Monday 28 November 2016

Trip ke Delhi - Agra - Manali - Simla (Part 2)

Polisi kerajaan India utk perangi black money or duit palsu which drg haramkan duit 500rs n 1,000rs yg sedia ade membuatkan majority semua org dah tak nak accept duit tu. So impactnye kat foreigner macam ktrg ni, yg memang ade berkeping2 duit 1,000rs lepas tukar duit kat money changer Malaysia. Tapi boleh je nak tukar duit tu dgn duit baru yg dikeluarkan kerajaan India, kene g tukar kat bank la. And disebabkan jugak population India ni 2nd highest in the world selepas China, que utk beratur kat bank utk tukar duit tu memang panjang gile. Ktrg dapat tukar duit 2,000rs je setiap orang. 


Source: Google

Thursday 24 November 2016

Trip ke Delhi - Agra - Manali - Simla (Part 1)

Pada awal bulan November 2016 yg lepas, ktrg ade trip ke India selama 5 hari 6 malam. Trip ni melibatkan 4 orang wanita sahaja yg kesemuanya diantara 20 hingga 30 tahun. So trip ktrg ke India ni tak berapa nak extreme sangat. And Alhamdulillah ktrg selamat pergi dan selamat pulang. Ktrg cover New Delhi, Agra dan Himachal Pradesh sahaja.

Ktrg bertolak dari Malaysia dalam pukul 7pm tapi flight delay so pukul 7.30pm baru die gerak. Perjalanan ke New Delhi, iaitu ibu negara India mengambil masa hampir 6 jam. Dalam flight pun memang majoriti org India. Rasanye macam ktrg je Melayu yg ade dalam flight tu utk ke New Delhi. Dalam pukul 11pm waktu India, ktrg selamat sampai kat Indira Gandhi International Airport, New Delhi. Ktrg try toilet airport, ade air! So senang la nak survive. Surau/ prayer room pun ade kat sini.

Indira Gandhi International Airport


Untuk yg sampai kat New Delhi lewat malam, boleh pilih utk bermalam kat hotel area luar airport. Boleh jalan kaki je dari airport sebab tak jauh mane pun area2 hotel tu dari airport. Option lain, boleh try tidur kat dalam airport tapi kene extra careful ye sebab kat India kan. Tapi ktrg pilih hotel kat area city centre sebab nak yg lagi murah. Boleh pilih nak naik taxi (bayar kat kaunter siap2) or train or bus utk ke city dari airport. Disebabkan train drg (metro) still ade lagi time tu, ktrg naik metro je la senang. Kurang sikit risiko kene tipu malam2 dgn driver taxi or bus kat airport tu. Metro die simple, tak complicated pun. So InsyaAllah takkan sesat.

Wednesday 2 November 2016

Cara Mendapatkan Visa India

India merupakan salah satu negara yg memerlukan rakyat Malaysia memohon visa terlebih dahulu sebelum ke sana. Cara paling senang nak buat visa semestinya dengan pergi ke mana2 travel agency n suruh drg buatkan visa utk kita. Cara ni sesuai utk mereka yg tak ada masa nak ke India visa centre ataupun taknak renyah isi borang semua sendiri. Tapi of course la kos kalau buat visa dgn travel agency ni mahal sikit dari yg kite buat direct sendiri sebab travel agency akan charge upah buat visa.

Sebab ktrg ni ade mase n nak jimat duit, so ktrg decide utk pergi apply visa India sendiri. Kalau kat KL, India visa centre ni terletak kat bangunan The Straits Trading di Lebuh Pasar Besar. Landmark die ielah bangunan Agrobank yg terletak opposite dari India visa centre tu. Dibuka dari hari Isnin hingga Jumaat. Utk proses memohon visa, kene datang antara pukul 9am hingga 2pm sahaja. Before nak datang tu, kene check kat website India visa Centre sama ada time tu public holiday India ke tak sebab drg akan tutop on public holiday India. So better check dulu, kalau tak rugi masa or rugi je apply cuti.