Monday 6 February 2017

Trip ke China - Chengdu (Part 6)

Selepas mengharungi hari yg mencabar utk sampai ke Xian South Railway, ktrg akhirnya berjaya naik train yg berlepas pukul 10.30pm utk ke Chengdu. Hari pun dah malam, naik2 train je lampu dah ditutup. Tapi sebab sangat ramai yg naik dari Xian South so drg bukak balik lampu dalam train utk memudahkan semua org settle down. Proses pertukaran ticket pun macam biasa, kite kene bagi ticket kat staff train and die akan bagi 1 kad kat kite. Kene jage elok2 sebab nak turun nanti kene pulangkan balik kad tu utk dapatkan balik tiket train. Tiket train pulak diperlukan utk keluar dari Railway station nanti.


Train yg ktrg naik utk ke Chengdu


Ktrg solat dulu sebelum naik katil, sorang katil bawah n sorang katil tengah. Ktrg tak tahu kenape sepanjang naik train katil kat China ni ktrg memang akan dapat sebelah dengan budak. Budak kali ni nampak sangat behave and tak buas sangat. Tak lame lepastu drg tutup lampu balik. Lepas telan ubat selsema, ktrg pun tidur je la, sebab memang agak penat jugak sebenarnye. Tidur letak beg kat bawah bantal utk safety. Dalam pukul 4am, budak itu menangis. Tapi tak seteruk jeritan budak dalam train Jiayuguan-Xian haritu. Yg ni nangis kejap lepastu mak die tenangkan die and lepastu dah takde nangis dah.

Keesokan paginya, ktrg bangun awal utk solat and cop tempat plug. Ktrg breakfast lebihan roti semalam je. Roti ni semalam mase panas2 agak lembut jugak. Sekarang dah jadi keras liat gile tapi still boleh makan. Duduk2 tengok view yg tak berape menarik and ade beberapa penjual yg lalu jual breakfast, ade mee, ade nasi, ade makanan ringan. Lepastu ktrg macam lapar balik lepas tengok makanan2 tu semua. Ktrg pun amek la instant noodle yg ktrg sempat beli semalam kat Xian Railway station. Die ade tanda halal tapi dalam tulisan China. Budak tu nampak ktrg keluarkan instant noodle tu, terus die mintak kat mak die nak mee jugak. Lepastu mak die terus belikan utk budak tu dari trolley yg lalu. Sedap jugak instant noodle China ni, portion pun besar.

Dalam pukul 10am macam tu, naik balik atas katil utk baring and bagi org lain pulak gune plug. Dari atas katil ni, tengok bawah and tibe2 nampak instant noodle yg mak budak tu beli kat trolley tadi ade symbol Halal yg tulisan jawi tu. Wow, at the end of journey baru ktrg tau yg ade jugak makanan Halal kat dalam long distance train ni. Nak tidur tapi tak boleh sebab budak tu tengah menyanyi2 riang ria. Lepastu boleh pulak seisi keluarga die join same nyanyi beramai2. Siang ni baru nampak ayah die, ayah die katil atas sekali semalam. Ayah n mak budak tu macam pertengahan 40an dah. Lepastu drg ni sangat suke beli barang. Trolley lalu jual junk food, beli. Trolley jual souvenir, beli jugak.

Last2 pukul 11 lebih tu rase nak g toilet, turun dari katil. Mak budak tu bagi laluan utk pakai kasut. Lepastu die ajak sembang, tapi tak faham. Die tunjuk kawan anak die, budak kecik perempuan tengah kire one, two, three .... Die suruh check kot betol ke tak. Lepastu die ajar kiraan dalam Chinese pulak. Ee, er, san..... Last2 ktrg bertukar2 ayat and translate dalam bahasa China and English, tapi ayat basic je la macam thank you, bye2, etc. Lepastu pergi toilet jap and kemas barang siap2. Train ktrg sampai kat station Chengdu East tepat pukul 12.30pm. Temperature kat Chengdu ni kurang sikit sejuk dari Xian.

Boleh dikatakan semua Railway station (North, East, West & South) kat Chengdu ni dihubungkan direct dengan subway. So memang sangat memudahkan utk gerak. Tak macam kat Xian tu, hanye Biei Xian Railway yg utk bullet train je yg ade subway. Terus ktrg cari ticket machine utk beli ticket ke Hotel ktrg kat Wenshu Monastery station. Tapi nanti kena tukar line kat station Tianfu Square. Orang agak ramai tapi ticket machine banyak so ok lah takde kene beratur lame sangat. Pilih option English utk beli tiket. Nak masuk dalam subway kene scan bag dulu.

Ktrg stay kat Sam Cozy Hotel Chengdu. Takdela dekat sangat dengan subway, kene jalan dalam 10minit ke hotel dari Exit K subway Wenshu Monastery. Ktrg melalui jalan yg kiri kanan macam kedai2 jual sayur and bahan masakan. Tapi ktrg macam perasan ade gak la beberapa org lelaki area ni yg pandang2 ktrg. Dari segi muke, gaye and pemakaian macam gangster je. Tapi ktrg buat bodo je, jalan laju2 ke arah hotel. Maybe ktrg lalu ni jalan belakang kot. Tak lame lepastu lega sebab terus jumpa hotel. Mudah je kalau ikot laluan dari exit K sebab jalan terus je tak payah belok2. Ktrg check in awal sikit, pukul 1 lebih. And yg paling best sebab drg upgrade bilik ktrg. Lepastu ktrg perasan antara guide yg hotel ni sediakan termasuk utk ke Tibet. Menarik gak ni sebab nak ke Tibet tu bukan senang sebab perlukan permit and macam2 lagi syarat die.


Pintu die ade elemen China

TV pun ade

Kettle ade sekali dgn Jasmine Tea
Terus ktrg masuk bilik, rehat, mandi and solat. Tak boleh nak buang mase lame2 kat bilik sebab ktrg nak kene settlekan misi terakhir dalam trip ni. Dalam pukul 2pm+ ktrg turun balik bawah and tanye receptionist kat mana nak cari ATM yg ade English option. Die suggest ICBC bank yg terletak kat seberang jalan je dari Hotel tu. Ktrg pergi sane, try nak keluarkan duit tapi tak boleh. So ktrg masuk dalam nak tanye. Tengok2 bank tu bukak on Saturday. Good, terus je staff bank tu tunjuk ATM yg kat dalam bank ni. Ok, boleh keluarkan duit. So boleh lah ktrg teruskan misi harini iaitu nak cari souvenir. Budget ktrg tersasar sikit sebenarnye dari asal sebab taxi la kebanyakkannye.

Sebelum cari souvenir, ktrg macam dah lapar so pergi makan kat kedai Halal yg on 1st day ktrg pergi tu. Tengok google map, macam tak jauh sangat dah. Dalam 18minit jalan kaki. Ktrg pun jalan je la ikut google map ni. Kalau naik subway pun boleh, tapi 1 station je jarak die so macam better jalan kaki je. Sampai kat kedai tu, takde customer langsung. Ktrg order nasi dgn daging macam haritu. Tak lame lepas ktrg makan, baru ade beberapa customer lain yg datang makan situ. Lepastu ktrg nak study kene naik bus no berape ke Jinli Street. Tapi nampak macam tak jauh dah, and ktrg decide naik taxi je utk jimat masa. Tahan taxi, tunjuk perkataan Jinli street in Chinese kat driver taxi. Lepastu ktrg cakap boleh ke nak gune meter, die terus on meter. Sekali naik 9yuan! Hoh, mahanyeeee... Tapi dekat je so ktrg harap tak mahal la. End up kene bayar 19yuan sebab lalu area jam. 

Ktrg sebenarnye tak berape study Chengdu sangat so tak buat comparison la kat mane yg murah utk beli souvenir kat Chengdu ni. Tapi sebab tengok Jinli street ni macam happening jugak, so ktrg pun pergi je la sini beli semua bende2 yg patot. Jinli street ni gune senibina Qing Dynasty. Ade banyak makanan, souvenir, hasil craft dan macam2 lagi. Tapi makanan Halal tu takde rasenye kat sini. Cuaca pun elok je kat Chengdu ni, tak hujan langsung.


Entrance ke Jinli Street

Peta kawasan and iPanda Shuttle bus timetable

Senarai larangan



Banyak betul tanglung ni maybe sebab dah nak Chinese New Year

Memang banyak kedai kat dalam ni. Orang pun agak ramai lagi2 hari minggu macam ni. Ktrg memang kene beli souvenir kat sini sebab esok nak balik Malaysia dah. Kalau beli kat airport confirm lagi mahal. So mule2 ktrg round2 je dulu survey harga. Cari fridge magnet, semua magnet cartoon Panda je. Ktrg nak fridge magnet yg nampak keChinaan sikit. Ni semua cartoon je, macam bukan China. Ade jugak magnet cili kering yg memang synonym gak dengan Chengdu ni tapi tulisan China, takde tulisan ABC. T-shirt2 pun takde jual. Pelik jugak. Maybe kalau pakaian kat tempat lain kot.

Bahagian makanan pun menarik jugak, cuma sebab ktrg tak tahu cakap China and plus rasenye orang China kurang particular sikit dari org Jepun. So ktrg takot drg main cakap je takde bende2 larangan sebab utk lariskan produk drg. Taknak amik risk so ktrg beli ape yg ktrg yakin boleh makan je macam Tea, cotton candy and gule2 je. Yg lain semua ktrg tak berani nak try. Makanan pelik2 pun ade jugak kat sini macam ulat2 and serangge goreng.


Banyak product cartoon

Kedai berus pelbagai size

Gerai jual tea

Kedai seruling

Chinese paper puppet

Orang ni cat muke die utk tarik customer

Boleh try giling cili

Teapot China

Proses buat selimut kot dari kapas
Kedai jual cili kering


Ice cream

Makin ke dalam ktrg masuk, dapat dengar bunyi air. Ktrg ingatkan longkang tapi rupe2nye drg buat macam sungai. Air tu bergerak laju jugak. Kat area sungai ni ade banyak cafe and restaurant. Ktrg tengok je la, tak minum ape2 pun. Lepastu ade jugak tasik kat sini. Tapi memang agak cantik jugak lah area kat dalam ni. Ktrg duduk jap tengok2 sekeliling, lepastu nampak ade gerai jual macam coconut shake. Tapi die buat tak tambah susu or ice cream. Maybe rase santan kot. Ktrg nak beli tapi risau macam2 so end up tak beli.



Teringin nak beli tapi still waswas

Macam sungai kat tepi ni




Ni ade tasik




Penghibur jalanan
Dah habis 1st round, ktrg nampak la roughly ape je yg sesuai dibeli. Fridge magnet rasenye tak berbaloi beli sebab gambar cartoon je yg byk which memang tak melambangkan China langsung. So ktrg beli beg coin, perfume potpourri dgn tea je. Tea die ktrg beli fruit tea, lain dari lain sikit sebab die dalam bentuk buah kering dgn daun2 teh. Selalu kan teh uncang or daun teh kan. Ni nampak unik sikit, so ktrg borong agak banyak jugak fruit tea tu. Before beli make sure rase dulu tester die.



Cake bentuk kayu

Seafood goreng

Tiram

Bugs goreng

Lipan and scorpion pun ade


Dah siap beli ape yg patut, ktrg habiskan meronda area ni lagi. Tengah2 meronda sekali nampak ade penjual yg muke macam org Arab. Ktrg excited la sebab ingatkan die jual kebab ke ape. Sekali ktrg tengok, die jual lukisan dalam botol. Kan bagus kalau ade 1 or 2 kedai makan Halal kat Jinli street ni. Penjual Arab tu tengok ktrg and bagi salam.


Agak mahal jugak tapi saje nak try, lembut and tak manis sangat walaupun size die besar

Ade post office utk hantar surat or poscard

Kedai org Arab

Gula2 bercorak

Ade jugak org jual durian kat sini

Potpourri
Barang2 kat sini takdelah murah sangat lepastu tak banyak bende2 yg melambangkan China sangat utk fridge magnet. Key chain and t-shirt langsung tak jumpe. Tapi ok lah at least ktrg dapat something utk bawak balik. Lame jugak ktrg meronda Jinli street ni, dalam 4 jam lebih jugak. Dah habis tu, ktrg nak balik ke hotel balik. Perut agak kenyang lagi makan lunch tadi. Mule2 ingat nak naik taxi je sebab ade lagi duit baki. Tapi ktrg tengok map dulu, check arah mane utk ke hotel. Lepastu elok pulak nampak bus stop sekali dengan bus no1 yg ktrg nampak tak jauh dari hotel mase ktrg g bank tengah hari tadi. So gamble je, naik bus no1 tu. Bayar 2yuan seorang kot kalau tak silap. Ktrg bukak google map utk check location. Dekat2 dengan hotel, ktrg turun.

Selamat sampai kat hotel and terus je ktrg kemas2 barang semua. Esok flight pukul 2.55pm. So kemas barang siap2. Hotel ni provide breakfast and harga bilik ktrg tu dah termasuk breakfast. Ktrg tanye receptionist ade menu vegetarian tak utk breakfast. Die cakap ade nasi goreng telur and roti bakar kalau untuk vegetarian. So ok lah tu. Esok pagi nye ktrg bangun solat subuh lepastu turun breakfast pukul 8am. Terpakse turun awal sebab breakfast sampai pukul 9am je. Food dah tak banyak time ktrg turun and orang dapur tu takde nak refill pun. Even air pun dah hampir surut tapi drg tak refill. Makan slow motion sampai pukul 8.55am lepastu naik atas balik.

Harini takde plan nak g mane2 pun. Ktrg kurang sikit study pasal Chengdu ni so ktrg just pergi Jinli street je semalam. Kalau study betul2, banyak jugak sebenarnya area menarik kat Chengdu ni. Even bamboo forest ala2 kat Arashiyama Kyoto tu pun wujud kat sini. Plan mule2 dulu ingat nak ke People's Park pagi ni sebab senang nak ke sana, naik metro je. Tapi malas nak rushing2 so ktrg bermalas2an kat hotel je sementara nak tunggu check out time.

Kemas2 semua barang. Lepastu ktrg turun bawah utk check out pukul 11.45am. Nak check out takde masalah pun. Ktrg tanye receptionist tu macam mane nak ke airport dari hotel ni. Die cakap tunggu jap and die menulis something. Lepastu die tunjuk resit kat ktrg 100yuan. Rupenye die ingatkan ktrg nak suruh hotel hantar ktrg ke airport. Ktrg terangkan lah balik nak naik airport bus je ke airport and kat mane nak naik. Die takde nak marah langsung, terus je die berusehe bukak map kat handphone die and siap bagi ktrg map lagi utk tunjuk lokasi bus stop ke airport tu. Kalau ikot logic, mesti org hotel taknak tolong sebab nak suruh kite naik dgn drg kan. Tapi staff ni sangat baik, tak amek kesempatan kat ktrg. So wujud je golongan rakyat China yg baik hati sebenarnya.

Timetable Airport Shuttle Bus

Kene jalan kaki dalam 20minit ke tempat bus stop tu. Ktrg ok je sebab awal lagi. Ikut direction dalam peta yg org hotel bagi tadi, ktrg berjaya jumpe bus stop. Check kat timetable bus stop tu, ade tulis airport shuttle bus. So ktrg agak yakin la airport bus akan lalu kat sini. Dalam 10minit menunggu, airport bus pun sampai. Ktrg nak naik, sekali driver tu tunjuk belah sane. Ktrg tunggu kat direction yg bertentangan, so ktrg cross the road utk tunggu airport bus belah sane. Kat belah sane baru nampak ade beberape rakyat China yg bawak bag besar2. Tak lame lepastu airport bus pun sampai. Naik je dulu, nanti ade conductor datang kutip duit dgn kite. Ktrg bayar 15yuan seorang. Perjalanan amek mase tak sampai 30minit untuk ke airport.


Kat airport drg decorate macam ni

3 minutes free local call ade disediakan kat airport

Antara vending machine yg ade

Sim card utk rakyat China yg nak travel ke negara lain. Malaysia punye pun ade
Check in bag and dapatkan boarding pass kat kaunter airport lepastu ktrg terus masuk dalam. Barisan utk masuk agak panjang jugak. Mase turn ktrg, pegawai kat situ cakap something tak bagi ktrg masuk. Ktrg tak faham and tanye English please. Die panggil kawan die, kawan die cakap ktrg salah tempat sebab kat sini domestic. Ktrg kene pergi ke arah kanan untuk international. Ok, sebab signboard die agak mengelirukan sebenarnye. So ktrg cari international gate and berjaya masuk dalam. Kat dalam ni baru la nampak 4 5 org Malaysian, ade group yg bawak banyak gile hasil shopping dgn sorang student nak balik Malaysia. Ktrg lupe nak cari surau kat dalam ni sebab skema sangat pergi tunggu kat tempat menunggu gate flight ktrg. Sambil2 tu tengok kedai souvenir airport. Harge die 2x ganda dari Jinli street punye harga.

Naik flight, duduk sebelah orang China yg English die moderate tapi die try gile2 nak cakap dgn ktrg. Die tanye ktrg g mane je. Ktrg cakap la Gansu (Dunhuang & Jiayuguan), Xian and Chengdu. Die tak pernah dengar pasal Gansu and die terus google. Die cakap memang tempat ktrg pegi tu tak ramai tourist pergi. Ktrg cakap memang ktrg suke g tempat off beaten path. Lagipun ade Great Wall gak kat Gansu. Die terkejut sebab baru tau pasal fakta ni. Die kagum la jugak ktrg berjaya survive walaupun tak tahu langsung cakap China. Die cakap die nak ke Seremban, melawat office branch sane. Die ni programmer and kerje kat company IT. Ktrg pun suggest la tempat2 menarik yg die kene g kat Malaysia and die interested dengar semua tu. Die tanye temperature Malaysia, ktrg terus cakap very very very hot. Die cakap makanan dalam flight ni agak mahal jugak, ye la sebab currency kite double dari currency drg kan. Tapi ok je la die ni, salah satu contoh orang China yg baik jugak.

So sebagai conclusion, jangan takut nak ke China tanpa tourist guide. Walaupun tak tahu langsung bahasa China macam ktrg, insyaAllah boleh je survive. Lagi2 zaman canggih macam sekarang ni ade je Apps translator and map yg boleh kite gunekan. Kalau nak jimat banyak, ktrg suggest pergi 1 tempat je macam Xian sahaja or Beijing sahaja. Yg suke kan kelainan, boleh try tempat2 yg jarang orang pergi macam Gansu, Xinjiang, Tibet, Harbin, etc. Kalau ke tempat yg ramai Muslim, tak susah nak cari makanan Halal. Plan wisely supaya trip ke China tak menjadi nightmare. Selamat mengembara!



3 comments:

  1. salam perkenalan...dah habis baca part trip ke China...penceritaan detail sngt, tq...

    ReplyDelete