![]() |
| Peta India. Yang bulat merah tempat ktrg pergi. |
Plan A: Delhi - Agra - Delhi - Shimla - Manali - Delhi
Plan B: Delhi - Agra - Delhi - Manali -Shimla - Delhi
Disebabkan tiket dari Kalka ke Shimla (route dari Delhi - Shimla) dah habis, ktrg terpaksa ambil plan B.
![]() |
| Tempat yang ktrg pergi: Agra, Delhi, Kalka, Simla, Manali. (Source:Google) |
![]() |
| Area dalam Himachal Pradesh yang dilawati: Manali dan Shimla. (Source:Google) |
Plan ke India ni bermula apabila ada salah seorang dari ktrg dihantar training ke India. Sebelum balik Malaysia for good, rugi kalau tak melawat one of the world wonder iaitu Taj Mahal. Untuk pengetahuan korang, kat New Delhi dan Agra tak ade apa pun sangat, hanya Taj Mahal yg jadikan India ni tempat yang mesti dikunjungi. Or mungkin untuk sesiapa yg minat bangunan lama macam Red Fort, Qutb Minar, Hamayun's Tomb yg jugak termasuk dalam senarai UNESCO. Tapi kalau untuk yg minat street photography, mungkin sesuai la nak lama2 sikit kat Delhi ni. So untuk ktrg ni, kalau datang India semata2 nak melawat dua tempat ni je rasa macam agak rugi, ditambah dengan harga visa yg mahal.
Pada mulanya ktrg plan nak ke Kashmir sekali sebab Kashmir terkenal dengan pemandangannya yang cantik dah cuaca yang sejuk, tapi disebabkan kekangan masa dan budget yang tidak mencukupi, ktrg plan ke Himachal Pradesh yang terletak berdekatan sikit dengan Delhi so boleh jimat transportation kalau nak compare dgn Kashmir. Untuk pengetahuan korang, Himachal Pradesh terletak sebelum Kashmir. Jadi cuaca di situ jugak sejuk dan nyaman. Dan terdapat view yang cantik di beberapa tempat, salah satu yang terkenal di Manali. Masa ada salji lagi bertambah cantik view kat situ.
Disebabkan ktrg pergi masa bulan November, tak dapatlah tengok salji tapi suhu kat Manali memang sejuk waktu tu. Disarankan kepada sesiapa yang nak tengok salji tu datang bulan Disember atau Januari. Detail trip 6hari 5malam ktrg ke India ni boleh dibaca dalam post2 sebelum ni. Boleh klik sini. Dalam post ni ktrg akan bagi itinerary asal ktrg kat sana berdasarkan plan B. Tapi banyak yang tak dapat nak buat sebab minggu ktrg pergi tu lah kerajaan India baru bekukan penggunaan 1000 dan 500 rupee. So banyak plan yang cancel sebab masalah duit tu. Apa-apa pun kalau korang nak ke India sekarang jangan risau sebab masalah duit kat sana dah pun selesai. Bawah ni PLAN B:


