Wednesday, 2 November 2016

Cara Mendapatkan Visa India

India merupakan salah satu negara yg memerlukan rakyat Malaysia memohon visa terlebih dahulu sebelum ke sana. Cara paling senang nak buat visa semestinya dengan pergi ke mana2 travel agency n suruh drg buatkan visa utk kita. Cara ni sesuai utk mereka yg tak ada masa nak ke India visa centre ataupun taknak renyah isi borang semua sendiri. Tapi of course la kos kalau buat visa dgn travel agency ni mahal sikit dari yg kite buat direct sendiri sebab travel agency akan charge upah buat visa.

Sebab ktrg ni ade mase n nak jimat duit, so ktrg decide utk pergi apply visa India sendiri. Kalau kat KL, India visa centre ni terletak kat bangunan The Straits Trading di Lebuh Pasar Besar. Landmark die ielah bangunan Agrobank yg terletak opposite dari India visa centre tu. Dibuka dari hari Isnin hingga Jumaat. Utk proses memohon visa, kene datang antara pukul 9am hingga 2pm sahaja. Before nak datang tu, kene check kat website India visa Centre sama ada time tu public holiday India ke tak sebab drg akan tutop on public holiday India. So better check dulu, kalau tak rugi masa or rugi je apply cuti.


Disebabkan India visa centre ni bukak time hari org kerja, so parking tu maybe agak susah kot unless kalau yg dah biasa dgn area ni. Macam ktrg, ktrg datang situ naik LRT je sebab tak jauh sangat dari LRT Masjid Jamek. Kene jalan dalam 7 - 10 minit je. Dari LRT exit tu, amek belah ke arah McDonald lepastu akan jumpe traffic light, masuk kanan. Jalan terus lagi melalui bangunan HSBC n terus je lagi ikot laluan pejalan kaki yg ade menara jam tu. Bile jumpe jalan raya balik, amek kanan. Terus je sampai jumpe AgroBank kat belah kiri n bangunan The Straits Trading tu kat belah kanan. Nak lagi senang, waze je The Straits Trading. Tips nak berjalan kat area ni terutamanya perempuan, kene sentiase alert n jangan layan sesiapa pun yg tanya or mintak apa2 dari kita.

Bangunan Wisma Straits Trading. Source: Google

Time ktrg jalan tu, ktrg siap sampai kat dataran merdeka lagi. Memang sah2 la dah terlepas. Lepastu patah balik cari bangunan Agrobank tu balik. Alhamdulillah jumpa. Ktrg sampai dalam pukul 10 lebih macam tu. Masuk je, kene amek nombor giliran kat kaunter info. Takde mesin nombor, kene mintak kat staff yg bertugas kat kaunter info tu. Bagitau nak hantar documents utk visa. Lepas dapat nombor, sile lah bersabar tunggu turn kite. Time ktrg dapat nombor giliran tu, ktrg tengok ade dalam 20+ nombor lagi sebelum turn nombor ktrg. Nak g minum tapi ktrg tak familiar dgn area ni. Plus kat luar pintu tempat ni ramai pendatang asing yg melepak2 kat situ. So ktrg pun tunggu je la kat dalam tu. Lagi pun ade tempat duduk n ade aircond.

Untuk apply visa India, kena isi borang online siap2 kat rumah. Click kat "Regular Visa Application". 



 Lepastu isi kat ruang yg disediakan macam kat bawah ni:

Next step, kat bahagian Personal Particulars, kena isi surname n given name. Untuk Muslim, name kan ade bin atau binti kan. Surname tu nanti kene letak bin/ binti sekali dengan nama ayah. 

Contoh, nama Abu bin Bakar. 
Surname (As in Passport): Bin Bakar
Given Name (As in Passport): Abu

Kat bahagian Details of Visa Sought pulak,

Type of visa required: Tourist visa
Period of visa: 6 months (boleh pilih 1-6 bulan, amek je 6 bln sbb harga sama)
No of entries: Multiple

Disebabkan bayaran untuk single, double & multiple entry sama je, jadi better buat multiple je terus. Mana tau tibe2 ade hal nak ke India lagi dlm masa terdekat. Cumanye multiple entry ni valid dalam masa 6 bulan sahaja (start dari tarikh apply visa). Period of visa ni kan maximum sampai 6 bulan kan, so maknenye kite dah boleh start buat visa seawal 5 bulan sebelum tarikh nak fly tu. Validity dia start dari tarikh kita apply visa ye.

Kalau tak faham lagi, boleh baca lebih lanjut kat website India visa. Lepas dah siap isi borang online, kene print borang tu. Kalau was2 ape yg kita isi tu salah, buat beberapa salinan lagi. Lepastu tampal sekeping gambar yg background putih dan sign kat borang tu.


Source: Google
Ok, settle 1 document. Seterusnya, kena sediakan documents berikut utk dibawak sekali ke India visa centre:

  1. Passport (Min expired 6 bulan & min blank page ade 2 helai)
  2. 1 salinan borang yg diisi online tadi tu
  3. 1 salinan passport
  4. 1 salinan tiket flight pergi & balik
  5. 2 keping gambar passport (2' x 2' yg berlatar belakang warna putih)
  6. Duit cash RM189.56 utk tourist visa (as at October 2016)
Tu je document yg diperlukan. Tricky part tu kat bahagian borang online tu je. Pastikan jangan salah isi sebab nanti drg reject borang kite, kene datang lagi sekali pulak. Sementara tunggu nombor ktrg dipanggil, ktrg check banyak kali documents yg ktrg bawak tu cukup n lengkap tak. Harap2 takde masalah nanti. Tunggu dalam sejam macamtu then tiba giliran nombor ktrg. Submit document kat staff yg bertugas kat kaunter tu. Die pun ok je takde mintak document lain dah. Passport drg akan simpan dulu utk lekatkan visa kat dalam passport kite tu.

Lepas die check semua document ktrg, die cakap boleh datang collect visa selepas 3 hari berkerja n die bagi resit. Alhamdulillah selesai tanpe ade apa2 masalah. Waktu untuk ambil visa tu nanti antara pukul 4 - 5.30pm sahaja, hari Isnin-Jumaat kecuali cuti umum India. Ape2 pun nak datang collect tu nanti, check dulu kat website drg cuti ke tak.

Rasenye tu je proses nak buat visa. Seterusnya kena banyakkan study utk plan trip ke sana. India memang terkenal dgn banyak benda2 negative. So utk ke sana tanpa tourist guide, memang agak mencabar juga dan kena sentiasa berhati2. Lagi2 kalau nak ke area dalam India yg "off the beaten path" ni. Nantikan entry seterusnya pasal pengalaman ktrg ke sana pula.
Source: Google

No comments:

Post a Comment