Macam biasa kalau naik long distance train kat China, ktrg akan bangun awal dalam pukul 5.30am untuk pergi toilet dan solat subuh sebelum orang lain bangun. Lepastu terus cop meja depan compartment kitorg untuk charge handphone. Kitorg bawak external charger supaya boleh charge tiga handphone sekali. Train dijangka tiba ke Kunming dalam pukul 9am lebih. So ada banyak lagi masa kitorg boleh tengok view dan alas perut makan biskut dan coklat.
Lepas makan kitorg google map ke metro station untuk naik train ke station yang berhampiran Tenho Hotel, iaitu tempat penginapan kitorang di Kunming. Dalam 20 minit jugaklah nak kena jalan sampai ke Metro station tu. Actually, kalau kitorg tak keluar dari Kunming Railway station tu, kitorg boleh direct terus pergi ke metro station yang memang ada dalam bangunan yang sama. Tapi disebabkan kitorg nak breakfast dulu kat kedai yang terletak di luar bangunan Kunming Railway station tu, so terpaksalah berjalan jauh. Nak masuk balik bangunan tu kena ada tiket rasanya sebab kitorg tanya polis yang jaga bangunan tu macam mana nak ke metro station, dia tunjuk arah luar.
Setelah 20 minit berjalan berpandukan google map, kitorg pun selamat sampai ke Metro station yang paling hampir. Beli tiket ke station yang paling dekat dengan hotel kitorg melalui mesin je.
Train dia ok macam kat Malaysia jugak, ada announcement dalam bahasa English. Masa kitorg naik tu bukan peak hour, so ada tempat duduk. Dalam beberapa minit, kitorg sampai ke destinasi.
Kitorg perlu berjalan lagi selama 15 minit untuk sampai ke Tenho Hotel. Cuaca sejuk so takdelah rasa penat sgt berjalan. Mula-mula agak payah jugak nak cari bangunan hotel ni. Lepastu kitorg tanya orang yang jaga Bank dgn harapan die boleh speak English dan ternyata org2 Bank kt sana boleh cakap English, dia pun tunjukkan jalan ke arah bangunan hotel tu. Rupanya hotel tu berkongsi bangunan dengan apartment lain. Kitorg ingatkan satu bangunan tu namanya Tenho Hotel, rupanya hotel ni terletak kat satu floor je. Bila dah dapat masuk bangunan tu barulah boleh nampak kat sebelah lift ada tulis Tenho Hotel kat tingkat berapa. Hotel ni boleh check in pukul 12tghr. Kitorg sampai awal dalam pukul 11.30am. So bilik tak siap kemas lagi, dorang suruh tunggu dulu.
Tepat pukul 12 kitorg dapat masuk bilik. Bilik selesa, luas dan bersih. Kitorg berempat dalam satu bilik so dapat 2 katil queen size. Toilet dan tempat shower dia asing. Sinki pulak kat bahagian luar. Yang tak bestnya tempat shower dia guna kaca transparent, mengadap pulak ke arah katil. Majority hotel2 kt China mmg suka buat concept transparent bathroon. Tapi kitorg berjaya selesaikan masalah ni dengan menggunakan barang-barang yang ada dalam bilik tu. Toilet dia ok tertutup cuma tak ada paip. So agak leceh lah kena isi air kat sinki dulu setiap kali sebelum masuk toilet. Apa-apapun kitorg stay hotel ni semalam je, jadi not a big issue.
Kitorg lunch makanan yang kitorg bawak dari Malaysia je. Nak habiskan memandangkan esok dah nak balik so nak ringankan bag. Lepas dah makan dan solat, kitorg keluar nak ke Guandu Ancient Town. Kat Guandu Ancient Town ni ada market dorang dan terkenal dengan pelbagai seni bina Yunnan macam temple. Kena jalan balik ke metro station dari hotel dan turun di station yang paling dekat. Nak tahu turun kat mana pasang je Google map. Lepas dah sampai station tu kena jalan lagi dalam 25 minit untuk sampai ke situ.
Actually kat situ tak ada apa sangat pun. Mungkin sebab ktrg dah tengok Lijiang yang jauh lebih cantik seni bina dan landscape nya. Tapi dah alang-alang sampai, kitorg bercadang nak makan kat situ. Kitorg ada lalu satu area yg hampir semua kedai kt situ jual duck. Nampak pulak ada kedai Halal yang jual duck, so apa lagi kitorg pun merasa lah duck kat situ. Harga untuk seekor duck lebih kurang ? Yuan. Tapi berbaloi sebab portion dia banyak dan cukup untuk 4 orang. Dia bagi sekali dengan roti nipis macam kulit dimsum tu untuk kita balut duck tu dan cicah dengan sos dia. So memang kenyanglah makan dish tu je and kena dgn tekak ktrg, walaupun tak ada nasi. Lepas makan kitorg balik semula ke hotel.
Malam tu kitorg keluar balik untuk tengok masjid yang terletak berdekatan dengan hotel kitorg, dalam 10 minit je berjalan. Salah satu sebab kitorg pilih hotel ni sebab dekat dengan masjid. Logic nye kalau ada masjid, mesti senang nak cari kedai halal. Masjid malam tu dah gelap sebab dah lepas Isyak, so kitorg just tengok dari luar je.
Kat keliling kawasan masjid ni pulak memang ada banyak kedai halal. Kitorg hanya singgah ke kedai bakery halal dan beli roti untuk breakfast esok.
Roti bulat2 kecik tu sedap gileee |
Kat seberang kedai bakery ni pulak ada shopping complex ala-ala Pavillion, ade byk branded shops kt situ. Sebab nampak meriah lagi malam-malam macam ni, kitorg pun saja-saja masuk tengok-tengok window shopping.
Lepas dah penat jalan-jalan, kitorg pun balik ke hotel untuk tidur.
Day 6
Hari ni merupakan hari terakhir kitorg di bandar Kunming. Fligh ke KL dalam pukul 6.45pm. Pagi ni kitorg breakfast roti yang kitorg beli semalam dan buat air guna uncang tea yang hotel bagi. Lepastu siap-siap packing barang dan check-out pukul 12 tghr. Ada banyak lagi masa, so kitorg tinggalkan beg dulu kat hotel tu dan buat last minit shopping kat Carefour yang berdekatan. Lepastu singgah lunch kat kedai sebelah masjid.
Yang bagusnya culture di sini ialah lepas habis solat dorang tak toleh pun tengok2 belakang kalau ada orang lain yang masbuk seperti yg selalu rakyat kita buat, drg focus je pandang depan.
Dan lagi satu yang bagus lepas habis solat Zohor dorang SEMUA bangun solat sunat ba'diyah. Satu je benda yang sama dengan Malaysia iaitu saf jarak-jarak tak rapat. Tapi bab lain memang bagus.
Dalam pukul 4pm kitorg ambil balik beg kat hotel dan terus bergegas ke metro station untuk naik train ke Kunming Airport. Apa yang bagusnya harga tiket dari station kitorg ni ke Airport hanyalah 5 Yuan. Kalau kita ERL dah RM40 tu pun kalau tengah promo. Ni siap kena tukar 2 train tapi harga still sangat murah. Ambil masa dalam 40 minit jugak sebelum kitorg sampai ke Kunming Airport. Sampai pun just nice boleh terus check-in dan singgah toilet dulu. Lepastu masuk check immigresen semua. Then flight berlepas on time dan kitorg pun selamat sampai di KLIA2.
Bawah ni merupakan perbelanjaan kitorg sepanjang 6hari 5malan di sana:
AirAsia flight (return): RM590 (beli masa tak ada promo)
Bus airport-train station : 13 yuan
Hard sleeper train Kunming-Lijiang (return): 300 yuan
Taxi from Lijiang train station to hotel: 40 yuan (10 yuan/pax)
Hotel 3days2nights for 4 peoples at Lijiang: 376 yuan (94yuan/pax)
Jade Dragon Snow Mountain tour package: 390 yuan
Bus to Lijiang railway station: 2 yuan
Subway to hotel: 4 yuan
Hotel at Kunming for 4 peoples: 198 yuan (50 yuan/pax)
Subway to Kunming Guandu Ancient town (return): 8 yuan
Subway to Kunming Airport: 5 yuan
Shopping and foods: Depends on your budget
TOTAL= RM590+876yuan(RM530) = RM1,120
Itinerary dan post part 1-3 boleh baca kat previous post.
Itinerary dan post part 1-3 boleh baca kat previous post.