Wednesday, 29 July 2020

Resipe Spaghetti Tuna ringkas dalam masa 10 minit

Resipe ni ringkas dan mudah je. Bahan utama yang korang perlu ada adalah tin tuna dan spaghetti. Selain tu kalau nak campur sayur ikut cita rasa masing-masing. Macam resipe kitorg ni masak masa lapar, so memang masuk bahan apa yang ada je.

Bahan-bahan:
Tin Tuna
Spaghetti
Sos cili
Sos tomato
Kicap 

Cara memasak:
1. Rebus spaghetti selama 5 minit kemudian toskan. 
2. Masukkan tin tuna kedalam kuali dan kacau.
3. Tambah sedikit sos cili, sos tomato dan kicap. Gaulkan semua bahan.
4. Akhir sekali masukkan spaghetti dan kacau sehingga sebati.
5. Siap! Sedia untuk dimakan.

Spaghetti Tuna ni sedap dimakan panas-panas. Kitorg selalu beli tin tuna jenama ayam brand. Apa yang special ye Tuna ayam brand ni korang boleh pilih level kepedasan yang korang nak. Lihat kat tepi tin ada level kepedasan dia. 

Sumber: Google
3x pedas tu pun dah lain macam pedas dia. So sesiapa yang tak tahan makan pedas boleh ambil yang 2x pedas je. Korang boleh ke YouTube kitorang untuk tengok cara kitorg memasak Spaghetti Tuna. Selamat mencuba!




Friday, 24 July 2020

Minum-minum di Boh Tea Centre Sungei Palas, Cameron Highland, Pahang 2020

Sebulan selepas kebenaran untuk merentas negeri diumumkan, barulah kitorg berkesempatan untuk merentas negeri dari KL ke kampung kitorg di Perak. Kiranya nak balik kampung jumpa saudara mara dan makan makanan sedap-sedap kat Ipoh ni. Last kitorg balik kampung bulan Mac 2020 hari tu, just 5 hari before PKP 1.0 dikuatkuasakan. Pada hari Ahad, kitorg pergi ke Cameron Highland balik hari. Memang kalau dah pergi naik tempat-tempat macam ni hari minggu memang kena banyak sabar lah sebab orang memang terlalu ramai. Masa kitorg naik ke Cameron Highland dari Simpang Pulai tu jalan ok lagi. Masa nak balik tu yang jem, lagi-lagi jalan turun ke Tapah. Tapi apa-apa pun kita kena chill. Bukan selalu pun.

Kat Cameron Highland ni kitorg nak singgah minum teh di tempat yang kitorg tak pernah pergi sebelum ni iaitu "Boh Tea Centre Sungai Palas". Jalan nak menuju ke situ agak mencabar sebab jalan memang kecik. Kena gilir-gilir bagi laluan kat kereta dari bertentangan arah untuk lalu. Untuk tengok gambaran jalan tu macam mana, korang boleh tengok kat YouTube kitorg ni.



Dah pergi hari Ahad, memang banyak lah kereta. Tapi jangan risau sebab tempat parking dia banyak and free je. Sebelum nak masuk parking tu ada orang jaga, kita kena tulis nama, nombor kereta dan check suhu sebagai SOP Covid19 sebelum masuk ke situ. Lepas dah parking kita kena jalan mendaki sikit macam dalam video atas tu untuk ke kedai teh dorang. Penat mendaki tu memang terasa tapi once kita dah sampai atas penat lelah akan kita lupa sebab view ladang teh nya memang cantik.

Sebelum masuk ke kedai ni, kita kena beratur isi maklumat check-in dalam sistem dan pakai hand sanitizer. Kat sini ada staff dorang jaga dan pesan jaga jarak masing-masing. Lepas kitorg dapat masuk, dua orang pergi beratur order air kat kaunter, selebihnya cari meja untuk duduk.

Apa yang bagus kat sini, harga air dia agak berpatutan iaitu RM 3.85 untuk secawan teh tarik dan RM 3.50 untuk secawan teh chamomile. (Disclaimer: Harga pada Julai 2020)


Sebelum ni kitorg pergi kedai lain yang famous di Cameron Highland harga air dalam RM5 ke atas jugak lah. Lepas minum-minum kalau rasa nak buang hajat jangan risau sebab tandas dia bersih.




Lepas dah habis menjamu selera kitorg pun beransur balik. Oleh sebab sekarang dah ada norma baru sebab Covid-19, laluan masuk dan keluar pun berlainan. Masa keluar kita akan melalui laluan yang mana kita boleh nampak view ladang boh teh yang amazing. Bolehlah nak snap gambar dulu before balik.

                     

Masa dah keluar dari cafe kita kena lalu tempat dorang jual barang-barang souvenir dan boh teh pelbagai rasa. Then sebelum keluar tu ada orang jual ice cream yang diperbuat dari bahan teh ni. Korang boleh lah try rasa.




Sebelum turun dari Cameron kitorang singgah ke Kea Farm untuk tengok-tengok apa yang menarik untuk dibeli.





Ingat nak singgah Cactus Point jugak sebab harga cactus kat situ murah boleh dapat 6 biji RM10. Tapi tutup lah pulak. So kitorang just beli jagung untuk bawa balik. So kalau korang nak jalan-jalan ke tempat yang bersuhu sejuk dengan pemandangan yang hijau tapi nak singgah sekejap je, korang bolehlah ke Boh tea Centre Sungei Palas, Cameron Highland.


                      

Wednesday, 15 July 2020

Resipe Salad Ketam (Crab salad recipe)

Korang pernah tak makan crab salad? Kalau beli kat kedai harga crab salad ni agak mahal. Jadi untuk save duit, kitorg pun try lah untuk buat sendiri crab salad ni. Sebenarnya senang je buat crab salad sendiri di rumah. Kitorg buat ikut bahan-bahan yang ada kat rumah. Kalau korang nak tambah lagi bahan-bahan boleh je. Masukkan sekali ubi kentang pun sedap. Tapi kitorg buat resipe yang simple je dan ambil masa tak sampai 5 minit. Bawah ni antara bahan-bahan yang perlu ada.

Bahan-bahan:
1. Ketam stick
2. Mayonis
3. Celery
4. Timun jepun
5. Bawang besar
6. Lemon

Cara memasak crab salad:
1. Rebuskan ketam stick selama 2 minit. 
2. Potong kecil ketam stick 
3. Masukkan celery dan timun jepun yang telah dipotong kecil 
4. Masukkan sedikit bawang besar yang telah dihiris kecil
5. Perahkan 1/5 lemon
6. Masukkan 3 sudu besar mayonis
7. Kacau semua bahan sehingga sebati
8. Siap dan sedia dimakan. Kalau nak lagi sedap boleh masukkan ke dalam peti ais selama 3 jam. Lepastu boleh makan sejuk-sejuk lagi sedap.

Boleh tengok YouTube kitorg tentang cara buat crab salad ni. Rasa memang sibijik macam kedai. Selamat mencuba.