Friday 14 December 2018

Trip ke Kunming & Lijiang, China (Part 2)

Day 3
Pukul 5.30am kitorg dah bangun dan siap-siapkan bekalan makanan untuk ke Jade Dragon Snow Mountain. Trip ke Jade Dragon Snow Mountain ni kitorg dah deal dengan orang yang jaga guest house semalam. Dorang tolong call kan tour agent yang dorang kenal dan bagi harga kat kitorg. Kitorg dapat harga 390 yuan seorang untuk ke Jade Dragon Snow Mountain include cable car tiket ke Glacier Park, lunch, 1 oxygen bottle, dan winter coat. Mula-mula memang rancang nak pergi sana naik bas sendiri, tapi bile tengok harga dorang bagi ni lebih kurang dan dapat naik van sendiri, so ambil jelah. Lunch kitorg tanya boleh sediakan yang Halal tak. Dia x faham Halal tu apa, kitorg cakaplah only vegetarian. Dia cakap ada chicken sekali. Last-last dia cakap nak senang lunch kita bawa sendiri dan dorang tolak 10 yuan dari harga lunch tu. So dapatlah 380 yuan sorang.

Janji dengan dorang pukul 6.30am bertolak. 10 minit before 6.30am orang tu dah ketuk pintu bilik kitorg. Lepastu dia bawa kitorg ke bus stop untuk tunggu transport yang akan bawa ktrg ke Jade Dragon Snow Mountain. Kitorg ingatkan transport tu hanya untuk kitorg berempat je, rupanya satu van bercampur dengan orang lain. Salah kitorg jugak xtanya tanya betul2 just 4 of us ke dalam 1 van. Kitorg just tanya bukan naik bas kan, sebab kalau naik bas memang confirm kena campur dengan orang lain. Die jawab naik van, ktrg assume mcm private transport rupe2nye bukan. Kalau ktrg tau pergi beramai2, better ktrg naik bas je sbb pergi sendiri tak payah ikut time orang lain. Tour guide kitorg ni pulak memang tak tahu English and ahli2 jemaah dalam van ni pun semua orang China yg tak tahu English. So setiap kali tour guide tu bercakap, kitorg on je apps translation utk pahamkan ape yg nak disampaikan.


Lagi satu kat China tak ada Whatsapp. Dorang hanya menggunakan Wechat. So nak taknak salah sorang dari kitorg kenalah download Wechat supaya senang nak bercommunicate dengan tour guide. Dah download mudahlah sikit nak tanya apa-apa semua sbb kt Wechat die boleh translatekan ke bahasa hp kita. Perjalanan ke kaki gunung mengambil masa dalam setengah jam dari Lijiang Old Town. Dorang stop kat satu kedai untuk breakfast. Turun daripada van memang sejuk gila tapi apa yang lagi best untuk kita org Malaysia ni bila tengok snow turun sekali. Tapi sebab tak tahan sejuk kitorg cepat-cepat masuk dalam kedai tu dan makan bekalan yang kitorg dah bawa, sementara orang lain beli makanan yang ada kat kedai tu. Lepas semua dah habis breakfast, perjalanan diteruskan.

Otw to Jade Dragon Snow Mountain

Tempat bus stop kat kaki Jade Dragon Mountain

Setibanya di lokasi, semua turun dari van dan pakai winter coat yang dorang sediakan supaya mudah nak cam. Macam kitorg dapat winter coat warna merah. Ada group lain dapat warna oren dan biru. Oxygen bottle pun dorang bagi sorang satu. Then kitorg diberi taklimat dalam bahasa China yang kitorg  pun x faham ape isi penting die nak sampaikan. Yang kitorg tahu tiba-tiba orang lain bagi tour guide tu duit 50 yuan sorang. Lepastu tour guide minta kat kitorg. Kitorg tanya untuk apa? Rupanya untuk naik kenderaan (electrict cart) yang akan bawa kita ke Blue Moon Valley. Ingatkan dah include sekali dalam package yang kitorg ambil ni. Rupanya tak termasuk. So leburlah 50 yuan kitorg.

Blue Moon Valley. Tu baju merah yang kitorg dapat.

Sebenarnya boleh je jalan kaki pergi Blue Moon Valley tu, sebab cuaca sejuk dengan view yang cantik, tapi agak jauh lah jugak kena berjalan. And kitorg ikut group, so kena ikut masa yang dah ditentukan which is pukul 10.30am kena berkumpul balik. So untuk jimat masa, dorang sarankan naik electric cart ni. So time2 mcmni la ktrg rase frust sbb ikot guide, ktrg xleh take time tgk view kat sini lame2. View kat sini lawa gile, dengan air jernih crystal clear. Masalahnye dalam 10 minute je dah kene gerak ke next area sbb gerak beramai2 kan. Tak sempat nak menghayati pemandangan kt situ. So better kalau nak dtg sini, amik private tour or naik public je. Kalau tak, rase macam terkejar2.

White Water River

Crystal clear water

Awal musim autumn







Area ni tak sempat nak stop, amik dari tepi je

Setiap area sungai/ lake ni ade laluan disediekan kt tepi



Lepas rushing habiskan keliling Blue Moon Valley area ni, kitorg berkumpul untuk ke tempat cable car yang paling atas iaitu Glacier Park. Macam tadi jugak, tour guide bagi taklimat tapi kitorg tak faham pape. Dah habis taklimat, tour guide tu bagi duit kat kitorg untuk beli tiket cable car ke Glacier Park. Orang lain dah ada tiket, kitorg tak sebab kena tunjuk passport kat kaunter tu nanti sbb foreigner. Then ktrg tanya dia nak berkumpul balik kat situ pukul berapa. Dia jawab 'after 2 hours'. So kitorg pun ikutlah group yang lain ke tempat untuk naik bas dulu untuk menuju ke tempat cable car.


Dalam bas menuju ke tempat cable car dgn geng baju merah

Area nak naik cable car

Bus berhentikan ktrg kat area cable car. Lepas turun bus tu, kitorg cari-cari jugak kaunter jual tiket cable car kat luar ni tapi tak nampak. So kitorg ikut beratur sampailah tiba kat satu check point yang kena scan ticket untuk masuk. Kat sebelah kanan sekali nampak ada kaunter jual tiket, so kitorg cepat-cepat bagi passport kat kaunter tu untuk beli tiket. Alhamdulillah urusan mudah dah beratur pun tak lama sangat. Dapat masuk cable car, satu gondola boleh muat 6 orang. Sepanjang perjalanan nak sampai ke atas tu dapat tengok view yang fantastic, dengan snow dah ade tebal gak walaupun baru start autumn time ni.


View dari cable car

Tebal kan snow walaupun mase awal autumn





Sampai je kat atas dengan ketinggian 4,506 meter, kitorg dah mula rasa pening. Ni antara symptom Acute Mountain Sickness (AMS) iaitu bila kita pergi ke kawasan yang lebih tinggi, oxygen makin kurang, then kita akan rasa pening dan loya. Symptom ni famous kt gunung Averest dan mmg common jadi kat mana2 gunung lain kt dunia ni. Bila dah rasa pening macam ni, dinasihatkan agar duduk kejap, sedut oxygen yang kita bawa, minum air kosong dan bertenang. So take note utk yg nak pergi sendiri tanpa tour guide, jgn lupe beli portable oxygen tank tu kt Lijiang area. Banyak tmpt ade jual, kat pharmacy or kat kedai runcit. Bila pening dah ok sikit and dah stable, barulah teruskan perjalanan. Jangan paksa diri, tunggu badan betul2 boleh adapt dengan tekanan udara kt tmpt tinggi dulu. Keluar je dari kawasan cable car, snow turun agak lebat jugak, longgokan salji kt atas gunung ni pun dah tebal.


Keluar je dari cable car dah cecah ketinggian 4,506m.







Menuju ke level 4576m, kene naik tangga

Kitorg dapat naik sampai level 4,576 meter je sebab bahagian atas lagi dorang tutup maybe salji tgh turun lebat so bahaya. Disebabkan cuaca agak berkabus, tak nampak view sangat tp ktrg puas hati sebab dapat tgk snow tebal mcm ni. Dalam pukul 1pm kitorg naik balik cable car untuk turun ke bawah. Then tamatlah tour kitorg ke Jade Dragon Snow Mountain ni.


Dalam cable car mase nak turun bawah

Sebelum tour guide hantar kitorg ke bus stop berdekatan hotel masing-masing, dorang stop untuk lunch dulu. Oleh sebab kitorg tak ambil lunch, kitorg tunggu jelah tepi van sambil snap gambar area sekeliling kedai makan tu. Menarik jugak sbb mcm cabin in the woods.




Dalam pukul 3pm, kitorg selamat sampai ke Guest House. Balik untuk lunch, rehat dan solat dulu. Lepas magrib kitorg keluar balik untuk makan malam. Makan malam kitorg hari tu special sikit, makan steamboat. Kitorg nampak ada dua family ni makan steamboat nampak sedap, jadi kitorg order yang sama. Sedap makan panas2 dalam cuace sejuk mcm ni. Dah kenyang kitorg singgah pulak ke Supermarket yang terletak betul-betul opposite kedai halal yang kitorg makan ni. Tengok benda menarik yang ada, ktrg try beli susu yougurt dan snek yang ada tanda halal. Dah habis membeli-belah, kitorg pun balik dan tidur.

Due2 yougurt drink ni ade tanda halal. Pekat mcm lassi

5 comments:

  1. Kakashi,
    Utk pg ke dragon snow,390 yuan tu,kanak2 umur bwh 5thn kena bayar juga?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bawah 5thn tak pasti kena bayar ke tak. Tapi harga cable car di JDSM untuk kanak2 ketinggian bawah 100cm dapat free.

      Delete
  2. kanak2 sesuai tak naik jdsm ni... kita orang bawak anak kecik 5 tahun....tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh je nak bawa kanak-kanak. Pilih naik cable car yang ke Spruce Meadow atau Yak Meadow. Glacier park rasanya tak sesuai untuk kanak-kanak sebab terlalu tinggi.

      Delete
  3. Hi nk tnya. mmg ada 3 cable car ke? untuk ke spruce meadow, yak meadow & glacier park? sempat ke dalam masa 1 hari untuk cover semua tempat tu?

    ReplyDelete