Pernah dengar tak tentang game escape room? Dalam game ni, kita perlu berfikir cara untuk melepaskan diri dari bilik yang terkunci, dalam masa yang sama kena solve mystery. Mungkin ramai yang pernah main game detective online, kena cari2 benda tersembunyi dan solve puzzle. Tapi berlainan dengan this real escape room game.
Kitorang dah cuba sendiri bermain dalam Breakout room di KLCC dan juga Nu Sentral. Booking boleh dibuat melalui laman web http://www.breakout.com.my/. Korang boleh pilih nak bermain di KLCC atau Nu Sentral. Kalau nak main level yang senang2 banyak di KLCC. Kat Nu Senral kebanyakannya level yang susah2.
First, kitorang book Cerebrum Room di KLCC yang mana tahap difficulty dia 6/10. Masa kitorang nak book tu, level yang senang2 semua dah fully book, so ambil Cerebrum sebab tu je yang available. Kitorang sampai di Breakout, KLCC 15 minit agak lewat dari masa yang ditetapkan. So, ada dua pilihan sama ada kitorang masuk main tapi tolak 15minit daripada 45minit masa asal bermain yang diberi atau pilih slot lain yang kosong which is kena tunggu lagi 2jam. Setelah berbincang kitorang pun decide tolak 15minit bermain walaupun memang agak membazir disitu.
Then kita akan diberikan penerangan tentang game ni dan boleh pilih "Power" masing2. Ada 8 Powers yang boleh dipilih. Korang boleh tengok laman web dorang untuk maklumat lanjut. Macam kitorang, kitorang pilih The Lightbringer, Time Bender, LockMaster dan The Gemini. Untuk game Cerebrum ni, kitorang berempat perlu dibahagi dua dan dipisahkan kepada dua bilik yang berlainan. Dorang akan bawa kita ke bilik yang disediakan sambil mata ditutup dan menceritakan kenapa kita berada dalam bilik tu. Then dah masuk dalam bilik, kita kena solve the mystery on how to open the door to go to the next room and so on. Memang agak mencabar disitu lagi2 kepada yang first timer main game ni. Dalam game ni, kitorang gagal keluar.
Next, kitorang main di Nu Sentral sempena pilihan raya hari tu sebab FREE. Berempat jugak, kena tunjuk jari kita sebagai bukti dah pergi mengundi. Then boleh main satu game je free of charge. Before that kitorang dah book awal2 level yang paling senang sebab takut penuh. Kitorang pilih "The War for Rembrandt" yang mana tahap difficulty dia 4.5/10. Kali ni kitorang ambil power The Oracle, LockMaster, The Lightbringer dan Time Bender. Game kali ni lebih mudah dari yang sebelum ni. Suasana pun lebih santai sebab kitorang berempat duduk dalam satu bilik, tak perlu berpecah dua macam game Cerebrum. Tapi kitorang still gagal keluar.
Apa-apa pun, kalau korang nak isi masa lapang dengan main game yang lain dari biasa, boleh cuba main di Breakout room ni. Harga agak mahal tapi berbaloi. Lebih ramai orang yang bermain, lagi sikitlah harga yang sorang kena bayar. Untuk maklumat lanjut boleh ke laman http://www.breakout.com.my/