Wednesday 23 March 2016

Trip ke Tokyo - Part 8 (Nikko, Tokyo Tower, Yokohama & Akihabara)

Entry ni ielah sambungan dari Trip ke Tokyo - Part 7

Pagi hari ni macam hari2 yg sbelum ni, bangun seawal yg boleh utk gerak ke destinasi seterusnya. Lagi awal startkan hari lagi banyak tempat boleh cover. Disebabkan tempat yg ktrg nk g ni jauh die dalam 2 jam dr Tokyo, so ktrg terus gerak lepas subuh. Tak sempat nak breakfast dulu sebab nak kejar train. Dapat naik 1st train then sambung balik tidur dalam train.

Makin lama hari makin cerah n makin jauh ke utara, pemandangan yg sebelum ni pokok2 yg togel je dah bertukar jadi warne putih. Yes, next destination ni memang tujuan ktrg nak cari salji. Sebab tak sure kat area mana yg ada salji lagi, ktrg decide utk ke Nikko sebab kalau check weather forecast, Nikko turun salji hari ni. Nikko ni still covered by JR Kanto area pass yg ktrg beli ni so tak payah keluarkan extra cost. Cuma tu la, agak jauh sikit.

JR Nikko station


Sampai2 kat Nikko je, snow tengah turun. Takdela lebat sangat tapi boleh nampak la snow tu tengah turun. Cuaca time tu walaupun pagi lagi n snow tengah turun tapi takdelah sejuk macam kat Tokyo. Maybe sebab Tokyo tu berangin kot so bertambah2 la sejuk. Kat Nikko ni takde angin pun, just nice je. Ok je habiskan mase outdoor kt sini dengan cuaca yg macam ni.






Ktrg jalan2 sket nak cari port yg best utk duduk. Last2 jumpe area playground sebelah sekolah. Ade macam pondok sikit kat situ. Memang takde org pun time tu sebab still awal. So ktrg pun breakfast la roti kat pondok tu sambil minum tea panas yg ktrg beli kat vending machine sambil tengok snow yg tengah turun. Then lepas makan, ktrg buat aktiviti main salji kat area playground tu. Buat uji kaji mcm2 dengan snow kat situ.

Belah kanan tu ade area playground, tempat ktrg habiskan mase



Kat Nikko ni sebenarnye famous dengan shrine, temple n waterfall tapi semua tu bukan walking distance dr train station. Kalau nk cover semua tu better balik petang sebab nak datang Nikko ni pun dah 2 jam. Tapi disebabkan ktrg memang tak plan pun nak tengok shrine n temple2 ni, just nak tengok snow je, so ktrg takde la jalan2 ke tempat lain. Kire ktrg puas hati la jugak dapat jumpe snow siap dapat tengok snow turun live lagi kat area yg tak jauh sangat dr Tokyo. Then dah puas main snow n tgkap gambar semua, ktrg pun patah balik ke station JR Nikko tu utk ke destinasi seterusnya.





Ktrg naik train ke Tokyo balik utk lunch since time ktrg sampai kat Tokyo dah tengah hari. Ktrg pilih utk lunch kat Malay Kampung, kedai makan Malaysia. Turun kat station JR Tokyo, lepas tu jalan jauh sikit dalam 15minit. Kalau nak yg dekat sikit jalan kaki dalam 5 minit je, boleh turun kat Station Kayabacho (Tokyo Metro) tapi kene bayar lain la sebab bukan JR line. Ktrg nak jimat so sanggop la jalan jauh sikit. Time kat Tokyo ni pulak hujan renyai2 tapi boleh je jalan slow2.


Time ni dah start lunch hour utk org2 office

Kedai Malay Kampung ni kat tingkat atas, lepastu pintu die bukan yg transparent macam kedai2 makan selalu buat tu. Die mcm rumah org. Ktrg ingatkan tutop sebab pintu bertutop. Try nak tarik pintu tu nak bukak tapi macam tak boleh. Lepas tu try ketuk2 takde respond gak. Baru je nak turun balik then tibe2 ade org bukak pintu. Malay guy. Die terkejut tengok ktrg org Melayu yg tengah blur depan pintu tu. Tapi die happy je la sambut ktrg. Lepastu die suh ktrg masuk amek seat. Kedai tak besar sangat, dalam 6-8 meje je. Time tu ade beberape org Jepun tengah makan dalam tu.

Nampak x bendera Malaysia kt banner coklat bawah tu? 

Antara menu n decoration drg
Order nasi ayam ni sbb harge agak ok n lagipun nasi tu kenyang sikit. Harga mknn include air sekali (soft drink)

Dalam kedai die ade gantung macam2 info pasal Malaysia utk attract org melawat Malaysia. Lepastu yg unik sebab meja makan drg gune kain batik. Harga tak ingat tapi bawah Y1,000 la sekali dengan air soft drink. Air kosong free and leh refill sesuke hati. Rasa makanan sedap. No wonder la kedai tu penuh dengan org Jepun sampai ade yg kene que luar pintu. Ape2 pun recommended la kedai ni utk siape yg nak cari makanan Halal selain makanan India/ Pakistan/ Jepun. Dah kenyang, ktrg pun gerak balik ke station JR Tokyo utk ke next destination; Tokyo Tower.

Ktrg turun kat station JR Hamamatsucho n jalan dalam 10 minit ke Zojoji temple. Kalau nak lagi dekat, boleh naik subway turun kat station Shibakoen, dalam 2-3 minit je kene jalan ke Zozoji temple tapi kene bayar lain la sebab bukan JR line. Ktrg g Zojoji temple ni bukan sebab nak tengok temple tapi sebab nak amek gambar dgn Tokyo tower tu. Tapi hujan still belum stop lagi time tu so tak berapa lawa sangat gambar.

Ade map kt luar station JR Hamamatsucho

Tokyo Tower dari jauh

Kat dalam Zojoji temple

Ni la spot yg agak menarik utk amek gambar Tokyo tower
Org pun tak berapa ramai sangat kat sini time tu. Maybe sebab hujan kot plus time tu local tengah kerja. Dah selesai kat zojoji temple ni, ktrg gerak ke depan sikit cadangnye nak g bawah Tokyo tower tu. Takdela jauh sangat pun nak jalan tapi sebab laluan die berbukit n sejuk hujan lagi, rase tak larat gle nak teruskan. Lepastu time dah dekat dgn Tokyo tower tu, ktrg macam tak nampak laluan ke Tokyo tower, mcm kene buat 1 pusingan besar utk cari entrance die. So ktrg pun berhenti takat setengah jalan je. Ok la kot sebab takde plan nak naik atas pun.

Mampu sampai tahap ni je

Ktrg tak plan nak naik Tokyo tower tu sebab kene bayar Y900 utk observatory aras 150m, Y700 utk observatory aras 250m or kalau nak tengok due2 level ni kene bayar Y1,600. Utk yg ade budget lebih tu boleh lah naik. Ktrg dah tengok view Tokyo dari Tokyo Metropolitan Gov building secara percuma so kire tak naik Tokyo tower pun takpela kot. Then sebab dah penat sangat, n tak solat lagi then ktrg balik ke hotel utk solat n rest kejap. Dalam lepas maghrib ktrg nak keluar balik.

Bye2 Tokyo tower
Lepas solat maghrib, ktrg naik train g Yokohama. Takde buat ape pun kat Yokohama. Just nak tengok night view die n singgah kedai Jump shop jap. Nak makan pun tak berape lapar sangat time ni sebab still boleh bertahan lagi dengan lunch kat Malay Kampung tengah hari tadi.

Kapal besar ni museum. Dah malam so dah tutop

Giant Ferris Wheel
Dulu jam kat Ferris Wheel Yokohama ni pernah jadi jam yg terbesar kat dunia tapi sekarang dah bukan the biggest dah, ade negara lain yg buat lagi besar tapi tak sure kat mane. Time ni hujan dah stop tapi sejuk gle.. angin kuat time ni. Cepat2 masuk dalam satu mall ni cari kedai Jump shop. Dah beli ape yg patot, ktrg tengok2 area Yokohama ni dari bridge je then ktrg balik ke train station balik. Ingat macam nak balik hotel je tapi sebab ktrg rase macam still awal lagi so ktrg singgah Akihabara jap tengok2 kedai ape yg ade.


Tbe2 jumpe kedai bunga

Tulip n babybreath

ranting Sakura pn ade

Y4,200 ok utk sebijik buah ni

Natto

Telur kt Jepun semua warna putih

Buah2an dlm vending machine

Jumpe warganegara Indonesia kt Beard Papa



  



Mochi Cream, ingredient boleh makan
Buah tangan utk family


Lepas habis jalan2, ktrg rase macam nak dinner. Mule2 rase macam taknak dinner tapi sebab dah jalan jauh sejuk2 ni, rase macam lapar pulak. Google time tu, jumpe nearest halal restaurant kat situ kedai Siddique. Makanan Pakistan. Tak jauh sangat dr station JR Akihabara tapi ktrg silap jalan sebab g sebelah kiri. Patotnye g belah kanan dari station. Nasib baik jugak mase sejuk2 tu ade one Japanese lady ni tolong ktrg cari jalan utk ke Siddique tu. Akhirnya jumpe gak kedai tu. Pekerja die bagi salam time ktrg sampai tu. Kedai tak besar mane tapi selesa lah ade toilet semua. Ktrg order roti naan je dgn curry. Sedap la jugak curry die, naan pun lembut n panas. Harge pun dah tak ingat tapi bawah Y1,000 la.


On the way jumpe kedai Ramen

Set naan
Dah habis makan, ktrg pun dah takde nak singgah mane2 dah. So terus je balik hotel. Esok last day dah kat Tokyo ni. Sambung kat next entry pulak ye.

No comments:

Post a Comment