Saturday 30 December 2017

Pengalaman Haji 2017 - 1438H (Barang yang perlu dibawa)

Antara senarai barang yang pelu dibawa adalah seperti dibawah:

1) Pakaian
- Telekung, jubah, seluar, stokin, dan lain2 (3set)
- Kain ihram bagi lelaki (2set)
- Pakaian tu actually depends pada individu tu. Kalau nak hantar dobi bawa 5 set sebab dobi kadang2 ambik masa sikit nak tunggu, kalau basuh sendiri 3 set dah cukup sebab pagi basuh petang dah boleh kering. Kalau yang jenis xtahan setiap kali solat kena tukar baju kena bawak lebih sikitlah pakaian.

2) Sejadah
- Memang diperlukan lagi2 masa musim kemuncak haji, tempat penuh dan kalau kita terlambat datang ke masjid, perlu solat diruang yang ada. Untuk pengetahuan korang masa musim haji memang pihak masjidilharam akan gulung carpet dia, jadi kita kena bawak sejadah sendiri. Masa di Mina dan Arafah pun perlu bawak sejadah bagi yang pergi dengan Muassasah untuk jadi alas tidur dan solat (multipurpose).

3) Botol spray wudu'
- Sangat berguna dan perlu lagi2 semasa dalam masjid dan masa di Mina dan Arafah.

4) Botol air
- Setiap kali ke masjid boleh bawa untuk isi air zam-zam, minum kat sana, dan untuk dibawa balik ke hotel.

5) Toiletries
- Shampoo, sabun, ubat gigi, berus gigi, shaver, dll.
- Jangan lupa bawak cream moisturizer untuk sapu pada kaki, tangan, muka dan badan sebab cuaca di sana agak kering. Lip balm pun bawak.
- Deodorant batu untuk dipakai masa kita dalam ihram. Yang selalu orang pakai jenama "Smelly-No-More Natural Crystal roll on".

6) Alas stokin
- Amat berguna untuk tawaf dan sai'.

7) Karpet lipat
- Berguna masa berada di Mudzalifah. Boleh jugak diguna untuk makan dengan family atau partner kat luar bilik supaya tak ganggu teman sebilik.

8) Payung lipat
- Masa musim haji hujan memang akan turun walaupun amat jarang.
- Boleh dipakai bagi pelindung matahari masa nak jalan untuk melontar bagi Muassasah sebab kedudukan khemah jauh sikit dari tempat melontar.

9) Lampu suluh
- Untuk cari batu di Mudzalifah. Tapi bermula tahun 2017 pihak muassasah dah sediakan batu untuk melontar pada setiap jemaah. Jadi kita tak perlu cari batu, hanya perlu berada di situ dalam masa yang ditetapkan.

10) Mini kipas
- Amat berguna semasa di Arafah, Mudzalifah dan Mina. Kalau nak bawak rechargeble mini fan pun boleh, nak bawak kipas kertas kirap sendiri pun boleh.

11) Ubat-ubatan
- Yang perlu ada sebagai standby: ubat demam, selsema, sakit tekak dan batuk.
- Yang lain ikut keperluan masing2.

12) Suppliment
- Vitamin C membantu dalam menguatkan metabolisme kita, lagi2 dengan tenaga yang kita banyak gunakan semasa berada di Tanah Suci.
- dan lain2

13) Makanan
- Sambal ikan bilis, kicap, serunding atau apa2 sebagai penambah selera.
- 3in1 air kopi atau teh

14) Tali
- Untuk jemur pakaian. Ikut kretiviti masing2. Bawak penyepit sekali supaya pakaian tak jatuh.
- Untuk ikat bagasi masa nak balik. Tapi masa nak berangkat ke Tanah Suci tak dibenarkan ikat beg dengan tali. Macam pengalaman kami, semua beg memang dah ikat dengan tali kemas2. Masa nak check in bagasi dorang suruh buka semua tali sebab memang itu prosedurnya. Tapi kalau ikat dengan kain warna-warni kat handle bagasi untuk senang cam beg itu boleh.

15) Selipar
- Satu selipar extra yang selesa dipakai. Kalau kasut/selipar yang kita tengah pakai rosak/hilang, boleh pakai yang bawak extra ni.
- Penting untuk pakai selipar yang kita rasa selesa pakai sebab kat sana kita banyak berjalan kaki.

16) Beg untuk selipar
- Untuk letak selipar setiap kali kita ke masjid sebab tempat duduk kadang2 jauh dari pintu masuk. Lepastu kita bolehlah letak beg selipar tu kat rak kasut terdekat. Kalau nak lagi senang letak depan/belakang tempat solat kita, asalkan xganggu orang lain.
- Nak guna plastik je pun boleh tapi kalau kita ada beg yang lain sikit, senang nak cam selipar kita tu kalau dah bercampur dengan orang lain.

17) Al-Quran kecil
- Untuk di Masjid tak perlu bawa Quran pun xapa sebab ada banyak tersedia kat situ. Tapi untuk ke Arafah dan Mina perlu bawa masing2 punya Quran sebab kat situ xdisediakan.

18) Gunting kecil
- Untuk bertahalul. Disarankan sentiasa letak dalam beg yang selalu kita bawa supaya semasa kita nak kerjakan umrah atau haji senang. Selain tu ada jugak orang lain yang lupa nak bawak gunting untuk bertahalul, jadi boleh pinjamkan kat dorang.
- Bukan untuk bertahalul je, kalau nak potong plastik makanan ke atau lain2 boleh guna gunting ni. Banyak kegunaannya.

19) Dokumen dan buku lain-lain yang Tabung Haji beri
- contohnya buku kesihatan, buku haji, tag nama, dll

Setakat yang kami ingat, ini adalah antara barang2 yang perlu dibawa. Lain-lain tu bolehlah ditambah sendiri. Sekian.

Friday 29 December 2017

Pengalaman Haji 2017 - 1438H (Persediaan di Malaysia)

Assalamualaikum.

Tahun 2017, kitorang bertiga telah mendapat peluang untuk mengerjakan haji. Ini adalah panggilan kedua buat kitorang, yang mana lebih kurang 4tahun yang lalu nama kitorang naik tapi disebabkan masing2 tengah belajar lagi, kitorang tolak tanpa berfikir panjang. Dalam surat tawaran tersebut ada tulis nak tunda ke tahun berapa. 2017 tahun yang dipilih, itupun tertakluk pada kekosongan. Pada bulan Disember 2016, kitorang bertiga dapat surat daripada Tabung Haji (TH). Dalam surat tu tulis rayuan kami untuk haji 2017 berdasarkan kepada kekosongan. Kalau lepas raya Aidilfitri takde apa2 surat, maknanya tak terpilihlah kami untuk haji 2017 ni. 

Selang beberapa minggu je lepas dapat surat tu, King Salman ada buat lawatan ke Malaysia dan kuota Haji Malaysia dikembalikan semula daripada 27,900 bertambah kepada 30,200. Masa tu dalam hati dah fikir keberangkalian kitorg dapat pergi haji tahun ni adalah tinggi. Kitorang discuss, kalau dapat nak pergi tak. Kalau fikir "tak sedia" memang sampai bila2 pun kita takkan bersedia. So, kitorang sepakat kalau dapat tawaran haji tahun ni, kitorang terima. 

Pertengahan bulan puasa, dapat surat dari TH. Alhamdullillah kitorang bertiga dapat surat tawaran untuk Haji 2017. Disebabkan umur kitorang bawah 45 tahun dan perempuan, perlukan seorang mahram. Mula2 tanya adik lelaki yang baru je habis belajar nak tak jadi mahram pergi haji. Dia jawab duit tak cukup. Yelah, kalau kitorang masa umur2 dia pun memang tak fikir panjang tolak peluang untuk pergi haji ni. Umrah pun kitorang tak pernah buat. Pernah jugak parents kitorang ajak pergi umrah tapi sebab umrah mahal kitorang angguk2 je. Tapi apa-apapun key point ye adalah "tak sedia lagi". 

Akhirnya decide abah sebagai mahram kitorang. Mak pun ikut sekali merayu. Setelah menghadapi pelbagai proses di kaunter TH, Alhamdullilah kitorang berlima akhirnya dapat pergi haji sama2. Kitorang dapat panggilan untuk pergi haji dalam usia bawah 45tahun ni disebabkan rezeki parents yang buka akaun TH dan daftar untuk haji kitorang masa sekolah lagi. Kitorang pergi haji menggunakan Muasasah Tabung Haji bukan pakej. Jadi kalau nak cakap sebab pakej kitorang sampai berlima boleh pergi sekali tu adalah pemikiran yang salah. 

Salah satu cara korang nak pergi haji satu family dengan anak2 adalah dengan buka akaun TH dan daftar Haji anak2 sejak anak2 lahir lagi sebab sejak tahun 2010 permohonan haji terlalu ramai dan masa giliran untuk buat haji pun semakin lama. Kalau masa kitorang daftar dulu 6 tahun dah nama naik. Sekarang kena tunggu dalam 89 tahun jugak, tupun lepas Saudi dah naikkan kuota kita. 

Oleh sebab ini kali pertama kitorang bertiga akan menunaikan haji dan juga umrah, banyak yang perlu dipelajari. Kursus haji mingguan yang TH buat memang dah habis kitorang xsempat nak join sebab dapat surat dah lewat. Kursus Perdana 2 hari je yang kitorang sempat join 2 minggu sebelum flight. Yang lain kitorang baca dari buku haji dan umrah yang TH bagi. Kalau korang baca semua buku yang TH bagi dari awal sampai akhir, tak lompat2, memang banyak benda yang dapat belajar lagi2 pada org2 macam kitorang yang xpernah buat umrah ni. Parents pun banyak membantu dalam mengajar kitorang cara2 buat Haji dan Umrah ni.

Maklumat mengenai tarikh penerbangan kitorang dapat tahu 10 hari sebelum tarikh penerbangan. Dapat antara penerbangan yang awal, dan akan ke Madinah dahulu. 8 hari di Madinah, kemudian baru ke Mekah. Kebanyakan orang prefer penerbangan akhir yang masuk terus ke Mekah, kerjakan haji dulu baru umrah, kemudian ke Madinah. Tak dinafikan yang cara ni memang lagi afdal. Tapi bagi pendapat kami untuk yang first timer ni lebih baik datang dengan penerbangan awal sebab dapat laksanakan umrah dulu sebelum haji, dan dapat biasakan diri dengan keadaan sekeliling. Bayangkan kalau kami yang tak pernah buat umrah ni terus kena buat haji. Semasa umrah kali pertama, mak ayah kitorang yang banyak ajar cara nak tawaf dan sa'i. Kalau tak memang terkial-kial tak tau nak mula dari mana. Untuk umrah berikutnya baru dapat biasakan diri.

Semasa kami pergi ni, cuaca di Mekah dan Madinah memang panas. Sebelum ni tanya orang2 yang pernah pergi haji dan umrah cuaca macam mana. Diorang cakap panas yang tak berpeluh. Jadi bawak baju sikit pun boleh. Masa kami pergi ni cuaca panas dan berpeluh seperti di Malaysia. Baju memang kena ganti setiap hari. Set baju (jubah, telekung, seluar, etc) disarankan bawak 3 helai je setiap satu sebab boleh basuh selang sehari. Baju memang cepat kering jadi tak perlu risau. Keperluan lain yang perlu bawak ialah tuala, toiletries, ubat, spray wudu' dan lain2. Sejadah yang tebal sikit pun bawa ye sebab musim haji masjidilharam akan simpan carpet jadi nanti sejuk duduk atas lantai. Lagi satu sarung untuk simpan kasut sebab masa nak cari tempat solat kita boleh bawak sekali kasut dan simpan kat rak kasut yang paling dekat atau letak depan kita. 

Makanan pulak bergantung pada dengan apa anda pergi. Maknanya muassasah (TH) atau pakej. Macam kami pergi dengan muassasah, jadi makanan dorang sediakan dalam satu bekas siap2. Kita just pergi kantin ambil makanan dan botol mineral yang dah tersedia. Hanya makanan tengahari dan malam sahaja disediakan. Pagi kena pandai2 cari makan sendiri. Untuk penambah selera, disarankan untuk bawa apa2 yang sedap dibawa seperti sambal ikan bilis, kicap, serunding dan sardin. Tapi semua ni kena simpan dalam beg bagasi besar. Jangan bawak dalam beg kecik nanti tak lepas kena tinggalkan kat security. Tapi bagi sesiapa yang pergi dengan pakej tak perlu bawak makanan banyak pun takpe sebab pakej memang sediakan pelbagai makanan dari pagi sampai malam buffet style.

Antara senarai barangan yang perlu dibawa boleh klik Pengalaman Haji 2017 (Barang yang perlu dibawa)
Bagi pengalaman kami di Madinah, boleh klik Pengalaman Haji 2017 (di Madinah)



Saturday 2 December 2017

Cara dapat duit online.

Cara mendapatkan duit tambahan online. Ini bukan scam ke apa. Dah try benda ni sejak Disember 2016. Tunggu nak sampai setahun baru bagitau orang lain pasal cara nak dapat duit tambahan ni. Nak pastikan yang benda ni betul bukan tipu. Tapi benda ni takdelah dapat duit terus beribu-ribu. Sikit je dapat, tapi at least ada sikit daripada takde langsung. Lagi satu ni boleh jadi duit poket korang untuk sebulan. Maknanya jumlah yang korang dapat nanti walaupun setahun korang buat benda ni, korang akan dapat duit poket untuk sebulan je.

Diingatkan, DUIT POKET ye, bukan macam duit gaji korang. 

Caranya adalah dengan menjawab survey online, tanpa perlu ke tempat lain. Ikut masa dan tempat korang. Nak buat bila-bila pun xkisah asalkan rajin2kanlah buat kalau nak dapat point banyak. At least sehari sekali. Sebenarnya ada macam-macam jenis web survey online ni. Ade yang senang kumpul point, ade yang kedekut sikit. Tapi based on my experienced, web yang senang and banyak point boleh dapat adalah seperti dibawah:

    - Setiap 5000 point korang boleh tukar kepada 25 singaporean dollar melalui PayPal.
    - Selain tu korang boleh jugak pilih untuk tukar kepada 2500 AirAsia bigpoint. Boleh dapat flight percuma.
    - Atau boleh jugak topup kredit handphone RM60.
    - Nak kumpul point agak lama jugak. Me ambik masa hampir setahun baru dapat kumpul 5000 point tu.

    - Ini paling senang nak dapat point. Walaupun kita tak qualified untuk survey tertentu, dorang akan tetap bagi kita 5point.
    - Web survey yang paling awal dan banyak dapat tukar duit dari web survey ni. Lepas 4 bulan join dah dapat kumpul 1080point dan tukar kepada 10usd.
    - Selain tu, korang boleh jugak tukar point dengan baucer Aeon, Zalora, ISetan, Starbucks, Parkson dan Cold Storage.
    - Kalau korang malas nak join banyak web survey, aku sarankan korang join yang ni je sebab memang mudah nak dapat point.

    - Setiap 2500 point korang boleh tukar 5usd.
    - Web survey ni paling banyak hantar survey. So senang nak dapat point cepat kalau rajin jawab survey tu hari-hari.
    - Kiranya web ni yang kedua senang nak dapat duit . Yang bezanya dengan GlobalTestMarket.com ialah mata tukarannya yang lagi tinggi (1080point = 10usd).

    - Ni Malaysia punya web survey. Jadi korang akan dapat point duit RM. Tapi tak boleh tebus dengan duit. Hanya boleh tebus dengan baucer RM30 KFC, Aeon, Lazada atau Zalora sahaja.
    - Survey jarang dapat dari web ni. Tapi sekali dapat survey tu nilai dia dalam RM5. 
    - So dalam setahun ni dah boleh kumpul RM60. So bolehlah dapat 2 baucer sebagai belanja makan KFC atau shopping kat Aeon/Lazada/Zalora.

Inilah 4 web survey yang boleh dipercayai dan memang diri sendiri dah dapat tukar duit. Sebenarnya ada banyak lagi web survey ni. Banyak jugak dah try tapi yang lain tu memang susah nak dapat point. So fokus pada 4 web atas ni je. Dalam setahun ni dah dapat kumpul RM300 hasil dari jawab survey tu je. RM300 memang nampak macam sikit untuk setahun, sebab tu ini dikatakan sebagai duit poket untuk sebulan. 


Total dapat kumpul. Tambah dengan baucer AEON RM60, total setahun dalam RM300.


So siapa yang nak duit poket tu bolehlah try. Dan pastikan korang ade akaun PayPal sebab duit akan dibayar melalui PayPal je.