Wednesday 11 December 2019

Part 3: Trip ke Beijing & Xi'an, China (Jingshan Park)

3rd day
Hari ketiga tak banyak aktiviti pun sebab nak bagi parents rehat sebab dah ke Great Wall semalam.  Pagi-pagi kitorg keluar tak awal sangat, dalam pukul 9am. Cadang nak breakfast dulu after sampai kat metro station yang dekat dengan Jingshan Park. Nak ke Jingshan Park tak perlu tukar line. Hanya naik line 6 dari Dongsi station ke satu stop je iaitu Nanluoguxiang station. Dari situ kitorg buka google map ada satu restoran halal yang dekat tapi bila pergi kedai tu tutup lagi. Dia buka pukul 11am. Cari lagi yang lain tapi kali ni jauh sikit. Tengok-tengok kedai tu dah tak wujud. Jam dah pukul 10am. Kitorg kena balik hostel before 12pm sebab kena check out hari ni. So decided terus pergi ke Jingshan Park. Makan biskut dan coklat yang kitorg bawa sebagai alas perut dulu.


Jalan menuju ke Jingshan Park. Banyak kedai yang tak buka lagi.

Agak jauh jugaklah nak sampai ke Jingshan Park ni. Lebih kurang 20 minit jalan dari metro station. Sebelum ni buat research jalan dalam 10 minit. Tapi tu sebab masuk ikut pintu yang dorang kunci. Main door untuk park ni memang kena pusing sikit. Walaupun kita dah nampak tembok yang mengelilingi Jingshan Park tu, tapi nak sampai ke main door tu punyalah jauh. Dah sampai kena beli entrance tiket dulu 2 yuan.


Kaunter beli tiket. 


Pintu masuk ke Jingshan Park.

Untuk pengetahuan korang, kat Beijing ni ada beberapa park yang terkenal. Antaranya Jingshan Park, tempat yang kitorang pergi ni. Selain tu Beihai Park dan Tiantan Park atau lebih dikenali sebagai Temple of Heaven. Mula-mula kitorg plan nak ke Beihai Park sebab lebih dekat dan tak perlu tukar line metro juga. Tapi disebabkan kitorg tak dapat nak pergi ke Forbidden City, kitorg plan nak tengok Forbidden City dari jauh je. Caranya dengan naik ke Pagoda yang terletak dalam Jingshan Park dan dari situ kita dapat lihat the full view of Forbidden city. Kita juga dapat lihat 360 degree view of the nearby place macam Beijing Bell & Drum Tower dan lain-lain. Kat park tu pagi-pagi macam tu memang ramai uncle aunty bersenam. Tapi kitorg tak boleh lama kat situ sebab jam pun dah nak pukul 11am. Kitorg cepat-cepat naik ke kawasan pagoda yang perlu dinaiki melalui tangga-tangga yang banyak.





Tapi Alhamdulillah tak jauh pun macam yang kitorg expect. Naik je dah jumpa satu pagoda, tapi bukan pagoda ni yang kitorg cari.  Dalam Jingshan Park ni ada 5 buah pagoda. Untuk dapatkan view yang awesome, kita perlu ke pagoda yang tertinggi iaitu pagoda ketiga.


1st pagoda

Lepas dah jumpa satu pagoda, teruskan berjalan sampai jumpa pagoda kedua. Then jalan lagi menaiki tangga kita akan lihat ramai orang berkumpul kat situ. Itulah pagoda yang kita cari.


Dah sampai ke 3rd pagoda yang paling tinggi.

Dari situ kita boleh lihat the full view of Forbidden city.


Panoramic view of Forbidden City.

Tapi gambar tak nampak jelas sebab matahari tengah menghadap ke arah sana. So disyorkan kalau korang nak datang Jingshan Park ni datang waktu awal2 pagi atau petang2 sikit supaya korang boleh dapat tengok view Forbidden City ni dengan lebih jelas.




Berbeza pula dengan view area bandar Beijing dari bahagian belakang. Kitorg dapat gambar yang jelas sebab matahari tak menghadap ke situ. Dah snap gambar, kitorg pun bergegas turun semula untuk balik.


Otw ke metro station.


Kereta 3 roda.




Sampai hostel dalam pukul 11.45am. Tanya receptionist boleh tak check out pukul 1pm. Dia cakap tak boleh, tapi kalau nak kena bayar 50 yuan sejam untuk satu bilik. Nak tak nak kitorg pun setuju jelah dan reserve satu bilik je untuk check out pukul 1pm. 2 bilik lagi kitorg check out pukul 12pm. Waktu zohor masuk pukul 12pm, so kitorg bolehlah solat dulu dalam bilik before check out. Seperti yang dijanjikan, pukul 1pm kitorg check out dan tinggalkan luggage dulu untuk pergi lunch kat kedai halal semalam. Order nasi dengan lauk juga. Lepastu makan lama-lama sikit sebab train ke Xi'an kitorang lambat lagi dalam pukul 8.30pm. Lepas habis makan kitorg ke Supermarket untuk beli food untuk dimakan dalam train ke Xi'an nanti. Tak banyak pun boleh beli sebab tak tahu boleh makan ke tak terutamanya roti dia. Tapi no worry sebab kitorg dah bungkus siap-siap makanan dari kedai halal tadi untuk dinner dan breakfast dalam train nanti. Kat supermarket ni just cari benda nak tambah.

Dalam pukul 4pm kitorg ambil luggage kat hostel dan mula bergerak ke metro station. Dari Dongsi station Line 6 kitorg kena tukar line 9 untuk ke West Beijing Railway station. Perjalanan mengambil masa dalam 35 minit, dengan harga tiket sebanyak 4 yuan. Ikutkan kitorg nak naik metro ni pukul 5.30pm sebab train ke Xi'an pukul 8.30pm. Tapi fikir nanti kena bersesak dengan orang yang balik kerja dengan ktrg yg bwk bag luggage lg, so kitorg sepakat baik gerak awal sikit. Sampai je kat West Beijing railway station macam biasa sebelum masuk ke bangunan waiting area kena check tiket dan passport dulu serta scan beg dan badan. Waktu ni lah selalunya siapa yang salah station akan sedar yang dia salah tempat bila officer tu check tiket. So kena peka dengan Beijing Railway station mana yang train kita akan berlepas.

Korang boleh tengok kat papan tanda besar macam kat Airport waiting room nombor berapa korang boleh tunggu untuk naik train korang. Kalau waiting area tu penuh, korang boleh je tumpang duduk kat waiting room lain sbb takde sape check pn. Macam kitorg, kitorg tumpang duduk kat waiting room area yang bertentangan dengan waiting room sebenar kitorg sebab tak ada tempat duduk. Dah dekat nak pukul 8pm, baru kitorg bergerak ke waiting room sebenar kitorg. Dalam 3 jam lebih jugaklah kitorg duduk menantikan train kitorg tapi selesa je boleh duduk bersandar. Pukul 8pm orang dah mula beratur nak masuk train, padahal gate tak bukak lagi. Kitorg pun join beratur sekali. Tepat jam 8.15pm gate dah mula buka. Orang yang jaga pintu akan check tiket kita sebelum kita masuk ke train platform. Dah sampai ke platform, pergi ke arah nombor gerabak korang. Macam parents dapat gerabak lain sebab kitorg belikan deluxe soft sleeper untuk dorang. Lebih selesa sebab 2 orang satu bilik dan ada toilet sendiri. Dorang dapat gerabak no.9, kitorg no.5. Kitorg hantar dulu parents sampai gerabak no.9. Dan selamat parents masuk semua kitorg pergi ke gerabak no.5 pula. Kitorg beli soft sleeper yang mana dalam satu bilik untuk 4 orang. So ngam-ngam lah kitorg berempat sebilik. Memang selesa dan privasi. Toilet dia pun ok, jenis toilet duduk. Masa kitorg pergi Lijiang dari Kunming tahun 2018 dulu, kitorg dah merasa naik yang hard sleeper, katil 3 tingkat. Toilet masa tu jenis yang cangkung, tapi not bad lah jugak. Satu je yang tak best sebab tak ada privacy. So sekarang kitorg nak merasa pula tidur kat soft sleeper walaupun harga dia mahal sikit.


Soft sleeper, 1 compartment ade 4 katil. Lebih privacy sebab ada pintu kat bilik masing-masing.

Solat maghrib dan Isyak kitorg solat dalam train je. Lepastu tidur sebab nak tengok view luar pun tak nampak apa, gelap. Esok train dijangka sampai ke Xi'an dalam pukul 8.30am. Next post kitorg akan ceritakan aktiviti kitorang di Xi'an pula. So stay tune.

No comments:

Post a Comment