Sunday 29 January 2017

Trip ke Vietnam - Hanoi (Part 3)

4th day (Hao Lu & Tam Coc)
Tour ke Hao Lu & Tam Coc. Book dengan tourist guide yg same yg ktrg gune mase ke Halong Bay iaitu HanoiMuslim. Harga 39USD seorang. Kalau nak lagi murah boleh book kat kedai tepi2 jalan. Walaupun tour guide yg lain takde yg halal tapi makanan atas kapal nanti buffet style, so boleh pilih makanan yang boleh dimakan macam seafood or vegetable. Disebabkan kitorang book dengan HanoiMuslim, so dorang dah prepare Halal Box lunch dari Cosiano Hotel. Dalam box tu ada Nasi goreng, telur mata, sate daging dan ayam goreng. Air Mineral pun dorang bagi.


Pagi2 bus akan ambil kat depan hotel. Macam biasa, hanya kami je yang muslim dalam bus tu. Yang lain muda mudi mat saleh dari US (tengok gaya), satu family local, dan solo traveler dari Nigeria. Group kali ni tak sebest macam yang ke Halong Bay tu.

Saturday 28 January 2017

Trip ke Vietnam - Hanoi (Part 2)

3rd day (bandar Hanoi)
Aktiviti hari ni adalah untuk melihat bandar Hanoi ni dengan cara berjalan kaki.
Kitorang guna map yang hotel bagi. Kalau macam tak sure jalan, on je waze. Kalau waze buat hal, boleh tanya org2 tepi jalan. Penduduk Hanoi ni sentiasa akan membantu.
Map disediakan oleh Hotel.
Antara tempat2 yang kami lawati:
  • Hoan Kiem Lake. Di sekitarnya ada Puppet water show dan The Huc Bridge (bermaksud morning sunlight bridge) yang menghubungkan dengan temple yg terletak di tengah lake tu. Jalan atas bridge tu free tapi nak masuk temple kena bayar. Untuk Puppet water show pulak kitorang tak masuk sebab kitorang bukan jenis yang minat teater atau wayang kulit. Lagipun dorang akan menggunakan bahasa dorang. Jadi kita tak faham.

Friday 27 January 2017

Trip ke China - Xian (Part 5)

Ktrg ikut cakap receptionist hotel 7Days Inn utk tunggu bus no1 kat bus stop opposite side dari hotel tu. Before keluar dari hotel, sempat lagi ktrg beli biskut Oreo kat lobby hotel. Oreo ni ada tanda Halal tapi dalam bahasa China. Time ni dah pukul 12pm. Ktrg tunggu dalam 5 minit je lepastu bus no1 pun sampai, bayar 1 yuan seorang dalam box tepi driver bus. Orang agak ramai jugak dalam bus tu, and for the 1st time, ktrg jumpe rakyat China Muslim dalam bus. Sorang pakai kopiah dengan wife die pakai tudung. Mule2 tu ktrg kene berdiri sebab bus agak penuh tapi kejap je sebab bile dah kat penghujung kawasan bandar, ramai orang turun dari bus. Dapat duduk je, terus ktrg bukak google map utk check location. Dalam pukul 12.40 ktrg selamat sampai kat Jiayuguan Railway station.


Tugu depan Jiayuguan Railway station

Thursday 26 January 2017

Trip ke Vietnam - Hanoi (Part 1)


Untuk percutian awal tahun 2017 ni, ktrg pergi ke Hanoi, Vietnam.

Kenapa pilih Hanoi..?

Sebab nak cuaca yang sejuk dan view yang tenang.

Ktrg pergi bulan Januari, cuaca agak sejuk macam duduk dalam bilik aircond suhu 16C. Tapi cukuplah sekadar pakai baju kot tebal di luar.

Kalau Ho Chi Minh(Saigon) lebih kepada untuk peminat shopping dan untuk night club for mat2 saleh kat luar sana.
Trip kali ni melibatkan 4 orang termasuk parents ktrg.

Berbeza dengan percutian sebelum ni yang mana ktrg book flight lebih dari 6bulan before fly, kali ni ktrg book ticket a month before sebab last minute plan. Tempah flight yg paling murah ktrg jumpe time nak book tu which is Malindo, KUL-HANOI RM448(return). Harga boleh dapat lagi murah kalau beli free seat kat Air Asia.

Untuk hotel, book dekat website agoda https://www.agoda.com. Kat website ni boleh pilih untuk terus bayar. Ktrg nak bayar hotel awal2 sebab salah satunya supaya ktrg tak payah tukar duit banyak2 & boleh dapat murah sikit (kalau kat website lain, dia suruh bayar kat hotel and harga yg dipamerkan belum include tax. So end up akan jadi mahal). Ktorg pilih Spring Flower Hotel, Hanoi. Harga untuk 5 hari 4 malam (include breakfast utk 2 org) ialah RM500. Walaupon hotel ni tak sediakan halal food, tapi sebab faktor 'dekat dgn banyak tmpt menarik', membuatkan ktorg pilih hotel ni. Nanti boleh jimat duit transport sebab boleh pergi tmpt2 tu dengan jalan kaki je.

Lobby hotel

Tuesday 24 January 2017

Trip ke China - West Great Wall (Part 4)

Keluar je dari exit Jiayu Pass, ktrg nak cari kedai makan dulu before proceed ke Great Wall. Ktrg pergi check kat kedai halal yg ktrg nampak mase turun dari bus pagi tadi. Tapi kedai tu tutup! Hampe gile. Maybe sebab low season so die pun taknak bukak sebab tak menguntungkan. Tapi ktrg tak give up, ktrg patah balik ke arah exit Jiayu Pass tadi balik. Belah kiri exit tu ade macam deretan rumah2 kedai. So ktrg nak try usya. Deretan kedai yg pertama ktrg lalu, ade 3-4 buah kedai makan halal. Tapi hampe jugak sebab semuanya tutup. Ade 1 kedai tu macam bukak tapi pintu tertutup rapat so ktrg takdelah nak g check dekat2.


Kedai ni nampak macam bukak tapi macam gelap je


Sunday 22 January 2017

Trip ke China - Jiayuguan (Part 3)

Awal pagi ni, ktrg bangun awal pagi utk solat subuh. Rase berat sangat kepale, tekak perit and dah start selseme jenis yg heavy ni. So memang sah la dah kene demam. Puncenye tak lain dan tak bukan mesti lah dari mak and anak yg kat tepi katil ktrg mase dalam train haritu. Rase menyesal la pulak sebab tak pakai mask mase duduk dalam train dgn drg tu. Sebab drg batuk2 berie jugak and memang menghala ke arah ktrg. So lepas mandi, breakfast bubur instant and lepastu telan panadol lagi. Hopefully takdelah kene penyakit pelik2 kat China ni.

Ktrg ingat nak terus keluar tapi sebab kat luar gelap lagi and sunrise pun dekat2 pukul 9am, so ktrg decide keluar lepas matahari dah ade nanti je. So boleh lah rehat kejap and tertidur akibat kesan ubat tu. Tepat pukul 9am, ktrg turun bawah nak tanye kat receptionist tu macam mana nak pergi ke great wall. Die suruh amek bus no4 kat bus stop yg tak jauh mane dari hotel ni. Selain bus no4, boleh jugak naik bus no6 utk ke great wall. Tapi sebab hotel ktrg ni kat laluan bus no4, so naik bus no4 je la. Harge tambang 1yuan je setiap seorang. Nak bayar, masukkan je dalam kotak tepi driver. Make sure ade duit kecik sebab kalau bagi duit besar, takkan dapat baki.

Masukkan duit dalam kotak kat depan tu

Monday 16 January 2017

Trip ke China - Dunhuang (Part 2)

Sampai2 je kat railway station Dunhuang, ktrg terus cari tempat nak simpan beg. Tanya police yg bertugas kat situ, die tunjuk ke arah tepi station. Ktrg pun ikut je and jumpe satu office yg ade lambang bag. Masuk kat dalam, ade sorang perempuan jaga kat situ. Die terus amek beg ktrg and letak atas penimbang. Ktrg pulak rase macam pelik kenape nak kene timbang beg pulak. Rupe2nye tempat tu utk post bag. Lepastu terus je ktrg gune apps translator utk bagitau yg ktrg just nak letak bag je sampai pukul 3pm. Baru la die paham, and die charge 10yuan je utk 2 bag ktrg sekali dengan resit die bagi.

Tempat utk simpan bag

Thursday 12 January 2017

Trip ke China - Chengdu & Gansu (Part 1)

Kalau sebut China, mesti ramai yg tak berani nak pergi tanpa tourist guide sebab masalah bahasa tapi ktrg yg memang zero in Chinese ni nak try pergi ke China sendiri tanpa tourist guide selama 8 hari 7 malam ke tempat yg agak off the beaten path, iaitu tempat yg tak ramai tourist ke sane. Trip ke China buat pertama kali ni hanya cover bahagian utara barat China iaitu daerah Sichuan, Gansu and Shaanxi sahaja. Highlight trip ni ielah daerah Gansu. Yang selebihnye tu singgah amek cukop syarat je. Sebenarnye teringin nak lajak lagi perjalanan sampai daerah Xinjiang sebab selama ni pun memang Xinjiang lah tempat yg paling menarik perhatian ktrg kat China ni tapi memang tak cukup masa so tak boleh nak lajak ke sana. Mungkin akan try cover Xinjiang bila bullet train ke sane siap nanti. 

Idea nak buat trip ke China ni muncul lepas jumpe tiket return murah KUL-Chengdu. Ktrg dapat tiket RM370 return. Mule2 tu ingat nak cover Juizhai Valley yg famous tu dengan Xian je tapi sebab ade yg request nak ke Great Wall sebab kalau ke China tapi tak singgah Great Wall macam tak best so lastnye ke Gansu lah. Kalau nak ke Beijing tu macam dah jauh sangat and lari budget, so lepas ktrg find out yg penghujung Great Wall ni terletak kat Gansu, so settle masalah. Sebenarnya kalau nak ke Gansu, lagi dekat kalau start kat Xian tapi sebab tiket ke Xian takde yg murah so ktrg pun terpakse start dari Chengdu je. Tu pun nasib dapat cuti lame sikit, kalau tak memang tak sempat lah nak cover semua ni. 

Visa ktrg takde mase nak buat sendiri so ktrg suruh tourist company je buatkan. Persiapan semua berjalan dengan lancar. Tiba hari perlepasan, ktrg ke KLIA2 seawal pukul 6.30am sebab flight ktrg pukul 9.15am. Perjalanan ke Chengdu ambil masa selama 4jam lebih.



Tuesday 10 January 2017

Trip ke China - Train

Negara terbesar di Asia, iaitu China yg juga merupakan negara yg mempunyai kepadatan penduduk paling tinggi di dunia. Sebuah negara komunis tapi kaya dengan warisan sejarah sebab China ni antara tamadun kuno yg berjaya satu masa dulu. Selain warisan sejarah, bentuk muka bumi China pun ada banyak jenis so memang sesuai untuk pergi bercuti atau mengembara ke negara ni.

Disebabkan China ni sangat luas, transportation yg jimat utk gerak dari 1 bandar ke bandar lain ialah gune long distance train drg. Option lain boleh jugak naik flight bagi yg ada budget lebih atau bullet train. Cuma bullet train ni tak cover semua area lagi buat masa ni, in future maybe China akan expand coverage bullet train ni. Tapi entry ni khas pasal long distance train sahaje. Kalau pilih long distance train, selain harge yg jauh lagi murah dari bullet train & flight, boleh jugak jimat bab hotel n at the same time boleh tengok pemandangan2 yg takde kat negara kita. Tapi disadvantage die ielah long distance train ni amek mase agak lama sikit untuk sampai ke destinasi.

Long distance train

Monday 9 January 2017

Trip ke Delhi - Agra - Manali - Simla (Part 4)

Bangun awal pagi untuk solat subuh. Tak boleh nak bermalas-malasan sangat sebab ktrg dah book taxi utk ke next destination. So terus je kemas beg semue n turun bawah utk breakfast. Lepastu check out dari hotel ni. Tepat pukul 8, ktrg nampak kelibat sebuah kereta putih stop kat lobby. Terus je ktrg confirmkan tu taxi ktrg ke bukan. Lepas dapat confirmation, pakcik taxi tu terus menerus tekan pedal minyak sedalam yg boleh. Tapi tak adelah laju sangat macam yang kebanyakan blogger cerita.

Pakcik taxi merempit