Friday, 16 October 2020

Jalan-jalan KL - River of Life

River of Life merupakan satu tarikan baru di Kuala Lumpur. Sebenarnya tak adalah baru sangat. Ia dibuka pada tahun 2017 dan baru menjadi viral sejak akhir-akhir ni disebabkan PKP. Kitorang yang duduk KL ni pun baru tahu kewujudan River of Life tahun ni.Terletak berdekatan Masjid Jamek dan Dataran merdeka, korang boleh jalan dari LRT Masjid Jamek ke kawasan ini. Just open 'Waze' dan ikut je laluan yang disyorkan. Kalau nak tengok lukisan-lukisan pada bangunan di sepanjang kawasan River of Life, korang boleh datang waktu pagi. Selain tu, korang boleh nampak kelibat ikan-ikan Koi dalam sungai tersebut. Kalau nak tengok keindahan lampu-lampu yang menyinari sepanjang River of Life ni, korang boleh datang waktu malam. 

                           


Kitorang berkesempatan untuk datang melihat River of Life ni pada malam Sabtu bulan September yang lepas. Kira lambat lah juga kitorg datang ke River of Life ni iaitu tiga tahun lepas tempat ni dibuka  sejak August 2017. Sepanjang pemerhatian kitorang, asap-asap mula keluar setiap kali azan berkumandang. Macam masa kitorg sampai ni, Azan Isyak baru habis. Jadi dah boleh lihat asap-asap dah mula menebal. 



Korang boleh jalan di sepanjang River of Life ni dan lihat view yang menakjubkan. Selain tu, korang boleh lihat seni bina English iaitu Bangunan Abdul Samad yang dibina oleh pihak British masa dorang menjajah Malaysia dulu. 





Di kawasan hadapan bangunan ni ialah Dataran Merdeka. Ramai orang beraktiviti bersama keluarga kat situ. Ada juga orang yang berniaga di situ. Memang meriah!

Di bahagian belakang Bangunan Abdul Samad pula ada kawasan taman yang bersih dan cantik. Korang bolehlah bergambar kat situ ala-ala seperti korang berada di oversea.


Dan untuk pengetahuan korang, River of Life di Kuala Lumpur ini telah tersenarai dalam salah satu "World’s Top 10 Best Waterfronts" by UK’s Independent pada tahun 2019. Jadi, apa tunggu lagi. Jom kita lapangkan dan tenangkan fikiran sambil menikmati keindahan sungai di Kuala Lumpur ni. 

Korang boleh tengok video kitorg kat bawah ni alang-alang sekarang PKPB dah dikuatkuasakan balik di beberapa buah negeri. Ambil virtual feel dulu, then lepas boleh berjalan-jalan nanti bolehlah datang ke River of Life ni sendiri for the real feel. Stay safe and have a good day









Wednesday, 29 July 2020

Resipe Spaghetti Tuna ringkas dalam masa 10 minit

Resipe ni ringkas dan mudah je. Bahan utama yang korang perlu ada adalah tin tuna dan spaghetti. Selain tu kalau nak campur sayur ikut cita rasa masing-masing. Macam resipe kitorg ni masak masa lapar, so memang masuk bahan apa yang ada je.

Bahan-bahan:
Tin Tuna
Spaghetti
Sos cili
Sos tomato
Kicap 

Cara memasak:
1. Rebus spaghetti selama 5 minit kemudian toskan. 
2. Masukkan tin tuna kedalam kuali dan kacau.
3. Tambah sedikit sos cili, sos tomato dan kicap. Gaulkan semua bahan.
4. Akhir sekali masukkan spaghetti dan kacau sehingga sebati.
5. Siap! Sedia untuk dimakan.

Spaghetti Tuna ni sedap dimakan panas-panas. Kitorg selalu beli tin tuna jenama ayam brand. Apa yang special ye Tuna ayam brand ni korang boleh pilih level kepedasan yang korang nak. Lihat kat tepi tin ada level kepedasan dia. 

Sumber: Google
3x pedas tu pun dah lain macam pedas dia. So sesiapa yang tak tahan makan pedas boleh ambil yang 2x pedas je. Korang boleh ke YouTube kitorang untuk tengok cara kitorg memasak Spaghetti Tuna. Selamat mencuba!




Friday, 24 July 2020

Minum-minum di Boh Tea Centre Sungei Palas, Cameron Highland, Pahang 2020

Sebulan selepas kebenaran untuk merentas negeri diumumkan, barulah kitorg berkesempatan untuk merentas negeri dari KL ke kampung kitorg di Perak. Kiranya nak balik kampung jumpa saudara mara dan makan makanan sedap-sedap kat Ipoh ni. Last kitorg balik kampung bulan Mac 2020 hari tu, just 5 hari before PKP 1.0 dikuatkuasakan. Pada hari Ahad, kitorg pergi ke Cameron Highland balik hari. Memang kalau dah pergi naik tempat-tempat macam ni hari minggu memang kena banyak sabar lah sebab orang memang terlalu ramai. Masa kitorg naik ke Cameron Highland dari Simpang Pulai tu jalan ok lagi. Masa nak balik tu yang jem, lagi-lagi jalan turun ke Tapah. Tapi apa-apa pun kita kena chill. Bukan selalu pun.

Kat Cameron Highland ni kitorg nak singgah minum teh di tempat yang kitorg tak pernah pergi sebelum ni iaitu "Boh Tea Centre Sungai Palas". Jalan nak menuju ke situ agak mencabar sebab jalan memang kecik. Kena gilir-gilir bagi laluan kat kereta dari bertentangan arah untuk lalu. Untuk tengok gambaran jalan tu macam mana, korang boleh tengok kat YouTube kitorg ni.



Dah pergi hari Ahad, memang banyak lah kereta. Tapi jangan risau sebab tempat parking dia banyak and free je. Sebelum nak masuk parking tu ada orang jaga, kita kena tulis nama, nombor kereta dan check suhu sebagai SOP Covid19 sebelum masuk ke situ. Lepas dah parking kita kena jalan mendaki sikit macam dalam video atas tu untuk ke kedai teh dorang. Penat mendaki tu memang terasa tapi once kita dah sampai atas penat lelah akan kita lupa sebab view ladang teh nya memang cantik.

Sebelum masuk ke kedai ni, kita kena beratur isi maklumat check-in dalam sistem dan pakai hand sanitizer. Kat sini ada staff dorang jaga dan pesan jaga jarak masing-masing. Lepas kitorg dapat masuk, dua orang pergi beratur order air kat kaunter, selebihnya cari meja untuk duduk.

Apa yang bagus kat sini, harga air dia agak berpatutan iaitu RM 3.85 untuk secawan teh tarik dan RM 3.50 untuk secawan teh chamomile. (Disclaimer: Harga pada Julai 2020)


Sebelum ni kitorg pergi kedai lain yang famous di Cameron Highland harga air dalam RM5 ke atas jugak lah. Lepas minum-minum kalau rasa nak buang hajat jangan risau sebab tandas dia bersih.




Lepas dah habis menjamu selera kitorg pun beransur balik. Oleh sebab sekarang dah ada norma baru sebab Covid-19, laluan masuk dan keluar pun berlainan. Masa keluar kita akan melalui laluan yang mana kita boleh nampak view ladang boh teh yang amazing. Bolehlah nak snap gambar dulu before balik.

                     

Masa dah keluar dari cafe kita kena lalu tempat dorang jual barang-barang souvenir dan boh teh pelbagai rasa. Then sebelum keluar tu ada orang jual ice cream yang diperbuat dari bahan teh ni. Korang boleh lah try rasa.




Sebelum turun dari Cameron kitorang singgah ke Kea Farm untuk tengok-tengok apa yang menarik untuk dibeli.





Ingat nak singgah Cactus Point jugak sebab harga cactus kat situ murah boleh dapat 6 biji RM10. Tapi tutup lah pulak. So kitorang just beli jagung untuk bawa balik. So kalau korang nak jalan-jalan ke tempat yang bersuhu sejuk dengan pemandangan yang hijau tapi nak singgah sekejap je, korang bolehlah ke Boh tea Centre Sungei Palas, Cameron Highland.


                      

Wednesday, 15 July 2020

Resipe Salad Ketam (Crab salad recipe)

Korang pernah tak makan crab salad? Kalau beli kat kedai harga crab salad ni agak mahal. Jadi untuk save duit, kitorg pun try lah untuk buat sendiri crab salad ni. Sebenarnya senang je buat crab salad sendiri di rumah. Kitorg buat ikut bahan-bahan yang ada kat rumah. Kalau korang nak tambah lagi bahan-bahan boleh je. Masukkan sekali ubi kentang pun sedap. Tapi kitorg buat resipe yang simple je dan ambil masa tak sampai 5 minit. Bawah ni antara bahan-bahan yang perlu ada.

Bahan-bahan:
1. Ketam stick
2. Mayonis
3. Celery
4. Timun jepun
5. Bawang besar
6. Lemon

Cara memasak crab salad:
1. Rebuskan ketam stick selama 2 minit. 
2. Potong kecil ketam stick 
3. Masukkan celery dan timun jepun yang telah dipotong kecil 
4. Masukkan sedikit bawang besar yang telah dihiris kecil
5. Perahkan 1/5 lemon
6. Masukkan 3 sudu besar mayonis
7. Kacau semua bahan sehingga sebati
8. Siap dan sedia dimakan. Kalau nak lagi sedap boleh masukkan ke dalam peti ais selama 3 jam. Lepastu boleh makan sejuk-sejuk lagi sedap.

Boleh tengok YouTube kitorg tentang cara buat crab salad ni. Rasa memang sibijik macam kedai. Selamat mencuba.



Sunday, 21 June 2020

Resipe Oreo milkshake tanpa aiskrim

Musim-musim PKP ni mesti korang ada teringin nak minum Oreo milkshake kan. Semua bahan dah ada tapi aiskrim vanilla je tak ada? Tak apa! Korang masih boleh buat sendiri Oreo milkshake dengan menggunakan resipe yang kitorang dah ubah sikit di bawah. Kitorg punya milkshake ni kurang manis tapi rasa still sedap. Portion resipe yang kitorg buat ni untuk satu gelas besar. Kiranya boleh minum share 2 orang.

Bahan-bahan:
1. Oreo 6 keping
2. Susu fresh 200ml
3. Air suam 100ml
4. Susu pekat manis 1 sudu besar (tambah 1 sudu lagi jika suka manis)
5. Ais
6. Vanilla essence (optional)

Cara membuat oreo milkshake:
1. Campurkan semua bahan-bahan diatas ke dalam blender.
2. Blend sehingga sebati
3. Tuangkan ke dalam gelas. Sedia untuk diminum.

Untuk visual recipe, korang boleh tengok video kitorg ni.


Have a nice day dan selamat mencuba!

Saturday, 30 May 2020

Jalan-jalan KL - Tugu Negara.

Disebabkan virus Covid-19 yang melanda dunia, trip kitorg ke luar negara akan ditangguhkan mungkin sampai ke tahun 2022. Tahun ni kalau keadaan dah ok pun maybe kitorg akan jalan-jalan sekitar Malaysia je. Nak pergi Sabah Sarawak pun tak berani sebab kena naik flight. Kalau nak pergi sana tak perlu naik flight boleh lah rasa selamat sikit sebab boleh travel guna kereta sendiri.

Kalau korang tinggal di KL, inilah peluang untuk korang jalan-jalan sekitar KL ni, melawat tempat yang korang tak pernah pergi. Beberapa minggu selepas PKPB diumumkan, kitorg ambil peluang untuk jalan-jalan sekitar KL duduk dalam kereta je. Selain tu kitorg ke Tugu Negara.

Tugu Negara terletak di Jalan Parlimen.
Kiranya ni 2nd time kitorg ke Tugu Negara. 1st time kitorg jejak kaki ke Tugu Negara ni 4 tahun yang lepas. Tu pun sebab bawa kawan dari Sarawak jalan-jalan KL. Kalau tak memang sampai sekarang tak pernah jejak kaki kat Tugu Negara ni. Masa tu parking memang susah dan penuh dengan foreigner je.



Kali ni kitorg pergi parking kosong. Hanya ada satu kereta je kat kawasan tu.

Kawasan parking kosong.
So kitorg park kereta dan masuk ke dalam kawasan Tugu Negara sebab tak ada orang langsung masa kitorang sampai tu. Jangan risau sebab kat sini tak perlu bayar tiket masuk. FOC. Waktu operasi dari  pukul 7 pagi hingga 6 petang.


Pintu masuk. 
Jalan kedepan, nampak kubah ni dulu before nampak patung tugu negara.

Dah nampak patung Tugu Negara



Ni view bertentangan Tugu Negara. Just make sure to wear mask and keep your social distancing.
Selain tu korang boleh lihat view bandaranya KL dari kawasan Tugu Negara ni. Tak lama pun kitorg dalam Tugu Negara ni dalam masa 10 minit je pusing-pusing. Masa kitorg dan nak balik barulah nampak ada dalam 3 family datang berasingan. Jangan risau sebab semua datang pakai mask dan jalan jauh-jauh sebab kawasan Tugu Negara ni pun luas. Korang boleh tengok short video kitorang kat Tugu Negara bawah ni.


Friday, 17 January 2020

Trip ke Hat Yai, Thailand 2020 (2nd day)

2nd day
Plan awal nak breakfast kat Kai Tod Decha, kedai semalam yang kitorang dinner. Tapi tukar plan breakfast kat hotel je lah sebab alang-alang dah ada private balkoni sekali dengan sinki. Kitorg beli foods kat 7 eleven. Beli burger Shrimp+Fish jenama CP dan roti bun perasa Taro. Burger tu dia jual dalam tempat sejuk. Masa kita beli kita mintak staff 7e tu panaskan je dalan microwave. Harga Burger Shrimp+Fish agak mahal iaitu 40 baht tapi rasa memang sedap. Kalau beli yang burger chicken atau beef sahaja lagi murah. Roti bun Taro tu pulak berharga 15 baht. Kitorg ingatkan dalam dia ada inti Taro. Rupanya kosong je. Rasa pun biasa je. Air kitorg buat air kopi dan coklat 3in1 yang hotel bagi.

Our breakfast.
Lepas dah breakfast kitorg bersiap-siap untuk balik. Sebenarnya waktu check-out hotel pukul 12 tengahari, tapi kitorg keluar awal pukul 9.30 pagi sebab nak pastikan sampai Kedah before pukul 2pm memandangkan waktu train kitorg akan berlepas dari Ipoh ke KL pukul 7.30pm. Oleh sebab duit Thailand kitorg pun banyak lagi, kitorg cadang nak buat last minute shopping kat Lee Garden Plaza before balik. So kitorg singgah ke Lee Garden Plaza dan park tepi jalan macam semalam. Masa kitorg sampai tu Plaza tu tak buka lagi. Dia buka pukul 10.30am. Kitorg sampai pukul 9.45am. So kitorg singgah 7e lagi macam biasa untuk membeli air dan kudap-kudapan. Selain teh ais, korang boleh try rasa air susu Sea Salt Caramel keluaran 7e ni. Memang sedap. Tapi tak semua branch ada jual air ni.

Sea salt caramel milk.
Dah habis beli air dan snacks kat 7e kitorg singgah balik kereta nak letak barang dulu before ke Lee Garden Plaza. Masa nak buka kereta tu ada beberapa orang local datang kat kitorg tunjuk kat kitorg tayar kereta dah kena clamp. Adalah surat putih thailand kat atas cermin depan kereta tu. Kitorg tanya nak kena bayar denda kat mana. Orang tu cakap kat police station tapi jauh lah. Kena naik tuk-tuk. So kitorg fikir kejap, alang-alang dah kena clamp ni, baik kitorg teruskan shopping dulu baru pergi bayar saman. So kitorg cakap kat orang-orang local tu, kitorg nak beli barang dulu, nanti kitorg datang balik.

Dah habis beli barang barulah kitorang fikir macam mana nak settle kan saman ni. Terpaksalah naik tuk-tuk untuk ke balai polis sebab balai polis tu memang jauh pun. Harga naik tuk-tuk dari Lee Garden Plaza ke balai polis untuk 4 orang 150 baht return. Mula-mula orang tu minta 200 baht, kitorg tawar sampai 150 baht.

Sampai je balai polis orang tuk-tuk tunjuk kat kitorg bilik kena bayar saman sekali jadi penterjemah kitorg memandangkan dia tahu Bahasa Melayu. Orang polis tu pulak tak tahu Bahasa Melayu. Tunjuk kertas yang kitorg dapat. Dia mintak lagi satu kertas, kitorg cakap dapat satu kertas tu je atas kereta kitorg. Dia tunjuk contoh kertas lagi satu kat kitorg tapi memang kitorg x nampak kertas tu. Then kena denda pula 500 baht. Masa tu duit kitorg memang dah tinggal 300 baht je, dengan kena bayar tuk-tuk lagi. So kitorg tanya duit Malaysia accept tak. Dia cakap tak boleh. Credit card pun tak boleh. Harapan kitorg pak polisi tu bagi je lah diskaun kat kitorg foreigner ni, tapi polis sini berintegriti. So terpaksa pergi money changer tukar duit.

Nak tukar duit pulak kena pergi balik area Lee Garden Plaza tu. So naik tuktuk patah balik pergi sana. Pak polisi cakap kat orang tuk-tuk tu suruh ambil kertas saman lagi satu kat kereta kitorg. Rupanya kertas saman tu dia pergi tampal kat bahagian tingkap sisi pemandu, tak sekali dengan kertas yang kitorg bawak ni. Manalah nak perasan kertas tu kat situ. Dah ambik kertas saman, kitorg tukar pulak duit kat kedai money changer yang tak friendly. Kitorg bagi duit Malaysia RM20 lima keping, dia taknak duit kecik. Dia nak duit RM50 je. Kalau bagi duit kecik dia bagi tukaran lagi rendah. Ada ke patut. Nasib kitorg ada duit RM50. Dan macam biasa kalau tukar duit Malaysia kat Thailand ni memang rugi. So better tukar duit kat Malaysia je.

Selesai buat apa yang patut, kitorg pun pergi semula ke balai polis. 500 baht burn untuk bayar denda parking di tempat yang tak dibenarkan. Apa-apa pun, kitorg dapatlah jugak merasa pengalaman naik tuk-tuk kat Thailand ni sebab sepanjang kat Thailand memang kitorg tak pernah merasa naik tuk-tuk. Masa kat Surat Thani dan Koh Samui dulu kitorg naik van, bas dan sewa kereta je. Selain tu kitorg adalah jugak pengalaman masuk ke balai polis Thailand walaupun balai polis kat Malaysia sendiri kitorg tak pernah masuk.

Masa kitorg terlebih sebab nak settlekan bayar saman ni je. Pukul 12.30pm kitorg terus bergerak menuju ke border Thailand-Malaysia. Masuk ke dalam border bahagian Thailand, jalan smooth je. Macam biasa tak ada signboard so kitorg just follow kereta depan. Sebelum korang lalu tol macam kat gambar bawah ni untuk serahkan vehicle form yang korang dapat masa sampai sini kat orang yang jaga tol tu, pastikan korang park dulu kereta kat kawasan parking yang disediakan dan beratur kat bangunan imigresen untuk cop "Keluar" dari Thailad. Lepas passport korang dah dicop, baru korang boleh proceed kat bahagian tol ni.

Penyerahan form vehicle.
Macam kitorg, kitorang terus proceed ke tol atas ni, tak cop "Keluar Thailand" passport sebab tak tahu dan tak ada apa-apa information tertulis sepanjang perjalanan tu. Kat bahagian check point atas ni pun dia tak cek, just serahkan form je. Masuk tol bahagian Malaysia untuk cop "Masuk Malaysia" baru orang imigresen tanya kitorg, nak masuk balik Thailand ke? Kitorg cakap tak. Dia pun tanya kenapa tak cop "Keluar Thailand"? Kitorg pun cakap kitorg tak tahu. So kena patah balik pergi ke bahagian bangunan imigresen Thailand untuk cop Keluar Thailand. Alhamdullilah queue tak sepanjang macam masa kitorang sampai Thailand ni semalam.

Bahagian tol imigresen Malaysia.
Tapi bila balik semula ke tol bahagian imigresen Malaysia ni, kereta dah mula queue panjang. Jam pun masa tu dah pukul 2pm, memang waktu semua orang nak balik. Apa-apa pun kitorg selamat sampai ke Ipoh 10 minit before pukul 7pm. Alhamdulillah jalam tak jem. Cumanya tak sempatlah kitorg nak dinner kat Ipoh sebab dah sampai pun lewat. Pukul 7.34pm, train ETS bergerak on time dari Ipoh dan selamat sampai ke KL Sentral pukul 10.15pm. Bawah ni short video kitorg jalan-jalan cari makan kat Hatyai ni.




Kesimpulannya, mudah je sebenarnya nak bawa kereta sendiri masuk ke Thailand. Tapi kita kena tahu step-step nya. Kalau first timer memang agak confuse. Jalan kat Thailand pun selamat sebab kebanyakan jalan dia straight je dan cara pemandu di sana bawa kereta pun berhemah. Yang penting kita kena ada waze atau google map untuk memudahkan kita bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain. Selain tu sebenarnya dengan budget bawah RM300 je korang dah boleh jejak kaki kat Hatyai ni. Kalau korang naik bas dari KL terus ke Hatyai je kos tambang bas pergi dan balik dalam RM140. Makan-makan untuk sehari setengah dalam 600 baht. Grab/tuk-tuk maybe korang boleh letak budget dalam 200 baht. Senang kira korang tukat 1000 baht terus untuk perbelanjaan korang 2 hari satu malam kat Hatyai ni. So kepada sesiapa yang nak bercuti ke luar negara tapi cuti dan budget tak banyak bolehlah pergi ke Hatyai ni.


Trip ke Hat Yai, Thailand 2020 (1st day)

1st day
Kitorang bertiga sampai di station bas Changlun, Kedah pada pukul 6 pagi. Dari situ kitorg jumpa sepupu dan terus cari masjid memandangkan waktu Subuh dah masuk. Lepas habis solat, kitorg singgah ke gerai jual kuih untuk bungkus makanan for light breakfast sebelum masuk ke border Thailand. Untuk bawa masuk kereta ke Thailand, korang wajib beli insurans. Macam kitorg, sepupu dah siap-siap buatkan dua hari sebelum.


Insurans kereta ni berharga RM16. Kitorg masuk ke Thailand melalui Bukit Kayu Hitam. Proses imigresen Malaysia cepat je. Kitorg just duduk dalam kereta, ikut laluan kereta dan stop di tempat pemeriksaan macam tol. Kat situ, kita kena turunkan semua tingkap dan bagi semua passport pada pegawai yang bertugas. Pegawai imigresen tu akan check muka sorang-sorang dan lepas tu cop 'Keluar Malaysia' passport kita. Then kena melepasi checkpoint kastam Malaysia sebelum kita masuk ke bahagian imigresen Thailand pula. Proses melepasi bahagian imigresen dan kastam Malaysia ni laju je.

Kekeliruan datang apabila kitorg masuk ke bahagian imigresen Thailand. Nak jalan arah mana tak tahu sebab tak ada signboard langsung. Ada askar-askar je yang jaga jalan, suruh ikut arah mana. Kitorg kena lalu tol juga dan kat situ kena tunjuk insurans kereta, passport dan arrival form. Masa tu semua kena turun, tapi arrival form dan ada satu lagi form untuk kereta kitorg tak ada, so orang imigresen tu bagi kitorg form yang perlu diisi. Kitorg kena parking kat tempat parking yang dorang sediakan. Lepas dah habis isi form, kitorg kena masuk ke dalam bangunan imigresen untuk proses check passport dan beratur panjang dengan orang lain yang masuk naik bas/ jalan.




Overtime fees ni kitorg x faham. Tapi apa-apa pun kitorg x payah bayar pape.
Kat sini lah yang ambil masa, lebih kurang sejam jugaklah beratur. Beg dan barang-barang tak payah bawak sekali. Just tinggalkan dalam kereta. Pastikan bawa passport, arrival form dan insurans + geran kereta. Masa beratur ni ramai orang yang akan datang kat kita untuk jual simkad. Kitorg tak beli sebab dah beli simkad siap-siap kat KL.

Harga sebenar 299baht (lebih kurang RM40)
Harga simkad untuk 19GB 7hari kitorg dapat RM9.90 kat Lazada masa Flash Sale. Tambah shipping jadilah RM14.70. Harga sebenar kalau yang tertulis kat sampul tu 299 baht, lebih kurang RM40 duit kita. Kiranya untunglah beli simkad kat Lazada ni. Jadikan satu phone sebagai hotspot dan share 4 orang. So sorang kena bayar RM4 je untuk simkad ni.

Lepas dah habis scan jari dan cop "Masuk" passport kat imigresen Thailand, kitorg keluar pintu exit dan pergi ke arah kaunter yang terletak bahagian kiri pintu untuk serahkan form kereta yang dapat tadi, tunjuk sekali dengan insurans + geran kereta dan passport.


Kaunter untuk serahkan details kereta.
Proses kat sini cepat sebab tak ramai orang. Tapi nak mengisi borang ye agak confuse. Tapi apa-apa pun sepanjang kitorg check imigresen Thailand dan serahkan form untuk bawa masuk kereta ke Thailand ni memang kitorg tak dikenakan apa-apa charge yang macam ramai orang cerita kena selit RM1 dalam passport sebelum ni.

Lepas dah habis serahkan form untuk bawa masuk kereta, kitorg pun masuk dalam kereta dan meneruskan perjalanan seterusnya. Checkpoint seterusnya ialah kena tunjuk passport kat orang yang bertugas sebelum kita dibenarkan masuk ke dalam Thailand.

Tunjuk passport kat pak cik dalam bulatan merah tu.
Total masa diperlukan untuk melepasi border ni je dalam 2 jam, dari pukul 7.30am sampai 9.30am. Oleh sebab Thailand lambat sejam dari kita, kiranya kitorg sampai Thailand ni pukul 8.30am lah.

Dah masuk Thailand.
Perjalanan kitorg ke Hat Yai mengambil masa dalam sejam setengah. Sebenarnya boleh je sampai kurang dari sejam, tapi cara pemanduan kat sini memang slow dan berhemah. So tak boleh bawak laju-laju kereta. Dan apa yang menarik kat sini, cara penunggang motorsikal membawa motor memang sangat baik sebab kalau ada kereta dorang yang akan berhati-hati dan bagi laluan. Tak de nak selit-selit macam kat Malaysia ni. Selain tu penggunaan hon memang rare sangatlah kitorg dengar sepanjang memandu ke Hatyai ni.

Tuk-tuk Thailand



Destinasi food hunting pertama kitorang di Thailand ni adalah breakfast di kedai Dimsum Chabura yang famous sebab kepelbagaian dimsum nya dan harga dimsum yang berpatutan. Nak cari parking kat tepi kedai agak susah sebab banyak kereta. Kitorg kena pusing dua kali, baru dapat parking yang kebetulan betul-betul depan pintu masuk kedai ni.

Dapat park depan kedai.
Permulaan food hunting yang baik. Bawah ni antara makanan dan dimsum yang kitorg pilih.

Macam-macam dimsum ada.
Nasi kerabu lauk daging 85 baht. Taste just nice.

Nasi goreng paprik 85 baht

Dimsum bekas kecil 15 baht, bekas besar 20 baht.
Untuk pengetahuan korang, kedai Dimsum Chabura ni buka setiap hari dari pukul 6 pagi hingga 2 petang. Masa kitorg sampai ni dalam pukul 9.30 pagi. Orang ramai tapi tak sesak dan ada a few tempat duduk. Cara nak order kat sini adalah sorang duduk dulu cop tempat, yang lain boleh pilih dimsum letak dalam talam yang disediakan dan bagi kat staff yang jaga. Staff tu akan bagi nombor meja kat korang dan korang duduk kat meja tunggu dimsum tu sampai. Tak lama pun menunggunya. Kalau korg nak makanan selain dimsum, korang boleh order tengok kat menu yang orang kedai tu bagi kat meja korang. Macam kitorg order nasi kerabu daging dan nasi goreng paprik yang berhaga 85 baht setiap satu. Tea ais kitorg order dua kongsi-kongsi. Disarankan kalau korang nak minum tea ais just beli kat 7eleven je sebab rasa tea ais kat kedai ni biasa.

Teh ais biasa-biasa aje rasanya.

Lepas dah habis makan, bawa kertas bil yang orang kedai dah letak atas meja kita untuk bayar di kaunter pembayaran. Total breakfast kitorang 4 orang adalah 570 baht.

Next destination kitorg ke Samila Beach yang terkenal dengan "Mermaid statue". Perjalanan dari kedai Dimsum Chabura ke Samila beach lebih kurang 35 minit. Kitorg just waze "Golden Mermaid statue" supaya boleh park berdekatan patung tu. Tak payah lah nak jalan jauh dan bersusah-susah cari patung mermaid tu nanti. Dah dapat parking, kitorg kena jalan dalam 5 minit untuk ke patung mermaid.

Jumpe patung black cat. So snap je lah.
Sepanjang perjalanan tu, ada banyak gerai-gerai yang jual makanan dan air. Kitorg just beli air kelapa yang berharga 20 baht. Ramai yang cakap ice cream kelapa kat sini sedap, tapi kitorg tak beli sebab nak beli kat Floating market nanti. Dalam 5 minit, kitorang dah start nampak ekor si dugong dengan beberapa orang berkumpul macam dalam gambar bawah ni.

Dah jumpa tempat golden mermaid di tepi pantai.



Kena beratur nak tangkap gambar dengan mermaid ni.
Dah bergambar dengan si Golden Mermaid, kitorg pun balik semula ke kereta dan meneruskan perjalanan ke The Central Mosque of Songkhla yang terletak lebih kurang 30 minit dari Samila Beach. On the way ke masjid, kitorg singgah 7eleven untuk beli air tea ais yang dah lama kitorg ngidam. Kat 7e kitorg beli air tea ais biasa dan tea ais brown sugar. Tea ais brown sugar ni tak semua 7e ada. Ada sesetengah branch je jual. Apa beza rasa antara tea ais biasa dan tea ais brown sugar? Tu korang kena datang Thailang sendiri untuk rasa perbezaannya. Yang pasti kitorg lebih prefer tea air brown sugar. Bayangkan kalau rasa tea ais biasa 7e pun dah sedap, ni pulak tea ais brown sugar.

Selain tu kitorg beli beberapa snack untuk makan dalam kereta. Dah habis membeli belah di 7e, kitorang teruskan perjalanan ke Masjid Songkhla. Untuk cari masjid ni korang just waze "Center Mosque of Sonkhla". Kitorg sampai dalam pukul 1pm, dah masuk waktu Zohor. So kitorg solat dulu jamak Zohor dan Asar kat masjid ni.

Center Mosque of Sonkhla. Konon nak tangkap gambar reflection of mosque macam kat angkor wat tu. Tapi tak dapat sebab sampai waktu tengahari.
Next destination kitorg ke Khlong Hae Floating Market yang merupakan tempat yang mesti korang pergi kalau ke Songkhla ni. Kitorg sampai situ dalam pukul 2pm, kedai-kedai atas sampan baru nak buka.

Ade kedai yang tak buka lagi pukul 2pm.
Tak ramai orang lagi sebab awal.
Tapi ada juga kedai yang dah sedia jual makanan. Untuk pengetahuan korang, floating market ni hanya dibuka pada hari Jumaat, Sabtu dan Ahad. Bermula pada jam 3 petang hingga 10 malam. So kalau nak rasa meriah sikit datanglah after pukul 3pm sebab masa tu kesemua kedai atas sampan dah beroperasi.



Kitorg datang awal sebab nak elak crowded. So dapat beli makanan tanpa perlu beratur panjang dan makan dengan tenang.

Tak payah beratur kalau datang sebelum pukul 3pm.

Bawah ni antara foods yang kitorg beli.

Air kelapa dalam buluh 25 baht satu.

Maggie udang tomyam 40 baht.

Coconut icecream 20 baht.

Spicy mixed salad 30 baht.

Selain tu kitorg beli sotong goreng tepung (30 baht) dan udang goreng tepung (35 baht).

Rupanya macam ni nak bayar.
Kitorang just share berempat sebab perut tak lapar sangat sebab breakfast lambat tadi. Total untuk lunch berempat 205 baht. Overall, rasa makanan kat sini bagi kitorg biasa-biasa. Tapi yang penting pengalaman yang kita dapat. Bila lagi boleh merasa pengalaman beli makanan atas sampan dan minum air dalam buluh macam ni.



Seterusnya kitorg menuju ke hotel untuk berehat. Nama hotel yang kitorg book adalah "Great Home Mansion". Kedudukan hotel ni agak jauh dengan Lee Garden street market, tapi kitorg pilih hotel ni sebab harga dia yang murah dan hotel ni sediakan tempat parking.

Check in hotel.
Selain tu, hotel ni ada bilik untuk 4 orang sebilik. Satu katil double decker dan satu katil queen. Memang puas hati dengan bilik yang kitorg dapat sebab katil selesa, lantai super duper bersih, dan siap dapat private balkoni lagi. Harga untuk hotel ni after diskaun di agoda.com satu malam ialah RM120 untuk 4 orang. Kiranya sorang bayar RM30.

Tema star wars. Selimut bantal dia semua sedap dan selesa.
 Dah dapat katil masing-masing, kitorg pun rehat sampai pukul 6pm. Lepastu siap-siap untuk keluar dinner pula. Mula-mula plan nak makan hot pot buffet macam yang ramai orang duk pergi. Tapi bila discuss balik kitorg cancel. Kitorg dinner di Kai Tod Decha & Seafood je. Terletak hanya 10 minit drive dari hotel kitorg.



Masa kitorg sampai ni orang tak ramai lagi. Kitorang order nasi, tomyam seafood, ayam goreng halia dan daging goreng halia. Air kitorg tak order sebab nak beli air teh ais kat 7e lagi nanti. Tapi rata-rata komen yang kitorg baca bagitau yang air teh ais kat sini sedap. Korang boleh lah kalau nak try teh ais dia.

Tomyam seafod (small size) 150 baht

Ayam goreng halia 100 baht

Daging goreng halia 100 baht
Rupa daging dengan ayam goreng halia dia nampak sama je. Apa-apa pun makanan sedap. Tomyam yang size kecik pun kitorg dapat macam size besar. Makan macam ni 4 orang pun dah kenyang. Total dinner kitorg berempat ialah 395 baht.

Next kitorang ke Lee Garden street market yang terletak hanya 5 minit drive dari kedai makan Kai Tod Decha. Alhamdulillah dapat parking tepi jalan yang agak dekat dengan bangunan Lee Garden Hotel. Lee Garden street market ni beroperasi dari pukul 8 malam hingga 12 tengah malam. Masa kitorg sampai tu dah pukul 8 lebih jugak. Expectation kitorg street market ni panjang, banyak kedai jual pelbagai jenis makanan yang rare dan perlu bersesak-sesak. Reality tak banyak pun kedai kat sini. Makanan kitorg hanya beli pancake cadbury+pisang yang berharga 50baht.

Antara menu pankek atau dipanggil 'Roti' yang dorang jual.

Roti Cadbury + banana 50 baht. Sedap makan panas-panas.
Selain tu kitorg beli Thermos yang berharga 150 baht satu setelah diskaun.

Thermos 159 baht. Dapat diskaun 150 baht.
Harga magnet. 7 keping 200 baht.
Disebabkan tak banyak pun gerai di street market ni, kitorg masuk dalam shopping mall yang terletak dalam bangunan Lee Garden Plaza untuk tengok-tengok apa yang menarik dalam mall ni.

Lepas dah habis pusing mall, kitorg pun balik semula ke hotel. Tapi before masuk hotel kitorg singgah Big C Supermarket yang terletak just opposite from our hotel. Kitorg sampai dah nak pukul 10pm, so kedai-kedai dalam mall tu semua dah mula nak tutup. Tinggal supermarket je yang buka sampai pukul 11pm. Dalam supermarket ni lah kitorg beli snack untuk bawa balik ke Malaysia, sekali untuk bagi family and saudara-mara.

Antara barang kat supermarket yang kitorg beli.


Habis membeli-belah kitorg singgah lagi 7e yang terletak bersebelahan Big C Supermarket untuk beli air. Then barulah balik semula ke hotel untuk tidur. Untuk aktiviti hari kedua akan ditulis dalam next post. So stay tune.