Saturday, 25 February 2017

Itinerary ke Hanoi

Untuk trip ke Hanoi, ktrg pergi selama 5 hari 4 malam (Jumaat - Selasa). Trip ni ktrg pergi dengan parents, jadi setiap hari ktrg buat satu aktiviti sahaja supaya jadual tak terlalu pack and sesuai untuk parents.

Day 1
9.15 - 11.25 am: Flight Kul - Hanoi.
1.30 pm: Check in Hotel Lotus Flower, taxi ke hotel dah book siap2 dengan hotel.
3 pm: Jalan kaki ke Al-Noor Mosque (8 min dari hotel), lunch & tapau utk dinner kat halal restaurant sebelah masjid, Zaynab restaurant.


Day 2
7 - 8 am: Breakfast di hotel.
8.30 - 5 pm: Halong Bay Tour. Travel agency - Viet Lotus Travel.
7 pm: Sampai hotel, dinner dengan Nasi goreng brahim yg dibawa dari Malaysia.
**Klik link ni utk baca pengalaman hari pertama di Hanoi & Halong bay
Trip ke Vietnam - Hanoi (Part 1)

Day 3
8 - 9 am: Breakfast di hotel.
10 am: Jalan2 ke -
1) National Library of Vietnam (tangkap gambar).
2) Hoa Lo Prison (Muzium).
3) Lunch di Namaste Restaurant.
4) Hoan Kiem Lake (tangkap gambar di The Huc-Jambatan merah).
5) Shopping di Hanoi Tower Shopping Centre, INTIMEX supermarket, DongXuan Market.
**Klik link ni utk baca pengalaman sekitar Hoan Kiem Lake
Trip ke Vietnam - Hanoi (Part 2)

Day 4
7 - 8 am: Breakfast di hotel.
8.30 - 5 pm: Hao Lu & Tam Coc tour. Travel agency-Viet Lotus Travel.
7 pm: Sampai hotel, dinner di Zaynab restaurant.
**Klik link ni utk baca pengalaman di Hao Lu & Tam Coc.
Trip ke Vietnam - Hanoi (Part 3)

Day 5
8 - 10 am: Breakfast di hotel.
10.30 - 11.15 am: Taxi to airport (Book dari hotel).
12.15 - 4.35 pm: Flight Hanoi - Kul.

Sepanjang di Hanoi, ada 3 buah restaurant Halal yg ktrg cuba:

Wednesday, 22 February 2017

Itinerary ke China & Budget (Chengdu, Gansu, Xian)

Sekarang ktrg nak share itinerary and budget ktrg ke China pada awal tahun 2017. Ktrg start kat Chengdu dan seterusnya ke Silk Road iaitu Dunhuang, Jiayuguan, Xian dan patah balik ke Chengdu. Ktrg depends 100% kat public transport macam bus and train je. Hanya tempat2 tertentu or time emergency nak kejar masa je yg ktrg guna taxi. Gerak kat sane sendiri tanpa tourist guide walaupun ktrg tak boleh cakap Chinese langsung. Pergi ke China sendiri ni rasanya lebih mudah and flexible dari kalau ikut tour yg mana khabarnya tourist guide akan paksa singgah ke kedai2 and beli barang kat kedai tu. Itinerary ktrg ni tak packed sangat sebab ade antara ktrg yg diserang demam mase trip kat sana so pergerakan pun agak terbatas.

Boleh click kat link kat bawah ni untuk baca pengalaman ktrg ke sana:
Trip ke China (Long Distance Train)
Trip ke China (Part 1) - Chengdu & Gansu
Trip ke China (Part 2) - Dunhuang
Trip ke China (Part 3) - Jiayuguan
Trip ke China (Part 4) - West Great Wall
Trip ke China (Part 5) - Xian
Trip ke China (Part 6) - Chengdu


1) Chengdu  2) Dunhuang  3) Jiayuguan  4) Xian 

Monday, 20 February 2017

Itinerary ke India (Delhi, Agra, Manali, Shimla)

Peta India. Yang bulat merah tempat ktrg pergi.
Masa ktrg nak pergi India bulan November 2016 hari tu, ktrg dah prepare 2 plan:


Plan A: Delhi - Agra - Delhi - Shimla - Manali - Delhi
Plan B: Delhi - Agra - Delhi - Manali -Shimla - Delhi

Disebabkan tiket dari Kalka ke Shimla (route dari Delhi - Shimla) dah habis, ktrg terpaksa ambil plan B.


Tempat yang ktrg pergi: Agra, Delhi, Kalka, Simla, Manali. (Source:Google)

Area dalam Himachal Pradesh yang dilawati: Manali dan Shimla. (Source:Google)
Plan ke India ni bermula apabila ada salah seorang dari ktrg dihantar training ke India. Sebelum balik Malaysia for good, rugi kalau tak melawat one of the world wonder iaitu Taj Mahal. Untuk pengetahuan korang, kat New Delhi dan Agra tak ade apa pun sangat, hanya Taj Mahal yg jadikan India ni tempat yang mesti dikunjungi. Or mungkin untuk sesiapa yg minat bangunan lama macam Red Fort, Qutb Minar, Hamayun's Tomb yg jugak termasuk dalam senarai UNESCO. Tapi kalau untuk yg minat street photography, mungkin sesuai la nak lama2 sikit kat Delhi ni. So untuk ktrg ni, kalau datang India semata2 nak melawat dua tempat ni je rasa macam agak rugi, ditambah dengan harga visa yg mahal. 

Pada mulanya ktrg plan nak ke Kashmir sekali sebab Kashmir terkenal dengan pemandangannya yang cantik dah cuaca yang sejuk, tapi disebabkan kekangan masa dan budget yang tidak mencukupi, ktrg plan ke Himachal Pradesh yang terletak berdekatan sikit dengan Delhi so boleh jimat transportation kalau nak compare dgn Kashmir. Untuk pengetahuan korang, Himachal Pradesh terletak sebelum Kashmir. Jadi cuaca di situ jugak sejuk dan nyaman. Dan terdapat view yang cantik di beberapa tempat, salah satu yang terkenal di Manali. Masa ada salji lagi bertambah cantik view kat situ.

Disebabkan ktrg pergi masa bulan November, tak dapatlah tengok salji tapi suhu kat Manali memang sejuk waktu tu. Disarankan kepada sesiapa yang nak tengok salji tu datang bulan Disember atau Januari. Detail trip 6hari 5malam ktrg ke India ni boleh dibaca dalam post2 sebelum ni. Boleh klik sini. Dalam post ni ktrg akan bagi itinerary asal ktrg kat sana berdasarkan plan B. Tapi banyak yang tak dapat nak buat sebab minggu ktrg pergi tu lah kerajaan India baru bekukan penggunaan 1000 dan 500 rupee. So banyak plan yang cancel sebab masalah duit tu. Apa-apa pun kalau korang nak ke India sekarang jangan risau sebab masalah duit kat sana dah pun selesai. Bawah ni PLAN B:

Wednesday, 15 February 2017

Trip ke Melaka

On the way balik dari JB masa Trip ke Singapore (USS), ktrg bercadang nak singgah lagi 1 malam kat mana2 sepanjang laluan ke KL tu. So lepas dapat kata sepakat dari semua orang, ktrg nak singgah kat Melaka. Sebab sampai kat JB pun dah malam, ktrg terus je gerak ke Melaka yg memakan masa 2 jam je dari JB. Kat JB ktrg tak singgah mane2 pun. Nak explore Johor ni next time la kot kalau ade ape2 hal kat Johor. Kat Melaka ada banyak pilihan hotel yg ade. Ktrg ingat nak tengok night view kat sungai bandar Melaka so book mana2 hotel yg berhampiran dengan sungai Melaka tu lah.

Sebelum ni, ktrg duduk Hotel Wana Riverside yg boleh nampak view sungai Melaka, laut, kapal besar kat tengah2 bandar Melaka tu sekali dengan A'Famosa dari bilik. Tapi sebab mase nak book tu harga Hotel Wana Riverside tak include breakfast so ktrg saje nak try hotel lain pulak yg include breakfast. Harge semestinya ktrg cari below RM100 and kene berhampiran dengan sungai Melaka. Last2 jumpa hotel Hallmark Leisure hotel. Kalau tengok map, kedudukan Hallmark Leisure ni seberang sungai dari Hotel Wana Riverside. Disebabkan sampai Melaka pun dah lewat dalam pukul 12am+ and exhausted ktrg terus jmasuk bilik and tidur. Tak jadi nk jln mlm2.

Agak rugi tak pergi tengok view sungai Melaka masa malam. Time ktrg sampai tu nampak ade mat salleh yg jalan2 ke area belakang hotel. Lagi pun sepanjang sungai Melaka tu ada banyak restaurant and lampu so rasenye selamat kalau nak jalan2 tengah malam lagi2 kalau macam ktrg ni gerak dalam group. Hallmark Leisure Hotel ni walaupun terletak dekat dengan sungai Melaka tapi tak boleh nampak view sungai tu dari bilik. Maybe sebab tu kot die agak murah sikit. Tapi ok je hotel ni walaupun hotel lama tapi bersih je.



Monday, 13 February 2017

Trip ke Singapore - USS (Part 2)

Entry ni ialah sambungan dari Trip ke Singapore - USS (Part 1)

Disebabkan ktrg tak settle lagi pasal payment and ticket USS pun tak dapat lagi so ktrg gigih bangun awal utk siap nak turun bawah pukul 7am. Turun bawah sekali dengan check out terus sebab ktrg tidur JB 1 malam je. Letak barang dalam kereta dulu. Time ni dah ramai dah orang2 yg tunggu kat perkarangan hotel yg majoritinye golongan belia antara awal 20an hingga akhir 30an. Rasanya semua ni nak ke USS jugak. Ktrg proceed ke office company tu yg terletak kat luar lobby Tune Hotel, betul2 sebelah 7eleven. Settlekan payment and org office tu bagi tiket ktrg and suruh ktrg tunggu kat luar dulu and nanti dia akan panggil. Lepastu ktrg pergi check out and duduk kat lobby tune hotel makan roti sikit alas perut. Mase ni ktrg tengok ramai yg tengah tunggu tu busy isi borang putih iaitu borang imegresen Singapore.


Perasaan awal pagi yg excited nak ke USS

Sunday, 12 February 2017

Trip ke Singapore - USS (Part 1)

Trip ke Universal Studio Singapore (USS) sebenarnya dah lama plan nak ke sane cuma sebab ktrg semua busy dengan kerja masing2 so asik tertangguh je sebab nak cari timing yg semua free tu agak susah. Mengikut kata2 org lain, jangan pergi hari sabtu ahad sebab akan beratur panjang utk naik setiap rides. Jadi ktrg pon sepakat pilih hari thaipusam utk ke sana. Thaipussam ni hanye selected negeri je yg dapat cuti. Macam Johor cuti tapi yg pentingye Singapore tak cuti time Thaipussam tu. Alang2 Thaipussam jatuh hari khamis, ktorg gagahkan diri utk ambil cuti hari jumaat walaupun diperli boss.

Hari thaipusam disambut bagi menghormati dewa Hindu (Dewa Murugan/ Subramaniam). Dirayakan pada bulan kesepuluh dalam kalendar Tamil. Tujuannya utk menunaikan nazar/ menebus dosa/ memohon utk menebus dosa2 yg lalu (Google et al., 2017).

Monday, 6 February 2017

Trip ke China - Chengdu (Part 6)

Selepas mengharungi hari yg mencabar utk sampai ke Xian South Railway, ktrg akhirnya berjaya naik train yg berlepas pukul 10.30pm utk ke Chengdu. Hari pun dah malam, naik2 train je lampu dah ditutup. Tapi sebab sangat ramai yg naik dari Xian South so drg bukak balik lampu dalam train utk memudahkan semua org settle down. Proses pertukaran ticket pun macam biasa, kite kene bagi ticket kat staff train and die akan bagi 1 kad kat kite. Kene jage elok2 sebab nak turun nanti kene pulangkan balik kad tu utk dapatkan balik tiket train. Tiket train pulak diperlukan utk keluar dari Railway station nanti.


Train yg ktrg naik utk ke Chengdu