Atas ni merupakan gambar lantai bilik air kitorg tingkat atas. Jangan ingat kitorg tak cuci. Dah sental pun daki hitam tu tak mahu hilang. Yang warna putih-putih macam kapur tu kitorg letak sendiri tile filler untuk isi gap antara tile sebab tingkat bawah air dah mula bocor, tapi tak lah teruk lagi. Letak tak sampai sebulan tile filler dah mula tertanggal. Lepastu takkan lah nak tunggu tingkat bawah banjir baru nak fikir solution. Kitorg mula-mula ingat nak kena tukar tile, tapi kos mahal. Google punya google, kitorg terjumpa pasal kaedah Epoxy Flake Coating. Boleh tutup kebocoran toilet, mencantikkan tile lama, dan tahan lama. Mula-mula ingat nak buat sendiri sebab nampak senang, tapi bila difikirkan balik kitorg ni bukannya ada kepakaran. Lagipun bilik air ni nak guna lama. So kitorg decide untuk upah orang untuk pasang Epoxy flake ni. Harga memang berganda mahal dari kalau kita buat sendiri, tapi dorang ada alat dan dah biasa buat. Dan yang lagi penting berganda murah jugak dari ganti tile lain.
Korang boleh ke laman web ni untuk senarai servis dan harga https://www.crocon.com.my/
Kitorg pilih yang 4 layer, 1 warna. Kalau bilik air korang tak bocor atau di tingkat bawah sahaja, bolehlah ambil yang 3 layer. 4 layer untuk bilik air yang ada masalah bocor sebab layer untuk waterproofing nya lebih banyak. Bawah ni antara pilihan warna yang boleh dipilih.
Kitorg pilih warna coklat cair (CFS12) sebab lebih kurang macam colour asal tile kitorg. Hasilnya boleh tengok kat gambar bawah.
Jangan risau sebab sekejap je proses coating nya tak sampai sehari. Macam kitorg, start pukul 12.30 tghr, siap pukul 4.30 petang. Dalam 4 jam je. Dan yang buat kerja ni pun seorang je. Yang bagusnya kita upah orang yang dah mahir ni sebab kerja jadi cepat sebab dorang dah biasa pasang, dan dorang ada alat-alat yang kita tak ada macam "Angle grinder" untuk kasarkan permukaan lantai agar epoxy mudah menyerap kedalam lantai, dan tahan lebih lama. Kita tak perlu keringkan betul-betul bilik air pun tak apa sebab dorang akan buatkan dari A hingga Z. Tapi off course lah perlu cuci toilet tu sendiri dan kosongkan barang-barang atas lantai supaya dorang senang nak buat kerja. Sabun, berus gigi, toiletries semua korang boleh bawa keluar sebab bilik air korang akan berdebu sikit lepas siap sebab dorang akan 'grind' kan lantai korang.
Lepas dah siap, tunggu 24 jam bagi lantai kering baru boleh pakai bilik air. Yang bestnya epoxy flake coating ni ialah lantai tak mudah nampak kotor dan tak licin. Masalah lantai bocor pun hilang. Dan dorang siap bagi 3 tahun warranty. Kalau ada lagi masalah bocor boleh panggil dorang dalam masa warranty ni. Mula-mula pijak lantai ni rasa berbatu-batu sikit. Kalau korg nak pakai selipar tandas pun boleh untuk elakkan rasa tak selesa. Tapi lepas sebulan tu lantai dah rasa ok.
* post ini ditulis 2 bulan selepas pemasangan epoxy flake