Saturday 10 February 2018

Pengalaman Haji 2017 - 1438H (Di Madinah)

Penerbangan kami adalah antara yang terawal masuk ke Madinah dulu dan berada di situ selama 8 hari sebelum bertolak ke Mekah. Suasana di airport Madinah tak sesibuk di Airport Mekah. Alhamdulillah masa proses imegresen kumpulan kami berjalan lancar dan agak laju sebab kami sampai awal pagi, dan masa tu banyak kaunter yang beroperasi.

Lapangan terbang Madinah
Selepas habis proses imegresen, kami dibawa untuk menaiki bas yang disediakan. Beg bagasi tak payah ambil sebab dorang dah siap-siap angkut letak atas bas. Kita hanya perlu tunggu beg kat hotel nanti. Tapi ambil masa sikit untuk beg kita nak sampai sebab dorang bahagikan ikut level. Jadi memang kena bawa baju spare dalam beg yang kita pegang in case beg kita lambat sampai atau ada jugak kes yang beg hilang atau misplace.

Bas yang kami naik.
Perjalanan dari airport ke hotel ambil masa dalam 30 minit.
Bangunan lama.

Dah nampak Masjid Nabawi.

Arrived.
Untuk di Madinah, jemaah Malaysia tak kira yang guna Muassasah atau pakej akan dapat hotel yang memang dekat dengan Masjid Nabawi. Kami dapat Al-Haram Hotel yang terletak hanya 3 minit jalan kaki dari masjid. Nombor bilik semua akan diberi masa kita di kompleks tabung haji di Kelana Jaya. Jadi sampai je di hotel kita pergi ke nombor bilik yang dah ditetapkan. Kami yang perempuan dapat satu bilik 5 orang. Ayah kitorang dapat satu bilik 6 orang. Bilangan jemaah dalam satu bilik bergantung pada kebesaran bilik tu.

Our room.

Bathroom, sekali dengan bath tub.
Keesokah harinya, pihak Tabung Haji tunjukkan kawasan sekeliling Masjid. Ziarah kubur Nabi dan sahabat serta masuk ke Raudhah. Untuk perempuan, ada waktu tertentu sahaja untuk masuk ke Raudhah. Lelaki boleh masuk bila2 masa.






Kawasan solat untuk perempuan sahaja.
Dulu selalu confuse beza antara Masjid Nabawi dengan Masjidilharam. Sekarang baru tahu yang Masjid Nabawi yang ade payung2 banyak ni. Masa mula2 sampai bangun subuh senang sebab beza masa Malaysia-Saudi 5 jam. Malaysia dah 9 pagi, Saudi baru 4 pagi. Tapi masa magrib ke ishak tu agak mencabar sikit, sampai tersungup2. Yelah kalau kat Malaysia kita dah nyeyak tidur. Tapi lama2 semua dapat biasakan dengan time Saudi ni.

Untuk hari berikutnya, Tabung Haji buat lawatan ziarah ke beberapa tempat di Madinah. Jadual lawatan ni mengikut kumpulan penerbangan kita dan akan ada jadual ditampal di notice board. Antara tempat yang dilawati ialah Masjid Quba', Bukit Uhud, dan pasar Tamar.

Bukit Uhud


Kubur sahabat Nabi yang syahid dalam perang Uhud



Masjid Quba'


Pokok Tamar


Ziarah di Madinah ni free sebab under TH, berbeza dengan ziarah di Mekah perlu bayar sebab pihak Muassasah yang handle. Hari ke-7 pihak TH mintak semua jemaah yang akan ke Mekah siapkan beg besar sebab akan dihantar ke Mekah dulu. Tag nama yang baru untuk dilekatkan pada beg akan diberikan hari tu berdasarkan nombor bilik di Mekah nanti. Beg dikumpulkan kat satu tempat. Esoknya masa nak pergi ke Mekah, jemaah hanya perlu bawak handluggage je. Urusan di Madinah ni amat memudahkan jemaah. 

No comments:

Post a Comment