostel untuk drop bag memandangkan masa check-in adalah pukul 3 petang.

Semasa nak drop bag, staff hostel bagitau yang bilik kami dah ready dan kami boleh check in awal. Alhamdulillah bolehlah kami berehat sekejap before memulakan perjalanan kami di Seoul. Dalam pukul 11am kami brunch dulu di Kampungku Restaurant yang hanya terletak bersebelahan dengan hostel kami. Total kos makanan untuk 3 orang adalah 27,000 won. Kalau nak ikutkan antara semua kedai makan yang kami singgah di Seoul, Kampungku Restaurant adalah yang paling murah dari segi harga. 

Selesai makan, kami berjalan 15minit ke cable car yang akan membawa kami ke Namsan tower. Tiket kami dah beli siap-siap di Klook jadi hanya perlu tunjuk qr kod pada kaunter tiket untuk ditukar dengan physical ticket. Alhamdulillah masa kami pergi tu dalam pukul 12.30petang, orang tak ramai dan tak perlu beratur panjang untuk naik cable car. Cable car ni jenis yang kena diri dan naik ramai-ramai, bukan macam yang kat Genting Highland. 

5 minit dalam cable car, kami pun sampai ke puncak. 



Sejam setengah bersiar-siar dan bergambar, kami pun turun semula. Kali ni satu cable car hanya kami bertiga dengan satu couple and seorang staff. Nice timing sebab masa kami turun tu dalam pukul 3pm, nampak ramai dah beratur untuk naik ke atas pula.

Dari cable car kami berjalan menuju ke Daiso 12 tingkat yang merupakan Daiso yang terbesar kat Seoul. Rupanya Daiso ni lebih dekat dengan area hostel kami, dalam 10 minit berjalan. Korang boleh tengok video kami kat Daiso di Youtube kami nanti. Tips kami mulakan dengan level atas sekali dengan menaiki lift. Then baru turun guna tangga level by level untuk mengelakkan guna tenaga yang banyak. 

Hampir sejam juga kami luangkan masa kat Daiso. Dalam pukul 5pm kami balik ke hostel untuk solat jamak asar dan zohor. Pukul 6pm kami keluar balik untuk dinner di kedai Bakso yang juga terletak bersebelahan kedai Kampungku. Harga makanan untuk 3 orang 34,000 won. Antara sebab kami pilih Zaza backpackers hostel adalah location yang strategik dan banyak kedai makanan halal. Nama je hostel tapi semua bilik dia ada tandas sekali dalam bilik. So tak bercampur dengan orang lain. 

Lepas makan kami ke Myeongdong street market yang hanya terletak seberang jalan besar dari hostel kami. Nak beli makanan dah kenyang. Jadi kami hanya jalan survey harga untuk barang yang kami boleh beli sebagai souvenir untuk dibawa balik ke Malaysia. Kami singgah kedai yang terkenal dengan barang kosmetik iaitu Olive Young tapi yang tak best nya terlalu ramai orang sampai nak tengok barang pun susah. Masa kami nak balik ke hostel baru kami nampak ada satu lagi kedai Olive Young yang tak terlalu ramai orang. Untuk pengerahuan korang, kalau beli barang 30,000 won ke atas di Olive Young, staff akan tolax tax masa kat kaunter tu terus. Just kena tunjuk passport kita.

Malam kami tidur awal sebab esok kami akan bertolak lepas subuh untuk ke Nami island menggunakan subway. Stay toon untuk hari kedua kami di next post.