Pada awal bulan November 2016 yg lepas, ktrg ade trip ke India selama 5 hari 6 malam. Trip ni melibatkan 4 orang wanita sahaja yg kesemuanya diantara 20 hingga 30 tahun. So trip ktrg ke India ni tak berapa nak extreme sangat. And Alhamdulillah ktrg selamat pergi dan selamat pulang. Ktrg cover New Delhi, Agra dan Himachal Pradesh sahaja.
Ktrg bertolak dari Malaysia dalam pukul 7pm tapi flight delay so pukul 7.30pm baru die gerak. Perjalanan ke New Delhi, iaitu ibu negara India mengambil masa hampir 6 jam. Dalam flight pun memang majoriti org India. Rasanye macam ktrg je Melayu yg ade dalam flight tu utk ke New Delhi. Dalam pukul 11pm waktu India, ktrg selamat sampai kat Indira Gandhi International Airport, New Delhi. Ktrg try toilet airport, ade air! So senang la nak survive. Surau/ prayer room pun ade kat sini.
![]() |
Indira Gandhi International Airport |